Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hellscape

Rate this book
"Makin pendek umur dunia, makin banyak benda pelik yang berlaku." - Azmi

"Dia lagi besar dari gajah, lagi ganas dari harimau. Makanan dia hanya daging. Kalau dia tak jumpa binatang lain, dia akan makan manusia." - Raven

Wajah riang di kala matahari naik. Bagaikan penyelamat untuk terus hidup. Namun, sebaliknya pula tatkala malam menjelma.

Mereka menyorok, tidur dalam ketakutan, tanpa berbekalkan sumber elektrik kerana diawasi oleh makhluk aneh pemakan daging.

"Di-Dia ada k-kat belakang kau!" - Syakir

"Cepat menyorok!" - Zul

Adakah ini pengakhiran bagi umat manusia?

"Tempat ni dah tak selamta! Semua orang dah mati! Kita kena keluar sebelum Karnivor jumpa kita!" - Eyman

Apa yang mereja mampu lakukan hanya lari. Lari untuk menyelamatkan diri sendiri.

"Makhluk ni keluar tipa-tiap malam. Kamu tak boleh buat apa-apa melainkan menyorok dan tunggu matahari terbit." - Pak Usu

"Apa yang kita nak buat kalau terjumpa dengan benda tu?" - Kris

"Lari." - Kein

297 pages, Paperback

First published May 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Ken Hendri

9 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (20%)
4 stars
9 (60%)
3 stars
2 (13%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Diniy Qistina.
245 reviews7 followers
January 14, 2026
Okay, my very first time read this kind of story.
Dystopian.
Nak baca cerita macam ni kau kena duduk dengan tenang dan relax. Kena fokus. Once kau terkhayal 3 saat terus lost. Pastu kena baca balik. 😂😭

Pertemuan antara Kris dan Kein telah menghuru-harakan dunia yang sedia huru-hara dengan wabak CWD-Rabies yang jauh lebih dasyat dari COVID-19. CWD-Rabies ni sejenis wabak yang merebak di udara di mana semua hidupan karnivor (pemakan daging) akan tiba-tiba berubah menjadi makhluk yang menakutkan dan agresif. Nak dipendekkan cerita, Kris ni mastermind semua rancangan untuk huru-harakan dunia. Senang cerita Kris tu war planner. Walaupun umur dia tu masih mentah, jangan dibuat main dengan idea-idea gila dia. Dia memang tolak mentah-mentah dengan prinsip “Niat tak menghalalkan cara”. Jika ada banyak nyawa tidak bersalah yang perlu dikorbankan, dia akan korbankan. Asalkan misi dan idea dia berhasil. Kein dan “anak-anak buah” Kris pulak semua bagaikan lembu dicucuk hidung. Walaupun diorang semua tak faham sepenuhnya apa niat dan muslihat Kris, tapi diorang akan buat je apa yang Kris tanpa banyak soal walaupun nyawa diorang perlu jadi galang ganti. Semuanya dibuat atas dasar kepercayaan.

Throughout the story, memang dark habislah. Agak berat jugaklah ceritanya. Walaupun novel ni tak sampai 300 muka surat pun, tapi ambil masa dekat 5 jam jugak nak habis menelaah. 😭🤏🏼

Dia punya ending pulak, hhhmmm… Not the kind of ending yang saya akan suka. Tapi fair lah sebab ia lebih realistik. Tak bolehlah nak expect ending yang sebaliknya. Apa yang Kris buat tu semuanya gila-gila. Takkanlah semua nak tengok dan telan bulat-bulat je. 🥲
Displaying 1 - 1 of 1 review