Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dingin Salju Indiana

Rate this book
Tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Jannah, Murni dan Nana tetampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan. Jannah pernah mengaku kalah di tengah jalan. Masih adakah harapan buat seorang sahabat untuk diselamatkan?

Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya tentang signifikannya watak aneh ini di bumi Allah. Kehadiran Kak Zai mengundang rencah rasa dan memberi semacam katarsisdalam jiwa yang berserabut mazmumah.

Dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Jannah memilih untuk setia, tetapi takdir Allah mengubah segalanya.

367 pages, Paperback

First published January 1, 2010

2 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Nurulsham Saidin

7 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (50%)
4 stars
20 (30%)
3 stars
8 (12%)
2 stars
1 (1%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
March 9, 2021
(28/2021)

Buku: Dingin Salju Indiana
Penulis: Nurulsham Saidin

Jannah dan Murni meneruskan keakraban sebagai sahabat pabila mereka bersama-sama menyambung pengajian di bumi Amerika. Di sana, mereka bertemu Suzana@Nana. Bermula detik itu, kehidupan yang mereka lalui sebagai pelajar Malaysia di bumi asing itu punya cerita sendiri. Ada suka, juga duka. Cinta, dendam... Katakan saja. Dan, dapatkah mereka mendepani cabaran sebagai seorang Muslim di bumi itu?

Sukanya saya membaca novel ini. Serasa membaca diari yang ditulis dengan baik. Sedikit sebanyak pembaca dapat merasai bagaimana kehidupan pelajar kita di bumi Amerika. Tidak semua yang indah-indah sahaja yang berlaku. Yang dukanya tetap juga ada. Lebih-lebih lagi bila iman di hati sangatlah rapuh.

Kesimpulannya, novel SDI ini merupakan naskhah Islamik yang mampu membuka mata pembaca bagaimana pentingnya kita untuk terus mempertahankan Islam walau di mana kita berada. Walaupun saya agak terlewat untuk membaca naskhah ini, namun saya berasa puas dengan keseluruhan ceritanya. Tahniah buat Nurulsham Saidin!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
December 11, 2010
Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.Lebih baik di negeri sendiri.

Melanjutkan pelajaran ke luar negara merupakan peluang keemasan namun kekuatan jiwa dan iman perlu menjadi benteng yang ampuh.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
December 18, 2016
Sesuai untuk pelajar tempatan yang ingin tahu perasaan dan suasana belajar di luar negara. Sesuai juga untuk adik di sekolah menengah yang perlu tahu bahawa belajar di negara barat bukan sahaja tentang 'snowman', salji dan keindahan musim bunga yang boleh dijadikan bahan Instagram. Tetapi tentang diskriminasi terhadap pemakai tudung, pembenci Islam, dilabel pengganas, ketidakadilan layanan daripada pensyarah/profesor universiti dan kehilangan kawan sekolah agama yang disangka akan kekal muslimah tetapi kecundang di tengah jalan jadi 'stripper'.
Profile Image for Zufar.
16 reviews
April 29, 2020
Ayat yang menyentuh hati... Tersusun dan menarik. Penggunaan 'aku' di dalam cerita yang tidak menampakkan sisi diri penulis yang keterlaluan. Enjoy when reading... Memahami ranjau hidup Jannatun Naim dengan sepenuh hati. No blame on her... I loved it. ❤️
Profile Image for Ummu Auni.
665 reviews
September 27, 2010
Sejujurnya cerita ini bukan masuk dalam senarai perlu segera dibaca, rentetan daripada rekomendikasi rakan saya yang syorkan untuk membaca Perindu Pelangi. Maka novel ini diperam dahulu.

Penceritaan berkisar kehidupan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara. Sejujurnya, kisah ini barangkali diolah daripada pengalaman penulis sendiri belajar di Indiana. Watak utama adalah Jannah yang dikelilingi sahabatnya Murni dan Nana. Bagaimana mereka berubah wajah, terutamanya Jannah yang tersepit di antara kasih sayang terhadap seorang sahabat, Murni yang memiliki pendidikan agama melebihi Jannah sendiri namun berubah arah. Bagaimana Nana yang hidupnya agak mewah dan sosial, memperbaik agama di dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Membacanya menyegarkan ingatan saya kepada kehidupan saya semasa mrlanjutkan pelajaran di IPTS dahulu. Benarlah hidup ini penuh warna warni dan cabaran yang mendatang agak hebat, menyebabkan kadang-kala ada yang tersungkur. Walaupun begitu, ada juga yang berubah menjadi jauh lebih baik dari dahulu. Pokok utamanya, sejauh manakah kekentalan hati kita, iman dan hidayah dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba.

Novel ini mampu memberi gambaran kepada mereka yang baru hendak bertatih mengenali dunia luar tentang cabaran yang perlu dihadapi. Barangkali, tidak terlalu ekstrem kalau saya mencadangkan buku ini untuk dibaca oleh mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Novel ini bukanlah sempurna 100%. Saya merasakan cerita Murni agak drastik pengakhirannya, mungkin perlu untuk ditunjukkan kisah keinsafan Murni.
Profile Image for Fazlina.
29 reviews
April 20, 2012
Novel ini adalah karya Nurulsham Saidin yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Novel ini juga telah tiga kali diulang cetak sejak tahun 2010 hingga tahun 2011. Kita dilahirkan dalam latar belakang yang berbeza. Manusia sendiri yang meletakkan taraf antara manusia lain. Ya, manusia lain hanya mampu melahirkan rasa simpati tanpa menghayati kesusahan seseorang sehinggalah dia merasai kesusahan yang sama. Hakikatnya, Allah Maha Adil, Dia memberi kekurangan dalam sesuatu bahagian, tetapi memberi kelebihan dalam sesuatu bahagian yang lain. Cuba koreksi diri kita.

Seringkali masyarakat mengatakan bertuah mereka yang pandai dan dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Ya, aku juga merasakan aku bertuah. Tapi itu dulu, disaat aku belajar dengan niat mencapai cita-citaku. Sekarang, apabila aku merasakan yang sebenarnya menuntut ilmu Allah itu adalah kewajipan, aku merasakan, semakin banyak ilmu Allah yang kita cuba gali, semakin besar tanggungjawab kita. Bukan semata-mata kerana ingin bermewah dikemudian hari. Kelebihan yang Allah berikan adalah satu amanah yang berat untuk dipikul, bukan untuk dibanggakan.

Kagum dengan watak Jannah yang pandai berkawan. Cuba memahami setiap perilaku sahabat-sahabatnya dan merasakan setiap sahabat yang Allah datangkan dalam hidupnya adalah istimewa. Oleh sebab itu dia harus belajar mengenalinya. Meraikan setiap kelebihan sahabat dan membantu mengatasi kekurangan sahabat. Jangan sesekali mudah menghukum orang, kerana latar belakang yang berbeza, kita juga mempunyai sikap yang berbeza, hadirnya sahabat juga bagi membuka peluang kepada kita menilai kebaikan dan keburukan agar kita dapat memperelokkan sikap kita. Betul kan?
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
February 6, 2014
Apa yang datang dari hati, akan menyentuh hati nurani... Novel ini hidup dan setiap karektor dibina dengan penuh makna!

Dingin Salju Indiana, menggamit memori.

Jalan cerita yang disaji agak luarbiasa. Ada suka, duka, konflik dan juga misteri. Aspek misteri jarang ada dalam novel melayu...setelah membuat pembacaan sedikit mengenai penulis, beliau sukakan Enid Blyton...tidak hairanlah aspek misteri yang digarap agak hidup sekali. Besar kemungkinan ia adalah pengalaman penulis sendiri.

Kisah tiga orang gadis yang melanjutkan pelajaran ke Indianapolis, dalam usia yang masih muda...baru lagi hendak mengenal apa makna berdikari, kebebasan di sebuah negara yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara. Mana satu pilian yang akan membawa kebaikan dan juga keburukan.

Sesuai dibaca untuk setiap peringkat umur...dari pelajar hinggalah ibu bapa. Setiap satu punya pengajaran yang boleh diambil.
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
May 11, 2016
Apa yang dapat aku simpulkan, kisah ini bukan sahaja buat aku jadi sayu hati malah amat-amat menginsafkan diri ini. Tahniah di atas keberanian penulis mendedahkan isu agama berkait dengan kisah pengalaman belajar di perantauan yang penuh dengan pelbagai ujian yang amat getir sehingga mencabar, menggugat dan meruntuhkan tugu keimanan seseorang.

Aku tidak mahu komen lebih-lebih, cukup jika aku katakan ini kisah benar dan memang terjadi di luar sana. Terima kasih Nurulsham ceritamu memang S.U.P.E.R.B dan berjaya buat aku terpukau dengan olahan jalan ceritanya sehingga terkesan sekali dihatiku.

Bacalah anda pasti akan merasa keperitan dan debarannya dan akan sama-sama merasai kancah permasalahan yang dihadapi oleh tiga watak utama iaitu Eton, Murni dan Nana dalam kisah ini.

Ingatlah hidup ini tidak selalunya mudah. Tuhan akan menduga kita dengan dugaan yang tidak tergambar dek fikiran kita yang terhad ini !

8 reviews1 follower
Read
September 22, 2010
Seronok menghabiskan novel ini, untuk mengyelami suka duka hidup di perantauan, terimbau kisah sendiri di bumi Anbiya', cabaran menuntut ILMU di negara orang.
Profile Image for Azeyra Hazirah.
4 reviews
February 5, 2013
Kembara bersama Jannah dan rakan-rakannya di bumi Indiana....sungguh, saya seolah-olah turut dapat merasai pengalaman Jannah....really good book....ada nilai-nilai pengajaran di dalamnya....
Profile Image for Nor Hamid.
15 reviews
July 6, 2013
buku yang sangat banyak memberi pengajaran. dengan penggunaan bahasa yang baik, cerita ini sangat terkesan di hati. A very good read indeed.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.