Sebuah novel yang diangkat dari peristiwa sebenar di tahun 90an, bagaimana penduduk Bukit Merah, Papan dan Mengelembu berjuang menolak pembinaan Radio aktif yang penuh dengan bahan kimia yang merbahaya.. Lukimia telah menyerang penduduk kawasan itu. Ia menjadi daerah ‘beta’.
May, gadis Cina, anak pekebun sayur menikah dengan pemuda Melayu, menjadi tonggak perjuangan, berdemonstrasi berjalan kaki berkilometer ke mahkamah Ipoh.
Terakhir, dia sendiri melahirkan anak mangsa Beta.
AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.
Bukit Marah yang merupakan satu daerah yang terpencil dihuni oleh anggota masyarakat yang dianggap sebagai suku sakat pengkhianat negara tiba-tiba dilanda angin perubahan apabila mendapat perkhabaran bahawa kilang yang berdiri megah dalam kawasan perkampungan tersebut membawa nista kepada penduduk sekitarnya sehingga melibatkan kehilangan nyawa.
Novel ini merungkai semangat penduduk yang memperjuangkan hak untuk hidup dalam persekitaran yang sihat dan selamat serta bagaimana undang-undang tidak dapat ditegakkan lantaran bayang korupsi dalaman yang menghantui.
NOTA : Hasil daripada carian GOOGLE, kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku di Perak. Kilang ARE juga telah ditutup pada tahun 1994 setelah beberapa siri perbicaraan dan rekod-rekod kematian kesan radioaktif tersebut.
Naskah yang bagus dan membuka mata serta minda. Walau bagaimanapun terlalu banyak pengulangan sehingga merasakan waktu yang terbuang apabila membaca helaian-helaian yang membawa maksud serta maklumat yang sama dari awal penceritaan.
Memang menarik buku ini. Banyak fakta2 tentang radioaktif, pencemaran dll dlm ni. Saya jadi terfikir sama ada kami yg duduk dekat2 dengan kawasan kilang juga ni juga ada risiko yg sama? Bukan tak sampai ke tahap kategori sisa radioaktif tapi tetap sisa buangan bahan kimia. Pelepasan asap tebal pada waktu pagi & senja tu ada juga. Macam mana agaknya paras kualiti udara & sir kat tempat saya ye?
Emm..maaf melalut tentang tempat saya aje pulak. Tapi memang buku ini buat saya berfikir mengenainya.
Buku ini memang sarat dengan fakta berkenaan pencemaran yg berlaku & disulam dengan semangat 1 Malaysia yg sangat rapat. Toleransi agama juga ditunjukkan dalam buku ini. Penyudahnya memang menyedihkan tapi perjuangan perlu diteruskan hingga benar2 berjaya, walaupun baru2 ini telah disiarkan di TV3 ulasan Karam Singh Walia yg buat liputan mengenai kilang ini yg dikatakan telah mengamalkan amalan pembuangan sisa buangan dgn baik. Sejauh mana kebenarannya?
Menghabiskan buku Daerah Beta oleh penulis Azizi Haji Abdullah terbitan DBP. Kisah benar yang terjadi di kawasan Papan dan Bukit Merah berdekatan Ipoh, kisah radiasi yang membunuh dan mencacatkan punduduk sekitar Kilang ARE.
Pertengahan 80an, kerap juga terjembung dengan pendemontrasi di sekitar kilang dan tepi jalan sewaktu pergi dan pulang bekerja di Ipoh . Masa tu dari Batu Gajah ke tempat kerja menaiki Motor Yamaha Cup Autolube. Kalau tak silap kilang ARE ditutup pada tahun 1994.
Buku yang diangkat daripada peristiwa ARE yang beroperasi di Bukit Merah, Perak. Syarikat Jepun yang menyebabkan banyak mangsa radiasi.
Mengisahkan perjuangan seorang budak Melayu yang 'sesat' dalam masyarakat Cina. Dia tidak sekali-kali menyangka perjuangannya mendapat ujian yang besar. Apakah May isterinya akan menjadi saksi penting dalam perbicaraan di mahkamah?