In this authorised biography, much of which is based on unique first hand observation, Greg Barton introduces readers to Abdurrahman Wahid - the Indonesian president for 21 tumultuous months from 1999 to late 2001.
Membaca mengenai Gus Dur, kita dihidangkan dengan sedutan-sedutan pelbagai sisi sejarah Indonesia. Baik dari segi Islamisasi penduduk Indonesia khususnya pulau Jawa, bagaimana berdiri dan berlangsungnya Nahdlatul Ulama (NU) yang diasaskan oleh datuknya, lingkungan cendekia dan aktivis yang dekat dengannya, serta detik-detik menghampiri Reformasi dan sesudahnya. Begitupun biografi ini ditutup langsung setelah lengsernya Gus Dur daripada kerusi Presiden, Prof Greg Barton menyatakan beberapa analisis dan kritik yang merujuk kepada tempoh kepimpinan Gus Dur sebagai presiden. Persembahan keseluruhan biografi ini mudah dihadam pembaca biasa serta disesuaikan dengan kronologi hidup Gus Dur.
Secara peribadi, tidak adil untuk saya membentuk pandangan mengenai 'tokoh pelbagai warna' ini berdasarkan buku ini, melainkan ada buku yang menghimpunkan tulisan-tulisannya serta penulisan lain mengenai Gus Dur yang boleh disilang rujuk. Memang beliau disinonimkan dengan gerakan pembaharu dalam NU, atau dalam kata lebih jauh seorang liberal. Namun begitu, beliau terlalu berhati-hati, dan selalu saja terlalu jujur dalam tingkah siasahnya sebagai presiden. Di sini dapat kita melihat betapa sukar seorang aktivis cendekia untuk mejadi pemimpin sebuah organisasi massa yang dianggotai jutaan umat, apatah lagi presiden sebuah negara Muslim terbesar di dunia.
Sejujurnya, saya hanya mengenali Gus Dur sebagai presiden Indonesia ke 4 tetapi tidak mengetahui tentang latarbelakang dan politik indonesia ketika itu. Selepas membaca buku ini, persepsi saya pada Gus Dur berubah.
Beliau bukan presiden yang gagal, tetapi beliau menerajui Indonesia ketika negara itu sedang mengalami ‘kerosakan’ yang teruk akibat pentadbiran lama. Untuk membetulkan keadaan, ia memerlukn masa yang lama dan kecekapan yang maximum namun keadaan Gus Dur ketika itu membataskan proses itu. Beliau telah cuba berusaha dengan baik ketika itu tetapi dengan kadar perlahan tidak dapat menyakinkan yang lain.
Dan ada juga beberapa sebab lain yang tidak membantu Gus Dur dalam proses prntadbiran pada waktu itu.
Semoga almarhum bahagia dan tenang di sisi Allah swt.
This entire review has been hidden because of spoilers.