Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ilmu Mengarang Melayu

Rate this book
ILMU MENGARANG MELAYU merupakan salah satu karya agung yang dihasilkan oleh Za'ba. Buku ini mula diterbitkan dalam versi Jawi pada tahun 1934 dan dicetak semula sebanyak enam kali sehingga tahun 1956. Cetakan kedua yang dibaiki dan dipinda pula diterbitkan dalam versi Rumi pada tahun 1962. Dalam penerbitan edisi baharu pada tahun 2002, buku ini diberi wajah baharu dari segi penggunaan ejaan masa kini tetapi masih mengekalkan identiti dan struktur gaya bahasa yang digunakan oleh penulis asal.

ILMU MENGARANG MELAYU adalah gagasan pemikiran bahasa hasil tulisan Za'ba yang mengandungi panduan dan pengajaran kepada pengguna untuk menghasilkan karangan yang baik berasaskan pengetahuan Bahasa Melayu, tatabahasa, nahu dan sebagainya. Kebijaksanaan Za'ba menghubungjalinkan bahasa dan pemikiran menjadikan karya ini lebih berkesan, menarik dan mudah difahami terutamanya dari segi mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca.

Kandungan buku ini ialah mengenai peraturan untuk karang-mengarang. Buku ini mengandungi dua bahagian utama, iaitu Pokok-pokok Besar dalam Latihan Mengarang dan Cabang-cabang yang Tinggi. Pokok-pokok Besar dalam Latihan Mengarang memuatkan perkara-perkara yang perlu diketahui oleh pengarang untuk menghasilkan karangan seperti bahan-bahan penting dalam karangan, iaitu bahasa dan fikiran. Cabang-cabang yang Tinggi pula menggarap tentang keupayaan seseorang pengarang menggunakan beberapa elemen bahasa dalam karangan seperti bunga-bunga bahasa, peribahasa, bahasa sindiran dan sebagainya.

Buku ini amat berguna kepada ahli-ahli bahasa, pengkaji, pendidik serta pelajar yang ingin mengetahui tentang selok-belok menghasilkan karangan yang baik melalui penggunaan bahasa yang betul, sistematik dan menarik. Buku ini juga menjadi rujukan yang berguna untuk mengkaji keagungan nahu bahasa Melayu sejak zaman 40-an hingga kini.

292 pages

First published January 1, 1934

30 people are currently reading
357 people want to read

About the author

Za'ba

17 books67 followers
Zainal Abidin Ahmad, juga dikenali sebagai Za'ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Za'ba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Za'ba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918), Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923), Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1924), Jabatan Maklumat, Singapura, (1939 sehingga 1942), Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London (1942 sehingga 1951), dan Universiti Malaya, Singapura sehingga (1951 sehingga 1959).

Za'ba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (63%)
4 stars
9 (15%)
3 stars
5 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
7 (12%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Displaying 1 - 3 of 3 reviews