Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tamadun Dunia

Kitab Tamadun Yahudi

Rate this book
“Kita sangat terhutang budi kepada orang Yahudi untuk pengetahuan terawal kita tentang falsafah, botani, perubatan, astronomi, kosmografi, (sifat alam semesta), bahasa suci, dan hampir semua cabang kajian al-Kitab.” —Antonio Rubiero Santos, Hakim Portugis abad ke-19

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 3,000 tahun tamadun mereka.

Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya.

475 pages, Paperback

Published January 1, 2023

17 people are currently reading
60 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (31%)
4 stars
14 (63%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
December 12, 2023
Tembok ratapan takde diselitkan
Nak tahu sangat kenapa ada Tembok Ratapan
Apa benefit nya ...
Kemudian kenapa diorang baca kitab kena gerak badan depan belakang .. tak gerak tak boleh ke?
Takde diselitkan cara sembahyang orang Yahudi
Kalau kat YouTube ada kot .. lebih kurang macam orang Islam

Kemudian haiwan yang boleh makan ... Macam mana diorang sembelih? Just pancung ke apa?

Kemudian perempuan yang dah kahwin .. kenapa kena pakai rambut palsu? Ada nyatakan tapi macam tak details ..
Kira yang dah kahwin kena pakai something untuk tutup rambut ....

Kemudian orang Yahudi yang luar dari Palestin tu ... Kenapa tak sokong orang Yahudi kat Palestin? Diorang Yahudi Ortodoks ke?

Yang pasti orang Yahudi ... Kaum yang senang terpesong .. then Allah pilih siapa yang jadi Nabi dan bantu luruskan orang Yahudi ... Sepah nabi tapi semua hareeyy dengar kejap lepas tu buat jahat ...

Satu-satunya bangsa kaum yang ditindas dari zaman dulu cuma orang Islam jer asyik bantu .. dah macam selamat kan anjing tersepit .. dah tolong tak sedar diri ....

Orang Yahudi kewujudan ada sebaris kewujudan orang Rom ... See orang Rom pun tak suka Yahudi ...

Then wujudnya Hakim dalam agama Yahudi hmmm ada jer Hakim yang korupsi .. nama pun manusia kan ..

Siapa nak baca boleh ... Boleh jer baca ...
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
June 18, 2023
Buku pertama dalam siri "Kitab Tamadun" daripada Patriots Publishing yang aku baca. Lama juga aku ambil masa untuk habiskan buku ini. Kitab Tamadun Yahudi memuatkan info-info berkenaan dengan bangsa Yahudi bermula daripada zaman Nabi Adam sehinggalah kini.

Buku ini padat dan lengkap. Penulis menceritakan daripada sekecil-kecil maklumat sehingga ke sejarah yang besar-besar. Bermula daripada pengasasan kaum Yahudi sehinggalah ke penghijrahan mereka secara beramai-ramai ke Palestin kini. Cuma aku sedikit kecewa apabila aku tak menemui satu pun info-info seperti Golem, Menara Babel, jenazah Nabi Daniel dan sebagainya di dalam buku ini sedangkan di twitter Patriots Publishing ada menyatakan tentang maklumat-maklumat ini dan mengaitkannya dengan buku ini (kalau nak baca lebih lanjut, baca Kitab Tamadun Yahudi ini, kata mereka). Yang inilah yang aku kecewa sedikit.

Apa pun syabas buat penulis. Buku ini memang bermanfaat.
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
68 reviews1 follower
March 31, 2023
Bab paling suka baca ialah bab last sekali.

Sebab kat situ ada terang panjang lebar macam mana Yahudi yang pada zaman dulu boleh berkembang dan menetap di Palestin hari ini.

Kalau pernah baca buku ARW, Dunia Tanpa Tembok, lagi la nampak perkaitan antara semua ni.

Buku best, memang details la A to Z cerita pasal Yahudi dari Nabi Adam sampai sekarang.

Tahniah penulis dan penerbit!
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.