Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untukmu Wanita

Rate this book
Setelah lebih empat tahun mengendalikan laman sesawang www.zaharuddin.net yang banyak mengupas pelbagai isu kontemporari, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan UZAR muncul dengan buku terbarunya Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.

Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.

Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.

Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.

(Sumber: Galeri ilmu)

214 pages, Paperback

First published January 1, 2009

Loading...
Loading...

About the author

Zaharuddin Abd. Rahman

24 books92 followers
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman obtained a Bachelor's Degree in Usul-ad Din from Malaya University, Malaysia and Master's Degree in Fiqh and Usul al Fiqh from University of Yarmouk, Jordan. He graduated as one of the top students from the master's program. In the past, he used to serve the nation in various positions: as a Shari'ah Executive at Ingress Corporation Berhad, a research Fellow in one of the academic research centers, the Senior Shari'ah Compliance Manager at RHB Islamic Bank Berhad, as well as the Head of Shari'ah at Asian Finance Islamic Bank Investment, Trinidad, Deutsche Islamic Bank Berhad,Malaysia, Yasmin Holdings and many more.

In the beginning of October 2007, he joined the College of Economics and Management of the International Islamic University of Malaysia (IIUM) as one of the teaching staff. He is currently (2008-2011) pursuing his doctorate degree in Syariah and Islamic Finance at Unversity of Wales, UK under the supervision of Prof. Dr. Mawill Izzidien, a Muslim scholar from Iraq.

As for his writing development, he is one of the columnists of Sunday Metro, Solusi, and the i-Magazine, as well as the editor of the Iktisad magazine. Furthermore, he used to reach out to the public in discussing various issues on Shari'ah, economics and Islamic banking through different channels such as the Ikim.fm, TV9 and RTM.

To find further about the author and his development, feel free to browse through his personal website at www.zaharuddin.net

(Source: Telaga Biru)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (48%)
4 stars
29 (38%)
3 stars
8 (10%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Aishah Nerina.
36 reviews
February 3, 2022
Naskhah yang saya baca adalah cetakan ke-5 dengan kandungan muka surat sebanyak 299.

Soal jawap berkaitan isu wanita yang banyak terjadi disekeliling kita pada hari ini. Setiap persoalan dijawap bersandarkan nash Al-Quran dan hadis. Buku yang boleh dijadikan rujukan bukan sahaja bagi kaum wanita tetapi bagi kaum lelaki juga. Agar tidak bermudah-mudah dalam sesuatu perkara dengan menganggap sesuatu yang ringan tanpa mengetahui hukum disebaliknya.
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
August 16, 2021
Buku ni merangkumi kompilasi soalan yang diterima oleh Dr lalu beliau kumpulkan jawapannya dan jadikan ia sebuah buku. Surprisingly banyak poin dalam buku ini yang bersamaan dalam buku Nasihat untuk wanita beriman 😲 Alhamdulillah fiza temui jawapannya melalui buku ini. Tapi semestinya banyak poin lain yang boleh diperoleh daripada buku ni. Honestly Fiza enjoy baca buku ni dan fiza sarankan kepada wanita lain di luar sana
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
March 2, 2010
Bacaan untuk Semua Wanita dan juga Lelaki... bahasa dan huraian hadis yang bersangkutan untuk hukum2 fiqh wanita yang mudah dan senag difahami.. Best sangat
Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
June 15, 2012
Saya sukakan buku ini kerana ia menjelaskan dengan jelas dan terperinci mengenai bab aurat. Bab-bab lain juga berguna sebagai pengetahuan tambahan.
Profile Image for Rashidah.
10 reviews18 followers
November 9, 2012
semua lapisan masyarakat harus baca buku ini dari muka surat awal hingga akhir.
Profile Image for Fathiyyah.
51 reviews129 followers
March 1, 2013
lima bintang utk sebuah buku yang padat dengan hukum2 perihal ttg fiqh wanita. wajib dimiliki dan dibaca
Displaying 1 - 11 of 11 reviews