Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera
Cerpen 1. Di Alam Barzakh - SABDA S 2. Senapang - MUHAMMAD LUTFI ISHAK 3. Masjid - S.M. ZAKIR 4. Bayang di Tirai Belulang - SERUNAI FAQIR 5. Di Pagi Syawal, Apakah yang Kau Cari? - MALIM GHOZALI PK 6. Dia dari Penjuru Tahun Lalu - MAWAR SHAFEI 7. Walinong Sari - AMINAH MOKHTAR 8. Madrasah Mustaqim - HUSNA NAZRI 9. Lelaki Sang Penjinak Ular -MOHD. HASHIM OSMAN
Puisi 1. Parut Tanda Tanya di Tubuh Merdeka - SAHRUNIZAM ABDUL TALIB 2. Potret Lima Puluh Tahun - SHUKRI ABDULLAH 3. Sepotong Cinta di Dunia Angin - S.M.ZAKIR 4. Syarah Sejarah - MUHAMMAD LUTFI ISHAK 5. Sang Semut - FAHD RAZY 6. Bahasa Kejadian II -FAHD RAZY 7. Perjalanan Pohon - MALIM GHOZALI PK 8. Kembali Ke Kampung Tradisi ii - SHAMSUDIN OTHMAN 9. Pada Glaukoma Ke Ahmar - ABD RAZAK @ REZEKI OTHMAN
Kajian & Rencana Sastera 1. Prasangka Orientalis Terhadap Bangsa Melayu-AWANG AZMAN AWANG PAWI 2. Penulis Ulul Albab dan "New Man" - S.M. ZAKIR
Antologi cerpen bergabung dengan kumpulan puisi dan rencana sastera. Aku memang sangat suka dengan jenis gabungan macam ni.
Kesemua cerpen yang dinukilkan memberi emosi yang berbeza. Setiap ceritanya berwarna-warni hingga ada watak utama yang umurnya 100 tahun. Jadi, emosi penceritaannya sangat banyak.
Kesembilan-sembilan cerpen dalam buku ni berjaya memberi ilmunya tersendiri. Dalam 9 buah cerpen, cerpen "Di Alam Barzakh" agak kuat jiwanya sampaikan aku meremang membayangkan setiap satu pertanyaan yang disoal dalam cerpen ini. Cerpen "Lelaki Sang Penjinak Ular" lebih kepada teguran tentang ilmu-ilmu yang tidak patut diamalkan oleh orang Islam.
Cerpen "Di Pagi Syawal, Apakah Yang Kau Cari" menyelami perasaan seorang pemuda yang tiada ibu bapa tetapi masih tetap mahu pulang ke kampung halaman. Aku agak tertarik dengan cara persoalan yang disampaikan oleh penulis cerpen ini kerana ada sesetengah masyarakat gemar tertanya-tanya, "Jika kampung halaman seseorang sudah tiada ibu bapa atau nenek, lalu kenapa kamu tetap mahu pulang ke kampung di pagi Syawal sedangkan kampung itu sudah tiada sesiapa?" Persoalan itu sejujurnya, ada insan yang turut tercari-cari jawapannya. Alhamdulillah, cerpen ini berjaya memberitahu tentang salah satu jawapan tersebut, yang mana, aku yakin ia adalah jawapan yang tepat kepada persoalan "kenapa kamu masih mahu balik kampung?".