Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pelabuhan Kasih

Rate this book
Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.
Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!

Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.

Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.

Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.

328 pages

First published January 1, 2004

Loading...
Loading...

About the author

Lily Suriani

7 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
57 (43%)
4 stars
44 (33%)
3 stars
23 (17%)
2 stars
5 (3%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 14, 2024
Best cerita ni. Simple love story, takde twist and turn. Watak utama ialah Fatin Nabilah yang berhenti belajar di universiti semasa masih di tahun pertama demi mengejar cita-cita dan impiannya.
Bekerja sebagai setiausaha pada ketua yang bernama Mohd Fazil, mereka serasi bersama. Fazil telah jatuh cinta pada Fatin tapi Fazil terpaksa pendam kerana tahu Fatin akan berkahwin dengan Azril Adam, senior Fatin di universiti dulu.
Berkahwin dan kemudian bercerai selepas 7 tahun, Fatin redha Azril kahwin dengan Nadira, kawan sekelas Azril yang memang sukakan Azril dari di universiti lagi.
Saya kagum dengan Fazil yang setia dengan cintanya pada Fatin selama 11 tahun. Cuma saya tak dapat teka umur Fatin dan Fazil. Watak Bahar yang sukakan Fatin saja dinyatakan berumur 40 tahun.
Dan satu lagi perkara. Jenazah ahli keluarga Fatin kan diuruskan oleh pak su, sepupu ummi Fatin. Kenapa pula masa pertunangan dan perkahwinan, Puan Aisyah yang jadi wakil sebelah Fatin. Pak su terus hilang dari radar. Begitu juga Farhan, adik Fazil setakat nama tapi saja wataknya tak wujud.
Displaying 1 - 1 of 1 review