Jump to ratings and reviews
Rate this book

Timeline ke Mahsyar

Rate this book
Inilah lima (5) fasa perjalanan yang akan dilalui oleh setiap manusia:
1. Alam roh
2. Alam rahim
3. Alam dunia (anda di sini!)
4. Alam barzakh
5. Alam akhirat

Buku ‘Timeline ke Mahsyar’ ini menceritakan perjalanan manusia menempuhi lima alam berserta cabaran-cabaran yang menanti di setiap alam sebelum meniti jalan ke Mahsyar.

Selain itu, buku ini juga bakal menyuntik kesedaran kepada kita untuk benar-benar memahami makna kehidupan dan berusaha mencorakkannya ke arah yang lebih baik.

Semoga kita dapat hidup, mati, dan dibangkitkan semula dengan Islam.

216 pages, Paperback

Published May 1, 2024

10 people want to read

About the author

Ashraff Amirul

2 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (50%)
4 stars
6 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Azura Chan.
510 reviews7 followers
July 7, 2024
Terdapat 5 fasa perjalanan yang akan dilalui oleh setiap manusia.
1. Alam Roh
2. Alam Rahim
3. Alam Dunia
4. Alam Barzakh
5. Alam Akhirat
.
Setiap kupasan tentang kejadian dan keberadaan manusia di dalam alam-alam tertentu amat ringkas dan bermakna. Ini sekaligus mengingatkan kita sebagai manusia, ciptaan Allah SWT diciptakan hanya untuk menjadi hamba yang taat Allah dengan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Sehinggalah kita dimatikan pada masa yang telah ditetapkan dan dibangkitkan semula di padang mahsyar.
.
.
🖤 Dengan memperbanyakkan bacaan tentang hal-hal kematian dan hari kebangkitan kita kelak, semoga ia dapat memberi pengajaran serta pedoman untuk kita membuat persediaan sebelum menempuh dua alam seterusnya. Inshaa Allah
Profile Image for sooha.
95 reviews
September 22, 2024
Buku yang ringkas dan padat tentang perjalanan ke Mahsyar, tempat para makhluk bakal dihisab amalannya semasa hidup. Cukup memberikan kesedaran kepada pembaca tentang tujuan dilahirkan ke atas muka bumi dan gambaran apa yang bakal berlaku sebelum, semasa dan selepas kematian.

Terima kasih penulis 👍🏻
Profile Image for Hidayah Fauzi.
174 reviews3 followers
August 19, 2025
Buku tentang agama (5 jenis alam) yang santai, ringkas dan padat serta mudah difahami. Banyak perkara baru tahu sebab jarang baca berkaitan jenis2 alam secara terperinci. Bila dan bagaimana keadaan manusia setiap alam tu sangat memberi iktibar dan keinsafan dalam diri. sangat rekemen pada dewasa mahupun remaja. Bahkan budak2 juga.
Profile Image for suha.
15 reviews
October 6, 2024
Cara penulisan yang santai, dan senang untuk dibaca
Profile Image for Az3an.
165 reviews3 followers
December 11, 2024
Dah khatam Timeline Akhir Zaman kena baca Timeline ke Mahsyar pula. Simple dan penyampaian yang mudah memang dah jadi signature Ashraff Amirul. Buku ni memang best! Sila baca.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.