Jump to ratings and reviews
Rate this book

Syed Qaider : The Hidden Wife, Hazel

Rate this book
“Perkahwinan harus disembunyikan daripada semua orang. Hanya you, I dan saksi saja yang tahu.” - Syed Qaider

Tak pernah terfikir dia akan setuju dengan rancangan gila tu. Tapi, demi hidup senang, Hazel rela hati. Lagipun, dia tak rugi. Qaider kacak, kaya, berkarisma. Pakej lengkap!

Namun satu je yang buat dia annoying. Lelaki tu, miang yang amat!

“You ni ada keturunan ulat bulu ke? Kenapa gatal sangat ni? Sepatutnya kahwin sorok-sorok, perangai tak macam ni.” - Hazel

“I dah cakap kan, i nak anak. Both of us agree to that. You nak hidup senang, I pula nak anak lelaki. I ulang, anak lelaki. Dan bila you mengandung, I akan kenalkan you pada semua orang.”

““Then, semua orang akan fikir I mengandung anak luar nikah. Macam tu?” - Hazel

Malangnya, tak sempat mengandung, mereka dah kantoi awal. Hazel terkedu, Qaider terkelu. Rahsia terbongkar, plan berubah.

“Sebab youlah ni, rahsia terbongkar! I dah cakap, dekat luar sila behave. Bukannya peluk sana, peluk sini, kiss sana, kiss sini. Ini bukan kahwin sorok-sorok, ini you nak bagitahu semua orang I ni bini you!”

“Benda dah terbongkar. Bebel panjang pun takde guna. Gambar kita berpeluk dah viral satu Malaysia. Enjoy jelah.”

Mulanya dia bahagia jadi isteri simpanan. Sekarang, dia rasa menyesal. Mana taknya, perangai Qaider tak seperti yang dia sangka. Begitu jugak dengan keturunannya.

Namun, ada sesuatu aneh yang melekat dalam hati. Yang mana, walaupun hati menyampah, kaki tetap tak mampu melangkah. Tetap terpasak di sisi Qaider tanpa sebarang arahan.

337 pages, ebook

Published December 1, 2022

9 people are currently reading
83 people want to read

About the author

Hash Aulia

101 books303 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (33%)
4 stars
5 (23%)
3 stars
8 (38%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
December 26, 2022
simple. kisah syed yang berkahwin secara rahsia dengan hazel demi mahu mencapai cita-cita mendapat anak sebagai memenuhi syarat untuk mewarisi syarikat atuknya. syed berebut dengan sepupunya jay.

dia merahsiakan sebab tak mahu hazel diancam bahaya. mula-mula tak adalah syed ni kisahkan hazel, tapi sebab hazel ni agak bebas pemakaian buat dia mula beri perhatian pada si isteri.

okey. cerita sedap baca.
Profile Image for Eyd1410.
827 reviews22 followers
December 14, 2023
Cerita yang simple sebenarnya. Tiada konflik. Just relax. Sesuai untuk bacaan santai. Cuma bila banyak adegan bercumbu, naik rimas pula. Gelojoh sangat si Qaider ni. Itulah ada isteri buat apa nak disorok. Sudahnya bila tak jumpa mulalah rindu. Lepas tu ermmmm

Qaider tu takut nak declare yang Hazel tu isteri dia sebab dia takut Mak Lang dan Jay akan berbuat jahat pada Hazel. Tapi bila rahsia terbongkar, tak ada pun aksi bahaya tu. Cuma mulut Mak Lang dia je yang tak ada insurans. Yang lain ok je. Tu yang pelik bila Qaider tu sibuk nak sorok si Hazel.

Pengakhirannya of course la yang happy². Tidak penat je kan adegan bercumbuan tu dibuat kalau bukan happy ending.
Profile Image for loneeldestsoul .
96 reviews
June 15, 2024
Syarat nak jadi ceo, mestilah kahwin and ada pewaris lelaki. Atuk minta Qaider jadi ceo even dia tak memenuhi syarat2 yang ditetapkan. This thing buatkan Jay, sepupu Qaider tak puas hati sebab dia yang dah ada bini tuptup Qaider tu yang dapat jawatan tu. Tapi sebenarnya Qaider dah kahwin senyap2 dengan Hazel. Syaratnya takde sapa boleh tahu pasal perkahwinan dorang. Tapi Qaider yang miang sendiri yang membuatkan perkara ni hampir terbongkar. Plot citer ni lebih kepada perebutan harta and kuasa dalam family. Hero heroine santai je, takde orang ketiga, no curang2. Ok dahlaa bubyeee
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.