Jump to ratings and reviews
Rate this book

Karipap-Karipap Cinta

Rate this book
Resipi Karipap-karipap Cinta:

3 ulas rasa suka
1 botol hati gembira
1 biji rendah diri (saiz besar)
2 cawan tolak ansur
5 keping kehormatan
secubit rasa rindu
3 batang tanggungjawab, dipotong halus
3 bekas cita-cita
10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta)
ramuan diadun dengan ilmu dan akal
Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak. Setelah masak, hidangkan bersama yang tersayang...

254 pages, Paperback

First published January 1, 2010

3 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Nazri M. Annuar

8 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (22%)
4 stars
41 (37%)
3 stars
32 (29%)
2 stars
10 (9%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 5, 2013
Resipi Karipap-karipap Cinta
3 ulas rasa suka
1 botol hati gembira
1 biji rendah diri (saiz besar)
2 cawan tolak ansur
5 keping kehormatan
Secubit rasa rindu
3 batang tanggungjawab, dipotong halus
3 bekas cita-cita
10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta)
Ramuan diadun dengan ilmu dan akal
Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak
Setelah masak, hidangkan bersama yang tersayang [blurb novel]


Membaca ‘resipi’ di belakang kulit buku buat aku teruja. Apabila mula membaca, agak kurang ‘rasa’. Dan kemudiannya seiring dengan cerita yang berkembang, barulah aku mula selesa dengan novel ini.

Aku senang dengan nama hero yang ringkas – Ali *wink* Seperti namanya yang biasa-biasa, Ali juga digambarkan sebagai lelaki yang biasa-biasa saja. Maksudku dia tidak kaya, tidak terlalu handsome dan macho. Dia cuma Ali; seorang jurugambar di sebuah akhbar politik yang ada agenda tersembunyi.

Cerita cintanya bermula saat Ali jatuh cinta pandang pertama dengan Sarah. Namun temannya; Rambai menasihati Ali agar jangan jadi mat jenin. Sarah bukannya gadis yang biasa-biasa. Dia graduan Al-Azhar dan antara 10 pelajar terbaik Al-Azhar. Malah ayah Sarah mahu anaknya berkahwin dengan lelaki yang setaraf dengan kelulusan Sarah, lebih tepat lagi seorang Ustaz.

Tetapi bila hati dah suka, lautan api pun sanggup direnangi. Ali cepat saja mengaku yang dia juga lulusan Al-Azhar. Dan di sini bermulalah segala-galanya. Pelbagai peristiwa sedih, lucu dan tidak masuk akal yang dilakukan oleh Ali dalam usahanya memikat hati Sarah. Tetapi yang paling teringat pastinya hal karipap. Yalah, dah sama dengan tajuknya kan ;P

Aku suka persahabatan antara Ali, Rambai, Aman dan Rudi. Saling berkerjasama seperti wonder pets. Bila tertangkap, memang akan bercakaran dan kemudiannya tersedar. Antara mereka berempat, semangat setia kawan itu tak luntur. Betapa mudahnya mereka berempat berbesar hati dan saling bermaafan.

Namun aku sedikit tidak puas hati dengan ending. Aku tertanya-tanya apakah ayah Sarah menerima Ali padahal yang meminang Sarah boleh tahan hebat orangnya? Dan pastinya aku rasa sedikit ‘hilang’ sebab tiada pula diceritakan bagaimana Sarah boleh jatuh hati pada Ali yang biasa-biasa itu?

Aku tak pasti mahu kata suka atau tidak. Ada masanya aku suka tetapi ada masanya tidak. Macam aku makan donut, kadang-kadang aku suka kadang-kadang aku muak [Eh! Rasanya takde kaitan kot ;P]. Walaubagaimanapun, ia masih menyenangkan hati. Cuma ya ini bukan buku yang aku akan ulang baca *wink*
Profile Image for Bsplayer.
39 reviews3 followers
November 4, 2010
Secara jujur, saya meletakkan harapan yang tinggi jika novel ini mampu membuat saya ketawa terbahak-bahak di dalam hati seperti membaca kartun Kartunis Lambok. Namun saya silap perkiraan, pada saya novel ini adalah humor yang streotaip seperti menonton lawak senario namun begitu novel ini masih juga kelakar kerana saya mampu bergelak he he he ataupun hi hi hi ketika membacanya. Walaupun saya mengharapkan kah kah kah. Gaya penulisan beliau juga agak hambar jika dibandingkan dengan tulisan di dalam blog beliau, terutama di awal babak permulaan.

http://budakkilang.wordpress.com/2010...
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
February 21, 2011
Sudah lama berangan-angan untuk membaca novel CINTA buatan Malaysia yang cuba mengangkat atau mengenengahkan judul novel/buku lain atau paling tidak mempublisitikan novel itu di dalam plot ceritanya kendatipun tidak dilakukan secara terus terang. Maklumlah sedangkan Ayat-Ayat CINTA yang dikatakan Mega Best Seller itu pun mengangkat novel Pengantin Syurga - Kisah Mamu & Zein (Ms. 347) dan banyak lagi novel/buku ilmu lain di dalam plot ceritanya. Akhirnya ketemu juga di dalam Karipap-Karipap CINTA walupun secara berkias.

Ia bukan kisah CINTA yang penuh dengan pujuk rayu, damba-mendamba malah tidak juga berkisar-kisar mengenai keindahan dan kecantikan sang pasangan.

Ia adalah kisah CINTA antara dua ihsan yang mungkin sezaman dengan ku. Boleh jadi ia cuma kisah CINTA yang biasa-biasa sahaja cuma ditambah sedikit-sedikit penambah perisa bagi memberi unsur-unsur suspen kepada pembacanya.

Di dalamnya ada Ayat-Ayat Cinta walaupun tidak menjadi, ada maksud Reformasi (PENCERAHAN - Sudahkah ia dimasukkan kedalam daftar kata Kamus Dewan?), ada Lagenda Star Wars (Bukankah tadi sudah ku katakan yang protagonis dalam kisah ini mungkin sezaman dengan ku), ada hasrat mengenengahkan kumpulan-kumpulan novel underground di Malaysia, ada siri Bercakap dengan JIN, ada TAPAI, ada Ketupat CINTA dan yang lebih manis lagi ada INTERLOK.

Inilah novel CINTA yang paling KOOL pernah dibedah dan tak sabar rasanya bagaimana agaknya Hafsham mengadaptasi novel ini ke layar perak. Antara sebab pemburu begitu bersungguh-sungguh ingin mencari buku ini pada bulan sebelas tahun 2010 disamping cuba mencari bacaan ringan sementara menunggu kemunculan orang baru dalam hidup berkeluarga pemburu. Selepas membaca kisah mengenai usaha Hafsham untuk membawa kisah di dalam novel ini ke layar perak, hampir seluruh pelusuk Kuala Lumpur dijelajah bagi mendapatkannya yang akhirnya ketemu juga di Popular Bookshop, Wangsa Parade.

Ada sedikit kesilapan editing pada buku yang boleh diperbaiki seperti nama Datuk Razali Bunari yang pada satu ketika ditulis sebagai Ghazali Bunari begitu juga dengan Datuk Mukhzanuddin.

Apa-apapun novel ini bukan novel CINTA biasa akhirnya, ia lebih KOOL dari...
Profile Image for Ummu Auni.
655 reviews
December 7, 2010
Plot berkisar kisah Ali yang cuba memikat Sarah. Ali yang kerja pun tidak tetap, malahan sanggup pula berbohong menyatakan dia graduan Al Azhar untuk menarik hati Sarah.

Saya tidak pasti sama ada ini merupakan novel debut penulis. Sekiranya ya, saya ucapkan tahniah. Karipap-karipap Cinta mampu membuatkan saya tersenyum, namun tidak terkekek-kekek.

Saya suka pada Sarah kerana Sarah berani orangnya dan saya suka pada Ali, kerana mukanya memerah taktala Sarah bertanya "Awak suka pada saya?" Terbalik benar rasanya. Sarah di sini, bukan Sarah biasa-biasa. Panfai bersilat, pelajar terbaik Al-Azhar, malahan pandai membuat karipap!

Daya tarikan untuk menjamah buku ini adalah kerana kulit hadapannya. Namun kadang-kala, saya kira ianya terhenti setakat itu.

Ada beberapa bab yang kurang masuk akal, barangkali penulis ingin menjadikannya ibarat lawak santai, yang mencuit perasaan saya sedikit sebanyak. Cuma saya sedar akan kekurangannya, ya mungkin Ali ingin digambarkan seperti biasa, tetapi saya rasa aspek bagaimana Sarah meminati Ali patut disentuh juga, kerana saya melihat Ali seorang biasa-biasa. Mungkin penulis ingin menonjolkan harapan yang biasa-biasa pun boleh dapat si luar biasa (Sarah, antara 10 pelajar terbaik al-Azhar). Terselit juga sedikit lompang pada plot, adakah mampu ayah Sarah menerima Ali walhal yang meminang Sarah bukan calang-calang juga orangnya? Mungkin penulis patut memasukkan elemen plot seperti Kiamat Sudah Dekat - di mana keikhlasan dan kesungguhan hero untuk belajar agama memainkan peranan penting.

Apapun, saya merasakan ini buah tangan yang agak baik, yang masih banyak boleh diperbaiki untuk menjadikannya cemerlang. Maka mungkin, ya barangkali mungkin, penulis akan menghasilkan novel kedua yang sekurang-kurangnya menyamai novel ini.
Profile Image for Noornuzula.
38 reviews1 follower
March 15, 2016
novel komedi cinta , jalan cerita lucu begitulah juga perkataan yang menjadi susunan ayat itu juga lucu ! . Faktor lucu ini juga adalah tarikan utama yang menjadikan aku suka akan novel ini. Berkisahkan perjuangan Ali yang mahu membeli hati sarah seorang graduan terbaik universiti al-azhar mesir, perbezaan taraf pendidikan dan persaingan daripada beberapa lelaki yang dianggap setaraf dengan sarah menjadikan Ali akhirnya memilih jalan penipuan supaya kelihatan"sesuai" dengan taste dan expectation sarah dan Ayahnya dalam memilih calon menantu.

kebiasaan apabila kita memulai dengan penipuan, akan disusuli dengan penipuan yang lain untuk menutupi penipuan yang pertama, sehinggakan perasaan bersalah dan ingin berterus terang menjadi cabaran terbesar Ali .

pelbagai usaha bodoh dan lucu yang dihadapi oleh Ali dalam menawan hati sarah termasuklah memecah masuk rumah bos tempat kerjanya.

novel ini sangat santai, tidaklah terlalu skema walalupun watak penting dalam novel ialah wanita daripda al azhar mesir, pada ku novel ini bukan typical novel melayu biasa dan bukan typical novel "cinta islamik yang biasa". lucu !
Profile Image for Kamalia Ramlan.
Author 17 books74 followers
October 4, 2015
novel ini mengisahkan tentang Ali seorang jurugambar untuk sebuah akhbar politik merangkap jurugambar majalah berunsurkan misteri yang bersungguh-sungguh memikat hati Sarah. Sarah adalah seorang editor komik yang berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir.

novel ini dipersembahkan secara santai dan diselitkan humor yang tidak keterlaluan. setiap bab yang dibaca pasti akan membawa kepada kelucuan walaupun kadang kala adegan-adegan yang disajikan sepatutnya ditulis dalam nada yang serius.

saya memang menjangkakan tulisan saudara Nazri akan diselitkan dengan unsur-unsur komedi kerana saya juga rajin mengikuti perkembangan kumpulan beliau, Sindiket Sol-jah.

secara keseluruhan, novel ini memaparkan tema yang sudah biasa ditemui di kebanyakan novel-novel Melayu masa kini, iaitu percintaan di antara seorang lelaki biasa dengan seorang perempuan dari kalangan tinggi ilmu agama.

p/s: saya merasakan bahawa saudara Nazri sengaja memparodikan serba sedikit isi yang terdapat dalam novel "ayat-ayat cinta" melalui karyanya ini.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
January 8, 2011
Jangan berbohong, kelak diri sendiri juga yang merana.

Bila hati sudah suka,lautan api juga sanggup direnangi (heh, boleh percaya ke?).

Kisah Ali yang jatuh cinta dengan Sarah, seorang editor Komik-M yang juga lulusan al-Azhar.

Bukan calang-calang orang Sarah ini. Handal bersilat dan mahir buat karipap.

Entah bagaimana Ali tersilap langkah. Dia berbohong mengatakan dia juga lulusan al-Azhar. Sudah terlanjur kata, tidak boleh ditarik semula.

Bermulalah konflik satu demi satu. Kisah Ali dan jirannya, Asha juga menggelikan hati.

Oh ya, sehingga satu tahap Ali terpaksa belajar membuat karipap bagi memenangi hati Sarah semula selepas 1 tragedi yang melibatkan keluarga Sarah :)
Profile Image for Natasha.
363 reviews186 followers
August 21, 2011
Goodness me..they have made a movie based on this book! From the movie posters the girl look nothing like the heroine; Sarah. She's not even wearing a proper hijab! I rarely read and buy a Malay novel.There are occasions where a book made me curious so I decided to give it a try. But this one's ok. Quite funny at times. Remind me of all the wannabe guys who like to pretend they're cool or something just to score a chick. The story of the underdog.It's happy ending anyway..hehe. However it does give you a hankering for some nice big curry puff. Nyum..
Profile Image for Hilman.
2 reviews4 followers
July 18, 2010
Sebuah novel yang lucu, santai dan menghiburkan. Sesuai dibaca untuk menghilangkan stress dan penat. Walaupun ada part yang tidak lojik, tapi sangat terhibur membacanya.

Masakan yang sedap datang dari hati tukang masak yang memasak dengan ikhlas. Ayat yang di gunakan di rumah bujang.
Profile Image for Siti Salha.
70 reviews8 followers
June 21, 2011
Hampir separuh gila membaca Karipap-karipap Cinta (sebab ketawa sorang-sorang). Best dan kelakar. Bacalah kalau mahukan kelainan.
3 reviews7 followers
March 14, 2011
Novel santai. Tiada unsur-unsur mahupun penceritaan yang berat melainkan kaedah untuk membuat karipap. Hah!
Profile Image for Si Kandil Hijau.
18 reviews
June 12, 2011
banyak ketawa sorang bila baca buku ni. Humor semulajadi ada dlm buku ini. Sila lah baca pada siapa yg belum membaca.
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.