Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.
~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah). Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”
~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?” “You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah :(
SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM11. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Comelll!!!! From start to finish, ceritanya memang comel and sweet. Apa yang sering membezakan watak-watak dalam novel Syud berbanding kebanyakan penulis lain adalah mereka seperti ‘real people’. They are not perfectly good looking, they don’t have fancy jobs, they don’t drive fancy cars like Porsche or Ferrari. And even without all those fancy elements, ceritanya tetap rasa seperti sebuah fairytale, tapi fairytale yang realistik. Kisah hidup yang boleh terjadi pada sesiapa tapi kebarangkalian untuk ia terjadi pada diri sendiri mungkin sebesar kuman sahaja.
BMHS ni berkisar tentang Wardah yang terpaksa mempergunakan Firas untuk mengelakkan diri daripada dijodohkan dengan Ilham. Walaupun, sebenarnya Wardah sukakan si Ilham tu, tapi Wardah tak mahulah menangguk di air keruh. Ilham tu dah la baru putus tunang, tup-tup ibu Wardah nak jodohkan dia dengan Ilham pula. Wardah nak jadi mangsa rebound relationship? Memang takla kan jawapannya?
Jadi, bila Firas hubungi dia untuk sesi berkenalan, umpama satu rahmat buat Wardah. Rela dia mintak pertolongan Firas untuk menyamar jadi boyfriend sementara semata-mata untuk mengelakkan match-making session dengan Ilham si Clark Kent tu.
Awalnya pertemuan antara Wardah dengan Firas ni bukanlah dalam keadaan baik pun. Wardah selamba aje gelarkan Firas tu Shrek (masa tu hari Jumaat dan Firas pakai baju Melayu warna hijau serindit) sebab dia tak dapat nak beli buku ganti untuk adiknya, Laily. Firas dah borong 2 naskhah terakhir buku Nyanyian Tanjung Sepi tu untuk kakak dan adiknya. Mahunya tak mengamuk Wardah. Sampai hentak-hentak kaki keluar dari kedai buku tu. Kebetulan pulak Wardah memakai kasut berwarna merah. Terus dapat gelaran Dorothy (Wizard of Oz).
Lepas tu, pertemuan demi pertemuan secara tak sengaja akhirnya buat Firas tergerak hati untuk berkenalan dengan si Dorothy. Gigih dia mencari nombor telefon Wardah sebab nombor telefon dan kad perniagaan yang diberi pada Wardah, satu pun Wardah tak hiraukan. Akhirnya dapat juga nombor telefon rumah Wardah dengan bantuan Adil dan Aulia (Untuk Awak Teja Aulia) lepas pertemuan tak sengaja dengan Wardah masa kenduri kahwin Adil dan Aulia.
Pelik juga sebab Firas setuju je nak jadi boyfriend olok-olok Wardah. Strategi nak pikat Wardah kan? Dalam tak sedar rupanya masing-masing dah suka sama suka tapi banyak je 'pengganggu' dalam hubungan platonik diorang ni. Dengan salah fahamnya lagi. Tapi memang berbaloi sebab akhirnya masing-masing realise yang diorang memang suka sama suka.
M/s 423:
Wardah, Ini untuk you, free gift sebab you suka kat I.
Firas
Comel kan? ;)
Komen saya: Satu lagi kisah 'manis' yang berjaya dilakar oleh Syud. :). Seperti biasa, buku tulisan Syud akan ada kesinambungan antara satu sama lain. Walaupun ia bukan sambungan kisah terdahulu, tapi sekurang-kurangnya kita dapat tahu kesudahan kisah mereka. Macam Adil yang dah berkahwin dengan Aulia (Untuk Awak Teja Aulia). Azril dan Lisa pulak sedang menanti kehadiran cahayamata mereka (Tentang..Dhiya). Lepas ni kisah tentang siapa pulak eh? Oh, mungkin Jiji (kawan Lisa dalam Tentang.. Dhiya) dan kisah Firdaus (Dia, Dalam Ramai) kot? ;)
Kisahnya sebenarnya biasa biasa saja.kisah orang biasa takdelah ceo dengan projek juta-juta kereta mewah-mewah. Takde plot dengan konspirasi pelik pelik. Straightforward sahaja kisahnya Pacai dan Wardah ni. Pacai yang pernah kecewa tapi terjatuh suka pada si Dorothy kasut merah.pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja last2 baru berani p tegur. Dah kenal proses mengorat la pulak. Si Wardah pun sama. Awal2 lagi dah perasan si Shrek ni tapi tak berani tegur. Cuma soal perasaan ni payah sungguh nak mengaku.takut sangat kena reject. Pastu jealous sorang2. Orang dah takde depan mata baru tercari-cari. Haihla Wardah. Nasib tak melepas lagi.
Garapan Syud ni menjadikan kisah biasa ini sebagai luar biasa. Boleh sengih sorang2 sepanjang pembacaan. Berbunga-bunga rasa hati dan terasa nak maraton novel Syud yang dalam pending list ni.
Boost balik mood membaca.yelah orang lain dah pecut kita baru nak panas enjin.baru novel kedua untuk tahun ni. Selepas baca novel Syud ni mood membaca kembali mencanak naik. Cuma memang trademark Syud kot bab ending tu memang secoettttt jeeee.
Reread pertama tahun 2025 (pertama sebab i know i will reread few times after this 🤣)
Masihlah tersenyum2. Masihlah terpacai-pacai.
____________ Tak kisah lah berapa kali baca pun tetaplah paling best antara semua buku2 Syud 🥹
Suka cerita yang flow dia smooth je. Ni trope he fell first and harder jadi wajib baca!!
Suka sangat conversation antara Wardah dan Pacai sebab Pacai kaki ngusik, Wardah pulak cepat je buat muka kalau kena usik 😂
Semua scene lah best. Waktu diorang first time jumpa. Waktu 2nd time makan sama2. Bila Pacai panggil Wardah sayang, aku yang melting kat sini 😭 Waktu diorang jumpa dekat wedding waktu Pacai jd photographer. Waktu Wardah dtg ziarah Pacai dkt hospital. AWWWWWW PACAI U R THE STANDARD!
Dah habis baca ni pun rasa nak ulang baca balik punyalah suka sangat dekat buku ni 🩷🩷
Hari tu aku ada minta tolong kawan kawan untuk cadangkan tajuk novel. Untuk aku baca dan review. Sebab ramai jugak yg DM suggest suruh baca baju melayu hijau serindit so, aku pilih untuk baca baju melayu hijau serindit dulu .
tapi kena cari preloved punya sebab dah tak reprint kan. Itu lah siapa suruh dulu tak beli 😂 padan muka. Thank you @norsyahirahshahrir sebab cadangkan novel ni 🌸 . Baju Melayu Hijau Serindit ni karya syud tahun 2011. Penerbitan @jemari_seni. Aku pernah baca karya syud macam Teja Aulia dan Vignette. Aku suka dua dua. Best! 😍 Memang kena dengan taste aku lah . So Baju Melayu Hijau Serindit pun sama! Aku suka sebab cerita dia simple tapi ada manisnya. Jalan cerita tak berat tapi bila baca terbuai buai ( sebab smooth je time baca ) Time baca je mesti ada part yang aku tergelak gelak. Kelebihan syud yang aku perasan sejak aku baca TA & Vignette dia tak perlu dialog yang cheesy utk aku ‘feel’ cerita pacai dengan wardah ni. Cukup dialog yang simple dan selamba, sesuai dengan deskripsi di belakang novel ni “ syud selalu menulis dengan bahasa yang segar dengan gaya memikat” ♥️ . kombinasi watak pacai dan wardah saling melengkapi walaupun banyak perbezaan dan seperti biasa aku suka kalau cerita yang berkaitan dengan family bonding. Memang extra marks aku bagi haha . “Syud selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan jodoh tidak ke mana!” . Overall, aku suka baju melayu hijau serindit sebab dia simple dan manis
I rasa untuk BMHS ni sama je macam review I untuk Untuk Awak Teja Aulia Versi Manes . Tapi untuk BMHS ni I think banyak jugaklah chapter yang ada penambahan scenes & btw dia jadi lebih menarikkkk.
Tapi endingnya sama jeklah macam versi yang lama punya tapi takpelah I rasa okay je kot sampai situ & puas hati okayyy hehe sebabnya extended chapter tu dah merawat hati I yang kempunan nak lagi hahaha! I rasa banyak-banyak heroin Kak Syud rasanya Wardahlah yang buat first move untuk ke next step sampaikan Pacai ter-speechless. Eee taktahulahhh I puas hati sangat sangat & I paling suka extended chapter tuuu :D
'I tak tahu kenapa you rasa macam tu, but boleh tak you be a little kinder to the person that I like?' 'Siapa?' 'Youlah!’
'Please take good care of the person that I love.' 'Siapa?' 'Youlah!'
makkkkkkk nak Pacaiiii!
p/s - Alang-alang tu kan Kak Syud, nanti terbitkanlah semua mini stories tu hehheh & apa kata panjangkan jadi macam novel? And paling penting cerita Topek dalam 10 tu okay I sakit hati tak sembuh lagi hahahahaha.
Ok... What is not to like about this book. I honestly dont know. Storyline simple n sweet. Pacai aka Shrek Hijau: Such sweet sweet guy especially when belanja makan a girl he doesnt know simply because she looks sweet being Dorothy with red slippers walking hentak2 kaki passing him.... :) Adil n Aulia: Sweet couple with good hearts. Wardah n Nik: Sweet girls with crazy disposition. Hahahaha... Everything about this book is sweet. Finished in a flash n actually wishing for moreeeee.... I especially like the part when Wardah asked Pacai: Kenapa belanja makan. And his reply was SEBAB I NAK JUMPA U LAGI. Awwwwwwwwwwwwwwww..... Cairrrrrrr..... Luv it! Luv it! Luv it!!! Looking forward to reading all of Syud's other books!!! 2 thumbs up to SYUD.... :)
After reread BMHS, I rasa buku ni ada vibe-vibe Vignette, tapi Pacai saved the story, sebab he’s sooo clingy and cheeky, compared to Firdaus Hadi yang stone sksksk
Premise menarik especially with the repeated encounters between Wardah and Firas yang jadi starting point to the whole fake dating idea. Tapi execution on that aspect tak banyak. I nak more daripada trope fake dating, tapi hubungan diorang lebih kepada hubungan-tanpa-status instead of betul-betul berlakon sebagai couple.
Walaupun cerita ni ada elemen love at first sight, dah masuk quarter of the book pun hubungan masing-masing masih belum ada progress. Still, boleh rasa the connection between them. THEIR BANTERS ARE CUTE. Gaduh-gaduh manja gitu.
Mula-mula cerita ni fun and light, tapi bila feelings start to grow, dua-dua macam stuck. Wardah dengan denial dan asyik tarik tali, Firas pula jenis aci redah je. Banyak misunderstanding, banyak moment yang tak diluahkan.
Pacai ni memang senang untuk disukai. Dia jenis clingy, suka menyakat, charming, and his love language is acts of service, plus ada gigi taring (yes, important detail). Chemistry dia dengan Wardah pun jadi best sebab Wardah ni jenis grumpy-but-not-too-grumpy, ada juga stubbornness dia sendiri, so banter diorang memang fun nak layan.
Overall, cerita ni comel kalau you’re into light conflict and subtle romance. Nak kata draggy, maybe, sebab ada filler/monolog yang kalau tak ada pun tak apa. But it still manageable and tak ganggu my reading pace. Added chapter versi Manes ni manis and you can really see how bold Wardah is, because she made the first move🥹
First of all, sangat berbaloi penantian BMHS diterbitkan semula di bawah @maneswordworks. Dah lama teringin nak baca karya @ryuhada ni. Ternyata saya sangat menyukainya. Jalan cerita yang santai dan mencuit hati. Siapa sangka asbab 𝙉𝙮𝙖𝙣𝙮𝙞𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙟𝙪𝙣𝙜 𝙎𝙚𝙥𝙞 menemukan 𝗦𝗵𝗿𝗲𝗸 dan 𝗗𝗼𝗿𝗼𝘁𝗵𝘆 👀
“ Kenapa you belanja haritu ? “ “ Sebab I nak jumpa you lagi. “
Alahai benda macam ni pun boleh buat tersengih-sengih. Sikit lagi nak sepak angin 😂
BMHS menambat hati saya dan tidak membosankan walaupun nampak cliche pada masa kini, tapi olahan jalan cerita yang simple dan menarik dengan adanya pelbagai emosi dan humor. Penulis menceritakan POV Pacai dan Wardah, jadi kita boleh tahu kejadian yang berlaku dari kedua-dua belah.
Pertemuan demi pertemuan yang diwujudkan secara kebetulan sangat manis. Penulis pandai menyusun plot cerita jadi smooth je. Watak-watak sampingan seperti Adil, Aulia dan Nik pun memainkan peranan menjadi penyeri cerita. Penggemar trope he fell first and harder memang wajib baca. Boleh join geng terpacai-pacai dan senyum tak henti dengan gaya selamba dan suka mengusik dia tu.
Penulis Syud hidangkan BMHS kepada kita sebuah kisah yang manis dan kelakar untuk kita telusuri. Seperti pepatah kalau jodoh tak kemana ! 🤭 Sesuai untuk bacaan ringan, kerana tiada konflik yang berat. Jika biasa dengan karya Syud memang perasan terdapat cameo di antara novel-novelnya yang lain.
Jadi buat peminat Syud atau yang masih tercari-cari karya langka ini, boleh dapatkan early bird kombo terbaru terbitan semula karya2 Syud ; Baju Melayu Hijau Serindit dan Untuk Awak Teja Aulia di @maneswordworks ✨
Tajuk Buku : Baju Melayu Hijau Serindit Penulis: Syud Terbitan Jemari Seni 430 mukasurat
Buku ini terus saya bagi 5 bintang. ^__^
Covernya yang cantik menarik dan tertarik sampaikan masa saya baca buku ini di kampung , sepupu saya asyik puji saja. " Ain , cantiknya cover buku ni !!" Dan , of course saya bersetuju. Dan ternyata isi dalamnya pun 'cantik'.
Dari awal , saya dah jatuh cinta pada watak Pacai. Adeh , macam saya pulak ye watak utama ^__^ . Pacai dan Wardah asyik bertemu sahaja. Macam ada jodoh !! Namun bertemu banyak kali pun , masing-masing tak tahu nama masing-masing . Wardah mengelarkan Pacai - Shrek sebab baju melayu hijaunya yang menyerlah itu manakala Pacai memberi gelaran Dorothy pada Wardah kerana kasut tinggi merah Wardah. Dah tak tahu nama gelaran pun ok ja ^__^
Dan akhirnya semasa pertemuan mereka di kenduri , Pacai memberanikan diri menegur Wardah. Dah tahu nama namun Encik Firas @ Pacai ni lupa tanya nombor telefon pulak *adoyai* , masa ni aku yang menbaca pun ada terfikir - " Eh , Pacai lupa tanya nombor telefon " ;)
Namun dengan usaha yang lebih sedikit , dia dapat juga contact Wardah. Wardah terus ajak berjumpa. Lagi gembira la Encik Firas sorang ni !! Rupanya ada pertolongan yang Wardah perlukan dari Pacai. Minta tolong jadi 'calon' untuk dia tunjukkan pada umi.
Wardah memang suka Ilham , lelaki pilihan umi namun dia tahu Ilham tak macam tu. Jadi untuk selamatkan diri Ilham , dia rela undur diri dengan bantuan Pacai.
and the story goes on. Tak boleh bercerita panjang , nanti dah spoil la kan ^___^
..............................
Pacai dan Ilham. Dua-dua calon yang baik. Tetapi watak Ilham itu seakan watak " atas langit " untuk Wardah , maksudnya susah digapai , cukuplah hanya meminati dari jauh. Watak Pacai , ternyata gelagat selambanya - boleh buat Wardah terus " fall in love" namun gelagatnya yang selamba itulah buat Wardah susah nak percaya yang Pacai juga sudah " fall in love' dengan dia.
Dan gelagat diorang dua ni boleh buat kita tersenyum dari awal hingga akhir. Sweet in normal dose !!
Juga ada watak Adil-Aulia dari Novel Teja Aulia - saya tak baca lagi , jadi kena beli la lepas ni !!
Bahasa yang santai tapi tidak melampau. Dan plotnya disusun begitu kemas sehinggakan sebagai pembaca saya cuma mampu mengikutnya tanpa berkata apa-apa, tidak terasa pun kebetulan-kebetulan yang dihidangkan itu macam sesuatu yang mustahil. Dan perlakuan wataknya, Wardah dan Firas (lagi sedap dari Pacai..hehe) terasa dekat di hati, tidak terasa seperti dibuat-buat.
Terasa seperti kisah ini kisah benar yang difiksyenkan...
Wardah Ahmad Bakhtiar [Wardah] vs Mohammad Firas Adam Mohammad Iskandar [Pacai] :D Dua watak ini sudah berjaya membuatku tak henti-henti tersenyum. Watak yang ada warna yang berbeza dan rasanya aku boleh masukkan Pacai dalam carta hero idaman [gatal! :P].
Pertemuan mereka yang pertama kali terjadi disebabkan novel Nyanyian Tanjung Sepi. Pertemuan yang mewujudkan gelaran ‘Dorothy’ dan ‘Shrek’. Cuma aku tak berjaya menzahirkan Pacai ke dalam bentuk Shrek, sebab mindaku sudah menekankan Pacai itu sangat kacak dengan baju melayu hijau [gatal lagi! Abaikan :P].
Pertemuan mereka seterusnya berlaku secara kebetulan. Kebetulan yang amat manis. Penulis bijak menyusun ‘kebetulan’ itu hingga aku rasa ia bukannya kebetulan yang disengajakan :D Begitu juga dengan watak-watak sampingan yang menjadi penyeri cerita. Saling berkait dan saling membantu penceritaan dua watak utamanya. Aku suka dengan Aidil; kawan Pacai. Aku suka dengan Nik yang merupakan teman baik Wardah. Aku juga suka dengan Ilham [boleh tak lepas ni tulis cerita Ilham? :D]; lelaki yang membuatkan Wardah rasa ‘sesuatu’ itu. Ilham yang menjadi idaman para mentua untuk dijadikan menantu.
Wardah yang kalut itu memang buat aku jadi kalut sama. Mana taknya bila dia menawarkan Pacai menjadi teman istimewa pura-puranya, aku pula yang gelabah - Please… please… say yes! kih5
Dalam novel ini aku tertarik dengan 2 perkara lagi. 1. Lelaki pun sukar nak lupakan cinta pertama. 2. Perempuan bila sudah meletakkan batas di hati, ia tidak akan pernah berubah.
Selepas membaca novel ni aku tidak dapat lari untuk menyelak semula halaman UATA. Rindu pada pasangan Adil & Aulia. Seperti karya Syud yang terdahulu, tiada konflik yang boleh membunuh jiwa. Tiada rasa nak campak atau nak hempuk kepala watak-wataknya. Cerita yang ringan, sempoi dan tetap indah di mataku :D Indah sebab ia cerita-cerita yang dekat di hatiku. Paling yang aku suka adalah istilah ini:
All good guys are taken [page 23]
Benarkah? :D
Teringat juga bingkisan Syud di helaian kedua BHMS:
If it’s worth it, Then fight for it
[Harus akui, kadang-kadang aku tak bersungguh untuk berjuang sesuatu yang aku sendiri tak pasti, terutamanya bila libatkan perasaan hohoho horlicks~]
Ada banyak benda nak cerita mengenai novel ni, sayangnya jemariku malas nak menaip panjang-panjang [gelak jahat :D]. Jadi kesimpulannya, sila cari sendiri novel ini. Boleh beli, boleh pinjam tetapi jangan curi! :D Atau pergi ke Ulat Buku. Ada banyak review pasal novel ini.
Ps: Fira, aku pun rasa menyesal tak bergambar dengan Cik Penulis yang manis tu *wink* Mungkin aku malu [alasan tbb :P]
Such a fun, adorable and lovely book! This story is about a non stop coincidental meeting, or jodoh pertemuan, between two strangers, Wardah and Fairus. Due to the series of coincidences, they ended up in a situation where they're required to be a pretend couple. Yet their feelings started to develop overtime, and they tried to get out from that 'pretend' status, but one tried to stop it, and one tried to make it real instead.
Aaa I don't want the story to finish! Overall I enjoyed it very much, had some good laugh and had butterflies all over. Different from TD and UATA, this story is quite straightforward as it's they started from pure strangers with no interaction with one another, as well as the plot sets within a span of a couple months, also, the characters were much older in this one in contrast to the bits of young adult elements from the previous two books. And in comparison, this story is more focusing on the MCs' personally and dive mainly onto their relationship, while the side story and characters still played a significant role in the story, but less major than the other tales, it still complimented the story very well!
It's a love at first sight trope yet is still quite realistic as the characters do have normal human memory everytime they met one another early on the story. As everytime during their series of jodoh pertemuan, they often forget one another (as the distance of their meet ups weren't immediate), yet, they felt attracted to one another, or they left one another quite a big impression everytime they meet up. I think it's quite cute. On top of that, the coincidence meet ups they had actually felt veeery natural and it makes the story telling felt smooth.
Apart from that, it's also a pining trope (the man is down bad) and also fake dating trope. Yes it's a lot, but due to it, it's just a very fun read! On top of that, Wardah and Firas' personality and interaction is simply enjoyable and lovely, I literally couldn't get enough of them.
The writing of this story felt so close to a reader, Syud's story telling and their in depth description on environment, situation, and feelings, do makes the characters feel alive and I'm actually seeing the characters closely right infront of my eyes.
With that, yes, just a very good book, just super super fun and cute.
Kisah Pacai dan Wardah dalam novel ini ada naik dan turunnya hubungan masing-masing. Daripada seorang yang tidak dikenali, sehingga mereka mula berkawan lalu membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius, dapat dilihat dinamik hubungan Pacai-Wardah yang begitu menghiburkan.
Saya suka dengan perwatakan Pacai yang kuat mengusik namun serius bila keadaan memerlukan. Saya banyak kali ketawa dengan gurauan dan usikan bersahaja mereka. Permulaan bersama Pacai pada Wardah pula agak menjengkelkan, namun seiring masa, tersenyum sengih saya membaca kisah perhubungan Pacai dan Wardah yang mula berubah rasa. Permintaan aneh Wardah pada Pacai juga menambah rencah cerita ini menjadi semakin menarik.
Kemuncak cerita memberi satu ketegangan saat saya membacanya. OMG! Nyata babak ini digarap dengan penuh cemas oleh penulis. Suka sungguh-sungguh. Dengan saya yang membacanya juga tidak betah dengan situasi mengejutkan itu. Sungguh dramatik sekali.
Peleraian yang manis dan membawa sebak, saya faham mengapa ramai yang menyukai karya Syud yang satu ini - Baju Melayu Hijau Serindit. 💚
Setelah berkali-kali membuat cameo dalam TD dan UATA, akhirnya si Pacai punya 'pentas'nya sendiri. Dan rasanya bagi peminat si jejaka ini, pasti tersenyum sambil menghela nafas puas hati. :)
Jika dibuat perbandingan, BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT agak dewasa. Biarpun masih berbayang dengan langgam bahasa yang sama, tapi kematangan penceritaan lebih terasa. Jiwa Pacai yang agak samar-sama pada 2 naskah terdahulu, di-spotlight-kan sebaiknya.
Biarpun pergerakan plot di bawah had laju biasa, tapi langsung tidak mengganggu kelancaran pembacaan. Ditambah lagi dengan kemunculan Azril-Lisa dan Adil-Aulia. Penulis ini bijak sekali memperisakan hidangannya :)
p/s i; sudah lama penulis ini tidak melahirnya naskah, mungkin dalam perancangan untuk melahirkan another trilogi?
p/s ii; I miss Legolas ( version LOTR) coz Legolas dalam The Hobbit kurang ber-aura :(
apa yang menarik mengenai buku ini adalah kesederhaan watak2nya dan olahannya.
tiada plot meleret2, tiada watak2 ex yang gedix merampas bla2... well, rasanya tak semua perempuan cam tu kan? nk sangat dekat laki sampai sanggup buat apa saja.
begitu dekat dengan kehidupan seharian kita, tapi masih mampu membawa pembaca menyelami keindahan cintanya.
Satu yang manisnya tentang buku ini semasa membelinya, saya sempat mendapatkan tanda tangan penulis ini.
"Dia ibarat seperti orang yang berjalan selepas di lantai dapur selepas ada pinggan pecah...harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak itu boleh melukakan kakinya."
Usai sahaja membaca naskah daripada Syud ini, ternyata saya berpuas hati. Naskah ini manis bagi saya. Sangat sesuai dibaca oleh golongan remaja yang mahukan cerita cinta yang tidak keterlaluan. Ternyata naskah ini membawa identiti yang tersendiri oleh Syud.
Naskah ini membawa saya mengenali dua watak utama- Wardah dengan Pacai (Firas Adam). Kisahnya bermula apabila Wardah hendak mencari Novel Nyanyian Tanjung Sepi sangat terhad dijual di mana-mana kedai buku. Wardah hendak membeli novel tersebut untuk menggantikan novel adiknya-Laily yang telah dirosakkannya. Habis kembang novel itu terendam dnegan lopak becak. Dia yang berjanji dengan adiknya untuk menggantikan adiknya, langsung tida tahu yang novel itu sangat susah dicari kerana ia tidak dicetak lagi.
Pergi ke satu kedai ni, setelah dia mendapat info yang kedai buku tu masih ada lagi menjual beberapa novel Nyanyian Tanjung Sepi. Malangnya, novel tersebut telah dibeli oleh pemuda yang memakai baju melayu hijau serindit.
Secara tak langsung, dia marah juga dekat lelaki itu. memusnahkan harapannya. Habis kakinya dihentak-hentak ke lantai, menunjukkan yang dia protes. Ada ke lelaki baca novel? Dan lelaki itupun bukannya tak perasan pun.
Pacai bukannya minat novel. Dia beli sebab dah ada orang kirim. Hanya tinggal dua novel sahaja, dia borong habislah. Bukannya tak bayar pun kan? Lagipun bukannya dia kenal si ‘Dorothy’ berkasut merah tu! Buat apa nak kesian kat dia?
Kak Mar pula berleter yang dia beli sampai dua novel yang sama sekali. Kata Kak Mar, Amir boleh pinjam bukunya kalau dia hendak membaca. Sudahnya dia memulangkan juga satu buah novel tersebut selepas didesak oleh Kak Mar atas alasan susah nak cari.
Dia memulangkan novel tersebut bersama temannya-Adil. Sempat dia mendengar yang cashier menelefon seseorang dan memberitahu Nyanyian Tanjung Sepi sudah ada. Wardah? Siapa dia? Yang Dorothy tu ke? Pantas sahaja tangannya sempat menyelitkan dua keping kad namanya. Wardah pun gembiralah. Novel yang susah nak cari akhirnya dapat juga. Kad nama yang Laily jumpa pun dia buat tak kisah pun. Dan kisah takdir untuk mereka bermula... seakan-akan mereka ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi. beberapa kali.
Masing-masing saling perasan. Pacai berjaya mendapat nombor Wardah selepas Nik meninggalkan nombor Wardah kepada Cashier tempat mereka makan selepas dibelanja oleh seseorang yang ‘misteri’. Pacai lah tuu..
Wardah tidak senang duduk apabila emak hendak menjodohkan dia dengan Ilham yang tidak jadi kahwin tu. Tapi menyesal pula apabila lidahnya sudah terlanjur kata yang dia sudah ada teman lelaki. Mahu dicapai mana teman lelaki untuk ditunjukkan kepada emak?
Masa tu Wardah baru kenal dengan Pacai, selepas beberapa kali terserempak. Cadangan Nik pula, jadikan Pacai itu kekasih sementaranya sahaja. Mula-mula tak setuju akhirnya terpaksa juga. Mula-mula biasa sajalah, selepas beberapa lama mengenali Wardah dia jatuh sayang dengan gadis comel tu.
Wardah cuba menidakkan rasa hatinya, tapi apabila dia nampak Pacai dengan seorang perempuan yang cantik, entah kenapa dia sangat cemburu. Mampukah Wardah meneruskan lagi hubungan ini andai hatinya terluka sendiri? Dan kenapa Wardah susah nak percaya sangat apabila Pacai mengatakan sayang kepadanya? Betul ke? Tipu ke? Lebih-lebih lagi keluar dengan perempuan lain dan kata sayang kat perempuan lain. Boleh percaya ke?
Kalau nak tahu lebih lanjut sila dapatkan Novel Baju Melayu Hijau Serindit. Naskah romantik komedi sudah pasti akan membuatkan pembaca meneruskan bacaannya hingga ke titik terakhir. Tahniah sekal lagi buat Syud diatas naskahnya kali ini. Menarik dan sangat menepati selera saya.
Ketawa ketawi saja bila Pacai teringatkan Wardah, apatah lagi apabila melihat memek muka yang ditunjukkan. Ayat-ayat dari Wardah pun comel je dipendengaran Pacai. Pendek kata, apa sahaja dari Wardah nampak comel. Itu tandanya hati sedang bahagia la Cik Pah.
Sebenarnya Cik Pah tertanya-tanya , apa jadi pada mesej PENTING yang ditinggalkan Pacai kat adik Wardah si Laily saat Pacai dapat nombor phone rumah Wardah melalui sumber yang boleh dipercayai dimuka surat 183 (tarik napas) sebabnya mesej tu macam diabaikan dan Wardah tak gunakan sepenuhnya alasan itu untuk jadikan Pacai la yang mulakan dulu hubungan mereka (tarik napas) sebaliknya Wardah yang minta jumpa atas satu hal yang Cik Pah rasa macam boleh elak perempuan yang mulakan dulu dan ayat "You nak tak berlakon jadi boyfriend I" sebenarnya boleh diselamatkan dengan mesej PENTING dari Pacai. (Cik Pah kan mcm kenkonon jaga gengsi).
Ramai yang sukakan Pacai ni kan, nak juga suka sebabnya dia: 1. Boleh jadi imam utk jemaah yang ramai, mesti boleh jadi imam untuk isteri dan anak kan 2. Ada gigi taring, mesti senyum lawa 3. Suka ketawa ketawi, mesti tak panas baran 4. Suka belikan hadiah tanpa perlu ada hari memperingati sesuatu, mesti tak kedekut kan 5. Berpegang pada janji, mesti tak mendua-tiga-kan (setia)
Saya suka dengan watak Firas aka Pacai dari dalam novel Untuk Awak Teja Aulia (UATA) lagi. Tapi watak Adil tetap nombor satu dalam carta hati ye. Hihihi. Oh ya, Pacai ialah sahabat baik kepada Adil.
..
Dalam novel ini diceritakan tentang Pacai yang telah jatuh cinta dengan seorang perempuan yang banyak kali dia bertemu tanpa sengaja. Bermula dengan pertemuan di kedai buku, di kedai runcit dan kedai makan kawasan tempat tinggalnya, kemudian, di majlis perkahwinan Adil dan Aulia *yeaa Adil dan Aulia kahwin*. Jadi selepas terjumpa dengan Wardah agak kerap, Pacai buat keputusan nak berkenalan dengan Wardah. Kebetulan pula, Wardah yang terperangkap dalam satu situasi yang memerlukan dia meminta pertolongan daripada Pacai. Dalam tempoh Pacai menolong Wardah, mereka saling jatuh suka.
..
Saya sangat senangi perwatakan polos dan lurus Wardah. Apa yang difikirkan dalam kepalanya dan dirasakan mengganggu terus diluahkan. Senang kan bila tak puas hati terus tanya. Tak perlu nak simpan dan pendam lama-lama sampai berlaku salah faham. Mungkin sikap Wardah yang satu ini juga buatkan kisah cinta mereka tak ada konflik yang teruk. Cepat dapat diselesaikan bila ada masalah timbul.
..
Syud ni kalau buat novel saya perasan pengakhiran yang manis tu mesti secoit je. Maka, wahai pembaca sekalian silalah gunakan imaginasi kalian untuk memanjangkan lagi pengakhiran tersebut.
Free gift sebab you suka i. . Eh eh eh confidentnya kau. Nasib baik kau hero novel, Pacai oi!
Awal-awal tu serious slow. Macam terpusing-pusing tanpa tujuan. Mungkin penulis nak tunjuk takdir PacaixWardah ni bermula dengan ke-tak-sengaja-an. Tak sengaja terserempak di kedai buku. Tak sengaja terbeli buku yang sama. Tak sengaja terpergi 7e yang sama. Tak sengaja berada di kedai makan yang sama. Somehow, for me, agak lambert. Tapi okay la, kita continue je.
Lepas dah start first contact, barulah pace tu start interesting dan laju. Yang penuh dengan ke-tiba-tiba-an pulak. Tiba-tiba jadi partner tipu-tipu. Tiba-tiba tercemburu. Tiba-tiba terjauh hati. Tiba-tiba terjatuh hati. Tiba-tiba kahwin.
Pada saya, buku ni..... Pendek sangattttt. Nak lagi! Faham tak? Scene dierang suwit-muwit tu cikit cangat.
Original rate was 3🌟. +1🌟 sebab UTM disebut lebih dari satu kali.
Fuh, hamba marathon novel Syud nampaknya. Selepas 'Untuk Awak Teja Aulia' (UATA), hamba sambung 'Baju Melayu Hijau Serindit' (BMHS) pulak since dua-dua pun ada kaitan kan. Tapi entah kenapa BMHS ni nyatanya lebih manis dari UATA. Sebab apa? Sebab PACAI. Hohoho. :^)
BMHS mengisahkan tentang Pacai (akhirnya selepas TD dan UATA!) yang bertemu secara tak sengaja dengan seorang gadis bersepatu merah semasa membeli Nyanyian Tanjung Sepi untuk kakak dan adiknya. Hentakan kaki gadis itu ternyata mencuri ruang dalam memorinya dan akhirnya setelah beberapa peristiwa, gadis itu mencuri hatinya juga. Dan, kalau yang satu ini sudah dicuri, tak akan kembali, kan? :-)
Ini juga tentang Wardah yang hendak dijodohkan oleh maknya dengan Ilham, lelaki yang dia suka tetapi taklah sampai dia rela nak terjebak dalam 'fiksyen' sebegitu sewenang-wenangnya. Lalu, apa yang Wardah buat? Menelefon seorang stranger yang dia pernah terserempak beberapa kali (termasuk dua kali ketika lelaki itu sedang mengenakan baju melayu warna hijau serindit) dan minta tolong. Ya, mintak tolong berlakon jadi boyfriend dia depan mak dan abah. Tapi, part berlakon tu tak sebanyak mana sebenarnya sebab mereka sibuk berkenalan betul-betul pulak. Dan, bila dah kenal, bila hati dah pandai rasa lain macam, maknanya? :-)
Oh, sungguh manis kisah Pacai dan Wardah ni. Okey, ayat hamba yang sebenarnya "Manisnya Pacai ni". Hehehe. Tapi, betullah cerita cinta mereka memang sweet. Hamba betul-betul boleh bayangkan betapa comelnya Wardah dan... cukup! Hamba tak payah ulang cakap yang Pacai tu manis. :-P
Berkenaan Pacai, dia berbeza dengan dua kawan baik dia, Azril (TD) dan Adil (UATA). Watak dan peribadi Pacai lebih 'berwarna' dari dua kawan dia tu yang hamba rasa agak plain. Pacai lebih berani, lebih spontan dan... okey, LEBIH MANIS (hamba janji ini kali terakhir hamba ulang ayat ni). :-P
Tapi, jujurnya hamba mengharap sesuatu yang berlainan dari Syud selepas ini. Kalau boleh, biarlah perwatakan watak dalam ceritanya tidak terlalu banyak persamaan, watak hero khususnya.
Tak pernah tak suka garapan watak/penampilan hero dan heroin oleh penulis yang seorang ni..thanks kak syud..tulislah lagi cerita best macam ni tau..bila mood membaca tu datang, tak kira dah pukul berapa waktu tu..lagi-lagi kalau watak tu ada cameo dalam cerita sebelum ni..kalau jodoh memang tak ke mana!
Ni cerita Pacai @ Firas.. Housemate Adil.. Novel Syud sebelum ni xde lak mention ape2 pasal Pacai ade awek ke ape ke... Tp Pacai pandai korek rahsia...
Pacai suka usik Wardah... Wardah tu macam jujur, klu dia rasa nk tanya terus je tanya. Tapi Wardah susah nak mengaku yang dia dah suka kt Pacai... boleh gelak je bila Pacai kata dia suka Wardah... banyak kali kot.. Comelll...
Baiknya pacai bg free gift dkt Wardah. Confident je Wardah tu suka dia...
Masa ni Aidil dengan Aulia dah selamat kahwin... And tak sangka Wardah sepupu dengan Zahra (Langit tetap biru). Azril dah nak jadi bapak orang.