Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suara Dari Dinding Dewan

Rate this book
ANTOLOGI istimewa ini mempertemukan sebahagian daripada puisi A. Samad Said yang terhasil antara dua abad mutakhir ini. Sebilangan besarnya belum pernah tersiar di mana-mana media, mahupun terhimpun dalam mana-mana antologi, menjadikan terbitan ini edisi eksklusif.

Suara dari Dinding Dewan lahir daripada inti rasa dan jernih kata yang dianugerahi oleh kagum dan gerunnya akan pembangunan yang kurang berimbang: benci dan kasihnya terhadap pemimpin yang gusar; gamam dan fahamnya akan peristiwa mencerut dan meledak; goyah dan marahnya akan nasib bahasa yang separuh terbela separuh tercerca; resah dan bahagianya di alam rohaniah; serta hanyut dan kembaranya dalam pelbagai masalah luar dan dalam negara. Sebagaimana selalu, puisi Samad banyak dicerna daripada peristiwa-peristiwa penting dan genting, tokoh-tokoh sasa dan jelata, dan puncak krisis tempatan dan dunia.

Dari antologi puisinya yang pertama, Liar di Api hinggalah puisi panjangnya, Al-Amin, Samad telah melalui perjalanan zahir batin yang mematangkannya sebagai seorang seniman.

138 pages, Paperback

First published January 1, 2003

4 people are currently reading
24 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books427 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (29%)
4 stars
13 (54%)
3 stars
3 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Atiqah Ghazali AlKashif.
235 reviews12 followers
May 4, 2018
Kata-kata tulisan seorang sasterawan negarawan yang cukup menggarap jiwa. Seperti petikan api daripada lighter yang membakar hutan belukar jiwa raga ini daripada segala yang alpa dan perlunya tiada. Hmmm. Rasa benar tertipu dek waktu kerana baru kini dapat tahu tentang buku ini. Aduhai, apatah hati menjadi subur daripada bacaan penuh makna buat setiap bait-bait kata. Ayahanda A. Samad Said, warisan sastera Melayu Malaysia.
Profile Image for Ema.
1,115 reviews
July 28, 2018
Bukan mudah nak memahami inti puisi A Samad Said. Kata2nya pas. Sindirinnya tajam. Padat.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.