Jump to ratings and reviews
Rate this book

Syaakur Pejuang Dua Dunia

Rate this book
Dunia kedua itu wujud, empat alam menghuninya. Kejahatan alam gelap membawa sengketa. Lahirnya Syaakur di dunia sebagai salah seorang pejuang dunia kedua akan memusnahkan kejahatan Drazal, pemerintah agung alam gelap. Hanya Syaakur yang mampu memiliki Pedang Syahadah yang akan menewaskan Drazal.
Tujuh Wali bersama Wak Darmo membantu Syaakur meningkatkan kuasanya. Di samping itu, makhluk alam gelap sentiasa memerhati dan mengambil kesempatan. Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi bagi meleraikan peperangan itu dan melindungi Lembah Lambai serta orang yang disayangi. Apa sahaja perlu dilakukan.
Mampukah Syaakur melakukan semua itu? Siapa lagi yang sanggup berkorban?

First published January 1, 2010

Loading...
Loading...

About the author

Resmanshah

14 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (43%)
4 stars
5 (31%)
3 stars
3 (18%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
811 reviews108 followers
November 18, 2015
Rupanya ini buku bersiri!! Patutlah ceritanya rasa seperti agak santai, mungkin kerana ini adalah episod pengenalan.

Mula-mula baca, wow, hebat juga ya kisah fantasi ni. Ada karakter tersendiri. Lagi-lagi bila penulis tidak memisahkan agama, malahan ia adalah sumber kekuatan pihak 'baik'. Kisah fantasi 'parallel world', menghubungkan dunia nyata dan alam lain (seperti Harry Potter ;-) ). Itulah maksud dua dunia.

Tetapi, lama-kelamaan saya terbayangkan Bleach, anime Jepun yang mengangkat tema yang sama. Identiti di awal cerita semakin kabur, tambahan pula penulis menggunakan nama-nama biasa untuk watak-watak dari Alam Gelap. Saya tergelak sendiri bila salah satu pahlawan alam gelap itu bernama Norliana dan Eizman.

Perlu mencari buku seterusnya untuk mengetahui apa yang berlaku. Tapi...buku mana ya? Macam tak nampak pun buku sambungannya...
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
January 31, 2014
Covernya menarik dengan gambar pedang yang memisahkan antara warna biru & merah, mungkin ia menunjukkan kewujudan 2 dunia...sesuai dengan genrenya Fantasi, ada elemen cinta...

Cuma bagi aku ianya biasa2 sahaja disebabkan terlalu banyak dialog cinta antara Nur Halisa & Syaakur, kekadang terasa sedikit bosan...Disebabkan novelnya nipis sekadar 184 m/s, plotnya bergerak pantas...daripada Syaakur lahir hinggalah dia meningkat usia remaja...patutnya penulis menceritakan serba sedikit detik pertemuan & pengenalan Syaakur terhadap Dunia Kedua, malangnya tiada...Aku rasa itu merupakan titik penting dalam proses jalan cerita...

Novelnya bersambung barangkali kerana Drazal ketua Alam Gelap masih belum di bunuh...Jalan ceritanya agak menarik bila masuk pertarungan & pengkhianatan di kalangan Ahli Puaka...malahan kewujudan pejuang kedua yang lain belum di dedahkan lagi...

Khabarnya penulis cuba keluarkan semula novel ini dengan sedikit pembaharuan...Mudah2an ceritanya bertambah menarik lagi...
Profile Image for Pak Badrul.
Author 9 books6 followers
May 1, 2016
Siri pertama... 4 bintang lah dulu. Cerita ala lord of the ring tapi mengikut citarasa tempatan. Bila plak nak kuar siri kedua ni? Hehe
Profile Image for TSam.
190 reviews13 followers
April 19, 2020
*3.5

Fuh, takt ahu nak kata apa pasal cerita ni. Sejujurnya, plot dia tidak sebegitu menarik pada say sehinggalah lepas bab-bab tengah tu, di situ baru boleh lihat cerita sebenar dia berjalan. Di situ baru aksi betul-betul bermula. Pengakhirannya membuatkan pembaca tertanya-tanya, membuka ruang untuk memanjangkan lagi cerita ni, masih banyak persoalan yang tidak terjawab.

Watak-watak dalam cerita ni tidak sebegitu menarik pada wal-awalnya, setelah plot ni betul-betul bergerak, barulah nampak watak-watak menarik betul-betul muncul. Sazree, maxmagic etc. Tidak dilupakan juga dengan perisik-perisik Drazal, sejujurnya sy tidak menyangka watak-watak itu akan menjadi watak yang difokuskan dalam cerita ni dan sy amat gembira apabila penulis mendalami watak-watak ini, dengan bukan sekadar sahaja menuliskan mereka hanya sebagai perisik-perisik Drazal.

Satu perkara lagi yang saya suka ialah premise cerita ni. Ingatkan cerita ni hanya sekadar plot yang biasa, ‘seorang lelaki terpilih melawan makhluk jahat dan menyelamatkan dunia’ lepastu habis. Tidak. Ada satu kemungkinan lagi yang membuatkan saya rasa teruja untuk teruskan membaca. Adakah mustahil untuk dua dunia ini berdamai? Sebab kita sudah diberitahu bahawa makhluk seperti Drazal adalah kejam dan jahat. Namun, kita dibuktikan salah setelah apa yang berlaku dengan Norliyana. Sy juga suka the fact yang penulis menyelit 'sifat-sifat islamik' dalam cerita ni.

World-building dia tidak sebegitu meanrik pada mula-mulanya, sebab pembaca tidak diberi begitu banyak maklumat tentang dunia atau alam-alam lain. Tetapi, macam plot tadi juga, setelah plot betul-betul bergerak baru kita dapat melihat betul-betul dan diberi malumat lebih sedikit mengenai alam atau dunia lain. Contohnya, kita serba sedikit tahu tradisi makhluk alam gelap macam mana bagaiman kuasa-kuasa mahkluk dari alam ini atau alam itu, yang lebih menarik lagi ‘politik’nya sperti alam puaka yang memberi pertolongan kepada alam gelap etc. Sy berharap penulis akan mengembangkan lagi alam-alam ni, terutamanya tentang alam bunian.

Penulisan dia saya kurang skit. Kadang tu saya rasa dialog tu terlalu formal. Asyik jugak Nampak ayat yang mengulangi perkara yang sama. Contohnya, “sy risau keadaan kamu,” kata Nur Halisa dengan risau. Lebih kurang macam tu lah. Dan entah berapa kali sy terbaca seseorang itu kena tumbuk atau kena tendang sampai terbang berpusing-pusing. Tapi, sy suka jugak penulisan ni sebab ia memang ikut standard Bahasa melayu dan bukan Bahasa pasar yang biasanya nampak dalam kebanyakan novel sekarang.

Boleh nampak lah cerita ni bersiri. Saya berharap sangat penulis akan mnyambungnya lagi. Cerita ni nampak sangat berpotensi tinggi untuk menjadi sebuah fantasi bersiri yang hebat, harap sangat penulis takkan mensia-siakan peluang ni.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews