Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya. Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!
Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.
Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.
Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.
This is one story that you know the ending right from the beginning; what makes it interesting is how does the story gets from the beginning to the ending. Is it the way you think it would unfold? Or would the writer be able to surprise you along the way? For PELABUHAN KASIH, it's not a book about twists or surprises. It's about the emotional growth of the characters. If that's what you are seeking for, it's what you will get. But if you are looking for something else, I suggest you look somewhere else.
Tamat karya pertama penulis lily Suriani. Pelabuhan kasih.
**izinkan ku pimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu.
Perkenalan antara fatin dan azril berlaku di universiti tempat mereka berdua menimba ilmu. Pandangan pertama buatkan azril jatuh hati pada wajah lembut Fatin Nabilah yang berasal dari kampung.
Bermula dari sebuah pertolongan, maka terjalinlah ikatan dua hati. Tapi sayang fatin terpaksa berhenti belajar kerana berasa diri tak mampu untuk habiskan pelajaran. Dengan berat hati ditinggalkan kekasihnya di menara gading.
Walau sudah bekerja, fatin tak pernah abaikan kekasih hati. Fatin setia dan taat pada azril. Sebab nya di pejabat, fatin bekerja sebagai setiausaha kepada fazil.
Fazil kali pertama juga jatuh cinta pada fatin. Fazil juga tahu yang fatin sudah punya kekasih hati. Tapi dia benarkan juga hatinya untuk mencintai fatin di dalam diam.
Semakin lama bercinta sikap azril nampak berubah. Dia panas baran dan kuat cemburu. Tapi si fatin ni sayang amat kat azril. 😒 lama bercinta akhirnya mereka ke jinjang pelamin. Fazil yang sedih akhirnya membawa diri. Hanya doa untuk kebahagiaan fatin yang dia titipkan.
Tapi fatin sangka panas hingga ke petang, tapi sayang hujan pula di tengah hari. Perkahwinan yang terbina akhirnya terlerai saat menyaksikan perkahwinan suaminya sendiri.
Apakah yang akan terjadi? Kemanakah sauh kasih fatin berlabuh? Adakah berlabuh semula ke nakhoda yang lama, setelah azril mula nampak semua nya ? Atau berlabuh di pelabuhan yang baharu? 😁😁
Pertama kali baca tulisan Lily ni. Ok lah, takda la berat sangat. Pelabuhan Kasih. Sesuai tajuknya dengan cerita. Takda pun cerita pasal pelabuhan, tapi jalan cerita tu macam kapal & pelabuhan.
Kita, kenalkan watak dulu. FIrstly, Fatin. Seorang yang lemah-lembut, lembap pun ya, pastu suka bergurau, dalam tengah sedih-sedih sempat lagi bergurau tu. Ada seni pertahankan diri. Watak heroin dalam buku ni. Fatin Nabilah. So, watak kedua, Fazil. Seorang yang suka kan budak-budak, penyabar, setia & suka bergurau jugak. Seorang lagi, Azril. Pun sama, baik, suka bergurua tapi lepas benikah berubah 360.
So, jalan cerita pada permulaan, macam slow sangat, bape kali tutup buku sebab slow sangat, jadi mengantuk. Lepas setengah buku, baru start rancak dengan plot twistnya. Baru sedap nak baca. Cuma, aku rasa macam penulis ni, skip sesuatu. Boleh dipanjangkan lagi, tapi dia skip. Macam tak terasa jalan cerita dia. Bukan tak best, best jugak. Klimaks cerita menjadi.
Ringkasnya, kisah Fatin yang menjadi janda sebab tidak sekufu. Lalu, ada hero yang datang ke pelabuhan hati Fatin. So, siapa yang datang tu? Kena baca, tak tahu.
Karya pertama Lily Suriani yang saya baca dan.... saya sangat suka. Watak Fatin saya admire kerana dia sweet, tak perasan lawa, sedar kemampuan dan kelemahannya, kecekalan jitu dan kekuatan semangatnya, watak Fazil lagilah saya suka bergolek-golek. Setia dan gentleman tahap high class. Saya rasa gumbira sungguh sebab ada juga heroine yang tidak digambarkan terlebih jelita tapi character dia sangat awesome. Kesian Azril... still memang dia sendiri cari nahas & he deserves Nadira. Rasa tak jemu betul baca kenakalan Fatin, boleh terbayang mulut dia dan kerenah bersahaja dia. Suka sangat. Tambahan lagi Fatin buat degree selepas bekerja kat UKM... she's got taste haha. Penulis juga ada kelebihan yang ketara merungkai konflik wanita yang didera dan kerakusan lelaki hidung belang yang tewas kepada nafsu menjadi begitu menarik... kesudahan cerita biasalah happy tapi perjalanan cerita tu yang unik membuat novel ini sangat memuaskan hati.
Tahniah sis Lily suriani...best cerita ni...mmg menepati tajuk kasih si dia yg berlabuh..mungkin cerita lebih best jika part ranjau rumah tangga Dan pahit rumahtangga itu menjadi titik fokus Dan lebih panjang(faktor umur pembaca kot..hihihi)....untung sungguh fatin, setianya fazil berikan bahagia...suka fazil merajuk syg...best2..
Best cerita ni. Simple love story, takde twist and turn. Watak utama ialah Fatin Nabilah yang berhenti belajar di universiti semasa masih di tahun pertama demi mengejar cita-cita dan impiannya. Bekerja sebagai setiausaha pada ketua yang bernama Mohd Fazil, mereka serasi bersama. Fazil telah jatuh cinta pada Fatin tapi Fazil terpaksa pendam kerana tahu Fatin akan berkahwin dengan Azril Adam, senior Fatin di universiti dulu. Berkahwin dan kemudian bercerai selepas 7 tahun, Fatin redha Azril kahwin dengan Nadira, kawan sekelas Azril yang memang sukakan Azril dari di universiti lagi. Saya kagum dengan Fazil yang setia dengan cintanya pada Fatin selama 11 tahun. Cuma saya tak dapat teka umur Fatin dan Fazil. Watak Bahar yang sukakan Fatin saja dinyatakan berumur 40 tahun. Dan satu lagi perkara. Jenazah ahli keluarga Fatin kan diuruskan oleh pak su, sepupu ummi Fatin. Kenapa pula masa pertunangan dan perkahwinan, Puan Aisyah yang jadi wakil sebelah Fatin. Pak su terus hilang dari radar. Begitu juga Farhan, adik Fazil setakat nama tapi saja wataknya tak wujud.
saya nak letgo buku ni, rm10 sahaja.. boleh terus wasap 01157006071 or jenguk carousell @nur.akma
pernah baca buku ni suatu ketika dulu.. best sampai teringat2 cerita dia then tercari2 jugak la kita buku ni.. bila dah jumpa kita baca sampai lebam 🤣🤣 plot cerita best dan tak klise sangat, luv it <33
Cinta pertama memang indah,memang hebat tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu tidak lagi sehebat cinta pertama. Silap-silap cinta selepas cinta pertama lagi hebat sebab pengalaman cinta pertama boleh dijadikan panduan untuk memperhebatkan lagi cinta yang datang selepas itu...
hapy endg this novel.cinta prtma xshbt cnta kdua.tp cnta kdua itu tidak ternilai harga nya.bergitu cnta fazil utk fatin sgup mnggu biarpom brbu thun lama.jodoh ajal maut semua dtgnNYA.kita mnrcg.yg maha esa lagi hebat percangannya itu.smga sauh perlbuhan kasih fatin kekel slmanya brsma faZil.