Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukit Kepong

Rate this book

566 pages

First published January 1, 1999

18 people are currently reading
132 people want to read

About the author

Ismail Johari

1 book4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (26%)
4 stars
48 (33%)
3 stars
38 (26%)
2 stars
12 (8%)
1 star
6 (4%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Kiridaren Jayakumar.
99 reviews61 followers
September 6, 2018
Teringat pernah baca buku ini pada masa dahulu di waktu sekolah. Buku yang sangat realist dalam menggambarkan kesusahan polis pada waktu tersebut dan boleh menjadi inspirasi untuk ramai yang hendak menjadi polis.
6 reviews1 follower
April 21, 2019
Pengkisahan berkenaan tragedi Bukit Kepong yang diserang oleh pengganas komunis pada 23 February 1950. Semangat melawan oleh wira-wira negara bagi mempertahankan Bukit Kepong dari serangan Rejimen Ke 3 PKM.

Tragedi yang meragut hampir keseluruhan pasukan keselamatan negara itu menjadi pengajaran terbesar dalam berjuang bagi mencapai kemerdekaan.

Setelah pihak keselamatan telah berjaya memintas cubaan serangan dari pihak PKM ketika di Labis, ia menjadi titik permulaan PKM merancang serangan balas terhadap pihak keselamatan.

Sejujurnya, keberanian anggota keselamatan negara patut dipuji dan diangkat sebagai wira negara. 18 anggota pertahankan kubu/rumah pasung dari serangan lebih 200 orang pengganas komunis.
Profile Image for Ahmad Syukri Jaafar.
4 reviews6 followers
September 22, 2007
The story of the famous Bukit Kepong Police Station attack. From the perspective of one of the survivor, Yusoff Rono.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,529 reviews40 followers
August 24, 2020
Buku Syajar karya Mana Sikana telah selesai siang tadi. Kini pembacaan di teruskan pula dengan Bukit Kepong tulisan Ismail Johari. Kisah Othman yang mendaftar untuk jadi anggota polis pada umur 19 tahun. Meninggalkan kampung halamannya, Kampung Keladi Kulim untuk latihan di Pusat Latihan Polis Depot Kuala Lumpur, tiba di sana 12 Ogos 1948. Selepas 6 bulan dan ditauliahkan sebagai Konstabel, Othman diberi cuti 2 minggu, pulang ke kampung dan seminggu selepasnya Othman diijab kabul dengan Limah anak Lebai Karim. Othman ditugaskan ke Pagoh Muar Johor. Maka ke Rumah Pasung Othman membawa isterinya Limah 18 tahun meninggalkan keluarga.

Baru di mukasurat 55, mendidih darah mengenangkan betapa kurang ajarnya pengganas durjana Ketua komunis Lektuan dan gerombolannya waktu mereka menahan bas dan memzalimi penumpang termasuk Limah yang baru pulang dari Pekan Muar menuju balik ke Pagoh - kejadian berdekatan Kampung Raja.

===Sekarang selepas 2 hari, dah habis baca===
Kebetulan baca buku ini beberapa hari sebelum Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 63, ada rasa... entah la, nak cakap pun tiada mood. Semalam do office, waktu one of my art designer diminta propose artwork untuk wish our customers Happy Merdeka, Dia guna gambar tugu Kebangsaan sebagai latar belakang. Entah kenapa, saya beritahu dia, lebih baik buat yang plain saja, tanpa gambar latar belakang kerana gambar tugu Kebangsaan pada saya sekarang, semacam menggamit memori yang menyedihkan. Saya check website Kementerian Pendidikan, dia orang pun buat poster Hari Kebangsaan yang simple sangat, macam nak tak nak 🤔 Beberapa minit kemudian, my CEO pula menambah (walaupun saya tidak kongsi dengan beliau pendapat saya), Dia minta jangan guna gambar tugu sebagai latar belakang, "Ada yang sensitif", tulis beliau dalam text messagenya. Mengapa tu agaknya? Perkembangan semasa?

Benci menggila saya dengan komunis laknat Lektuan, Chai the bastard, dan paling saya benci pengkhianat Madera dan Kandar. Pembawa Watak Syaiton berdua tu hidup lagi ke?
Profile Image for Ema Asmadi.
1,096 reviews
August 30, 2022
Bukit Kepong adalah sebuah mukim perkampungan yang kecil. Alat perhubungan utama mereka ialah Sungai Muar. Namun semasa darurat telah diisytiharkan pada bulan Jun 1948, seluruh negara menjadi kawasan hitam. Semua pergerakan dikawal dan makanan dicatu. Bukit Kepong juga, walau pun tenang telah dijadikan kawasan hitam.

Ketenangan itulah yang membuatkan ideologi komunis mula menyerapi ke perkampungan Bukit Kepong. Seperti yang kita pernah tonton dalam filem Bukit Kepong, begitulah yang terjadi di dalam novel catatan peristiwa sejarah ini. Penulis merupakan penulis skrip filem tersebut mencoretkan detik keberanian 18 anggota polis, keluarga mereka dan keberanian penduduk Bukit Kepong melawan hampir 200 orang pengganas selama hampir empat jam pada subuh 23 Februari 1950.

Satu watak yang difokuskan dalam novel ini ialah Konstabel Othman bin Yusof yang datang dari Kedah dan ditempatkan di Rumah Pasung Bukit Kepong. Memang sedih giler. Betul-betul bahagian akhir novel. Bagaimana dia berjuang bermati-matian memang tak disangkal lagi tapi pengakhiran hidupnya itu yang lebih menyayat hati. Sudahlah cacat, berita kematiannya pula diterima keluarga hanya disebabkan salah faham. Ketika itu isterinya baru melahirkan anak mengalami kemurungan yang teruk dan dimasukkan ke Tanjung Rambutan. Hidupnya melarat setelah dia meletakkan jawatan dari kepolisian. Hidup kais pagi makan pagi. Untuk menerima kaki palsu pun dia terpaksa meminta selama 10 tahun. Teruk betul masa tu kebajikan veteran dan keluarga memang tak dibela agaknya. Semoga pahlawan yang gugur memerdekakan negara ditempatkan di kalangan orang beriman. Personal rating 4 ⭐️.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 65, Malaysia!
Profile Image for Hamidah Effendi.
290 reviews
August 30, 2025
Buku Bukit Kepong karya Ismail Johari memang terbaik.

Rencah emosi cukup lengkap, latar tempat diperincikan dengan teliti, begitu juga gambaran aktiviti masyarakat. Semua itu menjadikan kisah ini terasa hidup, ditambah pula dengan tragedi yang menyayat hati.

Di awal cerita, pembaca disajikan dengan suasana bahagia kehidupan kampung, dunia kepolisan, serta persekitaran tahun 40–50-an yang digarap dengan sangat bijak. Namun ketenangan itu hanya seketika, sebelum peperangan tercetus sebagai kemuncak kisah. Pengakhiran pula sarat dengan kesedihan — walaupun mereka terus hidup, perjuangan itu bukan untuk meraih simpati, tetapi untuk menyampaikan semangat, keberanian, dan kisah pengorbanan.

Novel ini benar-benar A+. Tidak pernah bosan untuk diulang baca. Malah, adaptasi filemnya juga masih menyengat dan terus memberi inspirasi. Ia mengingatkan kita bagaimana pejuang terdahulu penat berkorban demi tanah air, sedangkan anak bangsa hari ini mudah alpa dek kemewahan, kesenangan, dan keamanan yang diwarisi.

Sebuah bacaan yang sangat saya sarankan — kerana ia bukan sekadar mengimbau sejarah, tetapi membangkitkan semangat serta menjadi peringatan buat kita semua.

Jadi, apa pula yang telah kita lakukan untuk negara kita?

https://www.facebook.com/share/p/1BKa...

https://www.kosmo.com.my/2025/02/23/t...

https://vt.tiktok.com/ZSACgxJea/
Profile Image for Hn.ssss.
55 reviews1 follower
January 16, 2023
Bukit Kepong - Ismail Johari

Rate : 3.7/5 ⭐

23 Februari 1950
Tragedi Bukit Kepong yang telah meragut nyawa hampir keseluruhan pasukan keselamatan yang bertugas dirumah pasung ketika itu.

Dengan hanya beranggotakan 18 orang anggota polis dan 4 orang AP (pengawal bantuan dari orang kampung) mereka mempertahankan rumah pasung dari ditakluki 180 orang komunis yang menyerang ketika itu.

Awalnya serangan berlaku di Labis namun berjaya dipintas oleh pasukan keselamatan negara. Dek kerana kegagalan itu , pengganas komunis mula merancang serangan balas dengan menyasarkan rumah pasung Bukit Kepong kerana kedudukannya yang agak terpencil.

Sempena bulan kemerdekaan ini , seeloknya kita mengenang kembali jasa pejuang² tanah air kita dalam usaha mempertahankan negara dari dijajah.

Secara keseluruhannya, aku nilaikan 3.7/5 bintang kerana gaya penceritaan yang agak perlahan. Mungkin sebab penulis ialah seorang anggota polis dan bukannya sasterawan menyebabkan gaya penceritaan kurang menarik. Hampir separuh bulan Ogos aku dihabiskan dengan Bukit Kepong untuk sampai ke penamat 😅 SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA🇲🇾

Oh ya , disetiap hujung bab ada diselitkan gambar wira-wira negara yang gugur. Jemputlah slide ya 🥰

#bookworm#patriotik#merdeka#bukitkepong#sastera#bookstagram#malaysia#perang#war#gallerybookstorycitiey
Profile Image for Deviki.
348 reviews26 followers
July 19, 2023
*Tag School Related because this book was a compulsory read for our Bahasa Malaysia SPM Literature (sastera) class*

Books I've read and provided detailed reviews over the years but all data is lost after accidental deletion and GD refuse to restore it back.

Adding books back to my library for my own reference and tracking purposes
Profile Image for Zaghol .
1,106 reviews
September 12, 2017
Bukit Kepong. Buku ni tak berapa best sebenarnya, walaupun saya sangat suka pasal sejarahnya tapi gaya penceritaannya kurang menarik, mungkin sebab writer nya adalah seorang polis, bukan orang sastera.
Profile Image for Joshua Chung.
20 reviews1 follower
February 9, 2020
So bad I didn't even complete it. Thank goodness I can choose Konserto Terakhir for SPM.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
May 2, 2012
Sejarah pertempuran yang terkesan buat seluruh rakyat Malaysia dan kekejaman komunis tak mungkin dilupakan dalam sebuah peristiwa tragis yang menimpa sebilangan anggota polis dan keluarga yang terlibat.


Al-Fatihah.
Profile Image for Naddy Bh..
5 reviews
February 4, 2014
i dont know why students kata buku ini payah nak dibaca dan membosankan. it almost had me too, but i as read it during cuti sekolah sebelum masuk form 4 dahulu, i had no idea that it was going to be a page turner. damn lazy kids.
Profile Image for Hana Jimi.
33 reviews8 followers
April 30, 2012
baca time form 4.masa tu tengah waktu prep (tinggal kat hostel),berjurai air mata.habis prep,mata bengkak.terkesan sangat kisah ni pada jiwa lembut insan kerdil berkenaan.hehe
Profile Image for Auji.
101 reviews
July 23, 2016
This one was for Malay Lit. my junior year of high school. It was historical and it was like Math. I hate Math. Oh, the things I did to ace Malay paper.
18 reviews4 followers
May 11, 2011
tak habis baca pun sebenarnya. Antologi je. hehe
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.