Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Mahu #7

Aku Mahu Superbibik

Rate this book
“Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih berbahasa Inggeris, mahir menjahit dan ada lesen memandu serentak!” beritahu Ina yakin.

“Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa seperti kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak.

“Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tetapi saya tidak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu bibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang superbibik!”

Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temu ramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!

Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga bibik secara serentak. Itu membuatkan Fasharina binti Tan Sri Hisham, Ketua The Wannababes rasa tercabar. Fasha yang punya dua bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha perlu mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!

Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novel Aku Mahu Superbibik!

352 pages, Paperback

First published January 1, 2010

14 people are currently reading
397 people want to read

About the author

Ain Maisarah

131 books415 followers
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
220 (66%)
4 stars
62 (18%)
3 stars
33 (9%)
2 stars
11 (3%)
1 star
7 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
April 22, 2010
Sungguh saya tidak mengharapkan yang berbeza di dalam buku ini. Sungguh. Walaupun saya memiliki hampir segala buku tulisan Ain Maisarah, saya kira tulisannya makin kurang menyengat semenjak kebelakangan ini, terutamanya dengan keluaran BSB. Namun, saya tersalah meneka, untuk tulisan kali ini. Mungkin sentuhan Izanor, banyak memberi nafas baru dan berjaya mengembalikan kegemilangan tulisan Ain Maisarah. Sejujurnya, saya merasakan buku ini ditulis oleh Izanor secara hampir keseluruhannya, mungkin barangkali kerana terjebak dengan catatan penulis di akhir novel. Syabas saya ucapkan untuk gandingan yang berjaya kali ini!
Profile Image for Nurul.
1 review1 follower
May 29, 2012
best and love to read it very much
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.