Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pesona Rindu

Rate this book
RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.

Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.

Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.

566 pages, Paperback

First published January 1, 2004

3 people are currently reading
71 people want to read

About the author

Sharifah Abu Salem

15 books60 followers
Great novelist and scriptwriter who often get the attention of radio & television drama producers to collaborate.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (30%)
4 stars
31 (26%)
3 stars
36 (30%)
2 stars
11 (9%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Yana.
37 reviews39 followers
January 4, 2014
Poligami itu ubat untuk permasalahan zina dan wanita (quote dari Dr MAZA). Makanya,ubat itu hendaklah diambil mengikut preskripsi yang telah ditetapkan.UBat tidak untuk semua,jangan sebab melihat ada yang mengambil ubat itu kehidupannya aman sejahtera,sihat dan bahagia,maka ada juga teringin mengambil ubat yang sama dengan harapan akan memperoleh nikmat yang sama juga!Kerna,kelak ubat itu akhirnya boleh memudaratkan sesiapa yang memakannya tanpa ada sebarang keperluan yang mendesak!Tak demam,mana boleh makan paracetamol,bukan!Sebagai salah satu dari amalan NAbi SAW,poligami yang sebenarnya mampu membawa manfaat,akhirnya menjadi pahit,apabila telah salah digunakan dan diertikan oleh mereka yang cetek ilmunya.

DAn kenapa YAna menyentuh topik sensitif ini? Yana baru selesai membaca Pesona Rindu karya Sharifah Abu Salem yang satu ini! Kupasan yang menarik mengenai ragam berpoligami. Sharifah berjaya membawa drama kehidupan berpoligami, yang Yana rasa dramanya mungkin agak cliche, tetapi masih sebuah karya yang bagus buat menyedarkan kita bahawa poligami itu perlu dilaksanakan mengikut aturan yang sesuai dengan apa yang telah Nabi SAW tunjukkan kepada kita.

Kita mungkin terlalu biasa membaca atau melihat kesengsaraan isteri pertama membawa perasaan yang lara mengenangkan diri mereka terpaksa berkongsi kasih, tetapi Sharifah membawa kelainan dengan menyelami perasaan isteri kedua, Najmah. Tiga watak utama, Fazlan, suami kepada dua wanita yang bersahabat baik, Darina dan juga Najmah. Darina,istri pertama,berangkat ke US 5 tahun untuk menyambung pelajaran,kala Fazlan di Malaysia, NAjmah yang kebetulan bekerja sepejabat dengannya, akhirnya sama-sama jatuh cinta dan kemudiannya mengambil keputusan berkahwin untuk mengelakkan sebarang perkara yang lebih buruk berlaku.Dari segi ekonomi,Fazlan tidak ada masalah,dia anak orang berada,dan kedua ibu dan ayahnya juga memahami situasinya yang begitu dahagakan kasih seorang isteri.

Oh..Najmah,sememangnya kau ini memang teruk kan!Darina itu sahabat baik dia!Marah.Marah.Marah. Yana tak suka dengan Najmah!! FAzlan pula? Susah nak salahkan dia,sementelah Darina tinggalkan dia 5 tahun,masa yang lama, orang baru berkahwin pula tu! Jadi,disini, Darina pun bersalah bukan? Walau Fazlan ke US 3 kali setahun,tetapi seorang suami perlukan isterinya disisi, jadi poligami mungkin jalan terbaik untuk mereka.

Sharifah mempotretkan watak Najmah sebagai seorang yang pada awalnya bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan setelah Darina kembali ke Malaysia dan mengetahui rahsia yang tersimpan kemas selama dia di US. Tetapi hakikatnya, setelah Darina pulang dan saban hari terpaksa melihat kemesraan antara DArina dan Fazlan yang juga suaminya (Najmah sering diajak Darina ke rumah keluarga Fazlan, kerana dia terlalu rindu dengan Najmah! Dan ingin selalu dekat dengannya), NAjmah tewas, dia pula menjadi cemburu, marah dan terseksa, apabila suaminya yang selama tahun-tahun sebelum Darina pulang ke Malaysia tidak pernah jauh dari sisinya, membelai dan memanjakannya, kali ini segalanya beralih ke DArina! Air mata menjadi sahabat setia NAjmah saban hari, dan Yana rasa mungkin ini ujian baginya, dan NAjmah tidak mampu berbuat apa2 kecuali berharap segalanya akan cepat berakhir, kerana bagi Najmah, dia telah melukakan perasaan DArina dengan mengahwini Fazlan secara rahsia, maka biarlah kepedihan itu ditanggungnya sendiri. Tetapi ada masanya kekecewaan melihat Fazlan sering melebihkan Darina,apatah lagi setelah Darina disahkan mengandung,membuatkan Najmah bertindak melulu,sehingga menyebabkan Fazlan marah,berdosa bukan! Disinilah permasalahan poligami akan timbul.Ketidakadilan, rasa cemburu, tidak puas hati, yang jika tidak ditangani akhirnya mampu melarat menjadi barah,sehingga seterusnya mengundang kepada perceraian. Keadilan serta kebijaksaan seorang suami amatlah penting dalam berpoligami.

Yana suka ceritanya,kerana kita akan terbawa-bawa dengan emosi NAjmah,walau hakikatnya Yana benci Najmah,dia perampas!Tapi sedih juga mengenangkan nasibnya,untung bukan isteri pertama! Darina sentiasa didahulukan dalam apa jua perkara!

Cuma,pengakhirannya terlalu mudah,NAjmah,akhirnya bertindak mengundurkan diri,memohon untuk bercerai,dan Fazlan akur,ahhh..Fazlan,kau terlalu mudah mengalah.Sedangkan seharusnya dia hendaklah berani berterus-terang dengan DArina, dan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan NAjmah,kerana mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata.Berani berpoligami,berani jualah mengambil risikonya.Tetapi demi untuk menjaga kesihatan Darina dan kandungannya,kehendak NAjmah diturutkan jua.Lame,no?

Rahsia,disimpan,akhirnya,satu hari akan terbongkar jua,bukan?DArina terjumpa surat permohonan perceraian difailkan Najmah kepada Fazlan.Dan sudah dijangka,Darina terlalu sedih...Cuma disini Yana rasa Sharifah tidak menggambarkan dengan jelas, rasa pedih itu, sedangkan secara logiknya, sudah tentulah kesedihan itu terlalu berat, mengenangkan sikap Najmah yang mengkhianati persahabatan mereka, Fazlan yang tidak setia. Sharifah tidak cuba untuk merungkai perkaitan bagaimanakah Darina dapat menghubungkaitkan segala yang berlaku ini, diantara kekecewaannya dengan penipuan yang diterimanya selama ini dengan tindakannya yang akhirnya memaafkan kedua-dua suami dan sahabtanya itu.

Ya,Darina, akhirnya mengambil keputusan memaafkan Najmah, kerana baginya benar dia kecewa,kerana mereka semua telah menipunya, tetapi Darina tidak merasa marah, dan oleh sebab itu, dia akhirnya bertindak menghalang FAzlan dan Najmah bercerai. Darina memang mulia,walaupun YAna rasa tidak ada wanita yang sepertinya, tetapi inikan kisah fiction, Sharifah bebas untuk mewujudkan sebuah pengakhiran yang utopia bagi permasalahan poligami ini. Jika dipanjangkan sedikit konflik perasaan Darina, sehingga akhirnya dia bertemu dengan sebuah titik kemaafan untuk Fazlan dan Najmah, YAna rasa 5 bintang untuk Pesona Rindu.

UNtuk yang ini, 4 Bintang dahulu!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
November 30, 2016
PR_ citer bermadu yg mengugah emosi! citer ni blh diterima dgn baik bila dua heroin dan satu hero bersepakat diakhirnya! tak percaya? tp itulah yg berlaku..yg bermadu adalah sahabat baik! sbb bermadu bila terpaksa berjauhan krn kerjaya! ketiga2 keluarga juga saling memberikan semangat, sokongan dan nasihat! sesuatu yg bagus cuma dlm realiti mgkin jarang2 berlaku! apa pun citer ni saya blh baca dan terima dgn baik! akhirannya juga mampu menarik nafas lega..karya SAS mmg tidak pernah menghampakan!
75 reviews6 followers
July 9, 2013
Seperti yang penulis pernah kata, dia cuba mencorakkan naskah ini dari segi yang positif tentang kehidupan bermadu. Cuba menerbitkan pandangan yang berlainan bagi sesiapa yang pernah membaca naskah ini.

Tiga watak utama, Fazlan, Darina, Najmah. Tiga sahabat baik. Bak kata Darina, dia tak boleh hidup tanpa Najmah begitu juga sebaliknya. Keadaan yang menjadi terikat menjadi satu. Darina yang terlalu obses dengan kerjaya sanggup menepikan kasih Fazlan walaupun sedar fazlan masih lagi terkapai-kapai merebut kasih isteri sendiri. Lalu, perhatian dari najlah membuatkan dia terasa ada sesuatu diantara mereka. Lalu, ikatan ini harus dihalalkan supaya kasih itu teralir pada yang berhak. tanpa pengetahuan darina, fazlan bernikah dengan najmah.

banyak konflik yang meruntun hati terutamanya tentangan dari ibu najmah akan keputusannya menerima fazlan dalam hidup. Juga bapa darina yang tiba-tiba jatuh hati padanya hingga membuatkan fazlan cemburu hingga membuatkan rumahtangga mereka berantakan. Ini kerana perkahwinan mereka tiada siapa yang tahu kecuali kedua buah keluarga. dan yang paling mengharu birukan adalah ketika darina ingin kembali hidup disamping fazlan.

apakah akhirnya? apakah perasaan darina setelah mengetahui najmah mengahwini fazlan. tak rugi sesiapa yang mendapatkannya.

Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
November 10, 2015
Hadam buat kali ke 3... haha!!! tak tahu tiba2 perasaan nak baca semula novel ni yang telah terletak hampir 10 dalam rak buku... Pada hal masih banyak buku baru yg masih pending... huhu he he!! mungkin sebab dah lama tak baca karya penulis terhebat suatu masa dulu jadi mungkin perasaan ingin membaca memang memuncak...

Watak2 yg tragic antara persahabatan, kasih sayang, perkongsian Darnia, Fazlan & Najmah... huhu!!! cedih oiiii....

Darnia yang menyayangi Najmah lebih dari segala2nya... bagi dia Najmah adalah sahabat dunia akhirat...

Najmah cinta yang amat mendalam kpd Fazlan & dalam masa yang sama tidak sanggup melukakan hati Darnia. Demi Darnia dia sanggup mengalah wpon hatinya pasti terluka & retak.

Fazlan sayangnya pada Darnia tetapi cintanya lebih kepada Najmah. Kedua2nya tidak sanggup di lukakan hatinya... Kerana persahabatan mereka yg utuh fazlan tidak sanggup memusnahkannya tetapi apakan daya dia perlu memilih antara 2.

Oh!!! wpon dah pernah baca sebelum ni... Hati tetap tersentuh oiiii.... Meronta2 time nak tahu kesudahannya.... he he!!!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,560 reviews42 followers
September 9, 2016
"Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali." Fazlan ni tamak orangnya. Dua-dua sekali dia nak dan yang paling penting, tak ada apa yang extraordinary atau special yang boleh dia tawarkan untuk deserve kasih dua wanita yang "naive" tu sekali gus. Personaliti pun tak strong, ala-ala pengecut gitu. Hampehhh (watak Fazlan la, penulis novel ni ok membawa cerita yang mungkin telah menjadi realiti bagi ramai wanita)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.