Takdir telah mempertemukan Faliq Zulkarnain dengan Jihan Sofea secara tidak diduga. Hidup Jihan yang sebelumnya aman damai terus berubah. Siapa sangka, Faliq si mamat nerd merangkap pembantu baharu Jihan di tempat kerja itu ialah lelaki misteri yang sentiasa muncul menyelamatkan nyawa Jihan yang menjadi buruan pihak yang menyimpan dendam.
“Awak siapa sebenarnya, Faliq? Betul ke awak lelaki yang nak bunuh saya?” – Jihan
“Saya Faliq Zulkarnain atau orang lagi kenal saya dengan nama Nine. Saya orang yang akan pastikan awak selamat.” – Nine
Bagi Jihan, Nine itu lelaki misteri yang membuatkan dia ingin tahu lebih banyak tentang lelaki itu. Bagi Nine, Jihan itu umpama bintang yang menerangi langit gelap pada waktu malam.
“Awak ni jenis yang tak reti nak sayangkan diri ke macam mana?” – Nine
“Kenapa? Awak nak tolong sayangkan saya ke macam mana?” – Jihan
Semakin rapat hubungan Nine dan Jihan, semakin nyawa Jihan dalam bahaya. Mampukah Nine menyelamatkan Jihan kerana tanpa sedar hati lelakinya mula berkocak hebat? Mampukah Nine menjadi ‘guardian angel’ untuk Jihan sebelum segala-galanya terlambat?
“Kenapa awak sanggup nak bagi nyawa awak sendiri semata-mata untuk pastikan saya selamat?” – Jihan
“Sebab awak merupakan kebahagiaan yang saya tak pernah ada, Jihan.” – Nine
Kisah kalini lain sikit, sebab ada action sikit🤏🏼.
Plot twist dirungkaikan di pertengahan cerita. Tak terjangka (for me lah).
Ending villain macam terlalu mudah. Mungkin sebab penulis taknak kisah menjadi terlalu berat sebab main genre is romance, dan taknak buat buku ni jadi tebal.
Novel nipis je. Tapi flow story almost sempurna. Character semua berbeza-beza. Tak celaru.
Tak terjawab apa yang terjadi kepada Nadia sepanjang dia menyorokkan diri. Di mana. Dengan siapa. Etc etc. Kisah Burn pun macam takde ending..?
Seronok baca cerita nie.. cuma tk puas hati ending si Malique tu.. and curious also ape yg jadi kt Nadia? 🤔
Nine yang selalu ada utk Jihan.. niat Nine nk tlg Nadia… tak Nadia hilang dari radar, terjumpa pulakk Jihan.. dri situ die start ikot ke mana shj Jihan pegi..
Dri situ timbul satu perasaan.. tp Nine takot dgn kerja die mcm nie.. takot trauma lama berdarah kembali..
Lepas kes dorg selesai, Nine trus hilang.. die nk settle kn keje die sebelum die ‘berhenti’..
Nnt da jumpe balik, Jihan mcm kecewa ngn sikap Nine.. sbb da balik sini pun tk bgtau.. nk tau ape jdi, bersama ke dorg, korg kene baca..
Romantic comedy + thriller. Pertama kali baca buku dari author nie. Seriously, tak mengecewakan langsung…🥰
Rating: 🌟🌟🌟🌟.3
Seorang wanita diburu kerana menjadi saksi utama dalam satu kes pemerdagangan manusia. Berkali2 diserang oleh orang jahat, tapi berkali2 juga dia diselamatkan oleh seorang lelaki misteri. Siapa lelaki misteri merangkap her guardian angel tue? Berjayakan mereka berdua menumpaskan orang2 jahat, seterusnya menyelesaikan kes pemerdagangan manusia tersebut?
ML - Faliq Zulkarnain / Nine Lelaki yang ‘helok’ rupa parasnya. Turut dikenali dengan nama ‘Nine’. Seorang special agent yang sedang mencari sepupunya yang hilang. Dalam masa yang sama, menjadi pelindung kepada FL.
At this time, kita dah tahu yang ML sebenarnya dah mula sayang kat FL. Cuma tak nak luahkan jer…😏😍
FL - Jihan Sofea Bekerja sebagai event manager. Seorang yang kuat bercakap. Suka mengusik ML, sebab in the beginning, ML diperkenalkan kepadanya sebagai assistant kepada FL. ML yang nampak nerd and malu2 dengan FL. Who knows, ML rupanya adalah guardian angel kepada FL.
I love this book. Pace cerita just nice. Tak terlalu laju and tak draggy. Dialog dalam buku nie memang kelakar, sebab ML yang serius + FL yang bermulut murai. Ada sahaja jokes di antara mereka. And dialog FL dengan housemate nya pun buat kita gelak jer. Kalau baca buku nie, memang you all akan tersengih jer lah jawabnya…🤣
Thriller element in this book tak berlebihan. Cukup rasa. Cuma, bahagian awal buku nie, FL menjadi saksi utama kes itu kerana FL menyaksikan yang ada beberapa orang wanita dipukul oleh sekumpulan orang lelaki di sebuah gudang. Bahagian nie tak diterangkan dengan lebih lanjut, kenapa ia berlaku. Habis macam tue jer. Membuatkan kita tertanya2, apa yang berlaku sebenarnya kat gudang tue? 🤔
The way ML dan FL jatuh cinta pun just nice. Disebabkan ML selalu berada dekat dengan FL sebab nak melindungi FL, lama2, terbit perasaan sayang antara mereka berdua. Paling suka, FL confess dulu. And dia memang berterus terang dia sukakan ML. Aihhh, kita suka lah character FL dalam buku nie. Langsung tak annoying walaupun she’s a damsel in distress…🥰
Plot twist dalam buku nie boleh tahan juga. Agak tak sangka jugak lah bila dapat tahu siapa orang jahatnya. Aksi dalam buku nie juga ditulis dengan baik. Boleh bayangkan betapa tangkasnya ML berlawan dengan orang jahat.
Overall, kita enjoy sangat baca buku nie. Kita jumpa satu sahaja kesalahan ejaan. Boleh nampak yang author sangat menjaga kualiti karyanya. Penulisan yang sedap dibaca, dialog yang kelakar, aksi yang tak memeningkan kepala dan romance yang tak berlebihan. Chef’s kiss…👨🏻🍳😘
Untuk author, good job untuk karya nie. Teruskan berkarya yer…👍🏻
Dua karakter yang sangat complement to each other. Sepanjang pembacaan, rasa seronok je baca. Elemen cinta komedi dan thrill antara kedua dua karakter ni buatkan kita rasa sayang nak habiskan buku ni. Satu lagi, sepanjang baca asyik tersengih je. Sebab watak sengal kedua dua karakter ni lah 🤣😂
Permulaannya, saya rasa kesian dengan nasib yang menimpa Jihan. Lepas satu benda, ada je benda yang lain pula kena kat dia. Ni semua disebabkan peristiwa malam tu 😩😩. Nasiblah abang knight kita aka Nine sentiasa ada untuk selamatkan Jihan kita. Walaupun Nine dengan Jihan ni selalu perang mulut, tapi masing masing dalam hati ada taman 😙😙. Cuma tak nak mengaku je kan.
Kepada Kak Yumi, saya nak ucapkan tahniah sebab dah berjaya buat saya habiskan baca buku ni. Sejujurnya saya sangat seronok membaca novel ni. Dari satu muka surat ke satu muka surat saya baca. Nak tunjuk betapa bestnya buku akak ni. Saya harap akak akan sentiasa diberikan idea yang melimpah ya 😘. Kita nantikan buku yang seterusnya tau
Mengikuti perkembangan penulis kecil molek Yumi Hyra, I think this is the first book yang penulis cuba untuk tulis tema ala2 spy.
Mengisahkan watak utama Nine aka Faliq Zulkarnain merupakan agent (korang boleh imagine mcm ala2 Tom Cruise gitu) 🫣 tapi nak berhenti. Sebab apa? Haha baca lah. Tak nak spoil.
Hero ni jenis yang rasa dia tak layak disayangi and ada orang yang menyayangi. Bagi dia, siapa yang ada dekat dengan dia. Semua akan mati.
“Orang macam aku ni tak sesuai untuk berkahwin, Fritz.”
Tapi sebab kan satu kes ni, Nine terpaksa jugak teruskan jadi agent.
“So meet Faliq Zulkarnain. Faliq meet Jihan Sofea, team leader untuk event management.”
So that’s how it starts between both of them. Kira macam takdir gitu.
Jihan yang suka melawak and Nine yang pura-pura innocent rasa nk cepuk je kadang2 dua ketul ni tau.
“Kenapa awak nak ajak saya dating ke?” “Kejap, virus ulat bulu tu apa?”
Jihan ni pulak dah terjatuh suka dekat Nine. Biasalah perempuan kan. Tak boleh orang caring sikit. 🙊 And heroin ni rasa Nine ada sorokkan something daripada dia. Macam- macam lah dia cuba cara nk korek rahsia si Nine ni.
“Kalau awak tak open up dengan orang, awak open up dengan siapa? Kucing? Ayam? Kambing? Alien? Atau dengan robot vacuum dekat rumah awak tu?”
Nine buat tu semua bersebab and I rasa sebenarnya, si Nine ni dah lama suka dekat Jihan. Tapi sebab dia berpegang pada prinsip tak nak orang sayangkan dia and dia sangat2 nak protect si Jihan sebab kan kes yang satu tu.
Overall, I berpuas hati dengan jalan cerita. Digarapkan dengan baik. And ada satu scene barulah tahu kenapa cover novel ni perempuan and lelaki bawah satu payung. Hihi.
Btw, good job Yumi Hyra 🌸 Next kita nak baca Bonjour, Mon Amour pulak.