[BOOK 127]
AdaMaryam by Xarine.
.
Wahhhh... Ku rasa kan, penulis ni mesti hebat orangnya. Dan, psstt, ku rasa penulis ni lelaki. Entahlah betul ke tak firasatku itu.
.
Novel ni 504 m/s je pun, tapi ku rasa macam bercinta nak habiskan. Tak, bukannya buku ni tak best, tapi sebab banyak sangat ilmu yang penulis share, so, walaupun ku cuba skip, tapi tak boleh sebab dah jadi habit untuk baca word by word, cover to cover.
.
Adam, seorang jurutera di Matsushirota di Penang. Sekarang, dia tengah dalam misi siapkan Code X. Maryam pulak pekerja baru di Matsushirota. Kiranya pekerja kilang kat situ. Tapi, Maryam ni pun salah seorang yang terlibat dalam Code X tu.
.
Di permulaan cerita, agak slow. Sebab penulis cuba memperkenalkan kesemua watak yang terlibat dalam ni. Dan masa ni lah, wujudnya cinta bersegi-segi antara Adam, Maryam, Bani, Suli dan juga watak Lina. Dan, disebabkan penulis ialah seorang engineer, banyak sangat input yang cuba dimasukkan. Ku rasa, orang-orang engineering mesti suka. Tapi, aku ni terkebil-kebil tak faham. Ku rasa dalam 50% je kot yang ku dapat hadam.
.
Dan cerita makin best bila Code X tu failed. Sebenarnya, Code X ni ialah DVD Player yang portable, kecil, tahan bateri dan boleh dipancarkan di mana-mana sahaja. Kalau bawak masuk toilet pon boleh layan movie. Tapi, masalahnya, Heat Test yang dorang buat, asyik failed. Tetiba, bos dorang panggil dan tunjukkan yang China dah pon keluarkan Code X versi China yang merupakan 70% sama macam Code X dorang yang tak siap lagi nih. So, siapa yang pecahkan rahsia Code X ni? Dan semestinya Adam, yang in-charge benda ni la yang dituduh.
.
Pada masa yang sama, Adam turut diburu oleh Geng Mafia yang terlibat dalam Code X tu, sebab masterpiece yang membezakan Code X Matsushirota dan Code X China ialah baterinya. So, dorang cuba dapatkan formula tersebut.
.
Dan, Adam dibawa oleh ketuanya, Mr Ong ke Algeria untuk proses inspection bateri tu la. Dan di situ, dorang diserang. Cisss, ku sangkakan si A yang bersalah, rupanya si B. Tapi, Adam rela mati daripada serahkan formula tersebut. So, di Malaysia, geng Mafia tu tangkap Maryam sebagai tebusan.
.
Kesian Bani. Ku nangis bila dia mati. Ya, dia juga bersalah, tapi dia terdesak.
.
Ya, yang 50% yang ku faham tu, pasal Code X tu la. Segala jenis technical term lain tu, memang ku tak faham.
.
Ku suka Adam ni. Dia hanya bercakap benda fakta je. Tu yang buatkan dia nampak handsome dan bijak. Kalau setakat gosip, dia senyum je. Cumanya, Adam ni kononnya playboy pencen. Sebab pernah bercinta ngan Lina. Mungkin boleh dipanjangkan sikit part Adam-Lina ni, sebab ku curious tentang hubungan silam dorang.