Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menghayati Budaya Ilmu; Faham Ilmu, Amalan dan Panduan

Rate this book

First published January 1, 2009

11 people are currently reading
64 people want to read

About the author

Zaini Ujang

30 books33 followers
With an army father posted in different states around the country, Zaini learnt to be independent from a young age, living in a student hostel for the children of army personnel in Melaka, visiting his parents during school holidays.

The country's youngest Vice Chancellor at 43 years old, Zaini joined UTM as a permanent academic staff in 1988.

Although he is now an acknowledged water expert, Zaini did not have any childhood ambitions to become a scientist. He credits his chemistry and biology teachers at school for awakening his interest in science.

Zaini Ujang is an academic administrator, environmental engineers and scientist who attempts to blend knowledge, skills, experience and innovation in a harmonious manner. As Secretary-General of the Higher Education Ministry, he helmed the direction of the 2015-2025 Education Development Plan (Higher Education)with a variety of innovations and transformations Education Development Plan in terms of ecosystem, governance and funding of higher education institutions.

As Vice-Chancellor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) from 2008-2013, he introduced the new academia as his brainchild, and transformed UTM into the first local university to have more than 50% of graduate students, especially in Science and Technology. He was also the first recipient of the Merdeka Award (distinguished academic achievement in 2009.

Zaini’s scholastic achievement and thought leadership in water matters were soon recognised locally and internationally. He is currently the Chairman of the Environmental Quality Council, Malaysia and is one of the Commissioners of the National Commission on Water Services. He was the Vice President of the International Water Association (IWA) from 2004-06, and serves as Deputy President of the Malaysia Water Association. Zaini is a Fellow to the Institution of Chemical Engineers (UK) and the Academy of Sciences Malaysia. He has been the Senior Advisor to the Prince Khalid bin Sultan Chair on Water Research, King Saud University, Saudi Arabia since January this year and heads a team studying groundwater issues in Madinah.

Zaini has received several accolades for his outstanding scientific research including the Malaysia Water Award 2004 (Research), the Outstanding Young Malaysian Award (Academic leadership) in 2004 and the Gold Medal from the Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA) Expo on Research & Development in 2005.

Zaini has published over 200 technical papers, 22 books, chapters, monographs and technical reports on environmental engineering. He and his coworkers have registered 21 patents and copyrights. Sought after for his expertise, he has co-edited two books with Mogens Henze, an expert in environmental engineering entitled Municipal Wastewater Management in Developing Countries and Environmental Biotechnology. Zaini was appointed Member of the Editorial Board, Water Science & Technology, WST Water Supply and later appointed editor of the Water and Environmental Management Series in 2003 under IWA Publishing, London. He received the highest citation for journal publications based on the Institute for Scientific Information (ISI) citation index for environmental engineering in Malaysia.

Zaini is a married to Zainah Moktar and is a father of four. Apart from his interest in art, he is a bibliophile who enjoys reading and writing, horseback riding, jungle trekking and cycling.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (45%)
4 stars
4 (18%)
3 stars
7 (31%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books352 followers
May 20, 2017
Buku ini membincangkan mengenai makna dan budaya ilmu, sejarah universiti di Malaysia dan peranan mahasiswa, selain menyentuh sedikit mengenai majlis konvokesyen.

Pengarang yang telah lama menceburkan diri dalam dunia akademia dan melalui pelbagai tahap perjawatan sehingga sekarang menjadi KSU KeTTHA, memberikan pandangan dan teguran bernas tentang budaya ilmu yang masih belum bertapak kukuh di universiti-universiti kita.

Antara saranan yang beliau berikan, adalah supaya sikap memburu jawatan pengurusan tidak harus menjadi keutamaan bagi ahli akademik, sebaliknya perlu lebih berbangga dengan pencapaian dalam penyelidikan dan kejayaan sebagai pendidik sejati.

Pelbagai program untuk membudayakan ilmu perlu menjadi juzuk utama di universiti berbanding program-program yang bersifat popular dan tidak mencabar minda.

Manakala para mahasiswa tidak sahaja perlu cemerlang dalam akademik tetapi perlu membina sakhsiah dengan menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti yang sihat dan berfaedah. Beliau menggariskan aspek-aspek yang perlu diperkemas oleh mahasiswa seperti tabiat membaca dan pengurusan masa yang baik.

Beliau turut beberapa kali menyebut betapa pentingnya universiti menekankan semangat idealisme ke dalam diri mahasiswa dan seluruh warganya, agar menjadi nadi dan daya penggerak kepada sebuah persekitaran akademik dan asas kehidupan sosial yang dinamik.

Masalah kebekuan idealisme di universiti ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi turut terjadi di negara Barat di mana universiti dikatakan menjadi tempat yang unggul, tetapi tanpa jiwa: Excellence Without a Soul: How a Great University Forgot Education

Inilah yang dirisaukan oleh Prof Zaini Ujang apabila beliau menyebut mengenai universiti yang kelihatan gah daripada segi statistik penyelidikan, penglahiran jumlah pascasiswazah dan seumpamanya, sedangkan peranan universiti dalam membudayakan ilmu belum tentu berhasil.

Buku ini bukan sahaja akan berguna untuk ahli akademik dan siswa-siswi, tetapi juga pustakawan terutama berkaitan budaya ilmu kerana ada idea dan kebijaksanaan pengarangnya yang boleh dicanai untuk perpustakaan. Cuma sayang sekali, buku ini tidak menyentuhnya secara langsung, walhal peranan perpustakaan sepatutnya begitu besar apabila bersangkutan budaya ilmu.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
April 26, 2014
Budaya ilmu bukan hanya berhenti di peringkat sekolah, budaya itu sendiri sudah menampakkan suatu kebiasaan atau kelangsungan. Maka, membudayakan ilmu itu adalah selama mana kita masih hidup. Di universiti, adalah antara cara untuk kita meneroka cara hidup intelektual dalam menimba ilmu. Integriti akademik sering kali menjadi persoalan, selama mana kita berusaha meraih ilmu, selagi itulah halangan dapat dilalui dengan kewarasan akal fikiran.

Universiti seharusnya memainkan peranan dalam memberikan pencerahan yang bukan hanya berdasarkan konsep hafalan semata-mata. Maka, segala komitmen dalam membentuk anak bangsa diperlukan dari segenap sudut masyarakat itu sendiri.

Dalam Menghayati Budaya Ilmu juga, penulis menegaskan ilmu yang harus digali secara berterusan. Ya, semakin kita belajar, semakin banyak yang belum kita ketahui.
Profile Image for Damaisuria.
77 reviews12 followers
January 28, 2013
Zaini Ujang ialah NC dari UTM. Walaupun sibuk memegang jawatan tinggi di sebuah universiti penyelidikan, nampaknya beliau cukup berkrompomi meluangkan masa untuk menulis dan terus menulis sehingga membawa beliau seorang penulis akademik prolifik. Saya mula mengenal beliau apabila pandangan luasnya dalam bidang melestari alam secara hemah dan termasuk pernah menjadi tetamu kolum di surat khabar di arus perdana. Pandangannya mengenai konsep ilmu dan budaya intelektual sedikit sebanyak membuka fikiran tentang kepentingan dan kesyumulan ilmu.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.