Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gemersik Kalbu

Rate this book
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

584 pages

First published January 1, 2005

19 people are currently reading
410 people want to read

About the author

Anis Ayuni

15 books89 followers
Teacher, well as a popular novelist.

Anis Ayuni dilahirkan di Bentong, Pahang pada 1 April 1963. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya sehinggalah ke Tingkatan Enam di SMK Sulaiman, Bentong. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya 1986 (Pengajian Asia Tenggara). Kemudian melanjutkan pelajaran dan memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya (2004).

Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Ibu kepada dua orang anak lelaki ini terus aktif menulis setelah novel pertamanya, Suara Hati (2002) mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pembaca.

Dalam menghasilkan karya kreatif, beliau sedar garapan haruslah berupa gandingan antara fantasi dan realiti. Namun beliau sangat menitikberatkan logik dalam menggarap satu-satu peristiwa. Seboleh mungkin beliau cuba mengaitkannya dengan realiti yang biasa terjadi dan bukannya sekadar khayalan atau mimpi. Namun novel-novel beliau tidak lepas dari membicarakan soal cinta, sokongan ibu bapa dan keluarga serta prinsip seseorang dalam membuat keputusan. Dalam tawa, ada air mata dan sengketa. Itulah ramuan yang menyebabkan pembaca tidak jemu menatap hasil penulisan beliau.

( http://www.alaf21.com.my/penulis/?idW... )

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
383 (43%)
4 stars
270 (30%)
3 stars
172 (19%)
2 stars
37 (4%)
1 star
15 (1%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
March 15, 2013
Letak brand new untuk buku ni sebab buku yang asal tu dah hilang. sapa pinjam ntah tak bagi balik "nanges". dah la ada t.t penulis. Terpaksa lah beli baru ;_;

"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"


buku ni antara yang first baca dulu masa muda2, memang citer ni seronok dibaca.. dlm banyak2 buku Anis Ayuni this is my favourite lah. Masa zaman tu baru kenal novel, so tahap kesukaannya agak tinggilah untuk citer2 jiwang-sweet neh.


"Guru yang sederhana memberitahu. guru yang baik menerangkan, guru yang lebih baik menunjukkan, guru yang paling hebat memberi inspirasi."


kisah cikgu Ana yang bercinta dan bertunang dgn cikgu wan yang kemudiannya mati lemas ketika menyelamatkan seorang budak. Ana tinggal seorang terkapai kapai kerana dia sendiri tidak rapat dengan keluarga kandungnya, ibunya bagai kekok bila bersama dengannya, dia banyak menumpang kasih dengan keluarga cikgu wan yang melayannya seperti anak sendiri. ketika melanjutkan pelajaran secara sambilan, Ana dan kak shikin menumpang di rumah Auntie Zarina, di situlah dia berkenalan dengan Sufian yg memberi first impression yg buruk kpd Ana. Sufian jatuh hati dengan Ana tapi ana sukar menerima orang lain kerana masih lagi ingatkan cikgu wan. Bila Ana nekad nak pindah rumah semester berikutnya kerana rimas dengan gangguan Sufian, Sufian memasang perangkap supaya Ana terpaksa mengahwininya.


Sepanjang menjadi isteri sufian, Ana dpt melihat kebaikan sufian dan dia terduga bila sufian sakit dan Ana terpaksa menjaganya di hospital. bila sufian dan sihat, ibunya pulak masuk hospital.. ana sabar melayan kerenah ibu kandungnya yg menyakitkan hati hingga menimbulkan kembali rasa kasih sayang ibunya terhadap dirinya.


Sufian mula mengatur strategi untuk menduga hati dan kasih Ana dan cuba mengalih cinta Ana dari orang yang telah tiada kpd dirinya yang terlalu menyintai Ana.. fun to read.


sure fine whatever
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
October 11, 2013
Buku lama yang dijumpai semula dan diulang baca. Kebetulan di GR, buku ini tiada lagi dalam rak ‘Read’. Ha, memang elok sangatlah tu :D

Duka yang ditanggung Raihana masih parah. Entah kan bila akan susutnya. Pemergian Abang Wan; tunang tersayang meragut kesemua hatinya. Hingga dia menolak sesiapa saja yang hadir dalam hidupnya. Namun, jejaka serabai yang seorang itu tidak pernah peduli. Sufian tegar ditolak berulang kali, tapi hajat nak menyunting Raihana tak akan dilupakan.

Raihana Vs Sufian. Pasangan ini berkahwin kerana suatu kejadian. Haihh... memang si Sufian tu patut kena luku laju-laju. Ada ke buat plan yang entah apa-apa tu? Hailoh.. tapi apakan daya, by hook or by crook Sufian tetap mahukan Raihana sebagai isteri. Tak mahu dah yang lain. Titik.

Perkahwinan mereka tak seperti pasangan lain. Raihana sering saja mengelak biar pun Sufian tak habis-habis dengan strategi memikatnya. Satu per satu adegan memikat yang buat aku tersenyum. Gigih sungguh Sufian!

Dalam menolak, hati Raihana terusik. Apa lagi yang memuja adalah lelaki yang halal buatnya. Namun saat hati mahu berkata ya, Sufian berkahwin lagi? Jeng jeng jeng... Raihana oh Raihana! Cepat benar berprasangka. Ha, jadi apa kesudahan pasangan tak sejoli ini? *wink*

Walaupun ini buku lama, feel tu masih ada. Rerama masih sudi berterbangan, membuat aku terbuai-buai dengan kisah cinta romantik ini. Barangkali kerana bahasa puitisnya. Penulis senior seperti Anis Ayuni memang tak perlu disangkal lagi akan kehebatan gaya bahasa dan teknik penceritaannya. Sungguh menusuk kalbu.

Dan ya, kerjaya Raihana sebagai cikgu tu pernah buat aku memasang cita-cita mahu bergelar guru. Dulu lah... hihihi :P
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
February 13, 2013
Di kananku adalah realiti dan dan di kiriku hanyalah angan-angan dan mimpi. Aku yang berada di tengah-tengah masih tidah berpijak di bumi nyata.

Kalau ikutkan, rasanya buku ini memang deserve dapat 5 stars. Tapi sayang kerana pada permulaan cerita, the setting and the pace agak membosankan. In the beginning, the story banyak take place dekat sekolah since Ana is a teacher and buah hati dia pun cikgu jugak. And the story pun banyak revolve around their duties as teachers.

 photo sleepy-1_zpseb9e1ca0.gif

But cerita menjadi best sangat selepas cinta antara Ana dan Abang Wan mula berputik. Dia orang ni sweet and cute and Abang Wan ni memanglah calon buat suami yang baik. Untung Ana! Tapi

 photo sad-1_zps83797ddd.gif

 photo myemotions_zps47e1ce8b.gif

From that moment on, memang lajulah layan buku ni sampai nak tido pun pikir dua tiga kali.

 photo shock_zps4a1d30e2.gif
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,553 reviews41 followers
June 30, 2018
Yang saya suka ialah the flow of words dan mood setter yang diatur penulis, very smooth. Penulis ni cikgu rupanya, memang patut adengan di bilik darjah dan di bilik guru sangat hidup. Kisah percintaan sebentar Ana dengan Wan Ariffin is such a pity. Saya appreciate juga penulis express kan kejadian masa tragedi di sungai. Yang saya tak berapa nak suka, panjang sangat kot novel ni. Letih dengan bolak balik naliri Ana lun iya juga walaupun dia sebenarnya bukanlah wanita yang membosankan. Saya malah dapat gambarkan keceriaan Ana. Apa yang dibuat dek Sufian untuk memastikan Ana tak dapat lari, tak berkenan la saya. Kalau nak fikir, kira lawak juga la, nada lawak tu boleh jadi sambungan cerita Madu 3 P. Ramlee.
Profile Image for Natasya Wiah.
200 reviews48 followers
June 21, 2016
5 star for this book !
Lama sdh baca buku ni, 4 tahun yg lalu rasanya.. di tahun 2013.
Buku ni tersangat2 bagus dan menyedihkan di awal cerita. I admit that I'm crying so hard when I was reading this book. I mean, ada satu part dlm buku ni yang buat sy menangis kuat. Unexpected part. So yeah, happy that I've read this beautiful novel. Recommended Malay novel !!
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
January 3, 2012
Raihana Hj Zaini & Sufian Abd Aziz

C.A.N.A.D.A ~ Cute And Naughty Actions that Developed into Attraction
H.O.L.L.A.N.D ~ Hope Our Love Lasts And Never Dies
L.I.B.Y.A ~ Love Is Beautiful, You Also
I.T.A.L.Y ~ I Trust And Love You
8 reviews3 followers
February 20, 2013
1. suke part raihana bercinta ngan abg wan.cm sweet je. tp malangnya abg wan mati dibawa arus semasa menyelamatkan anak kwnnya. sedih. kesian raihana.

2. raihana berjumpe sufian masa die duk kat rumah auntie zarina sebab sambung blaja. auntie zarina ni makcik kak syikin. bg aku cite ni dragging sgt. penat nak abeskan membaca. raihana yg masih x dpt lupekan abg wan walaupun sufian dah banyak kali bg hint. last2 jd sesuatu yg memaksa kan dorang berkahwin. cite pas dorang dah kawen pon agak meleret. tp happy ending la last sekali...so conclusion nye,dpt bg 3 bintang je..hehe
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
November 27, 2023
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita agak menarik tapi sayang sekali penceritaannya sangat perlahan.
Walaupun banyak watak dalam cerita ini tetapi tidak mengelirukan. Penulis pandai memainkan watak-watak tersebut dengan peranan masing-masing.
Ada sesetengah bahagian meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan.
Bagaimanapun, saya suka dengan epilogue cerita ini yang fast forward, just short and sweet.

Profile Image for yoonuyea.
68 reviews
January 16, 2024
Baca buku ni masa f3. Masih ingat lagi how I loved this book so much and i still do now. Hopefully, dapat cari semula buku ni somewhere then read again. Preloved pun okay, hehe.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
December 22, 2016
Buku ini ditulis pada tahun 2005 (trend kahwin paksa agaknya baru bermula) dan seingat saya, ini kali pertama saya membacanya (juga tidak pernah menonton drama adaptasi novel ini - sambil mata ke atas, tangan atas bahu - "macam manalah agaknya gaya buku ini jadi drama.."). Positifnya, Sufian adalah watak lelaki yang tidak mudah putus asa, saya suka macam ini, walaupun kadang-kadang boleh tahan rimas. Hati Raihanah mungkin keras macam batu, tapi Sufian tak mengalah. Negatifnya, alamak, pengaulan lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang macam, macam entahlah.

Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
November 19, 2015
lepas habis derama
bila nak ulang baca
mesti terngiang-ngiang lagu..

"ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu..luahkan perasaanku dan mebuktikan aku cinta kamu.."

hahaha..
so terus letak balik kat rak. =p
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
March 26, 2012
Raihana & Suffian

..al-kisah cekgu cekgi

Dah di'drama'kan gak..
Kat TV3, 26 Disember 2011
Ayu Raudhah (Raihana) & Aqasha (Suffian)
Profile Image for Azmir Ismail.
211 reviews
September 22, 2021
Kisah menarik percintaan Ana dan Sufian. Wajib dibaca oleh peminat Anis Ayuni. Formula yang biasa tetapi logikanya ada. :)
2 reviews
June 18, 2015
buku nie one of my fav zmn sekolah dulu...citer mmg best...
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.