Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dari Semenanjung Gaza Ayat-Ayat Allah Berbicara

Rate this book
Keajaiban demi keajaiban telah terjadi di jalur Gaza.Di atas tanah yang ditimpakan penderitaan lebih dari penderitaan penjajahan manapun di abad modern ini.
Ketika Israel rata-rata menjatuhkan 1 Kg amunisi dan bahan peledak untuk masing-masing penduduk yang berjumlah 1,5 juta orang, melalui bom, misil dan peluru, melalui puluhan jet tempur dan ratusan tank. Disanalah Ayat-ayat Allah berbicara.
Diantara jatuh gugurnya lebih dari 1.300 orang warga gaza dan diantara luka perih yang diderita lebih dari 5.000 orang. Lihatlah bagaimana kekuasaan Allah SWT terpancar dari tanah Gaza.

82 pages, Paperback

First published January 1, 2009

3 people are currently reading
71 people want to read

About the author

Muhammad Lili Nur Aulia

12 books43 followers
M. LILI NUR AULIA

Muhammad Lili Nur Aulia, adalah salah satu pendiri Majalah Tarbawi, menekuni dunia menulis professional sejak Tahun 1993 di berbagai media.Latar belakang pendidikannya di Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab, menjadikan tema-tema ruhani dan Dunia Islam yang menjadi spesialisasinya terasa berkarakter.
Lili, biasa disapa, juga menjadi penerjemah dan penulis sekitar 25 buku, serta pembicara di berbagai event nasional dan internasional.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (39%)
4 stars
8 (24%)
3 stars
6 (18%)
2 stars
5 (15%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
June 14, 2010
Pada waktu ini saya berusaha untuk membaca. Berusaha untuk menulis. Jangka masa yang agak lama tidak mengemaskini blog membuatkan saya sedikit sebanyak menjadi serba tidak tahu mahu membaca buku apa dan apa yang mahu ditulis. Saya sudah senaraikan buku-buku yang mahu dibaca sejurus selepas peperiksaaan. Tetapi entah kenapa (seperti biasa), saya tidak ada kekuatan pula dalam seminggu ini. Alasan lagi bukan. Sebenarnya saya masih letih kerana baru balik dari berkhemah di Tasik Raban. Mujur juga saya sempat membaca buku ini sebelum bertolak - Dari Semenanjung Gaza Ayat-Ayat Allah Berbicara.

Ketika saya membeli buku ini, saya tidak mengharap banyak daripadanya. Maksud saya dari segi maklumat-maklumat yang akan diperolehi. Ia menarik perhatian hanya kerana ada nama Muhammad Lili Nur Aulia. Seorang penulis yang saya dapat rasakan mempunyai fikrah atau pemikiran Islam yang baik. Lalu, saya mengharapkan melalui tulisannya pada buku ini, dapatlah secara tidak langsung memberi nasihat kepada saya. Bagi saya, tujuan membaca tidak semestinya untuk mendapatkan ilmu. Selalu sahaja kita sangat memerlukan penulis yang tulus menulis, biar keikhlasannya itu mengalir dalam hati pembaca dan menyebabkan Allah membuka hati-hati kita yang semakin keras ini.

Apa yang ditulis pada buku Dari Semenanjung Gaza Ayat-Ayat Allah Berbicara bukanlah perkara baru untuk disampaikan kepada pembaca. Malah, kebanyakan daripada kita sudah pun mengetahuinya melalui pembacaan di internet. Saya juga mendapati sebahagian besar rujukan penulis yang dicatat di halaman terakhir buku adalah bersumberkan dari internet. Tidak mustahil isi-isinya dirasakan biasa sepanjang pembacaan. Tetapi seperti yang katakan sebelum ini, isi buku bukanlah menjadi masalah besar buat saya untuk buku ini, saya hanya mahukan nasihat. Mungkin ada nasihat yang boleh saya ingat sampai bila-bila melalui buku yang biasa-biasa ini.

Isu Palestin memang tidak akan pernah habis-habis dibincangkan selagi Israel Zionis tidak ditewaskan. Malah dunia ini tidak akan kiamat selagi Palestin tidak mencapai kemenangan. Itu keyakinan kita. Begitu penting Palestin di hati umat Islam sehinggakan kita jangan sekali-kali membiarkan diri dan ahli keluarga kita buat 'don't know' terhadap isu ini atau dalam erti kata lain, menganggapnya sebagai satu 'event' yang hanya diingati pada waktu-waktu tertentu sahaja. Berusahalah kita untuk meletakkan isu Palestin sentiasa di dalam hati, doa dan tanggungjawab kita. Justeru itu, saya menganggap dengan terbitnya buku ini adalah sebagai salah satu usaha daripada penulis untuk menyemarakkan lagi rasa peduli itu. Saya juga membeli buku ini dengan tujuan itu. Saya mahu menulis ulasannya untuk dikongsikan di blog ini. Saya mahu mengajak anda semua bersama-sama dengan saya untuk mengingat saudara kita di Palestin.

Sepanjang pembacaan, saya menjumpai satu hadis yang saya tidak tahu apa tarafnya, sahih atau tidak dan saya tidak pernah pula mendengar tentang ia sebelum ini. Hadis ini membuatkan saya sedih. Sedikit ralat juga kerana saya terfikirkan diri saya yang mungkin termasuk dalam kelompok umat Islam yang tidak ada rasa peduli untuk Palestin. Saya risau, saya dan ahli keluarga saya tiada di dalam kelompok orang yang berjuang untuk kemenangan Islam di Palestin. Jikalau anda berkelapangan, bolehlah tolong saya dengan membuat sedikit semakan tentang hadis ini. Hadis itu bermaksud sebegini :

"Segolongan dari umatku akan terus berada dalam kebenaran, mereka akan terus berjuang melawan orang yang memusuhi mereka. Mereka seperti bekas makan di antara para penyantapnya sampai Allah memutuskan (kemenangan bagi mereka) sementara mereka dalam keadaan seperti itu". "Wahai Rasulullah, di mana mereka?". "Mereka di sekitar Baitul maqdis". (HR Ahmad) - halaman 13

Buku Dari Semenanjung Gaza, Ayat-Ayat Allah Berbicara dibahagikan kepada 4 bab. Ringkas sahaja untuk setiap bab. Saya merasakan seperti membaca teks-teks tazkirah. Bab 1 menyentuh tentang Hamas. Dikatakan juga bahawa dengan rentetan perjuangan Palestin yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini adalah sebagai satu petanda munculnya generasi Salahuddin atau dalam erti kata lain, Palestin akan mencapai kemenangan tidak lama lagi. Penulis menyatakan sekali sumbangan terbesar Hamas selain dari politik ialah mereka berjaya (dengan izin Allah) membangunkan roh-roh Islam di kalangan umat Islam Palestin. Jikalau dulu, anak-anak mudanya tidak tentu hala minum arak di jalanan, pada era Hamas ia bertukar. Kini, anak-anak mudanya sentiasa berdamping dengan kitab suci Al-Quran. Malah bukan itu sahaja, Palestin adalah pengeluar penghafaz Quran terbanyak di seluruh dunia Islam.

Bab kedua adalah cerita-cerita tentang ketabahan kanak-kanak Palestin. Mereka cukup terlatih dengan ketabahan dan kesabaran. Mereka dilahirkan dengan memiliki hati-hati yang kuat untuk berjuang. Mereka matang. Mereka tidak seperti kita. Panas, merengek. Sejuk, merengek. Tekanan kerja, merengek. Musim peperiksaan, merengek. Saya bercakap tentang diri saya yang suka merengek.

Saya suka membaca Bab 3 dan 4. Penulis menulis tentang Al-Qassam dan karamah di Palestin. Anda masih ingat kisah tentera-tentera Salahuddin Al-Ayubi. Mereka membaca Quran dan qiammulail di sebelah malam. Begitu juga dengan briged Al-Qassam. Mereka melakukan semua itu sementara menanti musuh. Mereka melawan musuh yang banyak dengan jumlah yang sedikit. Selalu sahaja bantuan Allah turun untuk membantu mereka yang berupa tentera-tentera berpakaian putih sehinggakan tentera Zionis berasa gentar. Bukan itu sahaja, di Palestin pelbagai perkara yang di luar jangkaan berlaku. Ada kes kedengaran batu-batu dan pasir berzikir. Roket Zionis yang melencong hanya kerana syahadat yang diucapkan. Bau harum para syuhada. Bateri telefon yang berisi penuh.

Inilah bumi di mana rakyatnya tidak kira tua dan muda bersatu berjuang memburu syahid. Inilah bumi di mana para ibu-ibu bangga menafkahkan anak-anak mereka untuk membela Palestin. Inilah bumi yang tidak pernah pupus rakyatnya walau dibantai sejak dahulu lagi. Pernah berlaku korban berjumlah dalam lebih kurang 1300 orang, tetapi pada waktu yang sama kelahiran juga berlaku sebanyak 3500 bayi. Maklumat ini diperolehi dari catatan penulis. Memetik ayat penulis pada halaman 71, "Mereka melakukan konspirasi untuk memotong generasi Gaza, tapi Allah swt memiliki rancangan dan kehendak lain".

Wahai saudara-saudaraku!

Ketika sampai satu masa nanti, ketika hadis Rasulullah saw ini terlaksana :

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi lalu kaum Muslimin membunuh mereka. Sehingga orang yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Maka batu atau pun pohon itu berkata : “Wahai Muslim, Wahai Hamba Allah, ini ada seorang Yahudi bersembunyi di belakangku, kemarilah bunuhlah dia! Kecuali pohon gharqad, karena pohon tersebut di antara pohon-pohon (yang ditanam) orang-orang Yahudi”. (HR. Muslim)

Wahai saudara-saudaraku!

Ketika sampai satu masa nanti, ketika hadis Rasulullah saw itu terlaksana, jadilah kita muslimin itu yang memburu Yahudi yang bersembunyi di balik batu dan pohon. Jangan kita mati sebagai orang yang penakut membela maruah Islam dan saudara Islam kita. Berdoalah kita dari sekarang.

Wallahu alam
Profile Image for mirna sm.
42 reviews7 followers
July 12, 2012
"Segolongan dari umatku akan terus berada dalam kebenaran, mereka akan terus berjuang melawan orang yang memusuhi mereka. Mereka seperti bejana makanan di antara para penyantapnya sampai Allah memutuskan (kemenangan bagi mereka) sementara mereka dalam kondisi seperti itu." "Wahai Rasulullah, dimana mereka?" "Mereka di sekitar Baitul Madqis (Masjidil Aqsa)." (HR Ahmad)

Buku ini bercerita tentang bagaimana kehidupan rakyat Palestina pasca perjanjian Camp David dimana Israel diakui eksistensinya. Wilayah Palestina terus menerus mengecil akibat agresi yang dilakukan Israel.

Perlahan tapi pasti perlawanan pun muncul dari sebuah kelompok kecil bernama Harakah Al-Muqawamah Al Islamiyah atau dikenal dengan Hamas. Membentuk mental dan akhlak pejuang bagi rakyat Palestina, Hamas juga menjadikan Palestina sebagai salah satu produsen penghafal Quran terbesar di dunia setiap tahunnya.

Inilah Palestina sekarang, Inilah Gaza, di mana di siang hari para lelakinya pergi bekerja atau belajar seperti masyarakat umumnya, tetapi ketika malam tiba atau ketika serangan Israel datang, mereka terjun memburu syahid, berjaga-jaga di perbatasan atau lorong tank-tank Israel sambil menyenandungkan hafalan-hafalan Alquran mereka, sementara para wanitanya menjaga anak-anak sambil terus menghidupkan malam dengan qiyamul lail. Inilah Gaza di mana anak-anaknya bermental baja. Inilah Gaza yang masyarakatnya sedang berjuang mempertahankan benteng terakhir mereka.

Sedih, kagum, malu itu perasaan yang muncul ketika membaca buku ini. Membaca buku ini juga membuat kita berfikir sampai sejauh mana kita berkontribusi untuk membantu saudara-saudara disana? :(





Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books283 followers
July 29, 2010
DARI Semenanjung Gaza - Ayat-ayat Allah Berbicara karya Muhammad Lili Nur Aulia boleh diibaratkan sebagai khabar gembira di sebalik penderitaan umat Islam Palestin di `penjara terbesar dunia', Gaza kerana menyuguhkan keajaiban di sebalik perjuangan Hamas dan rakyat Palestin yang serba kekurangan berdepan dengan gergasi ganas Israel.

Buku setebal 82 halaman terbitan Alam Raya Enterprise berharga RM12 senaskhah ini, menjadi bukti janji Allah yang benar terhadap pejuang Islam yang mempertahankan agama dan tanah airnya melalui episod ajaib, sekali gus memaparkan kehebatan pejuang Hamas dalam membangunkan Islam dalam diri mereka terlebih dulu.
Profile Image for Johari.
1 review
December 24, 2012
Semoga Allah cepat menunjukkan kehendaknya yang terbaik buat rakyat Gaza.
Profile Image for Sirot Fajar.
Author 3 books3 followers
July 3, 2014
Telah banyak keajaiban di jalur Gaza. Semoga makin menguatkan saudara kita yang berjuang untuk membebaskan Al-Aqsho..
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.