Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menggapai Puncak

Rate this book
Kisah perjuangan seorang pemuda dalam dunia korporat melibatkan dunia pengangkutan awam.

253 pages

First published January 1, 2007

Loading...
Loading...

About the author

Razali Endun

9 books2 followers
Hj Razali Bin Endun dilahirkan di Kg Bertam Malim, Melaka, pada 7 Mac 1942. Mendapat pendidikan sehingga SPM di Melaka, kemudian berhijrah ke ibukota.

Mula menulis cerpen pada awal tahun 60-an, disusuli dengan tulisan rencana dan berita sehingga pertengahan tahun 1970, apabila beliau berhenti menulis kerana masalah peribadi.
Cerpen pertamanya tersiar dalam majalah Utusan Filem & Sports. Karyanya juga pernah disiarkan dalam akhbar Warta Negara, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu/Zaman, Berita Harian/Minggu.

Bergiat semula dalam arena penulisan pada tahun 1998 setelah kemelut politik yang tidak keruan melanda negara. Peristiwa itu telah mengejutkan daya sensitivitinya lalu terus berkarya semula. Karya-karyanya berupa cerpen dan rencana, disiarkan dalam akhbar Harakah, Utusan/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Minggu, majalah Muslimah, Tamadun, Konsep, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera.

Pernah menjadi Pengarang majalah Tamadun dari Julai 1999 hingga Jun 2000. Berhenti selepas itu kerana masalah kesihatan. Kini beliau masih terus menulis secara bebas di semua media cetak yang sudi menyiarkan tulisannya. Beberapa novel juga berjaya beliau tulis.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Naimisa.
19 reviews3 followers
January 10, 2010

Menggapai Puncak salah sebuah novel yang dihasilkan dalam projek perolehan judul antara Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) dengan Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI). Sentuhan orang yang berpengalaman dalam dunia pengangkutan awam ini semestinya suatu yang memberangsangkan.


Kisah kejayaan seorang anak muda bernama Ujang, anak kelahiran Kuala Pilah dalam dunia korporat membabitkan pengangkutan awam. Beliau merupakan Pengarah Urusan Salira Angkut Berhad. Dia memulakan kerjaya dengan bekerja secara sambilan di stesen minyak sebagai jurupam dan pencuci kereta. Ketika bekerja di stesen minyak itu, dia diperkenalkan secara langsung kepada Dr. Cempaka seorang pensyarah di Universiti Malaya. Dan kemudiannya Ujang berjaya melanjutkan pelajarannya di universiti dalam bidang pengurusan dan pentadbiran awam. Setelah berjaya memiliki ijazah, Ujang memohon permit mengusahakan bas mini. Bermula dengan tiga buah dengan dibantu sepupunya Lamat dan Kasim. Akhirnya dia beralih ke bidang perkapalan untuk membekalkan kapal penumpang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

Menjadi ahli korporat yang berjaya menghadapi beberapa cabaran seperti amanah. Penulis mengetengahkan beberapa perkara penting dalam dunia korporat yang mesti dimurnikan seperti amalan rasuah, untung atas angin (konsep Ali Baba atau mutakhir ini francais), perhubungan dengan orang politik dan pengurusan perniagaan. Idea yang cuba disampaikan di samping kritikan terhadap perkara-perkara dasar itu sungguh menarik. Apakah tidak boleh dibuat suatu yang berbeza daripada amalan biasa? Orang-orang korporat rata-ratanya dalam persepsi umum tidak boleh lari daripada salah tanggap terlibat dengan rasuah, bantuan orang politik berpengaruh yang kemudiannya dipergunakan untuk kepentingan ahli politik dari segi kewangan, sikap sambil lewa dengan menyerahkan urusan perniagaan kepada bangsa lain dengan hanya mengambil untung atas angin. Dalam novel ini dinyatakan cabaran-cabaran serta dilema melibatkan ahli korporat membetulkan salah tanggap itu. Ujang digambarkan sebagai seorang yang jujur, tidak pernah meninggalkan solat serta tidak terlalu tamak. Dia lebih rela memandu sendiri bas mini yang diusahakannya di peringkat awal walaupun akhirnya permit bas mini ditamatkan.


Selain dunia perniagaan, penulis juga memasukkan unsur budaya Negeri Sembilan terutama melibatkan Adat Perpatih. Pembaca pasti berpuas hati dengan garapan kreatif penulis menggambarkan Adat Perpatih yang sinonim dengan ‘Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah’. Ujang dan Milah sebenarnya berasal dari suku yang sama sebelah induknya. Dalam Adat Perpatih, Ujang tidak boleh berkahwin dengan Milah. Tetapi dari segi syarak, mereka boleh berkahwin. Disebabkan itu, Ujang terpaksa keluar dari suku keluar suku. Demikianlah yang dikatakan adat bersendi syarak, iaitu kefleksibelan adat mematuhi syarak. Syarak mengatasi adat dalam segenap perkara. Akhirnya Ujang berkahwin dengan Milah dan melalui upacara adat lan seperti kadim dan semenda.

Cerita ini dimulakan dengan perjalanan Ujang daripada rundingan di Itali dengan syarikat pembekal kapal penumpang. Mr. Antonio mahu menaikkan kos setiap kapal sebanyak 30 peratus. Sebelum mendapat kata sepakat, dia terpaksa pulang kerana dimaklumkan induknya sakit. Ujang menyerahkan rundingan seterusnya kepada Ir. Dr. Irwan dan Faizul. Semasa dalam penerbangan itulah Ujang terkenang perjalanan hidupnya sehinggalah dia berjaya. Dalam perjalanan pulang, dia bertemu dengan pasangan Palestin yang kemudiannya salah seorang daripada mereka dibunuh di lapangan terbang Rom. Perjalanan pulang ini menemukan Ujang dengan Dr. Cempaka dan suaminya yang sedang bercuti. Kedua-dua mereka sudah bersara. Sebagai mengenang jasa mereka, Ujang menawarkan jawatan Pengarah Urusan kepada salah satu anak syarikat dalam kumpulannya. Itulah sahaja cara Ujang membalas jasa baik kedua-dua orang manusia yang pernah membantunya dahulu. Setelah menyambung penerbangan, kapal terbang berhenti di Dubai sebelum berlepas semula ke Kuala Lumpur. Dia bertemu pula dengan Muskil yang pernah cuba menipunya dahulu. Kebetulan Muskil terpaksa menukar penerbangan dari Makkah selepas menunaikan umrah kerana kapal terbang asal rosak. Dalam masa yang sama, Ir. Dr. Irwan menyampaikan khabar gembira tentang rundingan pembelian kapal. Tiba-tiba berlaku kecemasan. Hal ini memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Colombo.


Penerbangan semula ke Kuala Lumpur penuh dengan tanda tanya. Ujang menerima beberapa mesej ucapan tahniah. Apakah disebabkan dia terselamat daripada nahas atau kejayaan menyelesaikan rundingan kapal? Apakah sebenarnya kesudahan kepada ucapan tahniah itu? Benarkah induknya benar-benar sakit? Apakah yang dijustifikasikan oleh Milah memintanya pulang segera dengan alasan kononnya induknya sakit? Semua ini akan terjawab setelah anda membaca novel ini.


Ralat:

Novel ini mempunyai satu ralat yang ketara iaitu nama watak Tan Sri Kunak.
Pada muka surat 213 dicatat begini: Melor rupa-rupanya isteri kedua Tan Sri Kunak.
Manakala dalam muka surat 250, ditulis begini: Pemegang saham utamanya ialah Puan Cempaka, isteri Tan Sri Kunak. Dan diperincikan Puan Cempaka seperti berikut (muka surat 251) – Cadangan pengambilalihan saham-sahamnya dalam syarikat oleh Samudera Berhad yang dikuasai oleh Tan Sri Kunak melalui isteri keduanya sebagai proksi benar-benar menguja emosi dan pendirian Ujang.
Sebetulnya, pada halaman 250 itu, Puan Melor, bukan Puan Cempaka.



Displaying 1 of 1 review