Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mudahnya Menjemput Rezeki

Rate this book
Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki' daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

... ada pula janji menarik daripada Allah bagaimana untuk menambah rezeki. Bukan itu sahaja, malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di tangan boleh terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula musnah.

Saya percaya dan rasa sangat yakin, dengan mengetahui formula ini, kita sudah menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada kesulitan hidup khususnya perihal rezeki.

184 pages, Mass Market Paperback

First published January 1, 2012

43 people are currently reading
560 people want to read

About the author

Fathuri Salehuddin

4 books22 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
204 (61%)
4 stars
88 (26%)
3 stars
30 (9%)
2 stars
7 (2%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 53 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 5, 2014
Buku ini paling banyak dicadangkan rakan untuk dibaca. Promosi di FB juga bukan sedikit.
Buku ini terbahagi kepada 4 bab utama. Bab 1 berkaitan makna rezeki. Bab 2 diterangkan cara untuk menjemput rezeki. Bab 3 kisah-kisah benar yang boleh dijadikan contoh. Dan bab terakhir, dikongsikan tentang langkah yang perlu diambil.

Jujurnya, bab 1 agak membosankan. Perihal definisi sangat berulang-ulang. Penulis mahu pembaca benar-benar faham dengan maksud rezeki, tetapi 10 tajuk kecil hanya untuk itu agak meleweh. Saya tamatkan bacaan buku ini selepas bab 1. Apatah lagi saya terjumpa 2 ayat yang bagaikan kontra di antara satu sama lain. Ayat di mukasurat 44 "..rezeki tidak tunduk kepada usaha.." dan ayat di mukasurat 50, "...kunci rezeki adalah keaungguhan kerja..". Bagi saya yang kurang bijak ini, itu agak mengelirukan. Mohon pencerahan.

Tetapi mengenangkan "promosi" rakan-rakan, saya teruskan bacaan bab 2. Menarik. Enjin mula panas. Dan saya habiskan semua dalam satu hari!

Tidak rugi. Sangat elok dibaca. Bab 2 dan bab 4 adalah kegemaran saya. Insyaallah, boleh dijadikan panduan yang mana berkaitan.

Insyaallah.
Profile Image for Seri Qadijah.
105 reviews4 followers
December 28, 2014
I am truly surprised when i key in the title of the book here in goodreads and it is available here! a good soul must have included in. A very good book and reminds us of the simple things that we have, to be grateful for what we had worked for or received. love the spiritual tips shared and the importance of giving. after reading this, i have set for myself some goals to achieve. Insya Allah.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
December 25, 2023
Anda wajar mampu bezakan frasa jemput rezeki dengan cari dan dapat rezeki sewaktu membaca buku ini; yup, penulis tidak janjikan anda dapat rezeki selepas membacanya.

Menjemput rezeki itu mudah namun perlukan mujahadah; jaga solat, lazimi sedekah, zikir, doa dan banyak lagi. Amalan menjemput rezeki dijelaskan selepas dirincikan konsep rezeki.

Lalu diikuti sekitar 30 halaman kisah-kisah menjemput rezeki dan mendapat rezeki. Barangkali anda sendiri pernah dapat 'balasan tunai' selepas infaq dan doa.

Dalam naskhah yang diulang cetak buat kali ke-13 ini ada kisah bagi 50 dapat 10,000 atau dengan kata lain dapat balik sebanyak 20,000 peratus.

Menjemput dan menerima rezeki adalah suatu keajaiban. Namun bagi saya, beramal demi Tuhan tanpa mengharapkan 'balasan tunai' adalah keajaiban mutlak, rezeki terunggul.
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
March 19, 2013
An excellent keep for everyone...tips and motivations on how to actually invite 'Rezeki" instead of the usual routines of searching for one. Seriously, true to the words and obviously, no doubt that once we apply it, rezeki Allah is such a surprise. Allahu Rabbi, Give one good deed and he'll replace 10 times...a promise Allah won't break. and Always proven to those who believes...and even who doesn't. Its just a matter of how we realise our "rezeki" comes... A well written book, simple to understand, fascinating indeed. A book that would change a person's perceptions of Life & Blessings.
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
May 16, 2014
sebuah buku memberi persepsi yang berbeza tentang rezki. ideanya sangat mudah dan biasa tetapi logik.

Menjemput rezeki adalah jauh lebih mudah daripada mencari rezeki. Ayat ini saja sudah membuka persepsi baru dan mudah mengenai rezeki.

Idea yang diketengahkan sangat praktikal.

sure fine whatever
Rinn
Profile Image for Hidayah Arifin.
23 reviews1 follower
September 29, 2014
Buku ni dihadiahkan oleh seorang sahabat, sebagai ganjaran untuk saya kerana telah berjaya mencapai sesuatu. Saya tak pernah tahu pun pasal buku ni sebelum ni, dan rasanya kalau jumpa kat kedai pun besar kemungkinan saya takkan beli, sebab saya kan payah sikit nak baca buku ilmiah sebelum ni, sebab masih dengan sangkaan baca buku ilmiah cepat mengantuk, bahasa yang skema dan penyampaian isi yang berat dan perlu banyak berfikir untuk menghadam maksudnya.

Tapi, penerimaan saya terhadap buku ni amat berbeza. Sebaik saja sahabat tersebut maklumkan tentang pemberian buku ni, saya terus cari review di Goodreads. Terkejutnya saya bila tengok banyak sangat pembaca yang dah review buku ni dan ratingnya pun tinggi, ramai yang memuji betapa bagusnya isi kandungan buku ni. Dan menurut sahabat saya jugak, banyak manfaat yang dia dapat daripada buku ni, membuat saya rasa teruja sangat-sangat untuk baca dan tahu apa yang terkandung di dalamnya.

Belum pun sampai separuh buku saya habiskan, rasa syukur terdetik berkali-kali dalam hati. Syukur kerana saya dikurniakan ‘rezeki’ untuk membaca buku ini dan mengambil ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh penulis tentang rezeki. Pemahaman saya terhadap rezeki jadi bertambah meluas; memang sebelum ini pun saya tahu rezeki Allah ada yang berbentuk material dan ada yang bersifat abstrak dan intangible, seperti kesihatan, pekerjaan dan ilmu, tapi konsep rezeki malah lebih luas sebenarnya – hati yang tenang, jiwa yang bersyukur, hati tergerak untuk melakukan kebaikan atau meninggalkan kemungkaran – semua itu juga adalah rezeki!

Buku ini mengulas tentang amalan-amalan yang boleh dipraktikkan untuk ‘menjemput’ rezeki, iaitu amalan-amalan yang apabila dilakukan, dengan niat yang betul (ikhlas dan yakin terhadap Allah) dan cara yang betul (mengikut syariat), insyaAllah akan memudahkan seseorang memperoleh rezeki, dalam jumlah yang berlipat ganda dan daripada jalan yang tidak disangka-sangka, dengan izin Pemilik dan Pemberi rezeki, Allah SWT.

Buku ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu (i) Apa Itu Rezeki? yang menerangkan tentang bentuk-bentuk rezeki, (ii) Menjemput Rezeki iaitu senarai amalan yang boleh membawa kepada kurniaan rezeki daripada Allah SWT, (iii) Cerita Menjemput Rezeki iaitu beberapa kisah benar tentang kejayaan memperoleh rezeki hasil daripada amalan-amalan tertentu, dan (iv) Apa Perlu Saya Buat Sekarang? iaitu pelan tindakan yang perlu dirangka dan diikuti untuk membina impian dan mencapainya (memperoleh rezeki) berdasarkan amalan-amalan menjemput rezeki.

Di sini saya kongsikan secara ringkas amalan-amalan menjemput rezeki yang telah dikongsi oleh penulis:

Mengutamakan solat (solat di awal waktu dan bagi lelaki afdal berjemaah di surau/masjid)
Solat sunat tahajjud
Solat sunat dhuha
Zikir (menyebut dan mengingati Allah)
Doa (berdoa dengan mematuhi adab2, pada waktu dan tempat yang dimustajabkan doa)
Mendoakan orang lain (doakan kebaikan untuk orang lain, kita akan mendapat kebaikan itu juga, insyaAllah)
Sedekah (kisah2 benar tentang sedekah dalam buku ini sangat menarik dan mengesankan!)
Membaca al-quran
Asmaul Husna (beramal dengan asmaul husna yan bersesuaian mengikut rezeki yang diingini)
Bersyukur
Tekun berusaha

Amalan-amalan ini sebenarnya adalah ibadah-ibadah yang akan mendekatkan seseorang kepada Allah SWT. Apabila dekat dengan Allah, disayangi dan disukai oleh Allah, mudahlah untuk memperoleh rezeki, kerana Allah lah Pemilik dan Pemberi rezeki-rezeki tersebut. Namun harus diingat, ikhlaskan niat untuk melakukan amalan-amalan ini bukan semata-mata kerana ingin mendapat rezeki, tetapi untuk mendapat keredhaan Allah, sebagai tanda kecintaan dan ketaatan kepadaNYA, dan sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang telah dikurnia olehNYA, mudah-mudahan Allah bermurah hati dan belas kasihan terhadap kita lalu mengurniakan rezeki kepada kita, insyaAllah.

Sekalung tahniah buat penulis kerana berjaya menyampaikan isi kandungan buku ini dengan ringkas, padat, straight to the point, intonasi bahasa yang meyakinkan, dan penggunaan dalil-dalil al-quran dan hadis yang amat baik sekali.

Terima kasih tak terhingga buat sahabat yang telah menghadiahkan buku ini kepada saya, Alhamdulillah, ‘sedekah’ beliau ini sangat bermanfaat buat saya, pastinya besar ganjaran yang Allah berikan kepadanya. Saya juga berhasrat untuk menghadiahkan buku ini kepada beberapa orang sahabat, ingin berkongsi ‘rezeki’ rasa kesyukuran yang saya rasai daripada ‘rezeki’ ilmu yang saya perolehi melalui buku ini, insyaAllah. Semoga Allah 'rezekikan' untuk saya istiqamah dengan amalan-amalan ini...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
November 4, 2013
RECOMMENDED FOR EVERYONE!!!!

Penulis menulis dengan bahasa yang santai dan mudah difahami..setiap hujan disertakan dengan hadis dan ayat Al-Quran..

penulis menyedarkan saya dengan kenyataan:
- apa yang didapati melalui usaha kita terdapat padanya rezeki orang lain.
-tidak pernah rezeki itu terlewat atau terlambat..
- rezeki bukannya duit, kemewahan semata-mata..udara,air.kesihatan, ketenangan, ilmu semua rezeki dari ALLAH yang kadangkala kita lupa bersyukur setiap hari..

InsyaALLAH moga semua mekanisme menjemput rezeki didalam buku ini mampu saya aplikasikan dalam kehidupan sehari-harian
Profile Image for Mardhiah.
85 reviews6 followers
November 4, 2012
Buku yang sya galakkan utk siapa2 saja baca!! Bagus sangat. Membuka minda kita MEMAHAMI cara mudah menjemput rezeki, MEMPRAKTIKAN cara-cara terbaik berkenaan DAN MENERIMA dengan yakin apa yang ditentukan. Maha Suci Allah. Terima kasih saudara Fathuri Salehuddin diatas perkongsian ni..

Profile Image for Yon Qusyaira.
1 review24 followers
September 2, 2015
Thankyou thankyou my goodfriend Syafika for giving me this book as my 24th birthday gift. Very beneficial. Hopefully i could follow ALL the tips & guidance provided in this book inshallah. Yess 5stars
Profile Image for Mohd Azrul.
2 reviews
September 19, 2012
Pencerahan yang mantap tentang konsep rezeki, tetapi penyusunan isi kurang memuaskan, sedikit lari daripada fokus terutamanya pada bahagian 4.
Profile Image for Saidah Lani.
4 reviews
January 30, 2014
patut dibaca oleh semua orang. make me understand the whole concept about rezeki.
Profile Image for Aisyah.
3 reviews
October 2, 2022
Buku yang sangat bagus.
Membuka mata para pembaca tentang apa itu rezeki.
Rezeki itu perkara yang memberi manfaat kepada kita termasuklah air, udara, ilmu dan kesungguhan.
Tepatlah firman Allah " Kami tidak meminta rezeki, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa " surah Taha ayat 132 yang memberi maksud jika kita menuruti perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, in shaa Allah rezeki akan kita perolehi tidak cepat atau lambat, tidak terkurang atau terlebih.
Profile Image for Ruzaini MD Zamri.
2 reviews1 follower
June 9, 2017
Buku wajib baca. Ustaz banyak tekankan konsep keberkatan dalam mencari rezeki.

Saya dah dapatkan dah lama, cuma saya senaraikan list habis baca tahun ni. Baru je habiskan bacaan entah kali ke berapa.
Profile Image for Di6ana.
24 reviews
October 10, 2018
Buku ini memang menarik. Diceritkan bagaimana rezeki itu sebenarnya adalah dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya dalam wang ringgit. Bila baca tu, rasa insaf la. hihi
Profile Image for Fatin Azrin.
2 reviews
March 21, 2019
bahan bacaan yang bagus bg mereka yang sedang berputus asa dengan rahmat ilahi, sesungguhnya kita manusia telah ditetapkan rezeki olehNya.
Profile Image for Azri Asmon.
15 reviews1 follower
April 5, 2019
Definisi REZEKI ialah apa-apa yg kita rasakan manfaatnya
Profile Image for Roslina Roslan.
66 reviews
September 21, 2019
Menarik banyak tips dikongsikan, malah diberi contoh membuat lembaran kerja.. (hmm) senang difahami.
Profile Image for Chum Nurimaan.
5 reviews
January 2, 2021
Ayatnya menenangkan, mudah difahami dan disertakan bukti yg kukuh terhadap ulasan yg diberikan.

'sesungguhnya dia memberi rezeki kepada sesiapa yg dikehendakinya dgn tidak terhitung jumlahnya'
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
January 12, 2022
Konsep Menjemput rezeki adalah berbeza dengan mencari rezeki. Konsep rezeki juga bukan hanya dari sudut fizikal shj, tp banyak lagi yang kita terlepas pandang.
Profile Image for Khairunnadia Abdul Suhaimi.
80 reviews
December 13, 2022
Buku ini ditulis untuk mendidik orang ramai tentang definisi rezeki melalui perspektif yang lebih luas. Alhamdulillah, rasa lebih tenang usai membaca halaman terakhir.
40 reviews4 followers
March 4, 2017
Bayangkan jika anak kita, dia mudah solat, mengaji tanpa disuruh, ringan tulang membantu kerja di rumah, sangat berkasih sayang dengan adik beradik, cemerlang akademik, satu hari, dia melihat kedai kasut, dan membelek kasut. Kita lantas bertanya, "Abang nak kasut tu?" Dia menjawab, "Tak ummi, sekadar tengok" Adakah kita tergamak untuk tidak membelikan kasut tersebut? - kisah yg sy olah daripada buku ini.

Subhanallah, sebenarnya kita mudah "MENJEMPUT" rezeki berbanding mencari rezeki. Jika kita rapat dengan Allah, mudah juga Allah nemberi rezeki kepada kita.

Solat awal waktu
Solay dhuha
Sedekah
Al Quran
Asmaul husna
Zikrullah
Tekun dalam pekerjaan
Memberi tanpa syarat

bukankah semua di atas ciri orang bertakwa? bukankah dlm ayat seribu dinnar, org bertaqwa itu diberikan jln keluar, dikurniakan rezeki dr tak tersangka2, dan org yg bertawakkal itu Allah mencukupkan?

Masa untuk beramal

#buku4/2017
1 review
February 7, 2017
Konsep rezeki yang dimaksudkan oleh pengarang amat jelas dan mudah difahami. Tip-tips yang dinyatakan tentang mudahnya menjemput rezeki sangat mudah tetapi kadang-kadang sukar untuk dilaksanakan tanpa keazaman dan keyakinan yang tinggi. Bagi yang mahu menjemput rezeki dalam hidupnya, buku ini patut dijadikan jadikan panduan dan amalkan dengan sebaiknya. Insyaallah semua yang dinyatakan oleh pengarang tidak mustahil untuk terlaksana.
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
August 31, 2013
Alhamdulillah..

Setiap bab yang dibaca disertakan bersama hadis-hadis rujukan dan ayat-ayat Al-Quran pilihan untuk diamalkan oleh pembaca.

Penulis jelas mempamerkan bahawa beliau tidak lokek dengan ilmu yang ada, serta beliau AMAT MENGGALAKKAN pembaca untuk turut-sama berkongsi ilmu yang diisi di dalam buku ini.

Alhamdulillah..
Syukur sangat-sangat di atas rekomendasi Ummu Ainan untuk membaca buku ini.
Bila niat dah betul, memang ALLAH akan perMUDAHkan.

WanSiti menjumpai buku ini dijual di Masjid AL-Hasanah, Bangi, usai solat Asar di sana, betul-betul selang beberapa hari sahaja selepas mencatatkan dalam planner peribadi untuk membeli buku ini.

Syukur,
tidak sia-sia usaha WanSiti bertanyakan (sms/whatsapp) dengan wakil pengedar buku ini, malam sebelum kejadian (buku ini dijumpai)

Moga Allah redha dan restui ilmu yang dipelajari, dan berkekalan hendaknya amal ilmu yang telah diperolehi., in syaa ALLAH .. AMIN~
Profile Image for 'izzat Ibrahim.
11 reviews74 followers
April 13, 2016
Menariknya buku ini pada saya adalah bagaimana penulis cuba mengubah gaya berfikir pembaca dengan memperkenalkan istilah yang berlainan. Daripada berfikir untuk 'mencari' rezeki kepada 'menjemput' rezeki.

Tips-tips yang diberikan oleh penulis adalah perkara biasa yang sedia maklum. Bahkan ramai manusia yang telah melakukannya.

Cuma sebelum ini, apa yang saya pernah baca dan dengar bahawa amalan-amalan ini diletakkan sebagi sebuah syarat. "Kalau nak berjaya, kena solat Dhuha." Kadang-kadang ianya menjadikan sedikit berat untuk laksanakan amalan2 tersebut.

Tetapi apabila penulis meng-istilah-kan amalan-amalan ini sebagai cara untuk menjemput, maka ianya menjadi sedikit ringan bahkan tertarik untuk laksanakannya.

Tahniah!



Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
September 4, 2014
pertamanya aku tak minat pon buku jenis macam ni. cover tak menarik. kwn ak penah promote tapi aku buat tak tahu. sekali ada akak tu bagi buku ni yang mini punya. ya allah. sangat lah best. teruslah beli buku ni yang besar. maksudnya lengkap. bila baca buku ni menyedarkan kita yang sebenar-benar sedar bahasanya rezeki itu dari Allah. yup. memang kita tahu rezeki tu dari Allah. tapi mungkin kita tak berapa yakin dalam tak sedar. bila macam tu buku ni sangat membantu untuk menjadikan kita benar-benar dengan sebenar yakin rezeki itu dari Allah. paham tak. macam berbelit ayat aku ni. yang penting korang kene baca lah.. :)
Profile Image for Min Khiari.
20 reviews
February 19, 2015
Buku ini dibeli pada 17 Jun 2013 lagi, tapi aku baru tergerak hati untuk membacanya. sebelum ini, aku ushar je dulu review para pembaca yang sudah khatam buku ini. Aku setuju dengan seorang pembaca; mesej dari penulis sangat padat, cuma pada bab 1 aku rasa bosan. Semestinya, apabila permulaan cerita tidak dapat menarik perhatian, mesti kita akan rasa sedikit tawar hati untuk meneruskan pembacaan. Namun aku teruskan juga, dan apabila masuk bab ke-2, baru aku rasa hidup kembali dengan penulisan ini. Sejujurnya, semua wajib baca, sampai ke kulit belakang. kerna aku pun, sambil membacanya, sambil mencatit nota-nota penting daripadanya.
Displaying 1 - 30 of 53 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.