Jump to ratings and reviews
Rate this book

Matahari Cerah Lagi

Rate this book
' Hangat dan dingin bersatu di hati tatkala wajahmu melayari ruang mindaku... '

Sinopsis : Matahari Cerah Lagi
Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

587 pages, Paperback

First published January 1, 2010

17 people are currently reading
327 people want to read

About the author

Fauziah Ashari

14 books310 followers
Famous novelist become a phenomenon in Malaysia with his "Ombak Rindu" which was adapted to the screen.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (35%)
4 stars
32 (25%)
3 stars
35 (27%)
2 stars
5 (3%)
1 star
10 (7%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
August 23, 2013
Nilai Kemanusian yang cuba disampaikan. Kisah ini bermula dengan kisah Suha seorang anak yang dinafikan haknya untuk bergembira dan bebas menikmati kehidupan,membesar dalam kongkongan Ibu tiri yang tersangat kejam,kegagalan dalam pelajaran menjadikan keadaan lebih teruk dan Suha bakal dikahwinkan dengan Yem seorang lelaki kurang akal,pertemuan dengan Munir lelaki separuh umur mengikat Suha ke alam perkahwinan,perwatakan Munir yang pada awalnya menarik hati Suha dan merasakan seolah dia telah menemui tempat berlindung tetapi semua itu berubah selepas mereka berkahwin,sekali lagi Suha dilayan seperti sampah.Adam anak kepada Munir pada mulanya saya kurang jelas kenapa Munir sangat membenci Adam tetapi Adam adalah antara anak mengambil berat tentang ayahnya,akibat dendam dan salah faham serta cemburu Munir telah menghalau Adam dan Suha dari rumah dan Adam tidak diitiraf sebagai anak dan dibuang dari keluarga Munir.
Selepas 5 tahun,masa berubah Suha bukanlah gadis polos seperti dulu Suha telah berjaya menemui kehidupan baru yang membuatkan dia menjadi lebih yakin, Adam pula berjaya dalam bidang yang diceburi.Pertemuan Adam dan Suha membangkitkan dendam lama, pada Adam Suha lah punca segalanya sehingga ayahnya membenci dirinya sendiri,misi balas dendam bermula tapi misi balas dendam berubah arah kerana rasa cinta yang hadir antara mereka,tapi mungkinkah ada bahagia buat mereka,Kisah Yem yang masih menanti cinta Suha,Kisah Ibu dan ayah tiri Suha.Kisah Munir sejauh mana Munir berubah dari seorang lelaki yang budiman kepada lelaki yang hanyut dibuai dendam.secara keseluruhan saya mengemari novel ini.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.