Jump to ratings and reviews
Rate this book

A New System of Philosophy-Science from the Biological Standpoint

Rate this book
Comprises four treatises previously published between 1984 and 1991 in either the journals Hamdard Quarterly Journal of Science and Medicine, and Uroboros International Journal of the Philosophy of Biology, and two conference proceedings volumes. Durali (philosophy, U. of Istanbul) endeavors to express a philosophy of biology, combining the research of concrete facts with the study of mentally induced values. His main research interests are the philosophy and science of the Classical Antiquity, and history. Annotation c. by Book News, Inc., Portland, Or.

158 pages, Paperback

First published January 1, 1996

12 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (75%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Nurshafira Noh.
28 reviews13 followers
October 11, 2016
1. Karya Durali ini sebetulnya sangat berharga - sebab pertamanya, beliau menggariskan dengan begitu jelas tentang kedudukan ilmu kaji hayat yang memasuki garis yang bukan biotik sahaja. Menuju ke muka-muka akhir bukunya ini memang terkaitlah apa beliau jelaskan terlebih dahulu di depan (seperti tentang cabang ilmu kaji hayat dan huraiannya, persoalan besar dalam ilmu kaji hayat seperti soal manusia itu apa, kedudukan a priori dan a posteriori dan ideanya untuk disalirkan untuk kait metafizik dan ilmu kaji hayat).

2. Untuk berlaku adil, ulasan ini akan diperkembang lagi, namun, sayangnya, selain karya Durali dalam buku 'Knowledge, Language, Thought, and the Civilization of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas' yang bertajuk 'Evolution', karyanya yang lain belum ada dalam bahasa yang tergapai sekarang (iaitu bahasa Turki).

3. Bahkan karyanya yang ini pun, saya pinjam daripada Universiti Malaya, entah bila kali terakhir disentuh, dibaca dan difahami.

4. Durali memulakan tulisannya dengan membawa kita bermula dengan Aristotle (Part One: Aristotle's Thoughts Concerning the Problem of the Living Beings and their Evolution) di mana bahasan utamanya yang penting adalah tentang isu 'perubahan' (change) dan 'becoming'. Keduanya, dalam bahasan ini, dibawanya kepada bioetika dan metafizik.

5. Bahagian kedua, beliau mencerahkan dengan menerangkan kaitan bagaimana falsafah ilmu kaji hayat yang bersifat abstrak akan mengalir dengan subjek di bawahnya iaitu yang dipanggil 'parabiologi'. Di sini, Durali ada memapar gambar rajah berkaitan susun atur dan perkaitan bidang-bidang di bawah nama ilmu kaji hayat. Bab ini, pada saya, sangat bagus sebab menjelaskan tujuan setiap sub-bidang ilmu kaji hayat dan topik utamanya.

6. Bahagian 3 dan 4, lebih bersifat falsafah iaitu 'Part Three: Biological Foundation of A Priori Cognitive Faculties' dan 'Part Four: Philosophy-Science from the Biotic Standpoint'. Di sini, Durali mengkedepankan soalan: 'Bolehkah Ilmu A Priori menjadi Saintifik?' dan bahasannya bertitik tolak daripada komentarnya terhadap karya Kant tentang aspek ini sejak bab terdahulu juga. Manakala bab terakhir, Durali mengaitkan lapis biotik itu dengan lapis-lapis lain (ilmu kaji hayat ini tidak berdiri sendiri - mungkin harus semak juga di sini idea Mayr tentang autonomi biologi, mungkinkah membantu?) iaitu ilmu kaji hayat adalah 'link' antara lapis fizikal dan budaya.

Karya Durali ini memerlukan telaah lanjut lagi. Antara bahan dalam bibliografinya yang dicam namanya, selain Kant, ialah Aristotle, Prof Naquib al-Attas, Fransisco Ayala, Henri Bergson, Jose Ortega, Ernst Mayr, Jacques Monod, Ernest Nagel, Nicolai Hartmann, Carl Hempel, dan beberapa lagi.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.