Mengisahkan tentang perjalanan hidup Nina yang dilahirkan kurang sempurna. Dia berkenalan dengan seorang lelaki, Hairul yang dikenali melalui internet dan kemudiannya bertunang. Nina menjadi rakan kongsi bagi Excellent Books yang akhirnya menjadi mangsa permainan rakan kongsinya yang lain. Excellent Books itu memberikan masalah besar bagi dirinya serta keseluruhan hidupnya.
Pertunangan Nina dengan Hairul juga diputuskan oleh keluarga Hairul tanpa pengetahuan Nina. Hairul mendiamkan diri, membuatkan Nina sukar untuk mencari jalan penyelesaian bagi kemelut perhubungan mereka. Nina mengharungi kehidupan yang sukar untuk melupakan Hairul di kala rakan kongsinya juga memberikan tekanan kepadanya. Ini sekali gus membuatkan hidupnya semakin sukar memandangkan bebanan kewangan yang tidak tertanggung.
Setelah mengharungi berbagai konflik, ahirnya, Nina berjaya melupakan Hairul walaupun perasaan sayang terhadap bekas tunangnya itu masih utuh. Nina juga telah berhenti sebagai rakan kongsi Excellent Books. Nina kemudiannya balik ke kampung untuk menenangkan fikiran dan memikirkan untuk memulakan hidup baru di Kuantan.
setelah membazir rm23.9 utk membeli novel ini disebabkan tertarik dengan cover-nya yg tertulis NOVEL TERLARIS(tgn didada mata keatas)scha membelinya
di awal bab lgi scha sudah berasa tidak selesa membacanya kerana heroinnya suka melayari website myjodoh(ohh pleasee). bermula drpd itu scha membaca seperti angin lalu sahaja dan mula melangkau pages,yg jarang scha buat ketika membaca novel
sinopsis nvel ini berjaya memanipulasi scha utk membelinya walaupun hanya indah khabar dari rupa.kerana scha menyangka novel ini berkisar kawin paksa ternyata tanggapan scha 100% adalah pelsu belaka
pengakhiran nvl ini bukannya HAPPY ENDING uolls.. T__T rasanya heroin ini sampai ketua tak kawin hehe heronya pulak poyoo
Novel ini mempunyai idea asas yang berpotensi, namun pelaksanaannya kurang memuaskan dari segi bahasa dan penceritaan.
Dari sudut penggunaan bahasa, terdapat kesalahan yang agak ketara dan berulang. Antaranya ialah penggunaan perkataan “joint” yang kerap digunakan sebagai ganti kepada “join” atau “menyertai”, contohnya ayat “Kenapa you tak joint gathering haritu?”. Perkataan 'joint' bukan kata kerja dalam konteks tersebut, dan kesalahan yang berulang ini agak mengganggu serta “sakit mata” untuk dibaca.
Dialog pula ditulis terlalu santai sehingga terasa seperti perbualan WhatsApp antara rakan, bukan dialog dalam sebuah novel. Ini menyebabkan emosi dan suasana cerita tidak sampai kepada pembaca. Ditambah pula dengan penggunaan tanda baca yang tidak tepat, seperti meletakkan koma pada tempat yang tidak diperlukan (contoh: “Masalah, aku akan bertambah parah.”) sepatutnya tak perlu letak tanda koma di situ. Di samping itu, terdapat juga kesalahan huruf besar selepas dialog berakhir. Kesilapan teknikal ini menunjukkan kurangnya penyuntingan yang rapi.
Dari segi tatabahasa, terdapat penggunaan istilah “dari-Nya” untuk merujuk kepada manusia, sedangkan ejaan tersebut (huruf besar N dan tanda sempang) secara khusus merujuk kepada Allah atau Tuhan dalam konteks keagamaan sebagai tanda penghormatan. Kesalahan ini agak serius dan sepatutnya dielakkan.
Watak utama wanita (FL) yang mempunyai sumbing merupakan satu keunikan dan jarang diketengahkan dalam novel tempatan. Ini menjadi satu 'nilai tambah' kerana memberi kelainan dan identiti tersendiri kepada watak tersebut. Namun begitu, pembinaan karakter kurang konsisten. Contohnya, watak FL yang digambarkan garang dan tegas tetapi terus “cair” hanya kerana dipanggil baby sekali oleh watak utama lelaki terasa klise dan kurang realistik.
Beberapa elemen cerita juga menimbulkan rasa kurang selesa, seperti situasi housemate FL yang berdua-duaan dengan teman lelakinya di dalam bilik di rumah sewa FL ketika tiada orang lain di rumah dipandang tanpa sebarang isu. Sudahlah teman lelaki housematenya itu non-muslim. FL seolah memandang remeh perkara ini dan kononnya tak nak jaga tepi kain orang lain dan menghormati privasi lalu membiarkan perkara tersebut berlaku. Selain itu, interaksi fizikal antara watak yang belum mempunyai ikatan (berpegangan tangan, cuit-cuit). Elemen ini bercanggah dengan pendirian saya berkaitan penjagaan ikhtilat sebelum adanya ikatan yang sah.
Secara keseluruhan, walaupun novel ini mempunyai idea yang berbeza, penceritaannya terasa mendatar, dialog kurang menarik, dan tidak cukup kuat untuk mengekalkan minat pembaca. Atas faktor-faktor ini, saya memutuskan untuk tidak meneruskan pembacaan kerana rasa agak membosankan selain merasakan perwatakan watak utama itu sendiri tidak konsisten dan terkadang agak annoying.
p/s: DNF tanpa baca review kat sini. Rasa bersyukur DNF sebab lepas baca review rasa memang tak berbaloi untuk dibaca.
Sori, rasa berat untuk habiskan baca cerita ini. Terlalu sedih. Protagonisnya seorang yang cacat rupa. Dia seorang gadis yang pendiam dan suka memendam rasa. Dia dikecewakan oleh seorang lelaki... Tak larat untuk hati ini...