Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Rate this book
Lembing Awang Pulang Ke Dayang merupakan sebuah filem hikayat cereka. Filem ini telah ditayangkan pada 22 Oktober 2009. Filem ini unik kerana berasaskan sebuah buku tulisan Cikgu Shaharom Husain yang merupakan seorang ahli sasterawan terkenal dan juga pakar sejarah negeri Johor. Kisah asal Lembing Awang Pulang Ke Dayang adalah sebuah legenda negeri Johor dan ia di katakan benar-benar terjadi pada tahun 1776 di kawasan yang kini didirikan Parit Raja, Muar.
Dikatakan bahawa seperti kebanyakan legenda tragedi lain, kisah ini ada sumpahannya yang tersendiri. Sebelum filem ini di buat oleh penerbit, dikatakan bahawa telah terdapat usaha untuk menghidupkan kembali kisah ini melalui teater dan drama TV. Semua usaha-usaha ini banyak menghadapi masalah, drama TV tersebut dikatakan sampai kini belum ditayangkan. Filem ini juga dikatakan menempuhi banyak halangan dan tertangguh beberapa kali.

352 pages, Paperback

Published October 22, 2009

2 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

122 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (20%)
4 stars
5 (25%)
3 stars
9 (45%)
2 stars
2 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
September 2, 2015
3.5 bintang

Tak rasa macam baca cerita sejarah, mungkin sebab nama-nama watak yang simple dan penceritaan hanya berkisar sekitar Kampung Parit Raja dan kampung-kampung sekitarnya. Rasa macam baca kisah dongeng rakyat pun ada, dengan kelebihan watak utama dan dimusuhi oleh orang-orang yang iri hati dengannya. Dan...memang tak ubah seperti filem-filem melayu hitam putih yang menggambarkan kehidupan di suatu masa dahulu.
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
February 27, 2014
Lamanya ambil masa habiskan buku ni. mungkin sedikit kebosanan sebab ada fakta dan SEJARAH.. -_-
Ya, tapi jangan salah faham.cuma diri ini yang kurang meminati bacaan fakta. tapi berjaya juga menghabiskan buku ni. sangat berinformasi sebenarnya, mengenai sejarah dan asal usul Parit Raja, Johor.

Cerita bukannya mengenai percintaan Awang dan Dayang sahaja, boleh dikatakan hanya 1/3 cerita berkenaan mereka. Tapi sayang,percintaan mereka tidak kesampaian. frust jugak orang yang membacanya.sobss. Awang dan Dayang merupakan sepupu, tetapi disebabkan Bachok selalu mengganggu Dayang, ibu bapa Dayang membuat keputusan mahu mengahwinkan Dayang dengan Awang. Tapi disebabkan permintaan wang hantaran yang tinggi, Awang terpaksa keluar dari kampung dan mencuba nasib di luar untuk mengumpul wang hantaran. Tempoh pertunangan ditetapkan selama 3 tahun.

Awang bernasib baik kerana pandai bersilat,berguru dari Panglima Putih dan telah mendapat pekerjaan sebagai pengawal di Istana Siak.Malah Awang telah berguru dengan beberapa orang pahlawan dari sana.
Setelah dua tahun beberapa bulan, wang hantaran telah pun cukup dan Awang berjaya mendapatkan kain tenunan Makassar.

Disebabkan musim tengkujuh, Awang terkandas dan tidak dapat pulang dalam masa yang ditetapkan. Bachok pula telah membuat fitnah menyatakan Awang telah mati. Bapa Dayang telah membuat keputusan menerima pinangan Bachok walaupon tidak depersetujui Dayang. Pada hari pernikahan, Awang telah pulang dan menggemparkan orang kampung.

Pernikahan Bachok dan Dayang mendatangkan kemarahan pada Awang, lantaran dirinya difitnah telah mati. Maka, Awang bersiap untuk membalas dendam dan melumur limau hanya pada lembing betina dan bukan lembing jantan yang keduanya dimenangi dalam pertandingan di Siak. Disitulah lembing tersebut telah mengambil nyawa 99 orang yang tidak berdosa termasuk Bachok.

Awang pula telah melarikan diri apabila diburu penduduk kampung. Manakala Dayang tidak mahu berkahwin dengan orang lain melainkan Awang sahaja, dan tetap setia menunggu Awang hingga ke akhir hayatnya.

Komen: agak tragis jika betul fakta sejarah ni. terharu pada kesetiaan Awang dan Dayang pada pasangan. tapi disebabkan dendam dan amarah,nyawa orang tidak berdosa menjadi korban.
Profile Image for ' Syamil.
236 reviews6 followers
June 18, 2021
Awang dan Dayang tidak dapat disatukan angkara perbuatan anak murid Panglima Hitam.

Satu novel yang menceritakan bagaimana perangai anak orang besar di setiap tempat sama sahaja iaitu bodoh sombong.

Melalui novel ini kita ketahui payahnya nak mencapai kesatuan di antara satu sama lain disebabkan tamak haloba.

Akhirnya, disebabkan perpecahan sesama masyarakat menyebabkan penjajah terus berjaya mengaut hasil mahsul negara.
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
August 19, 2010
Ada Apa Dengan Novel Ini?
Ya!Ya!Ya!Ya!, Ia cuma kisah mengenai cinta yang tak kesampaian ke jinjang pelamin. Dek kerana terlalu mendambakan harta dan kekayaan, pasangan ini (Awang dan Dayang) telah menjadi mangsa kepada keadaan dan ketentuan yang telah diaturkan. Disebabkan $370.07 (Tiga Ratus Tujuh Puluh dan Tujuh Duit) dan sehelai kain Mastuli tenunan Bugis sebagai hantaran maka bermulalah kisah pengembaraan Awang ke Tanah Siak & Makasar sehingga kepulangannya tertangguh selama lima bulan dari tempoh masa pertunangan yang dipersetujui (3 Tahun).

Namun begitu, cereka ini bukanlah semata-mata mengenai kisah pengorbanan cinta mereka berdua malah ada suatu yang amat memeranjatkan bagi mereka yang telah biasa dengan sogokan cerita-cerita lama mengenai pengisian ilmu dan skil persilatan dan tempur yang mana telah menjadi satu kemestian bagi orang dahulu agar mereka dipandang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Bayangkan pada ketika penguasaan Belanda di rantau Asia Tenggara sekitar kurun ke 17 dan 18, persilatan dan tempur bukanlah satu-satu nya ilmu yang perlu dicari oleh anak-anak muda ketika itu tetapi skil bermain catur juga telah mendapat tempat di mata umum.

Dikisahkan bagaimana dalam tempoh Awang memenuhi syarat-syarat hantaran perkahwinannya, dia telah berjaya mendalami malah menguasai skil permainan catur sehinggakan dianugerahkan dengan sepasang lembing sakti iaitu lembing jantan dan lembing betina kepunyaan Raja Makasar disamping sebahara emas. Malah menurut cerita-cerita versi lain, disebabkan lembing pusaka itu Awang turut dianugerahkan dengan gelaran Datuk Awang, Datuk Orang Kaya Bijaksana Gowa.

Melalui novel ini, bukan sahaja pengorbanan cinta itu yang menjadi tumpuan malah fakta mengenai kekuatan fizikal itu amat penting untuk seseorang dipandang tinggi pada suatu ketika dulu juga telah berubah yang mana jika kamu seorang yang bijak dan pintar dalam permainan pun akan diraikan oleh orang ramai malah raja-raja juga. Bukankah itu suatu fakta yang perlu diuar-uarkan kepada anak-anak muda kita?
Profile Image for Syukri Sapuan.
Author 2 books14 followers
August 24, 2010



Kisah asal Lembing Awang Pulang Ke Dayang adalah sebuah legenda negeri Johor dan ia di katakan benar-benar terjadi pada tahun 1776 di kawasan yang kini didirikan Parit Raja, Muar.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.