Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kalimah Jiwa

Rate this book
IFLIANY sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat untuk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifl iany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!

Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifl iany masih dara! Lantaran itu, apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?

512 pages

Loading...
Loading...

About the author

Haiza Najwa

9 books14 followers
Haiza Najwa ialah penulis Malaysia yang terkenal kerana novel-novel kisah cinta berbahasa Melayunya. Beliau kini menumpukan karya penulisannya eksklusif untuk syarikat penerbitan Alaf 21, salah satu anak syarikat Kumpulan Karangkraf yang juga penerbit novel berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia.

Dilahirkan di Alor Star, Kedah, dengan kedua ibu bapa berasal dari Negri Sembilan, Haiza Najwa mencapai keputusan membanggakan sewaktu di sekolah, khususnya dalam bahasa Inggeris dan kesusasteraan. Menolak untuk belajar di Maktab Perguruan, sebaliknya menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam di Johor Bharu. Sewaktu di tingkatan enam, beliau mula memupuk hobinya dan ketika inilah karya-karyanya di terbitkan oleh The New Thrills. Selepas memperolehi sijil Higher School Certificate (HSC), beliau bekerja di pusat peranginan Genting Highlands. Kerana tidak sesuai dengan cuaca sejuk, beliau ke Kuala Lumpur dan menyertai pengajian kesetiausahaan. Kemudian bekerja sebagai steno dan setiausaha kepada beberapa buah firma antarabangsa dan dalam negeri sehinggalah bertemu arwah suaminya. Pada masa ini cerpen beliau sudah tersiar di beberapa majalah tempatan seperti majalah Jelitadan lain-lain.

Selepas berkahwin, Haiza Najwa berniaga dan membuka kedai tetapi terpaksa melupakannya untuk memberi tumpuan pada anak-anak. Namun langit tidak selalu cerah, suaminya yang penyayang akhirnya didiagnosis menghidap kanser tahap akhir. Ketika pakar mengakui suaminya hanya ada enam bulan hayat sahaja lagi, itulah saat-saat paling mendukakan dalam hidupnya. Beliau menangis tanpa henti sehinggalah arwah suami memujuknya menghidupkan semula hobi menulis yang sekian lama dikuburkannya. Sambil menulis di sisi suaminya yang kian tenat, novel pertama beliau Tak Seindah Impian berjaya didakap suaminya dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Hingga ke detik ini, beliau masih terharu mengenangkan betapa bangganya arwah suami menunjukkan naskhah pertamanya itu dan menguarkan pada setiap yang menziarahinya bahawa dia penulis hebat.

Dua bulan sesudah kematiannya, terbit sebuah buku lagi Gerhana Cinta Edika. Selama 5 tahun, Haiza menulis dan terus menulis untuk melupakan kesedihan yang tidak tertanggung di hatinya sehinggalah lahir 11 buah buku dan lima buah bukunya adalah terbitan syarikat novel terunggul di Malaysia, iaiatu Alaf 21. Novel-novel beliau dengan Alaf 21 sering memasuki carta novel terlaris MPH. Kini beliau yang sudah pulih dari kesengsaraan itu mahu mereka yang di luar sana tahu bahawa menulis adalah satu kaedah terapi terbaik untuk menyembuhkan penderitaan. Selain menempa nama, ianya prospek karier yang memberi pulangan yang lumayan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (17%)
4 stars
19 (54%)
3 stars
8 (22%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews106 followers
September 1, 2015
Thanks Kak Rinn recommend novel ni... lain drpd yg lain... suka3x... betul3x... ada nampak tak logik tapi kita boleh terima... tak payah pertikai, Ifliany dah berkahwin dan dilacurkan suaminya tapi masih perawan... teruja membongkar kisah dia bersama penyelamat 1001 malam...semuanya kerana doa, usaha, istiqamah dan bergantung penuh kepada pertolongan Allah
Profile Image for Asmah Hashim.
Author 14 books14 followers
August 21, 2013
TAJUK : KALIMAH JIWA
PENULIS : HAIZA NAJWA
PENERBIT : ALAF 21
TERBITAN : 2009 ( ISBN 9789831244258)
MUKASURAT : 509
HARGA : 19.90
Mengenali penulis ini melalui laman sosial FB wall grup beliau CINTA NOVEL MALAYSIA, tidak pernah baca karya beliau. Ini karya pertama yang saya baca. Kalau penulis dari GBK gaya bahasanya memang tidak pernah mengecewakan. Jalan cerita menarik, ada kelainan. Kisah yang penuh misteri dan menyayat hati. Salah sangka, pengorbanan, kesetiaan, cinta, thriller digabung menjadi satu. Plot tersusun kemas dan tidak menganggu jalan cerita walaupun ada imbas semula. Watak-watak berjalan sendiri tanpa diganggu oleh penulis. Lebih suka jika tajuknya SESUCI IFLIANY.
Ifliany seorang gadis kampung, menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan di bandaraya Kuala Lumpur. Jatuh hati pada seorang jejaka yang disangkakan pemurah dan penyayang sehingga mereka bernikah secara senyap dan sah di sisi agama. Ifliany tidak menyangka lelaki yang dirasakan dapat menjadi tempat dia berpaut rupanya sebatang dahan yang rapuh, menggunakan dirinya sebagai hamba seks untuk mencari kekayaan diri sendiri sedangkan Fahren berasal dari sebuah keluarga yang terhormat dan berada. Siapa menyangka suaminya tercinta rupanya syaitan yang sanggup melacurkan isteri sendiri. Sejak itu hidup Ifliany berendam air mata, menangisi nasib diri dan teringatkan keadaan keluarga yang ditinggalkan. Tentu mereka risau akan kehilangannya.
Setiap hari Ifliany bermunajat pada ILAHI agar dirinya terlepas dari cengkaman kejam suami sendiri yang tidak punya hati dan perasaan. Tidak takut pada dosa dan pahala. Bernafsu syaitan. Pada malam ke 1001 dia akhirnya dapat juga keluar dari sarang pelacuran kelas atasan itu. Naqlis lelaki yang berjaya membawanya keluar dari neraka dunia tersebut. Ifliany tidak menyangka bahawa lelaki yang telah menyelamatkannya adalah seorang peguam dan juga sepupu pada suaminya Fahren. Dia mendapat pembelaan dan suaminya mesti dihukum.
Ifliany memang ingin menghukum Fahren atas dosa-dosa suaminya itu, apabila tiba kesnya perlu dirujuk kepada doktor, dia menolak. Ini menimbulkan kehairanan dalam diri Naqlis. Ifliany dipaksa juga membuat pemeriksaan, rahsianya terbongkar dan sungguh memeranjatkan. Naqlis sendiri terkejut dan tidak percaya dengan bukti yang baru diterimanya. Mana mungkin seorang pelacur masih dara sedangkan dia menjadi pelacur selama 1001 malam.
Rahsia Ifliany terbongkar membuatkan mereka yang pernah menjadi pelanggannya marah dan merasa tertipu. Ifliany Pelacur Suci, kecantikannya menjadi kegilaan lelaki hidung belang yang pernah melanggannya. Walaupun Fahren di penjara tetapi konco-konconya sering menganggu Ifliany. Dalam diam Naqlis menyimpan perasaan pada Ifliany dan telah mengambil gadis itu sebagai isterinya.
Bermula kisah duka kedua pasangan ini. Ujian demi ujian melanda rumah tangga mereka. Bagaikan tsunami badainya tidak pernah berhenti. Fahren bagaikan bayang-bayang dalam hidup Ifliany. Mampukah pasangan ini mengekalkan kebahagian rumah tangga yang dibina atas rasa simpati, cinta dan sayang? Kenapa Ifliany masih suci walaupun menjadi pelacur? Apa rahsianya? Mampukah Fahren merealisasikan dendamnya terhadap Ifliany? Ifliany dikatakan anak haram oleh ayahnya sendiri? Kenapa dan mengapa? Benarkah Basiron bukan ayah kandung Ifliany? Siapa ayah kandung Ifliany? Semuanya menjadi misteri melainkan jika kita membaca karya ini. Tahniah penulis. Jalan cerita yang tidak mengecewakan . KALIMAH JIWA mampu menjawab semuanya persoalan di atas.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
August 20, 2010
Kalimah Jiwa merupakan novel terbitan Alaf 21 yang telah lama berada di rak buku saya. Selama ini saya sangkakan naskah ini kurang menarik. Namun, tekaan saya itu amat meleset sekali sehinggakan apabila saya mula membuka helaian pertama novel ini, sukar bagi saya melepaskannya.

Novel ini mengisahkan kecekalan Ifliany yang dibenci ayah kandungnya sendiri kerana menyangka dia adalah anak tidak sah taraf kerana peristiwa ibunya dirogol. Ayahnya sering mencari peluang untuk memperkosa Ifliany. Tetapi Ifliany bijak menyelamatkan dirinya.

Sehinggalah Ifliany berjaya ke menara gading dan bertemu dengan Fahren yang disangkanya dapat merubah hidupnya. Ifliany mengahwini Fahren kerana cinta dan terjerat dengan manusia yang bertopengkan syaitan itu. Fahren merupakan seorang bapak ayam dan melacurkan Ifliany, isterinya sendiri.

Ifliany dikurung dalam sebuah banglo milik Fahrez dan diarahkan melayan para pelangan dari golongan politik dan korporat dengan bayaran RM 25 ribu untuk satu malam. Namun, Ifliany bijak memanipulasikan keadaan dan sentiasa berdoa supaya dia dapat keluar dari tempat yang penuh dengan dosa itu. Sehingga malam ke 1001, Ifliany dilanggan oleh sepupu Fahren sendiri, Naqlis seorang peguam ternama. Naqlis sebenarnya mahu membongkar perlakuan Fahren yang melampaui batas. Ifliany diselamatkan.

Namun, tindakan untuk memberi Fahren menerima ganjaran yang setimpal bukan mudah. Ifliany seorang pelacur suci, selama 1001 malam dia dikurung dan dilanggan tanpa disentuh. Fahren hanya dipenjara dalam tempoh yang singkat dan bersumpah akan membalas dendam terhadap Ifliany dan Naqlis


Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
February 20, 2016
Kalimah jiwa betul2 masuk ke dalam jiwa...Naskah yang sangat ohsem dan "berat". KJ merupakan karya kedua drp Haiza Najwa yang ku baca...Hebat!karya luar kotak yang sangat berat dan perlukan fokus untuk hadam naskah ini seperti jugak sentuhan cinta yg ku baca dulu...Penuh pengajaran. Kisah si hero yang menyelamatkan si heroin dilacurkan oleh suami sendiri...Namun kalimah Allah yang senantiasa membasahi jiwa dan lidah IFLIANY menjadi penyelamat dirinya dari ternoda sehinggakan dirinya masih kekal dara..Kisah yg sangat suspen dan tak dapat kujangka..konflik hidup dan dendam si bekas suami dan konco-konconya menambahkan kerumitan hidup Ifliany dan Naqlis...Di samping kisah si ayah yang sentiasa mendambakan tubuh si cantik itu..Padaku watak Naqlis perlu lebih tegas dan berterus terang...Mengapalah tidak bertanya duhai suami/ isteri jika masih ada sangsi?huhuhu... Namun keutuhan cinta dan takdirNya membawa bahagia dalam hidup mereka...Cukup rencah cukup rasa. sgt kreatif!!Namun bertambah manis sekiranya penulis menambahkan detik bahagia si hero dan heroin di penghujung cerita setelah hidup mereka dicipta penuh ranjau duka....Tahniah buat Haiza Najwa 4.5*...Teruskan berkarya
Profile Image for Qayiem Razali.
930 reviews89 followers
May 7, 2014
Nukilan HAIZA NAJWA tak perlu disangkal. Nukilan jiwanya bukanlah karya cinta picisan seperti kebanyakan naskah. Kisahnya berisi. Kisahnya di luar kotak fikiran kita. Kisah mengenai 'pelacur suci' diketengahkan dalam naskah kali ini. Kisah tentang kepercayaan, kisah tentang keinsafan, kisah tentang kasih sayang semuanya ada dalam naskah ini. Secara keseluruhannya, Haiza Najwa memang berjaya membawa kita merasai sisi pedih Ifliany dalam mengharungi kehidupan setelah dilacurkan suami sendiri selama 1001 malam. Ya, semuanya kerana nombor 1001, dia bertemu Naqlis. Apa2 pun penggunaan bahasa Melayu yang mengkagumkan daripada novelis inilah yang menjadikan setiap karyanya melekat di jiwa. Kalimah Jiwa menunjukkan kematangan Haiza Najwa dalam mencurahkan ideanya. Tahniah! Luv it. Satu lagi karya yang wajar dijadikan bacaan wajib. Walau berat, tapi punya maksud tersirat.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews