Buku ini mengemukakan gagasan Persuratan Baru sebagai satu alternatif berbeza dalam kritikan sastera dan penulisan karya kerana kedua-duanya berpaksikan konsep ilmu yang benar, dengan menjadikan konsep taklif sebagai tunjang kritikan dan penulisan kreatif.
Bahagian I menghuraikan beberapa prinsip utama gagasan tersebut, misalnya peranan taklif dalam penulisan kreatif dan keindahan bahasa berasaskan konsep ihsan.
Bahagian II berupa penerapan Persuratan Baru dalam menganalisis dan menilai beberapa buah novel terpilih, dengan memberi tumpuan kepada konsep ruang naratif dan penggunaannya serta penerapan wacana dalam karya kreatif. Keupayaan menerapkan wacana dalam membina karya, diiringi penggunaan unsur cerita yang terkawal, akan menentukan kualiti karya sebagai sebuah hasil seni yang indah dan bermakna.
Adakah orang Melayu terkenal dengan magnum opus falsafah dan pemikiran? Adakah kita terjumpa di kedai tajuk buku atau penerbitan yang berkisar pada pemikiran dan falsafah Melayu? Yang terdapat baik di kedai buku mahupun di perpustakaan ialah pemikiran dan falsafah Cina, Hindu, Greek , Arab atau Eropah. Mungkin ada jika dilibatkan penulisan Hamzah Fansuri atau Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Namun begitu , berapa keratkah orang Melayu yang tahu akan adanya buku itu, atau membacanya dan memahaminya?
Mungkin dengan pemahaman teliti , Gagasan Persuratan Baru jelas dengan konsep yang digagaskan. Dan mungkin masanya kita tolak karya picisan , dan terima tradisi keintelektualan islam.
Buku ini merupakan suatu usaha untuk memantapkan bidang teori dan kritikan dalam sastera Melayu melalui sebuah gagasan yang dikenali sebagai Persuratan Baru janaan Mohd. Affandi Hassan. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, aspek teori oleh Mohd. Affandi Hassan sendiri. Bahagian kedua pula ialah aspek kritikan yang ditulis oleh Ungku Maimunah dan Mohd. Zariat.
Sebuah gagasan yang sangat menarik, sebenarnya.Gagasan (atau teori?) Persuratan Baru ini kononnya menawarkan alternatif kepada pendekatan2 kritikan sastera dan juga hasil penulisan.
Secara peribadi, aku berpandangan pendekatan yang bertunjangkan konsep taklif, baik untuk mengkritik karya ataupun pertimbangan yang digunakan untuk menghasilkan karya, ialah suatu gagasan yang menarik.
Namun, apabila cara penyebaran dan perbincangan Persuratan Baru ini dibuat secara "angkuh" dan merendah-rendahkan karya dan pendekatan yang digunakan oleh orang lain, kemudian mengangkat dan memuji setinggi langit karya sendiri, separuh daripada rasa kagum akan Persuratan Baru mengalir keluar entah ke mana.
Matlamat yang baik, tidak semestinya menghalalkan kesemua cara yang digunakan....
Terdapat pelbagai ruang yang perlu diisi menurut perspektif dakwah, terutama dalam aspek kemanusiaan dan psikologi supaya citra sastera tidak kelihatan seperti 'dehumanize'. Persoalan yang timbul adalah, apakah isi kandungan yang sesuai untuk dipersembahkan mengikut keperluan khalayak, berasaskan 'kata-kata menurut kemampuan akal mereka', begitu juga pada konsep berinteraksi dengan masyarakat banyak, dan komuniti tradisionalis yang mengutamakan pengkisahan, citra alam dan desa.
more like half-read... I understand the principles, I agree with what they say but I just can't accept the way they say it. May I become a better academician than this, may I be an academician who has hikmah, ameeen...
Memberi perkenalan yang baik walaupun tidak sepenuhnya untuk memahami gagasan PB. Walau bagaimanapun, himpunan kritikan dalam buku ini memberi satu perspektif yang menarik dan lebih terarah bagi struktur penulisan kritikan.
Gagasannya saya sokong sepenuhnya. Tapi saya kurang bersetuju dengan adab para pendukungnya dalam mengkritik karya orang lain dan mengangkat karya sendiri dengan menggunakan pendekatan gagasan ini.