Jump to ratings and reviews
Rate this book

Warna

Rate this book
Warna I – Nazurah Aishah

Bukan Dipaksa

kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh

Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

Warna II – Rnysa

Hikari Ainori

the love ride of hikari

Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.

Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.

Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

Warna III – Nasz

Karamel

karamel itu benda hangus yang sedap

Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.

“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.

“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.

Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

569 pages, Paperback

First published October 1, 2010

4 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Nazurah Aishah

6 books39 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (27%)
4 stars
61 (43%)
3 stars
35 (25%)
2 stars
4 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 20, 2010
Warna I: Bukan Dipaksa oleh Nazurah Aishah

“ kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh…”

Ini kisah cinta uda dan dara seperti zaman dulu-dulu. Kisah cinta dua darjat ini aku kira memang tak lapuk dek hujan, sentiasa ada walaupun kita sudah masuk ke abad 21. Ayu Nardine Zahiyyah [Ayu] pernah mencintai Affan Hakeem [Affan]. Kisah cinta yang berkembang ketika usia mereka masih hijau. Percintaan dalam diam itu akhirnya tiba di kemucaknya, apabila Affan bertindak mengahwini Ayu secara sembunyi.

Namun perkahwinan yang tiada restu itu memang sukar dipertahankan. Kehendak Hajah Normah; ibu Affan perlu diturutkan. Hubungan Ayu & Affan tamat di situ tanpa sesiapa pun menyedari yang Ayu sudah berbadan dua. Luka yang dialami Ayu di samping nyawa yang sudah tumbuh dalam rahimnya menyebabkan Ayu berkelana bertahun-tahun di luar negara. Kepulangannya disambut dingin oleh Hajah Normah. Dia tak mahu Affan kembali menyambung kasih yang sudah terputus. Namun siapa tahu Affan sendiri sudah punya rencana lain. Dia menjejaki seseorang, insan kecil yang menjadi tanda cintanya bersama Ayu.

Kalau dalam LBN, ceritanya diakhiri dengan penamat yang sedih, tetapi tidak dalam cerita pendeknya kali ini. Cerita ini memang penuh emosi [silap-silap haribulan, boleh tangkap leleh], hingga aku takut penamatnya sedih juga hahaha Nasib baik, penulis menoktahkannya dengan sesuatu yang manis :D


Warna II: Hikari Ainori oleh Rnysa

“cinta pandang pertama…the love ride of hikari ”

Sejujurnya aku memang suka cerpen yang ini. Kisah insan yang mencari diri sendiri ini nampaknya lebih dekat di hati. Apalagi kisah cinta yang dicoretkan nampak luar biasa kelasnya.

Hazelina [Hazel], Rafique, Umar Rayyan dan Adriena Ayuni punya hubungan cinta yang saling berkait. Rasa cinta sesuatu yang kekal di hati. Itu apa yang dibangunkan dalam watak Rafique dan Adriena Ayuni. Walaupun terpisah dan diduga waktu dan jarak, cinta itu masih utuh di sanubari. Namun dalam mencari cinta yang hilang, Rafique cuba pula mengintai Hazel. Aku suka dengan watak Hazel ni. Dia bukan gadis mentah yang tiada isi. Dalam dia mengikut arus perhubungan yang diatur oleh keluarga, dia masih punya jati diri. Ketegasan yang bukannya dibuat-buat.

Hazel yang masih mencari ‘sesuatu’ bertemu dengan Umar Rayyan. Aku juga suka dengan watak ala Naruto alim ini. Eh! Banyak betul yang aku suka hahaha Apa pun, takdir Tuhan itu memang manis buat hamba-Nya yang sabar. Dalam episod mencari cinta, Umar Rayyan bertemu juga dengan gadis yang mencuri hatinya buat kali pertama di Jepun, ‘diikat’ di sana juga akhirnya.

Warna III: Karamel oleh Nasz

“Karamel itu benda hangus yang sedap...”

Apa yang aku harus katakan ya? Ketika membaca cerpen ni aku tersenyum sepanjang masa. Karya pendek Nasz memang mencuit hati, dengan cerita yang santai dan lucu memang boleh menarik minat para pembaca terutamanya golongan muda yang sukakan genre seperti ini.

Nory Ana [Ana]; gadis manis yang lurus. Menjadi seorang setiausaha pada Encik Arif [Arif]; bos yang memang tak berapa nak arif itu hahaha :P Watak Arif memang agak mengjengkelkan pada mulanya. Apa taknya dia boleh saja tersenyum dan mesra dengan pekerja lain tapi tidak dengan Ana. Pelik sungguh! Ana yang naïf tu terpaksalah menahan karenah bos yang selalu angin satu badan tu.

Kenapa Arif berkelakuan seperti itu? Ha, tu kena bacalah. Apa pun cerita ni memang best. Arif tu sebenarnya boleh tahan loyar buruk tau! hik3 lalala5 :P
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
May 18, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. PM je....

Ceritera I : Bukan Dipaksa

Nukilan kedua Nazurah Aishah untukku selepas Melur Bunga Ivy.

Rasanya, kisah Ayu Nadine dan Affan boleh dikembangkan lagi untuk dilahirkan sebagai naskah tunggal yang pasti meninggalkan kesan kepada para pembaca (contohnya aku yang masih ragu-ragu untuk membaca Lili Buat Najah.... baca review kengkawan pun dah terasa sebaknya!)


Citera II : Hikari Ainori

(for me) mini novel nukilan Rynsa ini lebih matang daripada R.A.D.H.A. Dan ke-Jepun-an Hazel n Ryan lebih pekat daripada Shah dan Kaduk.

Cuma... sedikit confuse dengan peletakan watak. 2 couple dalam satu cerita??? Agak 'semak'. Mula-mula aku ingatkan Hazel dan Ryan yang akan mendominasi cerita... tiba-tiba kisah Que dan Ayuni yang dilebihkan.....


Citera III : Karamel

Aku memang addicted dengan tulisan Nasz. Bahasanya yang selamba. Sesuatu yang berbeza dan amat segar untuk dibaca.

Tapi, tidak dengan karamel. Dan aku terpaksa mereview begini "maaf, sesungguhnya dunia cerpen/mini novel bukan dunia anda". Jujur...'ruang' tiga ceritera ini terlalu 'sempit' untuk penulis ini bermain dengan 'warna-warna' kegemarannya.

Peace
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 16, 2018
Warna I – Nazurah Aishah

Bukan Dipaksa

Hidup Nardine Zahiyyah aka AYu di kampung arwah ayahnya, tidak seindah mana. Emaknya pernah di benci, dan perhubungannya dengan Affan di halang. Kerana luka itu, dia membawa diri. Setelah sekian lama, dia kembali dan Affan menagih maaf darinya.

Sebuah konflik keluarga yang sarat dengan emosi, kasih sayang dan dugaan. Ibarat drama awal 90-an, Ayu di benci ibu Affan dan hubungan baik Ayu dengan adik Affan turut di halang. Sebuah nukilan yang menyentuh emosi, sayangnya agak terbatas. Banyak persoalan yang ditinggalkan, malah pengakhiran juga agak tergesa-gesa. Kalau dipanjangkan, rasanya mampu mengundang air mata.

*rating : 3.7*

Warna II – Rnysa

Hikari Ainori

Perhubungan Hazel dengan tunangnya, Rafique seakan ada lompong yang sukar diisi. Walaupun Rafique bersungguh menawan hatinya, namun Hazel tidak merasa getarnya. Sehinggalah apabila bertemu Ryan si Naruto celup yang disangknya dari Jepun, dan kehadiran Ayuni secara tiba-tiba dalam hidup Rafique, segalanya berjalan dalam garisan selari yang tidak bertemu titik bersilang.

Hazel, yang suatu masa dulu kurang menitik-beratkan soal agama, berubah apabila bekerja. Ironinya, orang yang pernah menasihatinya pula berubah sebaliknya. Sungguh, hati itu berbolak balik sifatnya.

Sebuah travelog jiwa yang penuh dengan nasihat dan keinsafan dalam mencari cahay Ilahai, baik Hazel, Rafique, Ryan atau pun Ayuni. Masing-masing diuji, terpisah dan kecewa. Namun, masing-masing tetap berusaha mencari cahaya itu, walaupun sukar dan penuh onak.

Sungguh, terasa setiap bait perubahan dan kesungguhan setiap watak dalam kisah yang paling panjang ini. Dan, pelangi sentiasa hadir di hujung jalan.

*rating : 4.0*

Bersesuai dengan tajuknya, pelbagai warna dirasakan usai membaca ketiga-tiga novelet ini. Setiap cerita ada kelebihan tersendiri, dan pembaca merasakan emosi yang berbeza dalam setiap cerita. Tahniah untuk semua penulis!

Warna III – Nasz

Karamel

Apalah malangnya hidup Noury Ana, sudahlah masih sendiri di saat adik-adiknya sudah berumah tangga, dapat pula bos baru yang psiko dan mengarah tak kira masa! Sungguh tertekan! Namun, tetap senyum dan menunaikan segala tanggungjawap yang Arif, bosnya arahkan.

Sungguh, berdekah ketawa tatkala membaca karya penutup ini. Sebuah kisah selamba dari Nasz, kisah Ana yang sering di buli bosnya. Tapi, tetap melawan. Kental hati sungguh! Nana, kawan baiknya tempat mengadu dan menceriakan harinya. Nana juga yang banyak menimbulkan suasana ceria dalam kisah ini.

Sebuah kisah santai dan menarik!

*rating : 4.5*
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 25, 2012
'Warna' memang memberi warna dalam perasaan hamba hari ni. Susunan cerita yang sangat tepat, selari dengan mood pembacaan. Dari kisah penuh 'emo' sehinggalah kisah yang boleh buat bahan komedi menceriakan hari. (^_^)

Warna I: Bukan Terpaksa oleh Nazurah Aishah

Bukan Terpaksa mengisahkan tentang Nardine Zahiyyah dan kisah cinta terhalangnya bersama Affan Hakeem. Kisah cinta mereka sejak di zaman sekolah yang membawa kepada satu pernikahan lari (bukan nikah sambil berlari ye anak-anak :-P) yang sudah tentu tidak direstui ibu sang jejaka, Hajah Normah sehinggalah mereka terpaksa berpisah. Namun, kepulangan Affan bersama Nayli telah menamatkan ceritera ini dengan indah sekali.
(Hamba tak reti nak sinopsiskan cerita jadi seciput ala-ala inti pulut panggang >< yang kita selalu terbeli kat kedai je la ye)

Okey, hamba kena mengaku hamba sangat depress membaca ceritera tulisan Nazurah Aishah ni. Depress sebab cukup menusuk ke jiwa apa yang dilalui oleh insan bernama Nardine Zahiyyah ni. Hamba tak pasti sejak bila hamba suka gaya penceritaan yang beremosi sebegini (sebab hamba selalu suka gaya bahasa yang lebih sempoi) sehingga hamba betul-betul involve dengan perasaan watak utamanya sehingga hamba pun tumpang takut pada Hajah Normah (fuh, serius hamba gerun!). Dan, hamba akui hamba sempat meleleh seketika di penghujung ceritera (ah, sungguh hamba tak percaya ini semua!). Bukannya apa, hamba takut-takut juga kesudahannya mendukacitakan tapi nasib baik :-).



Warna II: Hikari Ainori oleh Rynsa

Ini kisah Hazelina, Rafique Mukminin, Adriena Ayuni dan Umar Rayyan yang pernah tersasar arah dan ingin berjalan semula di atas jalan yang satu, kepada Yang Maha Esa. Kisahnya bermula di kereta api yang menemukan Hazel dengan Umar dan kisahnya bersambung pula dengan pertunangan (atas aturan keluarga) antara Hazel dengan Rafique. Kemudian, cerita berselang pula dengan kisah hidup Adriena yang tragis dan tak lupa kisah silamnya dengan Rafique. Ceritera ini tentang bagaimana insan-insan yang pernah hilang punca mencuba untuk merubah diri mereka sendiri dengan mengenal diri dan agama.
(Begitu saja sinopsis yang hamba boleh tulis - hamba memang tak berbakat dalam hal ini)

Ini pertama kali hamba membaca tulisan Rynsa (sila jangan hairan sebab hamba tahu Relevankah Aku di Hatimu memang sangat famous dan hamba serius tak pernah baca) tapi oleh kerana hamba terpikat serta-merta dengan ceritera ini, mungkin hamba boleh timbang-timbang nak beli novel Rynsa yang lain (kalau budget tak lari lintang pukang la - sedihnya hidupku - huhu). Hamba sangat terharu sebenarnya tentang kisah insan-insan yang sedang cuba berubah dalam Hikari Ainori ni. Sungguh menimbulkan ngilu dalam hati membaca kisah mereka, nak-nak Adriena Ayuni tu. Ini secara tak langsung membuat hamba timbang-timbang juga pasal diri hamba sendiri, tentang sejauh mana hamba mengenal Sang Pencipta. Sayu.



Warna III: Karamel oleh Nasz

Karamel mengisahkan hubungan dua hala yang tak berapa aman antara Ana dan bosnya, Arif. Dari mula Arif menjadi bos barunya lagi, Ana sudah didera mental dan telinga oleh bosnya itu. Dari kena marah pasal kerja sampai hal nama panggilan pun kena marah juga. Tapi, siapa sangka marah itu ada punca yang Ana sendiri tak tahu menahu. Dan, apabila punca tu diselesaikan, terleraikah konflik mereka?
(Wah, hamba dah pandai buat sinopsis ala-ala blurp belakang novel - tahniah untuk diri sendiri - hahaha)

Okey, rasa manis 'Karamel' dah menebus rasa masam sebelum ni dalam 'Sweet Sour' (mengada-ada sungguh bunyi hamba ni - maaf Nasz). Serius, hamba asyik tergelak membaca ceritera ni. Walaupun, agak tak boleh diterima yang seorang sekreteri boleh loyar buruk sebegitu sekali pada pertemuan pertama dengan bos baru, tapi hamba sangat enjoy sepanjang perjalanan ceritera. Ayat-ayat loyar buruk yang bersepah sangat berkesan untuk buat hamba tergelak. Sememangnya pemilihan 'Karamel' sebagai ceritera penamat adalah sangat tepat buat 'Warna'.
Profile Image for Ririn Aziz.
798 reviews108 followers
May 17, 2015
Warna II : Hikari Ainori - Rnysa
(ms 154 - 396)
Dibaca pada 20/4/2014 - 22/4/2014

3.5 bintang

Ambil masa betul nak habiskan cerita ni.



Warna III : Karamel - Nasz
(ms 401 - 569)
Dibaca pada 17 Januari 2014

4 bintang

Karamel itu benda hangus yang sedap

Beli buku ni sebab nak baca tulisan Nasz ni la, jadi semestinya ia cerita pertama yang dibaca. Memang kelakar tak ingat. Dari mukasurat pertama sampai habis cerita ni asyik gelak jer. Kejap jer dah habis. Tak terasa langsung! Memang padan sangat la Ana dengan bos dia tu. Dah start , boleh pulak terlupa yang tajuk dia Karamel. Rasa macam dah jadi cerita Kisah Ana dan Bosnya jer...hehe. Masa dia makan puding karamel tu baru ingat balik. Dan endingnya....sempoi habis...selamba jer ajak kawin macam tu!

Cuma, mungkin sebab saya baca kisah ini selepas Lazuardi, jadi saya rasa ada persamaan sikit masa trip kat Pangkor tu dengan family day syarikat Anaz kat Melaka. But, still a very nice story!
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
January 4, 2013
Tiga Cerita Dalam Sebuah Warna. Cik Pah beli buku ni sebab ada pengarang Nasz. So bila dah beli baca dulu tajuk Karamel yang Nasz tulis.

Tajuk pasal makanan tapi sebenarnya kisah Nory Ana yang bekerja kat kilang manatah yang asyik kena buat macam-macam sebab dia Document Controller cum secretary. Anak sulung daripada 3 beradik tapi semua adik-adiknya dah kahwin dan dia masih single mingle lagi. Bukan tak der rupa tapi tak ada orang nak angkat dia sebagai girlfriend apatah lagi calon isteri. Mamanya dah kalut suruh dia blind date tapi dia dah malas nak layan kononnya masih muda dan tak cecah 30 lagi.

Di awal cerita dia berkenalan dengan seorang pakcik di Hotel Eastin tempat dia berkursus. Itupun sebab kawan baiknya si Wana hampir terlanggar pakcik tu sebab tak sabar nak masuk tandas. Wana dan Nana yang sama hadir berkursus adalah kawan rapat Ana masa belajar dulu. Jadinya kursus tu macam reunion la sebab Wana bekerja kat tempat lain. Kedua-dua kawan Ana sudah bertunang. Jadinya asal ada je nampak lelaki mana-mana, ada je diaorang suruh Ana ngurat termasuk pakcik yang Wana hampir terlanggar tu sebab Ana tak pernah bercinta sepanjang hayatnya.

Balik daripada berkursus dan bercuti ke Bandung Ana terpaksa mengadap muka bos barunya yang masih bujang. Perkenalan antara Ana dengan bosnya En Arif memang agak kelakar dan bosnya memang Cik Pah boleh gelar bos pedas bukan abang pedas ye mcm dalam ILUS my fav novel. Tapi si Ana gelar Arif tu Encik Tak Arif. Dengan orang lain Arif memang la lembut bila bercakap tapi dengan Ana menyinga memanjang.

Nana kawan Ana yang sengal ni suruh Ana selidik kalau Arif budak yang Ana reject masa darjah 1 dulu. Kot-kot Arif masih berdendam. Kelakar part sekodeng tengok gambar atas meja Arif dan masa Arif angkut Ana ke rumah dia di Chemor. Ada sebab musabab si Arif ni garang dan suka buli Ana. Bukan sebab suka dalam diam macam novel lain. Tet!!! Ada kaitan dengan pakcik diawal cerita tu. Korang baca la novel ni sebab Nasz ni memang salah sorang penulis yang Cik Pah suka sebab ayat yang sempoi dan watak yang ditulis juga sempoi. Ada sikit nasihat yang boleh kita ambil kalau baca dengan mata hati. Aceceh!
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
April 15, 2017
#25-2017

Disclaimer: review/rating adalah khusus untuk Hikari Ainori dan Karamel sahaja.

Warna II- Hikari Ainori

Dalam perjalanan mencari cinta, 4 insan bertemu cinta pencipta cinta. Kisah yang berkonsepkan ketuhanan dengan alunan ritma yang sangat lembut. Membuai-buai hatiku sepanjang pembacaan. (Reviu pun puitis saja..)

Warna III- Karamel

Karya Nasz tak pernah gagal buat aku tersenyum. Sebuah kisah yg manis. Manisnya bukanlah manis gula, bukan juga semanis stevia hanya manis² buah sepertimana gaya Nasz selama ni. Baca part Ana kena marah dgn Tuan Tak Arif dia pun aku bole senyum! Maybe aku pun sama otak tak centre mcm Arif bak kata Ana. :)
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
April 20, 2023
[Warna I] Bukan Dipaksa - 4*

cw / tw: depression, suicidal thoughts, threats + gaslight, character death.

The novella picks up from the point a couple years after the divorce between Ayu and Affan — a divorce that causes by 'hubungan tak diresturi' and hartered from Affan's mother towards Ayu, and the marriage were only known by the three of them. Years Ayu had to keep everything a secret, even from her own mother and friends on what she has went through, and the secrets upon secrets he had to keep. This is a story focuses on the issues of status quo in community, sacrifices dan the rise of a woman, as well as a side of second chance romance.

Ayu that she's might've sacrificed a lot of things, but it wasn't because she's a weak person, because she's a bigger person than that. Throughout the story, reveals after reveals, it seems selfless but a lot of her sacrifices were in fact for her own good, she may seems like she's only protecting others, but it's a way for her to protect herself as well. (1) her mother, she's the only person that has, the only person that understands her and the only person that gave her the strength. To stay with her mothers means for her to have a 'home', no matter the perspective of other people at the kampung, they're together and happier. (2) the daughter, she may had to seperate from her, but fitnah and society perception will never be nice towards both of them, what she's done is the best thing a mother could do, and the love and closeness between them could really be seen. (3) avoiding Affan may seems to be a questionable move at first despite how strong her remaining feelings were towards him, but it's absolutely understandable the more we dive into the story. I also truly appreciate how Ayu stood for herself, still care for Affan, yet fully acknowledging the wrongs he has done as well.

Character development on Ayu's part and the realism aspects of her characteristics is what I adore the most about the story. The writing and the style (the first person pov too) also contributed the large part of why I really do love how the story were written, it's simply wonderful and beautiful. The former literature student in me really really do love it.

There are some things that remains a question mark to me though, for instance (1) the reasoning why the MIL acted like that, is it jealousy or is it the rumour about Ayu's father is the truth? Until the end, I really couldn't give the slightest of care or sympathy towards her, she's just simply awful (2) how exactly Affan knew the existence of the child? And how long has he treated Ayu's mother and her illness (3) what exactly was Affan's plan upon asking Ayu's hand in marriage once more because he still seems clueless over what his mother did to Ayu and her family, and there doesn't seem to be much changes although he brought the child back and it clearly wasn't part of his plan imo?

Nevertheless, I believe the entire story pretty much was heavily carried by Ayu from what I could see, although I Affan's fight and love could still be felt heavily and he really tried his best to fix everything, but still, I mainly see the story about Ayu and her stuggles, and it's quite a beautifully written premise.


[Warna III] Karamel - 2.3*

The novella is a tale about Ana, a secretary, and her new boss, Arif. Upon their first meeting everything went totally wrong as Arif immediately displayed a displeased aura and dislikes towards Ana. This was caused by a misunderstanding on Arif's part where he thought she might have an affair with his family member, as due to this, he put her onto a lot of pressure in order to drive her to confess over the thing she never even do. Throughout their worktime together, he gets to know her better, but will it ever changes the way he thinks of her, and will the misunderstanding ever be resolved between them?

Despite the ratings being on the lower side, I actually did enjoyed the story, but it's the kind where it's 'so bad that it's so good' haha. Genuinely speaking, the writing, the storyline, and the characteristics of each characters reminded me of the fan/fiction from Wiglin or AFF. net from mid 2000s, where the storyline / progression were random topped with odd conflicts, and the characters felt like they're written by teens trying to write about adults due to how childish the characters acted and their thought process were. I guess it was quite nostalgic despite how unusual I found this to be.

Ha. Regarding the storyline itself, I think there's way too much 'tiba-tiba', not 'coincidence' lah, but in the 'that's so rawak' tiba-tiba. A lot of the things the characters did were so unusual and it were something that regular people doesn't do? Some instances: (1) asking strangers whether they have a son and actually think about it seriously as if they'll ever meet again (2) forcing an ajnabi to drive them to another different state and asks them to stay (3) getting excited and make a scene over how every guy your friend came across with is their 'jodoh' (4) the entire thing about the childhood romance rejection? that doesn't feel necessary at all, and why do you still remember the thing that happened back during your first grade ha — and there are many more and I . . . don't understand lol

The big thing that upsets me. Hello, conflicts of interest (COI) in this story was taken so lightly it kinda bothers me, mengarah and pressuring someone is still bullying and he didn't even hide how contrasting he acted towards her compared to the other employees. Dah lah calling your employees malam butak, requesting her to do dumb things outside of office hours, forcing and changing due date immediately without notice, I'd be crying my arse off if I'm Ana. I understand that this is a santai genre, but despite how strong Ana's personality and emotions were, I wished the author would've the very least showed how stressful and frustrating such situation were, I want her to burst out or break out or something sebab such environment isn't normal in any way kot. Dah lah her colleagues / friends pun macam 'aok aok' jak when she spoke (meluah) on how her boss acted towards her, like, sikkan lah conclusion kau tek 'cie mesti bos suka kau', alahai, can we not. — In the end, the ML still pisses me off, like, you gila kah, dengan bapak dikpun sikmok klakar, tapi rempuan lain gik you 'torture', when shit were supposedly mutual? Sorry ler, rolaki ya is too pussy. Dah la duhal dalam diam simpan perasaan dengan the lady you sendiri assume ada apa apa secret affair dengan family you haha, itok saya.

The confrontation on their 'conflict' was a bit of a let down lah for me, with the entire bullying and pressuring, dudi nya tek 'eh, camya ajak, maka kenak fitnah, you okay jak kah Ana?'. Like come one, at least drama marah kah drama aek mata even sedikit pun would be alright sebab serious juak situation of misunderstanding sidak bah. They ended up can simply joke around over it, and I guess this is why I couldn't really feel the chemistry between the two MCs kot, mun sik marah mesti polah jenaka / loyar burok / bertekak jak sidak duak.

The side characters were a bit bland tbh, and why does every single topik perbualan antara kawan dan keluarga Ana hanya berkenaan dengan jodoh, dan berkahwin, as if they exists on the plot only to pressure the FL to get married?

Hehe, again, I don't hate the story and I truthfully enjoyed it, tapi yalah tek, some things turned me off a lot juak. And. . . Anyone please give Ana's mother her agar agar, I believe she's still waiting for them at the kenduri.

Hikari Kainori - TBA
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
April 21, 2023
✨ Bukan Dipaksa--Nazurah Aishah.
Jatuh kesian aku kepada Ayu dan Affan kerana campur tangan ibu Affan.

"Restu ibu itu penting, doktor. Cahaya kebahagiaan rumah tangga datang daripada doa ibu bapa kita."

Kenapa ibu Affan sanggup menjadi batu penghalang kepada kebahagiaan anaknya sendiri 😔

✨ Hikari Ainori--Rnysa
Suka baca kisah Hazel-Umar-Rafique-Ayuni. Walaupun di awal dan di akhir cerita 360 darjah. Usai pembacaan, satu je yang bermain-main dalam kepala--"Allah itu sebaik-baik
perancang".

✨ Karamel--Nasz
Cerita ini daripada awal sampai akhir kelakar. Sabar je la Ana dapat bos yang kerek dan suka marah-marah sebab nak "balas dendam". Sekali tersalah pula 😂
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 31, 2012
Tajuk buku : Warna
Penulis : Nazurah Aishah, Rynsa , Nasz
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 569 m/s


Sinopsis Kulit Buku :
Warna I – Nazurah Aishah
Bukan Dipaksa
kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh
Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

Warna II – Rnysa
Hikari Ainori
the love ride of hikari
Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.
Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.
Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

Warna III – Nasz
Karamel
karamel itu benda hangus yang sedap
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.
“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

.......................................................

Warna I - Bukan dipaksa.

Kisah Ayu dan Affan.
Dari mula kisah, ada rahsia yang tersembunyi.
Hinggakan aku tersalah sangka, ingatkan mereka berdua terlanjur, rupanya kisahnya lagi sukar dari itu. Ibu Affan, Hajah Normah menjadi punca kepada segala masalah. Siapa sangka munculnya anak kecil, zuriat Ayu dan Affan bernama Nayli mengubah cerita duka menjadi bahagia.


Warna II - Hikari Ainori

Ada empat watak utama dalam kisah ini. Pergolakan hati dan pencarian diri dalam watak Hazel , Umar , Rafique dan Ayuni.
Awal kisahnya Hazel sudah ditunangkan dengan Rafique. Mereka disatukan atas pilihan keluarga. Bagi Rafique, bertunang mestilah berjumpa dan berhubungan selalu tapi tidak bagi hazel yang banyak pantang larangnya. Berhubung jangan selalu, berjumpa biar ada mahramnya, itu antara syarat Hazel.
Hazel perlu ke Langkawi untuk urusan kerja. Peluang itu dia ambil untuk menaiki keretapi. Siapa sangka dia akan bertemu Umar, watak yang pernah muncul dalam hidupnya di Jepun dahulu. Watak Umar berubah 100% dan watak Hazel juga berubah 100%. Dulu, Umar yang berperwatakan warak yang berani menegur perwatakan Hazel yang 'free hair' waktu itu. Kini, Hazel yang dah terjaga aurat, bertudung litup pula yang menegur Umar yang sudah bertukar-tukar warna rambutnya.

Saat Hazel jauh di Langkawi, Rafique terjumpa kekasih lamanya, Ayuni. Ayuni meninggalnya dulu tanpa kata kini telah berubah. Antara Hazel dengan Ayuni, Rafique memilih Ayuni.

Apakah akhirnya? ingin tahu kisah lanjut antara Hazel, Umar, Rafique dan Ayuni, kenalah baca sendiri ye kawan-kawan.


Warna III - Karamel.

Kisah ini ternyata ringan jika dibandingkan dengan kisah Warna I & II. Kisah bos dan setiausaha memang selalu kita baca, namun bagi kisah karamel ada kelainan yang tercipta. Kisah pertelingkan antara Arif, tuan bos dengan Ana, setiausahanya. Kerana satu salah faham, Arif seringkali membuli Ana habis-habisan sedangkan pada pekerja-pekerja yang lain, dia sangat baik.

Apakah salah faham itu? dan apakah pengakhirnya? ingin tahu lebih lanjut, kena dapatkan Novel Warna ni secepat yang mungkin ^^


komen ainsabrina :
buku ini mula-mula saya beli sebab berminat dengan cerita Hikari Ainori karya rynsa. cerita Hikari Ainori itu memang saya ikut di blog kak Rynsa jadi nak tahu la pengakhirnya dan saya suka sangat watak Umar Rayyan tu. ^^
keseluruhannya, saya suka ketiga-tiga cerita dalam novel ini. Ketiga-tiga cerita ada kelebihan masing-masing. kisah penuh dengan air mata dan gelak ketawa semuanya dalam satu novel-WARNA.

Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
January 9, 2014
3 cerita dalam sebuah... Kesemuanya hebat dan mengujakan saya. Dan paling suka karya Nasz (my fav author) Gelak sampai sakit perut pasal hero ingat dia mak tiri... what???? hehehe
Profile Image for Bell.
116 reviews3 followers
February 29, 2024
Reread Karamel Nasz.
Baca dkt Libby.
Cerita dia sangatlah menarik!
Tak bosan langsung, baca sekali duduk je terus habis hehe.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
January 22, 2014
Macam2 warna menghiasi mindaku tatkala membaca 3 nopen ni..

1. Bukan Dipaksa (Nazurah Aishah)
Ayu (Nardine Zahiyyah) & Affan

Kaler kelabu a.k.a mendung sepanjang masa.. sampai dah nak last minit, baru lah nampak mentari a.k.a cerah sket..

2. Hikari Ainori (Rnysa)
Hazel & Umar Rayyan

Kaler2 sweet..

Dari mana datangnya linta,
Dari tanah turun ke kali,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.. :)

3. Karamel (Nasz)
Ana & Arif

Kaler2 hepi..

Dari mula aku baca sampai abes, kejap aku gelak, kejap aku sengeh..
Kelakar abesss!! Gelak tak hengat!!
Kalu baca dlm tren, mesti org ingat aku sewel.. :p
Suka ngan penggunaan bahasa Nasz, sempoi abess!!
Teringat memori masa baca "Sweet Sour"..
Memang sweet.. Superb la Nasz!!
Profile Image for Hijrah.
62 reviews4 followers
December 3, 2012
cerita Hikari Ainori dan karamel memang best! =)
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 28, 2017
#33#2017

Done reading Warna (3 ceritera).

Disclaimer: disebabkan saya pinjam buku ni daripada PNM, and i can only find 2 stories instead of 3. So, these review is mainly for those 2 stories.

Warna II : Hikari Ainori by Rnysa.

🌟🌟🌟

This story taught us about life and 'light'. Hikari maksudnya cahaya. Dalam cerita ni, penulis menyelitkan few jaapanese words (yang kadang2, I'm a bit lost sebab tak faham). Kisah ni mengisahkan tentang pencarian mencari cahaya Ilahi. Dan juga mengajar kita bahawa permulaan yang baik, tidak semestinya berakhir dengan baik jugak. Semoga kita sentiasa istiqamah. Hazel dipertemukan dengan Umar Rayyan. Rafique dengan Adriena Ayuni. Cerita ni akan lebih baik, sekiranya in the beginning of each new chapter, dinyatakan POV watak yang mana. Sebab setiap chapter, guna perkataan 'aku'. Tapi saya tak tahu 'aku' tu siapa. Dah habis satu page, baru faham.

Warna III : Karamel by Nasz

🌟🌟🌟🌟

Cerita ni best. Dialog sangat selamba. I'm amazed sebab cerita ni sangat unexpected (because, i thought it is just another cliche story). Rupa rupanya, punca si bos tu asyik duk marah2 Ana, sebab dia ingat Ana tu mak tiri dia. Hahhaa.. Pastu, ada few part tu, saya ingat A, tapi plot jadi B. Sangat best. Cuma, cerita ni pendek sangat.
2 reviews1 follower
May 26, 2020
Kisah pertama Bukan Dipaksa karya nazurah aishah mmg sgt2 best dn menyentuh hati...kesian dkt ayu tpksa bercerai dgn affan kerana mak dia..tpi dlm msa yg sama kesian jg dkt affan, tersepit,hrus memilih antara keegoan ibunya atau cintanya pd isteri..hrap sgt kak nazurah aisyah bleh buat sambungan utk crita ni,xpuas baca...
Profile Image for Ubi.
315 reviews
August 7, 2023
Cerita Karamel- Nasz tu diterbit semula dengan idea kreatif. Baru nak mengenang cerita lama jemari seni. Hmmmm
Profile Image for Asma' Mahadzir.
5 reviews1 follower
May 13, 2021
Bukan Dipaksa (Nazurah Aishah)

Gaya bahasa dia terlalu puitis bagi aku. Dia banyak sangat ulang² ayat sama je. Sampai kesudah aku tak boleh terima dia sebut anak tu anak luar nikah, just because dia kahwin tanpa restu keluarga. Kalau dah nikah, anak tu bukan anak luar nikah lah. Sah je taraf dia. Ending dia pun tak sampai langsung ke hati aku. Punyalah beratus mukasurat adegan kejar mengejar berlaku antara hero dan heroin nak get back, tetiba tak sampai 2 mukasurat pun tentang dorang akhirnya direstui. Aku macam ??? At least buatlah heroin tu rupanya anak bangsawan Singapore ke baru la terkujat Hajah Normah kan. Serius character development semua orang dalam cerita ni lacking sangat. Tolong belajar daripada Syud. She made almost flawless character developments in her novels.

Hikari Ainori (Rnysa)
Cerita ni agak membengangkan aku jugak sebab dia banyak bertutur dalam bahasa Jepun. Memang tak boleh eh letak translations siap² dekat sebelah ayat Jepun tu? Manalah aku rajin nak belek glosari dekat belakang satu² kan. Kisah Adriena Ayuni dengan Rafique serius buat aku geram. Apa masalahnya taknak bagi Rafique tu peluang tebus kesalahan dia? Semua orang buat silap kot. Apa salahnya Rafique tu nak putuskan pertunangan dengan Hazel? Dorang sendiri pun macam tak sehaluan. Kan ke pertunangan tu sendiri adalah tempoh berkenal-kenalan? Dah kalau tak serasi dan terang tang² Rafique tu cintakan orang lain yg masih wujud atas dunia ni & still available, apa kejadahnya nak teruskan jugak ke jinjang pelamin? Please jangan normalisasikan "tak elok putus tunang, burukkan nama etc". Baik blah awal² daripada kahwin lepastu bercerai-berai. Na'uzubillah.

Karamel (Nasz)

Personally aku suka gaya bahasa Nasz. Direct je. Sangat straight to the point. Takde susah² nak ulang baca banyak² kali. Contohnya bila heroin tu rasa "jadual yang terpapar tu menyakitkan hati" dia straight je cakap "mengingatkan jadual bodoh itu buat hati aku rasa panas". Tapi slack sangat part karamel tu. Punyalah secoet je cerita pasal karamel sampai aku tak ingat pun nama tajuk cerita ni Karamel okey. Pastu aku sumpah kagum dengan coping mechanism Ana. Serius lah ada manusia punya kesabaran sampai tahap macamtu sekali? Kalau aku jadi Ana, dah lama aku angkat kaki awal² blah dari company tu cari kerja lain. Arahan² dari hero nak buat dia stress tu sangatlah kejam dan macam tak masuk dek akal. Takde peri kemanusiaan langsung dan bagi aku, almost heartless. Last but not least, nama Nory Ana dengan Mohamad Arif tu sangat klasik bagi aku. Hehehe sorry.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
August 10, 2017
Untuk makluman, saya beli ebook Karamel oleh Nasz di E-Sentral dengan harga RM5.00. Oleh itu saya akan review karya tersebut saja dan 5 bintang tu khas untuk karya itu juga.

WARNA III - Karamel oleh Nasz

Permulaan cerita kita diperkenalkan dengan watak 'aku'. Mula-mula saya ingatkan pov si hero tetapi saya salah. Rupanya pov si heroin, Nory Ana. Tanggapan kedua saya juga salah bila saya andaikan yang Nory Ana dan 2 rakan karibnya itu remaja nak buat latihan industri. Rupa-rupanya dah berusia 27 tahun dan kawan karibnya yang berdua tu pun dah bertunang.

Masa di sebuah conference, Wana, salah seorang rakan karib Ana telah terlanggar seorang lelaki sebaya ayah mereka dek sebab nak ke toilet. Jadi dengan penuh rasa tanggungjawab Ana telah mengutip kertas milik pakcik tu yang bertaburan di lantai.

Tamat conference, Ana bercuti pula ke Bandung. Sampai dari Bandung, dapat pula Head of Department baru yang asyik PMS saja. Mula-mula Ana tak syak sangat tapi bila dimaklumkan oleh Nana, seorang lagi rakan karibnya merangkap rakan sekerjanya yang hanya Ana yang menerima layanan sebegitu rupa, mulalah syak wasangka timbul.

Akhirnya dengan berkat otak geliga si Nana, mereka bertiga sepakat yakin dan pasti yang HoD atau namanya Arif ni merupakan lelaki yang Ana reject masa Darjah 1 dulu. Teringat lagu Mark Adam masa ni. Hebat sungguh penangan cinta budak Darjah 1 ya.

Hubungan kadang-kadang suam, kadang-kadang panas dan kadang-kadang menggelegak antara Arif dan Ana berterusan sehinggalah ke Management Retreat di Pangkor. Di situlah Arif dan Ana duduk semeja dan akhirnya tahulah Ana yang selama perkenalan mereka, Itulah sebabnya layanan terhadap Ana gaya panglima perang.

Baru nak teruja dengan layanan suam kuku Arif terhadap Ana, dah tamat cerita. Tapi memang terbaik la novella ni. Dari mula sampai tamat, tak kering gusi dibuatnya. Sekejap saya tersengih, sekejap ketawa. Nasib baik tak tercekik sebab ketawa terbahak-bahak. Sempoi sungguh gaya penulisan Nasz. Dan dek kerana itulah duit yang saya laburkan untuk beli ebook ni memang berbaloi-baloi.
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
November 15, 2017
Aku dah baca 2 daripada 3 cerita yang terdapat dalam buku ni.

Warna I - Bukan Dipaksa tidak sesedih karya lain yang telah kubaca sebelum ini. Namun, kisah ini juga mengundang pelbagai rasa dihati. Kisah yang nampak macam biasa-biasa je tetapi dengan bahasa yang mudah dan selamba ada mesej baik untuk diteladani oleh pembaca. Memang tak puas hati baca karya pendek ni sebab akhiran ceritanya terlalu sedikit dan mendadak.

Warna III - Karamel pulak cerita ini memang biasa-biasa aje pada amatan aku. Namun kisah ini berjaya mencuit hati aku dengan dialog bersahaja yang memang buat aku geli hati dan ketawa je dengan gelagat dua watak utama dalam karya ini iaitu Ana dan bosnya Arif. Walaupun jalan cerita yang cuba dipaparkan nampak seakan kurang menarik tentang Ana yang sering bergaduh dan bertekak dengan bosnya Arif di tempat kerja. Namun penulis berjaya mengolah jalan cerita dengan begitu baik sekali dan berjaya menarik pembaca untuk cuba menghayati cerita ini hingga ke akhirnya. Cerita yang memang sempoi je tetapi ada mesej yang baik untuk diteladani oleh pembaca secara tidak langsung.
Profile Image for Fazlina.
29 reviews
April 23, 2011
- Penulisan kedua Nazurah Aishah yang saya baca. Sejujurnya saya sudah mula jatuh cinta dengan penulisan matang beliau. Pemilihan nama watak dalam penulisan beliau juga amat menarik perhatian saya.Konflik keluarga yang ditimbulkan sedikit sebanyak dapat menggerakkan minda pembaca untuk berfikir di luar keadaan selesa yang sedang kita lalui. :) [Nazurah: penulisan matang]

- Rnysa, seperti biasa, sarat dengan unsur dakwah melaui penyampaian yang santai. Manusia itu masih ada peluang bertaubat selagi Allah tidak menghantar malaikat maut untuk mencabut nyawa. Allah juga Maha Penyayang walaupun dosa hambaNya seluas lautan. Pentingnya kedudukan manusia adalah di sisi Penciptanya. Syukur itu perlu. :) [Rnysa: penulisan dakwah]

- Nasz, penulisan beliau adalah santai dan asyik membuat pembacanya tergelak.Nasz ada peluang untuk menjadi penulis yang digilai ramai kerana penulisan beliau menghiburkan. Diharap Nasz dapat selitkan sedikit2 unsur islami di dalam penulisannya. Memang berbaloi. Gabungan 3 ceritera ini memang 1 kompilasi yang baik. :) [Nasz: penulisan santai]
Profile Image for Nurizan.
3 reviews2 followers
April 10, 2013
I like the cover of 'Warna' rather than its content ;P
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.