Jump to ratings and reviews
Rate this book

Intellectuals in Developing Societies

Rate this book
First published in 1977. Routledge is an imprint of Taylor & Francis, an informa company.

130 pages, Hardcover

First published January 21, 1977

52 people are currently reading
427 people want to read

About the author

Syed Hussein Alatas

28 books158 followers
Syed Hussein Alatas (September 17, 1928 – January 23, 2007) was a Malaysian academician, sociologist, founder of social science organizations, and former politician. He was once Vice-Chancellor of the University of Malaya in the 1980s, and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books on corruption, multi-racialism, imperialism, and intellectual captivity as part of the colonial, and post colonial, project, the most famous being The Myth of the Lazy Native.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
83 (50%)
4 stars
60 (36%)
3 stars
16 (9%)
2 stars
2 (1%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews167 followers
March 25, 2017
Dahsyat juga penulis buku ini sehingga dijadikan rujukan oleh Edward Said dalam penghasilan buku Orientalism. Jarang sekali buku-buku tulisan ilmuan Asia dijadikan rujukan oleh orang luar. Selain membawa persoalan peranan intelektual dalam masyarakat (sedikit berbeza dengan syarahan Said dalam buku Representations of Intellectual) dan masalah golongan elit yang dikuasai oleh golongan pandir (jika istilah ini tidak terlalu kasar dan difahami menurut konteks yang dimaksudkannya), penulis juga mengajak pembaca supaya tidak menjadi seorang yang malas dalam berfikir seperti yang didefinisikan oleh Jose Rizal; memperlihatkan kecintaan yang sedikit terhadap kerja dan kekurangan tenaga.

Buku yang sangat bagus dalam memahami masalah kebudayaan dan politik yang berlaku di rantau Asia dengan kajian oleh orang yang pernah berkecimpung dalam dunia politik dan intelektual.
Profile Image for Naqiuddin Ansarullah.
7 reviews11 followers
March 16, 2015
Review buku 'Intelektual Masyarakat Membangun', Syed Husein Alattas.

Meluang sedikit masa, menulis review tentang adikarya pemikir Melayu, Syed Husein Alattas, bertajuk Intelektual Masyarakat Membangun, terjemahan dari bahasa asalnya, bahasa Inggeris, 'Intellectuals In Devoloping Societies'.

Tema utama bawaan penulis melalui karya sarat idea ini ialah, mengajukan kepentingan kepimpinan dan kefungsian kaum intelektual dalam sesebuah masyarakat yang sedang membangun dan halangan-halangan daripada revolusi kaum pandir dan gejala bebalisme.

Sedari awal penulisan, penulis dengan aktif mewajahkan bentuk intelektual yang dimaksudkan beliau, dan menyusun hujah-hujah penguat.

Kaum intelektual dikenali dengan beberapa ciri-ciri utama. Ringkasnya, kaum intelektual ialah kaum yang mengoptimum kemampuan akliahnya untuk berfikir secara kritikal, melakukan kajian yang detail dan ilmiah, sentiasa menjurus pada melakukan islah pada skala mega, meliputi segenap perkara, serta menyangkutkan matlamat tinggi mereka adalah kepada sentiasa menuju kearah kehidupan yang lebih baik. Serta kegiatan mereka berlaku konteks kehidupan yang luas dan besar tanpa keterikatan pada soal kecil, tidak profesion dan tidak sistem atau lain-lain.

Kaum intelektual ini mempunyai watak lawannya. Ia diistilahkan dengan 'kaum pandir', yang dikenali dengan beberapa ciri pula, yang disebut penulis dengan 'bebalisme'.

Bebalisme menurut yang difahami, bukanlah satu ideologi, tapi ia adalah simbol kepada sikap kelesuan semangat falsafah, kemalasan mengkaji, pasif, kelembapan berfikir secara kritis dan kritikal, tidak kreatif, lekas percaya pada tahyul, tiada ilmiah, terlalu menghamba pada sistem dengan menatijahkan hasil klise melalui prosedur rutin, acuh tak acuh, tiada matlamat yang besar, dan tiada semangat perubahan.

Bebalisme ini, menurut penulis, janganlah dibayangkan hanya menjangkiti golongan berpendidikan kelas bawah, namun turut disengsarai golongan profesor, profesional dan yang berjawatan tinggi. Sikap ini tidak dapat dikelaskan pada satu golongan dan tidak pada golongan yang lain.

Apabila selesai melakar watak kaum intelektual dan kaum pandir tersebut, penulis menyusun pula kesan-kesan buruk apabila kaum pandir ini memegang autoriti-autoriti penting dalam pemerintahan. Antara yang disebut penulis, ialah pembaziran wang kerajaan berjumlah jutaan ringgit disebabkan oleh 'kepandiran' kaum pandir ini dalam membuat perancangan, perkiraan, kajian dan banyak lagi. Ini justeru melambatkan pengembangan sesebuah negara untuk berkembang maju dengan seefisyen mungkin. Dengan ligat beralih dari Filipina, China, Jepun, India, Rusia sebagai contoh perbandingan, penulis cuba mengikatnya untuk dijadikan hujah kental terhadap perlunya masyarakat membangun kepada kelompok intelektual yang memimpin dan berfungsi.

Jika kepimpinan dan kefungsian kaum intelektual ini lemah, maka kaum pandir akan naik dan menguasai pemerintahan dan memandunya berbekal bebalisme yang menjadi sifat sejati kaum tersebut.

Penulis lantang menyebut, "Sistem apa pun, jika dikuasai oleh orang pandir tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna."

Kaum elit penguasa, yang terdiri dari kaum pandir ini, pada pandangan penulis, merupakan elemen terpenting penyumbang kepada keterbelakangan dan kemunduran masyarakat membangun. Contoh dikemukan penulis begitu banyak dan jitu.

Maka, tidak dapat tidak, masyarakat membangun sangat memerlukan kepada kaum intelektual yang 'memerintah' dan berfungsi. 'Memerintah' disini tidak semestinya dimaknakan dengan memegang apa-apa tempat atau jawatan atau menjadi birokrat dalam pemerintahan. Namun, ia cukup terlaksana apabila idea-idea mereka terpandang dan dicaknai masyarakat, buah fikir mereka diiktiraf dan dimaknai institusi berwajib, dan masyarakat mengangkat mereka sebagai tempat rujuk dan sandaran.

Antara esensial kewujudan kaum intelektual ini, tertumpu kepada peranan ; (1) membincangkan secara tuntas dan menyeluruh permasalahan dan perancangan besar, (2) menawarkan solusi, cadangan, dan pandangan ilmiah terhadapnya.

Penulis menyebut, "Golongan Intelektual mempunyai fungsi untuk menjernihkan tujuan dan sasarannya. Tanpa kaum intelektual, negara akan terus bereksperimen secara cuba-cuba"

Walaubagaimanapun, selalunya peranan kaum intelektual ini sering diabai dan tidak diendah masyarakat. Begitu juga, kondisi masyarakat seringkali tidak kondusif untuk melahirkan kelompok intelektual dalam kalangan mereka. Universiti hanya melahirkan manusia dengan sekeping sijil, tanpa membentuk penutut-penuntutnya menjadi ahli intelektual yang kritis dan kreatif.

Kemunculan kaum intelektual ini menjadi bersinar apabila ; pertama, apabila masyarakat berhadapan permasalahan yang raksaksa dan rumit, memerlukan pengkajian yang dalam dan idea-idea segar yang tidak dapat diilham oleh 'mental sejengkal' kaum pandir. Kedua, apabila sesuatu perkara besar sedang dipertaruhkan ; seperti keadaan yang memerlukan perletakkan keputusan yang bijaksana dan teliti, supaya diimbangi pulangan keuntungan dan risiko kerugian, pembaikan dan kerosakan, dan sebagainya.

Penulis, sebagai tindak balasnya, menyeru kepada 'revolusi intelektual' bagi melawan 'revolusi kaum pandir'.

Naqiuddin Ansarullah ~




Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
116 reviews44 followers
October 22, 2014
Fokus utama buku ini adalah golongan intelektual dalam konteks negara membangun. Metode yg digunapakai adalah sosiologi pengetahuan (sociology of knowledge). Penulis mengkaji fenomena golongan intelektual dengan rujukan salingan terhadap kesannya kepada masyarakat sosial.

Jadi, dalam buku ini fenomena golongan intelektual dihuraikan dengan topik seperti apakah itu intelektual, apakah peranan mereka, bilakah intelektual muncul, apakah kerugian yang berlaku apabila golongan intelektual ini tidak berperanan (kemunduran gol intelektual).

Pemilihan frasa "negara membangun" yang digunapakai juga penting kerana ia menentukan hala tuju kajian ini. Maksudnya topik2 di atas dibincangkan dengan asumpsi bahawa fenomena golongan intelektual di negara yang sudah terbangun (developed society) dan negara membangun (developing society) ada perbezaanya.

Kesemua topik2 ini disampaikan dalam kerangka kesannya terhadap sosial (sesuai dengan metodologi kajian). Ia tidaklah berfalsafah dalam erti kata yg biasa difahami.

Analisis SHA agak aristokratik dalam hal ini.

Kepentingan terbesar intelektual adalah bagi melahirkan kaum elit penguasa yang tercerah. Poin ini banyak kali ditegaskan oleh penulis. Kaum elit penguasa di negara membangunlah yang mampu menentukan masa depan negara mereka. Jadi, adalah tugas intelektual untuk membantu mereka dalam matlamat ini (bukan bermakna menjadi kaki ampu ya).

Manakala perkara yg merencatkan fungsi kaum intelektual ini adalah pak pandir. Istilah ini digunaka bg merujuk suatu penampilan kolektif. Mana2 org boleh menjadi pak pandir. Tetapi masalah terbesar datang apabila gol ini wujud dalam kalangan kaum elit.

Fenomena yg mendasari gol pak pandir ini pula adalah bebalisme.

Buku ini merupakan terjemahan dari bahasa inggeris. Terdapat beberapa bahagian yg diterjemahkan secara leceh.
Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
September 19, 2015
Hampir sebulan saya memaksa diri membaca buku ini. Bacaan atas dasar keperluan bukan kegemaran. Ya. Harus dibaca oleh semua anak mahasiswa. Ternyata masalah yang berlaku lama dulu masih terus berlaku hingga hari ini menjadikan buku ini relevan sepanjang zaman.

Golongan pandir yang menguasai pemerintahan. Kaum elit dominan. Intelektual yang diketepikan. Lalu jadilah Malaysia cuma negara membangun.

Buku untuk berfikir. Bacalah.
Profile Image for Sarip Dol.
47 reviews56 followers
January 1, 2016
Alhamdulillah berjaya menutup 2015 dengan buah tangan yang masyhur ini daripada Syed Hussein Alatas. Sejujurnya aku nak beri 5 bintang, tapi kerana ada beberapa perbahasan yang aku kurang faham, aku kurangkan satu takut terbeban dengan julukan 'Sarip's Favorite Book'.

Bagaimanapun, aku sangat-sangat kagum dengan al-marhum penulis. Buku ini betul-betul memuaskan definisi sebuah 'buku' bagi aku iaitu punyai satu gagasan pusat, digarap dengan berkesan pada pelbagai sudut dan setiap hujahnya berkesinambungan dan saling menguat antara satu sama lain.

Bahkan, yang paling menarik perhatian aku ialah bagaimana suatu perbahasan yang aku kira agak 'falsafahi' boleh dikupas tanpa berfalsafah yang lewah-lewah tetapi dipasak dengan bukti-bukti sosiologi yang mewajarkan pernyataan penulis dan hujah penulis. Setiap idea yang terawang-awang sebolehnya dibumikan dengan contoh sampai kita tiada ruang interpretasi krearif; sebab itu aku begitu terpesona dengan ketelitian penulis dalam memikirkan dan menulis buku ini.

Bagi aku, buku ini ialah piawaian buku yang sebenar. Buat masa ini ya, aku sangat kagumkan penulis (dan anaknya juga).
Profile Image for Shaharuddin.
458 reviews9 followers
October 30, 2019
Sikap bebalisme dan pandir menyebarluas dalam syarikat-syarikat yang mempunyai pelbagai pangkat dan keduduka. Tapi hasilnya tiada.
Profile Image for K E .
1 review5 followers
March 13, 2018

**ulasan ini ditulis selepas perbincangan Wacana Intelektual Daerah bahagian Putrajaya yang pertama pada 25 Februari 2018 anjuran Putrajaya Circle, satu inisiatif oleh Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) -- https://kritikfilemdanbuku.wordpress....

Sejarah dan Pengenalan

Buku Intelektual Masyarakat Membangun (IMB) tulisan Syed Hussein Al-Attas (SHA) bukanlah satu karya yang asing di kalangan intelektual Malaysia. Buku ini pertama kali diterbitkan pada 1977 dalam Bahasa Inggeris (Intellectuals in Developing Societies) di London. Selama lebih 30 tahun SHA telah memulakan perjalanan dalam pokok pembicaraan tentang kaum intelektual dalam masyarakat membangun melalui ceramah Radio Malaya di Kuala Lumpur. Sejak tahun 1964 hingga tahun 1967, SHA membincangkan masalah ini dalam kuliah di Universiti Malaya dan seterusnya di Universiti Singapura. Buku ini lahir daripada kekecewaan SHA kepada kaum intelektual tempatan yang tidak berfungsi serta kegusaran SHA kepada nasib negara jika tidak munculnya satu kaum intelektual yang mampu memberi dampak dalam hal-hal dan permasalahan pentadbiran negara. Dalam 11 bab ini, SHA menunjukkan kajian beliau tentang kaum intelektual dalam masyarkat membangun serta masyarakat maju dan tidak terjajah, beliau menyentuh dan melakukan perbandingan kualitatif antara Malaysia dengan negara-negara lain seperti Filipina, Indonesia, India, China, Jepun, Turki, Russia, Perancis dan Amerika Syarikat, perbandingan tentang sifat intelektual yang berfungsi dan tidak, pandir dan bebalisme, ketidakadilan intelektual, dan implikasi daripada ketiadaan kepimpinan yang berintelek.

Dalam bab 1, Latar Belakang Malaysia: Catatan Peribadi; SHA menceritakan pengalaman dan refleksi beliau tentang keadaan kaum intelektual di negara membangun seperti Malaysia. Dalam bab 2, Kaum intelektual dan Fungsinya; SHA memberikan pendefinisan kepada Intelektual dan menrungkaikan siifat-sifat yang perlu ada pada seorang intelektual. Dalam bab 3, Bebalisme; SHA menghuraikan satu fenomena yang berlaku sekiranya fungsi kaum intelektual dilenyapkan dalam bidang pentadbiran negara. Dalam bab 4, Orang pandir dalam Masyarakat Membangun; SHA menulis tentang sifat lawan bagi Intelektual yang dimiliki oleh pandir-pandir dalam sebuah masyarakat dan bagaimana kekuatan mereka yang menjalar dalam setiap pucuk pimpinana dalam masyarakat berorganisasi akan meruntuhkan masyarakat itu seperti gejala rasuah; kegagalan perancangan, ekstremisme agama dan sebagainya. Dalam bab 5, Kaum Intelektual dan Masyarakat Membangun; SHA mengangkat contoh gerakan Intelektual di negara-negara lain dan menganalisis kejayaan dan kegagalan mereka. Dalam bab 6, Kepentingan Kaum Intelektual; SHA menjelaskan kepentingan kaum intelektual dan memperluaskan skop perbincangan dengan membandingkan golongan intelektual di negara barat. Dalam bab 7, Kemunculan Kaum Intelektual; SHA mencertakan keadaan sejarawi dan sosialogis yang menyebabkan kemunculan kaum intelektual. Dalam bab 8, keterbelakangan dan Kaum Intelektual: Gejala Rusia dan Masyarakat Membangun; SHA menghuraikan masalah kaum intelektual dan kemunduran mengambil Rusia sebagai contoh. Dalam bab 9, kaum Elit yang Mundur dan Pemodenan; SHA membincangkan hubungan antara elit yang mundur dan pemodenan. Dalam bab 10, ilmu Pengetahuan dan Kaum Elit Mundur; SHA merujuk kepada pengaruh elit mundur dalam perkembangan sains dan teknologi di negara-negara membangun. Dalam bab 11, intelektual Masyarakat membangun; SHA menganalisis peranan golongan elit mundur dn konteks sejarawi proses pemodenan.

Ulasan dan Kritikan

“Falsafah yang membuat manusia dapat difahami manusia, menerangkan kemuliaan manusia, dan menunjukkan jalan yang semestinya. Cacat pertama yang segera tampak pada setiap bangsa yang mengalami kemerosotan adalah pada semangat falsafahnya. Kemudian cacat tersebut menyebar ke ilmu lain, seni dan hal yang berkaitan lainnnya.” hlm.16

Ayat ini kekal relevan sehingga hari ini. Kelihatan dalam setiap pelusuk masyarakat, ketiadaan sosok intelektual yang berfungsi di setiap organisasi keluarga, masyarakat mahupun institusi menyebabkan berlakunya penindasan terhadap nilai. SHA telah memberi amaran, sekiranya kaum pandir mendominasi, maka nilai merekalah yang menjadi nilai masyarakat; kesedaran mereka menjadi kesedaran masyarakat. Nilai kaum pandiri jika tiidak dibendung akan meresap ke liang semangat dan sebati dalam budaya, maka masyarakat akan jadi sukar untuk diselamatkan. Antara implikasi yang diperkatakan oleh SHA adalah, terdapat kurangnya kecintaan dan hormat kepada peradaban, kesusaterawan dan keilmuaan, mengabaikan hujah yang tertib dan rasional serta tidak memberi perhargaan kepadanya, pegangan karut dan tahyul yang di luar kawalan, mudah menyebar desas-desus tanpa taakul, kurang kehalusan budi pekerti, tingkat perbahasannya menurun dan tidak pula merasa malu dan serba salah atas turunnya mutu estetika dan seni. Gejala ini telah pun dikenalpasti dalam masyarakat Malaysia pasca-merdeka, dan sehingga kini adakah masalah-masalah ini telah diselesaikan?

SHA banyak menekankan kesalahan penjajah, golongan elit yang mundur kepada kegagalan kaum intelektual untuk berfungsi. Mentaliti “minda tertawan” ini yang bergantung pada pemikiran penjajah Barat dalam segala kegiatan ilmiah menyebabkan kita tidak mampu berfikir secara kritikal dan mencipta gagasan teori yang asli, ditambah lagi dengan kokongan intelektual yang dilakukan oleh golongan elit untuk melindungi kepentingan mereka sendiri, gagal “merakyatkan” falsafah yang seterusnya melahirkan ramai pak pandir yang tidak mampu berfikir di Malaysia. Disebabkan terdapat banyak minda tertawan yang obses dan tunduk kepada pemikiran Barat tanpa memahaminya, pak pandir yang gagal mengenalpasti nilai dengan baik, membuat golongan elit mudah memanipulasi awam bagi mengekalkan kuasa mereka. Ditambah dengan kaum intelektual yang terjebak dengan bebalisme, bungkam di depan kuasa autoritarian, mereka juga akur dan meneruskan legasi pembebalan hari ini. Natijahnya, walaupun jumlah graduan berijazah bertambah daripada 40 tahun yang lalu, adakah proses pemodenan dan pembangunan negara setaraf negara yang maju?

Pada empat dekad yang lalu, SHA telah menulis kita akan menyaksikan gejala seperti kelesuan institusi pendidikan dalam keseriusan intelektual, birokrasi dicengkam depotisme, kenaikan pangkat bukan berdasarkan merit, penghakisan nilai demokrasi berparlimen, pemimpin yang korup dan ketakutan masyarakat kepada status quo dan apathi masyarakat kepada prinsip moral. Realiti dalam setiap masyarakat tidak kira maju dan membangun, pak pandir akan selalu ada. Ianya adalah seperti lumrah dunia atau hukum alam. Tetapi perlu diingatkan terdapat golongan yang diperintah dan golongan yang memerintah. Apa yang berlaku di kebanyakan negara di mana kaum pandir yang memerintah dan menindas kaum intelektual disebabkan majoriti yang memilih mereka adalah dalam golongan yang sama. Persoalannya, bagaimana caranya kaum intelektual mampu kekal relevan dalam masyarakat? SHA memberitahu kaum intelektual perlulah kuat mengiatkan aktiviti intelektual dengan masyarakat, penghargaan seni estetika, menjaga serta menambahbaik nilai/kesedaran masyarakat, mengadakan pertembungan intelektual dengan rakan sejawat dan masyarakat melalui prasarana penerbitan, ceramah mesyuarat dan pertemuan kelompok kecil. Mereka perlu menyentuh isu-isu massa dan sentiasa mencuba untuk berada dalam gelanggang politik dan radar media. Kerajaan juga perlu mengambil nasihat daripada ilmuwan dalam hal pentadbiran. Pada hemat penulis, masalah ini juga tidak dapat dicapai jika tiada kesatuan atau satu usahasama berorganisasi oleh para intelektual dalam menyusun strategi membunuh bebalisme.

Kesimpulan

SHA telah meninggal pada 2007 dan beliau meninggalkan buku ini untuk para intelektual di Malaysia supaya bermunasabah, dan memikirkan penyelesaian terhadap kerumitan situasi intelektualisme di Malaysia. Pada hemat penulis, perkara paling penting dalam kegiatan intelektual adalah niat yang murni serta kerjasama kaum intelektual kerana kegiatan intelektual adalah satu perkara yang sangat mencabar dan kurang diberi perhatian oleh umum. Namun begitu, penulis merasakan satu-satunya cara melawan bebalisme adalah dengan “merakyatkan” falsafah, agar falsafah menjadi bualan harian di kedai-kedai kopi dan bukannya isu-isu picisan yang tidak menampakkan kemegahan sesuatu bangsa. Kemudian barulah intelektualisme boleh mara dan lantang memecahkan segala kawalan atasan yang membelenggu kebebasan intelektual di Malaysia.

Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
August 29, 2010
walaupun ditulis hampir 40 tahun dahulu, kandungannya tetap relevan buat masa kini.
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
May 27, 2017
Walaupun 30 tahun sudah diterbitkan buku ini masih lagi relevan lagi untuk dibaca buat generasi sekarang. Sungguhpun penulis telah menegur keadaan ini telah lama, tetapi macam biasa golongan pandir (para politik) akan sentiasa mengekalkan kepandiran mereka. Hasilnya sekarang rakyat Malaysia sekarang terhimpit dengan banyak masalah sosial yang bernanah - korupsi, nepotisme, brain drain dan panjang lagi kalau mahu dituliskan disini. Kita boleh lihat kedudukan Singapura sekarang walaupun tidak mempunyai sumber hasil bumi tapi mampu menjadi sebuah negara yang kukuh ekonominya dan subur intelektualnya dalam rantau Asia Tenggara. Malaysia pada suatu masa dulu mampu menjadi seperti Singapura tetapi akibat sikap pentingkan diri, sayangkan harta, pembodohan massa dan korupsi yang membelenggu oleh elit-elit politik menyebabkan Malaysia mengalami masalah ekonomi dan sosial yang sangat parah. Dampak dari pembodohan terus menerus ini akhirnya memberikan kita jalan buntu tentang siapakah yang sebenarnya layak berada dalam tampuk pemerintahan Malaysia sekarang? Adalah bebal lagi pandir kalau kita masih meletakkan nasib ekonomi dan politik Malaysia kita ke bahu mereka yang sudah menghancurkan Malaysia selama mereka memerintah.

Seperti yang ditulis pada bab 8 ciri-ciri manusia baru sudah pun wujud dalam masyarkat Malaysia walaupun tidak berapa signifikan jumlahnya tetapi pelan-pelan muncul. Tiga ciri itu seperti yang dinyatakan Pisarev adalah;

1) mempunyai keghairahan bekerja untuk kepentingan masyarakat,
2) manfaat peribadi manusia baru bersesuaian dengan manfaat bagi masyarakat,
3) menyerasikan perasaannya dengan penaakulannya.

Kehadiran ciri-ciri manusia baru yang muncul dalam masyarakat merupakan petanda yang positif dalam meletakkan harapan ekonomi dan politik Malaysia di masa depan. Dalam bab 9, penulis menerangkan secara padat apakah yang memacu kemajuan dan kemodenan Jepun yang walaupun negaranya tidak dianugerahkan sumber minyak, tetapi boleh jadi sebuah negara yang maju dan bergerak saing sehingga hari ini. Walaupun diterangkan geografi Jepun yang tidak pernah dijajah adalah salah satu sebab mengapa Jepun boleh maju mengikut acuan sendiri tetapi alasan yang paling kukuh adalah sikap ambil peduli kaum elitnya semasa pemerintahan Meji terhadap pembangunan intelektual dan penekanan terhadap pendidikan. Hasilnya sekarang kita boleh lihat walaupun Jepun negara bukan Muslim, tetapi kadar korupsinya sangat rendah berbanding negara-negara muslim. Tak perlu pandang jauh, Singapura juga rendah korupsinya berbanding Indonesia dan Malaysia yang kaya sumber. Inilah bezanya antara negara yang dipimpin oleh golongan intelektual dengan negara yang mengabaikan pembinaan intelektual.

Buku ini sangat disarankan buat semua yang masih bingung tentang apakah sebenarnya matlamat yang perlu dicapai oleh Malaysia supaya ekonomi dan politik dapat berubah kepada lebih adil, lebih memihak kepada golongan tertindas, lebih telus, lebih rasional dan lebih sejahtera. Terima kasih juga DBP kerana menerbitkan semula karya-karya Alatas untuk dibaca oleh generasi sekarang. Saya kira perlu untuk kita generasi baru untuk mengangkat buah fikiran dan thesis Alatas untuk menyediakan Malaysia yang lebih sejahtera di masa depan.
Profile Image for Akuismeudy.
60 reviews2 followers
January 26, 2017
Tempo pembacaan aku bagi naskah ini lebih laju jika nak dibandingkan masa aku baca naskah pertama Syed Hussein Alatas, Mitos Pribumi Malas. Mungkin dah mula adapt gaya penulisan Almarhum. Habis baca buku ni, secara kesimpulannya apa yang aku rasa adalah inferior. Ciri-ciri oblomov, bebalisme dan pandir memberi satu tamparan pada aku. Prof Syed Hussein Alatas, memberikan definisi, ciri-ciri, fungsi intelektual dengan jelas dan mudah untuk difahami. Melihat kepada keseluruhan konsep intelektual, keperluan dan 'kemiskinan' yang kita hadapi masa kini menjelaskan tentang tidak hairanlah mengapa kita sedang berhadapan dalam pelbagai konflik masyarakat. Sebagai individu dalam dunia pendidikan situasi ini menakutkan. Semua anggota masyarakat perlu baca buku ni supaya golongan intelektual dapat dihidupkan dan kembali berfungsi.
Profile Image for Ivan.
20 reviews
September 24, 2025
Sudah 48 tahun berlalu sejak diterbitkannya "Intelektual Masyarakat Berkembang" karya Syed Hussein Alatas, namun tiap kata-katanya tetap relevan bagi pembaca di masa ini. Karya ini mencoba menggubah apa definisi, ciri-ciri, fungsi, dan hambatan bagi intelektual masyarakat berkembang.

Dalam karya ini, Syed Hussein mencoba menempatkan kaum intelektual sebagai golongan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat berkembang. Ketiadaan golongan hal ini akan menjadikan perkembangan masyarakat menjadi melamban.

Secara keseluruhan, buku ini patut dibaca secara seksama - dan juga secara kritis untuk dapat mengerti apa yang dibutuhkan bagi perkembangan masyarakat berkembang. Karena intisari dari karya intelektual bukanlah hanya memikirkan solusi, tapi juga mengidentifikasi dan mendalami permasalahan yang dialami oleh masyarakat ia berada.
Profile Image for Kamalia Ramlan.
Author 17 books75 followers
December 6, 2017
‘Jika semangat intelektual menjalar ke rumah-rumah, maka ia akan mempengaruhi golongan muda. Apabila mereka kemudian menjadi dewasa dan menyebar ke dalam pentadbiran, dagang dan industri, maka semangat ini akan berguna sekali lagi bagi mereka’.

- Intelektual Masyarakat Membangun (Syed Hussein Alatas)

Ini merupakan buku paling ‘seram’ aku pernah baca untuk tahun ini. Banyak perkara berlegar dalam fikiran. Adakah aku termasuk dalam golongan bebal seperti mana yang dimaksudkan dalam buku ini? Kita pula sekarang ini dipimpin oleh golongan yang bagaimana? Ah... banyaknya yang aku tak tahu lepas baca buku ni!
Profile Image for Zalila Isa.
Author 12 books51 followers
April 27, 2023
Beli sekian lama, bacanya sikit-sikit. Apabila ada keperluan menulis tentang intelektual, terus teringatkan buku ini. Banyak membantu dalam memahami definisi sebenar intelektual yang harus melawan kebanjiran inteligensia. Dari zaman ke zaman, apa yang dibahaskan dalam buku ini sangat relevan. Adakah sejarah berulang atau benarlah apa yang dikatakan penulis, masyarakat membangun tetapi para intelektualnya tidur.

Perbahasan tentang keperluan membangunkan intelektual bukanlah perkara kecil. Membangunkandan mengaktifkan pemikiran intelek memerlukan gerasan menyeluruh dan kepintaran yang aktif.
Profile Image for Izzat Isa.
413 reviews50 followers
January 20, 2019
Penulis mendapati bahawa kemunduran di negara-negara membangun selepas Perang Dunia Kedua (selepas tamatnya era kolonialisme) berpunca daripada 'penyakit' yang menguasai pemimpin-pemimpin di negara terbabit. Penulis menamakan kepimpinan ini sebagai golongan elit yang dihingapi masalah bebalisme dan bersikap pandir yang akan merugikan negara sama ada dalam bentuk ekonomi mahupun sosial. Kesan akhir kepada masalah ini ialah penularan budaya rasuah. Langkah pencegahan dan pembangunan yang terbaik ialah meletakkan semula golongan intelektual dalam posisi terbaik untuk membasmi masalah tersebut.
Profile Image for Mohd Sufian.
42 reviews
September 30, 2017
Edisi terjemahan buku ini dalam bahasa melayu kurang menyengat, mungkin sebab itu penyampaiannya agak tidak tersusun. Namun begitu saya habiskan juga membacanya kerana tertarik buah fikiran prof syed hussein. Alhamdulillah, kebanyakan poin2 beliau dapat saya garap tetapi 'geram' melihat terjemahan bahasa yang amat lemah dan cincai. Saya berharap sungguh agar DBP memperbaiki terjemahan buku ini agar lebih mudah untuk dibaca dan dicerna.
Profile Image for Muhammad Iqbal.
9 reviews4 followers
August 25, 2017
Antara aspek terpenting dalam pembentukan masyarakat intelektual adalah kaum elit yang terkehadapan dan memahami kepentingan nilaian intelek dalam pembangunan negara

Perlu juga diperhatikan pada penghuraian golongan pandir dan bebalisme yang mempengaruhi rakyat, pemimpin mahupun intelegensia yang menjadi tentangan kepada kaum Intelektual
Profile Image for Damaisuria.
75 reviews13 followers
February 27, 2018
Apabila golongan yang disebut penulis sebagai pandir atau bebalisme begitu dominan menembung kumpulan intelektual sehingga menyebabkan keberadaan kumpulan intelektual ini tenggelam di arus zaman, sedangkan keberadaan mereka begitu penting dalam masyarakat, amat berharga bagi kemajuan sesebuah negara untuk membangun dan maju. Namun signifikan dari itu, sesebuah tamadun itu dikhuatiri akan terus layu dan terpinggir dalam segenap dimensi lapangan malah ada ketikanya mengambil masa yang lama untuk keluar dari kepompong bebalisme.
Profile Image for safar.
18 reviews
September 25, 2025
scratched the itch i have been feeling lately. a good book.
2 reviews11 followers
July 4, 2019
Walaupun buku ini nipis, berjaya juga habiskan dalam masa 1 bulan sebelum sesi kuliah bermula.

Pada pandangan saya, penulisan ini agak berat atas beberapa sebab: 1.)penggunaan bahasa lama 2.) penggunaan terma akedemik 3.) statistik.

SHA mengulas gejala ini di rantau Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia dan mengaitkan beberapa kejadian di negara-negara yang lain. Antara yang menjadi tumpuan utama antaranya gejala bebalisme, orang pandir dan fungsi intelektual.

Sikap acuh tak acuh(separuh separuh) dan kemalasan berfikir antara punca modenisasi dan pembangunan di Malaysia agak lambat. Semoga gejala ini tidak ada dalam diri kita dan terus mencapai wawasan yang kita impikan selama ini.
Profile Image for Zuhdi Farhan.
22 reviews
November 3, 2018
Syed Hussein Alatas menerangkan tentang konsep bebalisme dan kepandiran yang pada aku masih lagi menjalar dalam masyarakat kita hari ini. Dan kebanjiran golongan ini dalam kepimpinan menyebabkan sukarnya pencerahan kepada masyarakat dapat dilaksanakan. Beliau membawa contoh situasi negara-negara seperti Jepun, Rusia, Singapura serta India tentang bagaimana usaha menentang kepandiran ini, halangan yang berlaku dalam usaha tersebut, dan penyelesaiannya.
Profile Image for Amirul Mohamed.
34 reviews3 followers
October 18, 2012
Memberi pencerahan dan mengenali situasi keadaan. Buku ini masih relevan sehingga sekarang walaupun dituliskan berdekad lama dulu.
Profile Image for Ahmad.
21 reviews8 followers
October 26, 2015
Terjemahan Bahasa Melayunya tidak begitu menyengat untuk difahami secara menyeluruh. Saya fikir, perlu mencari teks asal dalam Bahasa Inggeris.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.