Jump to ratings and reviews
Rate this book

Membongkar Misteri Dajjal

Rate this book
Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.

280 pages, Paperback

First published January 1, 2009

6 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Muhammad Nurani Maarif

7 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (46%)
4 stars
12 (26%)
3 stars
8 (17%)
2 stars
2 (4%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
January 14, 2020
#MembongkarMisteriDajjal oleh #MuhammadNuraniMaarif adalah buku pertama yang saya habiskan bacaan untuk awal tahun 2020
.
Buku yang berkisar mengenai kajian yang dilakukan penulis dalam mengupas isu Dajjal. Bukan suatu kajian yang hanya bersandarkan atas idea semata-mata tetapi masih berteraskan kepada hadis Rasulullah SAW
.
Banyak poin-poin dalam buku ini yang sedikit sebanyak membuka minda saya untuk berfikir lebih jauh atas apa yang dihuraikan oleh penulis. Malah di awal bab berkaitan dengan siapa itu Dajjal, penulis telah berjaya menekankan satu fakta yang pada saya cukup kuat bilamana ramai di kalangan kita telah dimomokkan dengan pelbagai versi Dajjal. Adakah dia seorang manusia, atau bangsa, atau sekadar ideologi/simbol yang menggambarkan sebuah kemusnahan di masa akan datang. Bilamana penulis menetapkan hujahnya atas sifat Rasulullah SAW sendiri iaitu bersifat benar dan mengapa kewujudan Dajjal ini perlu dipertikaikan seakan-akan ianya rekaan semata-mata. Hakikat sebenarnya, Dajjal itu ialah seorang manusia. Malah, kenyataan ini sahaja membuatkan saya beristighfar yang mana lemahnya sifat/akal manusia itu sendiri yang sedikit sebanyak mudah dipengaruhi. Dari sinilah, penekanan terhadap iman/tauhid perlu diperkukuhkan dari sekarang dengan melengkapkan diri menjadi seorang muslim yang taat. Bukan sekadar menunggu kehadiran ‘penyelamat’
.
Bagaimana pula penulis mengaitkan Dajjal dengan kisah-kisah misteri dunia? Ini juga, pada saya antara fakta-fakta yang menarik untuk direnungkan
.
Buku yang sarat dengan informasi, kupasan menarik, menjana pemikiran dan sedikit berat untuk sesetengah pembaca memahaminya
Profile Image for Siti Kamal.
5 reviews1 follower
February 1, 2011
BEST GILER!!MENYEDARKAN AKU SUPAYA BERUSAHA DARI SEKARANG UNTUK PERSIAPAN MENGHADAPI FITNAH DAJJAL LAKNATULLAH..SIAPA TAHU KITA BAKAL UMAT AKHIR ZAMAN YANG AKAN BERTEMU DENGANNYA??NAUDZUBILLAH..JOM SAMA2 PERSIAPKAN DIRI DENGAN ILMU, AMAL DAN TAQWA, JIKA BUKAN TAKDIR KITA YANG AKAN BERTEMU DENGAN FITNAH PLING DAHSYAT ITU, SETIDAK-TIDAKNYA UNTUK MENGHADAPI FITNAH SEWAKTU HIDUP(APA SAHAJA YANG LAGHO & MELEKAKAN ANAK ADAM DPD BERADA LURUS DI JALANNYA) & FITNAH MATI(SEKSAAN KUBUR)..AYO!
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
June 5, 2012
Hadis sahih diriwayatkan oleh Ibu Majah
Nabi SAW mengungkapkan
" ... seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada dikalangan kamu, maka akulah yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya sendiri (bertangungjawab untuk melawannya) dan Allah adalah sebaik2 penolong kamu sekalian."

It awake me. . .
8 reviews1 follower
June 12, 2010
Seronok membaca buku ini, kerana maklumat2nya membuka minda pembaca utk menilai kebenaran dan hakikat yg berlaku sekian lama. Dalil dan hujjah yang dikemukakan penulis membuatkan kita tidak jemu utk meneliti bab demi bab sehingga sebahagian besar fakta2nya amat perlu dijadikan pemerhatian oleh pembaca budiman.
18 reviews4 followers
May 11, 2011
dia mengkaji beberapa tahun untuk buku ini. pendapat2nya amat rasional ttg dajjal yang telah mencipta kesemua 7 Keajaiban Dunia.
Profile Image for Raihanah.
4 reviews4 followers
July 28, 2012
menarik..bila baca ni,ada sesuatu yg mengejutkan(bg sy la)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.