Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog Cinta Abadi

Rate this book

272 pages

First published January 1, 2010

4 people are currently reading
67 people want to read

About the author

Raudzah ''Roza'' Roslan

24 books53 followers
Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah.

Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama.

Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (35%)
4 stars
55 (47%)
3 stars
16 (13%)
2 stars
3 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
October 10, 2017
Travelog Cinta Abadi. Roza Roslan. PTS. 2010.

1) Buku ini dijumpai di atas rak perpustakaan USIM.

2) Kenapa aku ambil buku ini? Sebab buku ini wangi. Kenapa buku ini wangi? Sebab ada banyak bunga.

3) Biasanya orang petik bunga kat taman tapi aku petik bunga kat perpustakaan... Uwiii. 😝.

4) Ok, cerita pasal buku ini pulak. Buku ini mengandungi 272 mukasurat & 93 buah cerita.

5) Cerita apa? Cerita tentang penulis sendiri sewaktu zaman kanak-kanak dan zaman remaja.

6) Penulis cuba membawa kita mengenang kembali kisah-kisah yang pernah dilalui beliau suatu masa dahulu.

7) Setiap kisah yang dicoretkan memberi kesan kepada penulis sendiri. Ada juga kisah yang memberi kesan kepada pembaca. Kisah apa? Kau bacalah sendiri.

8) Daripada sekecil-kecil perkara, di situ wujudnya sebesar-besar pengajaran yang boleh kita serap. Cuma kita ni kadang-kadang tak nampak ataupun sengaja buat-buat tak nampak.

9) Kutu yang kecil mampu menakutkan manusia yang besar. Jangan main-main dengan kutu.

10) Taknak tulis panjang-panjang, nanti korang malas nak baca. Itu sahaja daripada saya & selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#2017readingchallenge
[ LIMApuluh ]
Profile Image for Noor Hanis.
187 reviews
May 12, 2016
Alhamdulillah habis juga buku ini ditelaah. Walaupun memakan masa hampir seminggu, cerita yang disampaikan oleh penulis memang sampai kepada saya. Sebenarnya, Roza Roslan pernah melawat sekolah saya bersama suami beliau. Mereka berdua telah menyampaikan ceramah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Memang menarik dan dia sendiri meminta kami semua menggelarkan dirinya sebagai mama atau ibu. Saya tidak berapa mengingati mana satu gelaran yang kami telah gunakan. Jadi saya akan menggunakan perkataan ibu sepanjang ulasan saya dalam buku ini.

P/S : Buku ini saya pinjam dari cikgu saya yang telah diberi buku oleh pelajarnya yang peroleh dari ibu secara percuma. Ada tanda tangan pula tu!

Pada mulanya, persepsi saya pada buku ini ada tanggapan yang serong sedikit. Disebabkan tajuknya yang mempunyai 'cinta', saya beranggapan novel ini berkaitan cintan-cintun! Tambahan pula, ibu katakan novel ini berkenaan kisahnya pada waktu kecil di mana dia pernah berdoa kepada Allah agar dikahwinkan dengan lelaki yang mampu membawa dia menjelajah ke luar negara. Lihatlah sekarang, doa ibu telah dimakbulkan. Alhamdulillah. Tidak sangka juga dengan cerita ibu itu. Saya pun mahu bersuamikan lelaki yang pandai memasak. Hehe.

Setiap bab dalam buku ini ada ciri istimewanya yang tersendiri. Semua berasaskan pengalaman ibu sendiri. Menarik juga kerana zaman remaja ibu jauhhhh berbeza dengan zaman saya. Dari segi kemajuan, kesusahan, malah kehidupan. Kini saya sedar saya patut bersyukur dengan apa yang saya miliki. Dulu, elektrik pun tidak ada. Sehinggakan perlu pasang lampu minyak gasolin. Kalau zaman sekarang ni, tiada elektrik sudah berkeluh-kesah kepanasan. Insaf dibuatnya seketika.

Belum disentuh lagi hal aktiviti zaman ibu. Seronok dan menarik! Ibu suka bermain di tepi sungai, panjat pokok, dan bermain seperti lelaki. Begitu juga kisahnya dengan zaman kanak-kanak kakak dan abang saya. Malangnya saya tidak begitu. Apa yang saya ingat cumalah jatuh dari basikal, jatuh di longkang sebanyak 2 kali, dan disengat lebah atau tebuan. Hehehe ganas jugalah saya dahulu kiranya. Itu baru sedikit, belum lagi yang lain.

Secara keseluruhan, saya sula cerita ibu! Kalau boleh, saya mahu cerita ibu yang terkini! Boleh ibu?
Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
June 13, 2016
salah satu genre baru yang menarik minat saya. travelog. kisah menyelusuri perjalanan hidup seseorang dengan lebih dekat. mungkin bila membaca kisah-kisah di dalamnya kita akan berasa lebih dekat dengan penulis kerana ia adalah sebuah kisah benar. sekarang saya masih secara perlahan-lahan untuk menghabiskan buku ini secara sedikit demi sedikit. mungkin lepas habis baru saya akan review.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
August 6, 2019
Nostalgia!
KLMJ! Kenangan Lama Mengusik Jiwa!

Buku ini mengisahkan tentang perjalan hidup penulis sejak kecil hingga dewasa sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Saya dapati setiap daripada tajuk-tajuk cerita pendek mengenai kehidupan sehariannya banyak persamaan dengan zaman kanak-kanak saya. Oleh itu, buku ini telah berjaya membawa saya ke zaman lampau yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan yang serba kekurangan tapi terlalu banyak untuk disyukuri.

Kisah dimulai sejak penulis di sekolah rendah lagi. Di mana beliau banyak menghabiskan masa untuk menikmatinya bersama adik beradik, sepupu dan kawan-kawan sekampung, hanya tahu erti kebahagiaan tanpa derita dan rasa takut. Di usia itu, penulis menikmati kehidupan bebas-tanggungjawabnya. Penuh keseronokan dan pengembaraan! Mereka kemudiannya berpindah ke kampung Abah, bapa penulis dan membina kehidupan baru di sana. Rumah yang dibina bersebelahan dengan Rumah Mak Wa, iaitu nenek mereka. Di sinilah penulis mula belajar berdikari dan kemudiannya menjengah ke zaman dara.

Hampir di setiap tajuk mengandungi doa yang dipanjatkan oleh penulis kepada Allah untuk membantunya dalam mengharungi onak duri kehidupan dan juga petunjuk. Di dua tajuk yang terakhir, penulis berjaya membuatkan saya menitiskan air mata. Ianaya berkaitan Mak Wa. Sungguh setiap perkara itu ada akhirnya dan janganlah kita mensia-siakan waktu muda begitu sahaja.

Terima Kasih saya ucapkan kepada penulis kerana telah membawa kembali kepada saya banyak memori saya sendiri yang telah terkubur lamanya agar saya sentiasa ingat segala pengorbanan orang tua untuk membesarkan dan merubah taraf kehidupan kami, meletakkan Allah sebagai pengharapan, berusaha lebih gigih jika mahukan perubahan yang positif kepada diri, keluarga dan kehidupan, sentiasa bersabar walau apa pun ujian yang datang dan banyak lagi.

Tahniah! saya amat suka penulisan anda!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
May 24, 2011
Seronok menelusuri catatan kehidupan penulis. Ia mengingatkan saya juga kepada kenangan sewaktu kecil dan menginjak ke remaja. Meskipun zaman berbeza namun ada yang dilalui hampir sama.

Hidup ini indah dan penuh warna-warni namun ia tidak kekal selamanya. Suka duka dan pahit manis adalah realiti kehidupan yang ditempuh oleh semua orang. Allah telah menetapkannya begitu.

Doa-doa yang dicatatkan penulis membuatkan saya rasa terharu betapa keyakinan terhadap kuasa Allah telah tertanam dalam diri penulis sejak kecil lagi. Ia bukan sekadar ucapan tetapi juga lafaz harapan. Setiap orang mampu berubah kepada yang lebih baik asalkan ada kesungguhan dan minat. Itu antara yang dapat saya kutip melalui buku ini. Terima kasih penulis!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 28, 2016
3.5 bintang.

Catatan-catatan penulis mengimbau kisah dari zaman kanak-kanak sehingga ke alam remaja. Proses pendewasaan dengan pengalaman hidup yang sentiasa mahu mengajar sesuatu. Menarik, dan saya sangat suka dengan cerita-cerita kekeluargaan dan kampung ini. Saya sendiri datang dari keluarga yang tidak senang, punyai pendidikan terbatas, jadi sudah tentu kisah sebegini senang dihayati.
129 reviews3 followers
February 20, 2019
Bukan mudah nak bercerita tentang kisah hidup sendiri lagi2 kalau nak dijadikan sebuah buku! Jadi aku nak ucapkan tahniah kepada Puan Raudzah Roslan pada mulanya atas tindakan beliau yang bersikap keterbukaan dan berani. Serius tersedar bahawa hidup ini kita mestilah sentiasa berpaut pada agama Allah dan sentiasa berdoa kepadaNya kerana Allah Maha Mendengar. Jadi tak perlu rasa sedih atau bimbang dalam kehidupan ini kerana Allah sentiasa ada bersama kita walaupun semua pergi meninggalkan kita. Nilai Ketabahan dalam buku ini lah yang menyebabkan aku tertarik untuk baca versi eBook buku ini di https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Profile Image for Mimosa.
10 reviews4 followers
January 8, 2014
Lps tertangguh pd cerita k'7 for a few months... baca sambungan cerita k'8, k'9... , rsa mcm cerita2 nye t'lalu simple. tp, slps dpt rentak, cerita terasa mkn menarik & mula nmpk ape y penulis cuba smpaikan. nilai2 mudah bdasarkan pngalaman diri y cuba dikongsi. bermula cerita k'18, dh xmampu bhenti mbaca. terus habiskan hingga ke muka terakhir.

Bak kata penulis di awal buku, jom mohon keizinan ilham dariNya supaya kita tdk hanya melihat kisah2 y dceritakan dgn pndgn mata semata2.

Kisah2 y dicerita berdasarkan kisah sbnr pjalanan hidup penulis bleh buat kte reflect ttg byk perkara. Ape dia, kena baca! =) Ade mcm2 rsa... bleh buat gelak tbe2, mleleh air mata, tmbul rsa bsyukur dgn ape y telah Allah rezekikan dr mula dilahirkan ke dunia hgga skrg walaupun dulu terasa ssh, tp tnyata ade lg y lebih hebat diuji. Dapat serba sedikit bayangkan kesusahan mak ayh dlu. 'Lalu, nikmat Allah y mnakah mahu didustakan'.

Gelak besar pd cerita 60 (warkah hilang). Kagum pd bsrnya pngorbanan seorang kakak & ank pd cerita 19 (nyiur gading), 21 (pucuk paku), 23 (manggis), 24 (rambai). Tersentuh hati pd kisah2 keluarga terutamanye y bkaitan dgn 'abah' pd cerita 70, etc. 93 kisah y menarik! Sila baca~~ =)
Profile Image for BegumIrdawati.
151 reviews7 followers
May 3, 2012
|A Book-Junkie's Journal|

Mesej utama yang dikutip usai membaca Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu (2010) hasil karya Cikpuan Roza Roslan ialah 'doa itu adalah senjata orang Mu'min.' serta keyakinan bahawa Tuhan itu sentiasa ADIL dengan kita dan Dia tidak akan sekali-kali menguji kita tanpa memberikan kepada kita jalan keluar.

Cikpuan Roza Roslan menulis dengan pandangan mata hati, memang indah. I'm giving a full mark for this read ^_^ highly recommended sebagai bacaan pembangunan jiwa ^_^

Meneruskan dengan membuka helaian pertama Travelog Impian Abadi : Itu Yang Tertulis (2011), Bismillahirrahmanirrahim...
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
April 5, 2013
Reading this book, is like watching a happy-sad movie, a story about the life of a little kampong girl, living her way up in hardships, the simplicity of living in a village, those moments where the present children would not feel to live in that way, a story that could set its readers to remember some similar old times, and to 'feel' her life as if we were her...and to set a teardrop for sharing her struggle. Beautifully written, with prayers of a sincere heart...this is definitely a good read.
Profile Image for Syaz Wani.
100 reviews12 followers
November 19, 2013
Membaca buku ini seperti menelusuri kehidupan masa silam seorang anak kampung yang sarat dengan pengajaran tersirat mahupun tersurat. Kadang kadang ada persamaan kenangan yang dilalui oleh penulis dan saya sebagai pembaca. Cuma pada keadaan, masa, dan tempat yang berbeza. Penuh dengan segmen2 yang ringkas tapi padat dengan pengajaran cuma perlu gunakan akal fikiran dan mata hati. Saya punya doa yang sama seperti penulis. "Berilah aku peluang untuk ke luar negara. Jika tidak, temukan aku dengan jodoh yang boleh membawaku ke luar negara, Ya Allah".
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
April 20, 2020
Roza mengukir pengalaman hidupnya sejak kecil hingga ke alam remaja dalam bentuk anekdot sebanyak 93 episod bersama pengajaran yang tidak ternilai.

Saya sukakan setiap bait doa berbahasa melayu yang dititipkan oleh si kecil Roza yang tampak begitu matang jika mahu dibandingkan dengan diri saya seusia itu. Saya juga amat mengagumi beliau melalui kisah hidupnya.
Profile Image for Siti Rahmah.
2 reviews
August 2, 2010
membaca buku ni membawa diri ke zaman kanak2. walaupun berbeza pengalaman tp ia banyak mengingatkan diri ini dari mana ia bermula dan kenapa aku begini akhirnya. alhamdulillah, apa yang aku cita2kan semasa kecil menjadi kenyataan.

Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
September 3, 2012
Pengalaman semasa kecil membentuk perwatakan kita dan menjadikan siapa diri kita sekarang ini. Pengalaman semasa kecil sangat-sangat berharga, perjalanan mengenal diri, mengenal Ilahi dan proses menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
May 10, 2014
seronok baca hasil tulisan tangan roza roslan.terasa apa yg dialami oleh saudari roza seperti apa yg saya alami sewaktu saya kecil.
seolah olah itu adalah cerita tentang saya.
*ehem,kecuali part banyak belajar ttg masakan tu je lah yg bukan saya*
hehe
Profile Image for Masis97.
15 reviews1 follower
October 16, 2011
Benar2 mengimbau kenangan semasa kecil walau berbeza tetapi sedikit sebanyak mengubat rindu...ia seolah wayang yg bermain di layar minda...
Profile Image for Lina Kama.
38 reviews1 follower
February 19, 2012
Betul kata sahabat baik saya, buku ini begitu dekat dengan citarasa saya. membacanya seperti berenang di sungai yang dingin dan tenang. Selesa, menenangkan, dingin dan penuh nostalgia.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.