Idris nak mencari roh orang yang hilang, tapi pintu antara dimensi mash tertutup. Jadi dia cuba dapatkan bantuan daripada seorang budak baru untuk melanggar hukum alam tu.
Pencariannya itu bagaimanapun tidak semudah yang dijangka. Kali ini dia terpaksa berhadapan dengan hukum alam, realiti sebenar, SCAM, pintu neraka, ibunva, drama jiwa remaja, dan konflik dalamannya lagi.
Trilo-gram yang terakhir Tomogram ni banyak fokus pada dua watak utama; Adam Idris dan Domenik Lokan!
Sambungan dari Hologram, Domenik telah hilang rohnya dari badannya dan Idris akan cuba mencuba sedaya-upayanya untuk dapatkan balik roh Domenik dan kembalikan situasi ke normal. Tetapi, ia bukanlah suatu misi yang senang untuk Idris.
Dengan bantuan Iskandar, Samad dan Ben, Idris telah menetapkan pelbagai hipotesis tetapi semuanya tiada fungsi. Manakala itu, roh Domenik telah terkurung di sebuah institusi dengan rakan-rakan baharunya; Keri, Sam dan Jeffrey. Sepanjang Domenik di sana, perasaanya sering mengatakan ada orang sedang menunggunya.
˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀
Trilo-gram kali ni lebih banyak kepada perasaan Idris kepada Domenik dan keusahaan dia untuk selamatkan Domenik. It’s actually a character development for Idris sebab sebelum ni, Idris macam takde perasaan simpati pada sesiapa sehingga dia dengan Domenik jadi ‘soulmate’.
Penulisan dan plotline; it’s abit of a downgrade from previous book sebab kali ni, banyak POV Idris dan Domenik je. Penulisan penulis bagi saya, banyak penggunaan perkataan yang translate dari English ke Melayu which kekadang buat saya confuse on certain words. But masih boleh difahami.
Watak-perwatakan; Cameo Iskandar from Entiti/Anomali membuat penampilan dalam buku kali ni. Siapa yang baca Entiti and Anomali, kenal lah siapa actually Iskandar. Watak2 yang lain, biasa2 je.
Overall, I feel like buku kali ni, kena ada imaginasi kuat giler baby. Kejap ada kuasa, kejap guna pedang yang bernyala, kejap jadi manusia biasa 😭 Plus, buku ni akan ada sambungan lagi ke? Kenapa ending dia macam ni? 😭
"Berpisah dengan yg hidup, dengan berpisah sebab mati tu jauh berbeza. Bila orang tu dah tak ada, rindu tu tak akan ada ubat. Benda-benda yg tak tercakap, rasa yg tak terluah, semua tu membuku dalam hati. Sakit tu tak akan hilang" (Kak Sal)
"Kau kena faham yg tak semua benda kita boleh kawal. Tak semua orang kita boleh selamatkan" (Gumun)
🔅Buku terakhir dlm trilogi gram. Dalam buku ketiga ni SA lebih fokus pd watak Domenik dan Idris dlm usaha masing2 untuk kembali ke alam realiti. Tidak tertinggal juga watak Iskandar yg muncul menemani Idris dlm pengembaraannya kali ini.
🔅 Watak cameo drpd buku Syawal Tak Pernah Lewat dlm Institusi 4 yg menemani Domenik turut menambah rencah dan menjadikan buku ketiga ini sedap di baca. Bagi aku buku ketiga ini mempunyai byk cross-over antara watak2 dlm karya SA sebelum-sebelum ini. Plot turut disusun kemas dan kemunculan Puan Saodah dan Mak Domenik menambahkan lagi keindahan karya ini.
🔅Banyak persoalan yg ditinggalkan penulis di penghujung cerita dan kemungkinan membawa klu untuk buku atau trilogi yg akan. Who knows? Apa-apa pon karya SA tetap sedap di baca seperti biasa. Tahniah penulis dan please jgn lama2 untuk next book. Byk yg tak terjawab lagi ni 😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penutup bagi siri Trilogram, misi pencarian Idris akhirnya berakhir (?). Dibahagi kepada dua sudut pandang antara Idris dan juga Domenik, dimana masing-masing berusaha mencari antara satu sama lain. Macam lebih padat dengan aksi dari yang sebelum ni. Suka pula aku dengan dinamik antara Idris dan seorang budak baru tu, sempat pula tu beradu tenaga. Dari babak pintu neraka yang agak annoying dan sistem pembayaran tu aku dah dapat agak bagaimana pengakhirannya, agak sedih sebab itu sahaja jalannya. Masih ada beberapa plot yang belum terjawab, mungkin di Angkasa?
Please.... Waktu buku hologram kita sedih domenik koma. Buku ni kita sedih sebab idris dengan domenik tak kenal each other (sbb bayaran yg dilaksanakan sngt tinggi)
I love the way saodah express perasaan dia tentang idris dekat domenik, and ibu domenik express penyesalan dia tentang domenik dekat idris.
Adakah akan wujudnya buku sambungan ??? Mari kita nantikan...btw I still in love with Domenik <3
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baca buku ni one sitting! Otakku berasap because I’m not a sci fi, action type of reader but only buku Sapit aku tolerate since Universe Ajaib lagi 🤣
Untuk buku yang terakhir, lebih berat daripada buku before this! Dia mengembalikan balik dejavu aku waktu baca buku yang pertama, Sonogram. Memang jantung berdegup kencang gila sambil otak ligat mencerna segala input yang penulis letak dalam naskhah terakhir beliau ni. 🤯
Bagi aku, novel terakhir dalam series Trilogram ni lebih banyak input, info yang kau kena hadam. Lagi pula, Adam Idris bergabung dengan Iskandar dan Si Samad lembaga kucen dari novel Entiti lagi membuatkan aku tak senang duduk. Sebab banyak gila teori fizik, alam dikeluarkan oleh diorang. Kadang kadang aku kena take a break daripada pembacaan dan merenung ke siling putih sebab nak susun balik perjalanan mereka dalam pencarian mencari roh Domenik yang tersesat dalam dimensi lain. Especially part yang nak ke pintu setan tu ya allah aku rasa nak menjerit sebab diorang fikir lama sangat nak take an action HAHAAHAHA 😭
Yang aku suka pasal buku ni bila penulis jawab segala persoalan yang dia kasi tergantung sebelum ni macam kenapa Bonda Idris buat semua kerja pembersihan, fungsi azimat, reason kenapa rumah Idris negative space dan sebagainya. Plus, history tuhan yang aku yakin ada related dengan novel Anomali buat comeback dekat dalam novel ni. Rupanya dia lah pengasas segalanya. Pening aku nak list kan balik semua 😭
TAPIIIIII aku masih tertanya pasal salasilah keluarga Pak Andrean yang Domenik jumpa sebelum dia masuk ke Pintu yang banyak songeh tu. Tu persoalan terbesar sekarang ni. Kenapa diorang ada kat situ? Sedangkan diorang juga ada dekat alam nyata? And apa jadi dengan bonda lepastu? Penulis kasi hint sikit sangat. Kalau ada scene diorang bermaaf - maafan lama sikit lagi syokkkk. Dann apa maksud ayat purba dekat Lokan Manor tu? Mungkin penulis saja tinggal persoalan supaya dia boleh jawab dekat buku Angkasa nanti? Husnudzon.
Lastly, aku harap buku Angkasa dapat rapatkan balik Idris dengan Domenik. Lagi lagi Idris dah jadi manusia biasa kan. Aku rasa tu je kut review aku! Jumpa di buku Angkasa!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tomogram. Sambungan daripada Hologram dan Sonogram.
Tomogram lebih tertumpu kepada watak utama cuba untuk mengembalikan Demonik ke dunia realiti. Kalau tak baca Hologram & Sonogram, memang susah dan mustahil untuk faham Tomogram. Sebab novel ni bukan berkait tapi memang bersambung dengan novel sebelum ni.
Disebabkan tema Tomogram ni lebih ke arah untuk selamatkan Demonik, fighting scene dan plot twist memang kurang. Tapi yang menariknya, ada cross over watak dari novel dia yang lain muncul dalam Tomogram ni untuk bantu selamatkan Demonik.
Ending nak kata happy pun tak sangat, nak kata sedih pun tak sangat. Mungkin agak frust sedikit sebab main character terpaksa berkorban banyak benda untuk sampai ke penamat.
Kali ini terpaksa 'hide' ulasan sebab... tak puas hati betul dengan ending-nyer. (Sorry, Syafiq. Saya termenung agak lama selepas membacanya dan rasa geram saja) Rasa wasted sajalah penat-penat Adam Idris berusaha cari Domenik & Domenik pula berusaha mengingat dan keluar dari tempat rohnya tersadai, harga yang terpaksa dibayar mereka berdua terlalu mahal.
Dah kata Trilogram, akan ada sambungankah? Walau apapun, sekurang-kurangnya semua unsur kejahatan berjaya dihapuskan dan mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.
Satu lagi, err... apa jadi dengan YB Saodah in the end?
This entire review has been hidden because of spoilers.
took me long enough to finish it because of my schedule and banyak action scene in this book. i like how the author made two povs (domenik and idris). suka la jugak this book sebab dia main dengan sains yang mindblown like travel to other dimension and whatnot.
and idk but some part of it wholesome gak, ada funny parts jugak.
about the ending, i think dah perfect dah endingnya sebab it's like they meet again but restarting their journey as a normal human being pulak (i guess la since idris said he doesn't have any powers dah)
Perjalanan MC nak menyelematkan kawan atau ***nya. Disambung langsung dari buku pertama.
Pada awalnya, terasa agak lama untuk MC menjumpai cara untuk menyelamatkan kawannya. Perjalanan kawannya juga menarik tapi agak rasa draggy.
Sehinggalah titik apabila kawannya bertemu dengan seseorang dan MC. Part tu memang rasa sangat seronok dan diakhiri dengan baik. Tapi endingnya memberikan satu perasaan yang sukar nak cakap kerana ada twsit nya. Bagi saya ini memang menarik endingnya.
Jap...kat mana Syafiq Aizat dapat imaginasi untuk tulis cerita ni. Best. Aku suka chapter ikut watak yang Syafiq Aizat susun. Dua point of view digerak serentak. Idris dengan Dominik. Cuma aku baca laju laju masa diorang nak masuk dalam pintu yang kena bayar. Risau betul kalau apa-apa yang buruk berlaku antara diorang. As much as aku suka cerita ni. Tapi aku mengharapkan cerita akan datang pasal Dani dengan Dominik pulak
the third book and the last one YUHU ! memang intense jugak la buku ni plot twist after plot twist then everything just clicks together WOW🤌🏻 This book main banyak jugak dengan emosi, friendship and ada jugak family value tu 🤍 imaginasi kena tinggi banyak action. then after baca there is one quote yang i ingat which is “Memory is the diary that we all carry about with us.” — Oscar Wilde gitu 5/5 🌟 LEPASTU KAN AWAT ENDING DIA GITU BANG