Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kasih Villa Cinta

Rate this book
Teratak Kilau segah namanya. Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka, duka, misteri malah pembunuhan paling kejam yang masih tersimpan rapi bersama perginya mereka yang menghuni satu per satu. Ia bagaikan satu sumpahan kepada mereka yang menyebutnya dan satu kamatian bagi mereka yang cuba menyelongkar rahsianya.
Hanya kerana satu rombingan pelajar UPM 'berkampung' di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragun dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!
Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Kelam, Jati, Fauzan (yang 'ayu'), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.
Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka kesebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu...

585 pages

First published January 1, 2009

Loading...
Loading...

About the author

Haiza Najwa

9 books14 followers
Haiza Najwa ialah penulis Malaysia yang terkenal kerana novel-novel kisah cinta berbahasa Melayunya. Beliau kini menumpukan karya penulisannya eksklusif untuk syarikat penerbitan Alaf 21, salah satu anak syarikat Kumpulan Karangkraf yang juga penerbit novel berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia.

Dilahirkan di Alor Star, Kedah, dengan kedua ibu bapa berasal dari Negri Sembilan, Haiza Najwa mencapai keputusan membanggakan sewaktu di sekolah, khususnya dalam bahasa Inggeris dan kesusasteraan. Menolak untuk belajar di Maktab Perguruan, sebaliknya menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam di Johor Bharu. Sewaktu di tingkatan enam, beliau mula memupuk hobinya dan ketika inilah karya-karyanya di terbitkan oleh The New Thrills. Selepas memperolehi sijil Higher School Certificate (HSC), beliau bekerja di pusat peranginan Genting Highlands. Kerana tidak sesuai dengan cuaca sejuk, beliau ke Kuala Lumpur dan menyertai pengajian kesetiausahaan. Kemudian bekerja sebagai steno dan setiausaha kepada beberapa buah firma antarabangsa dan dalam negeri sehinggalah bertemu arwah suaminya. Pada masa ini cerpen beliau sudah tersiar di beberapa majalah tempatan seperti majalah Jelitadan lain-lain.

Selepas berkahwin, Haiza Najwa berniaga dan membuka kedai tetapi terpaksa melupakannya untuk memberi tumpuan pada anak-anak. Namun langit tidak selalu cerah, suaminya yang penyayang akhirnya didiagnosis menghidap kanser tahap akhir. Ketika pakar mengakui suaminya hanya ada enam bulan hayat sahaja lagi, itulah saat-saat paling mendukakan dalam hidupnya. Beliau menangis tanpa henti sehinggalah arwah suami memujuknya menghidupkan semula hobi menulis yang sekian lama dikuburkannya. Sambil menulis di sisi suaminya yang kian tenat, novel pertama beliau Tak Seindah Impian berjaya didakap suaminya dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Hingga ke detik ini, beliau masih terharu mengenangkan betapa bangganya arwah suami menunjukkan naskhah pertamanya itu dan menguarkan pada setiap yang menziarahinya bahawa dia penulis hebat.

Dua bulan sesudah kematiannya, terbit sebuah buku lagi Gerhana Cinta Edika. Selama 5 tahun, Haiza menulis dan terus menulis untuk melupakan kesedihan yang tidak tertanggung di hatinya sehinggalah lahir 11 buah buku dan lima buah bukunya adalah terbitan syarikat novel terunggul di Malaysia, iaiatu Alaf 21. Novel-novel beliau dengan Alaf 21 sering memasuki carta novel terlaris MPH. Kini beliau yang sudah pulih dari kesengsaraan itu mahu mereka yang di luar sana tahu bahawa menulis adalah satu kaedah terapi terbaik untuk menyembuhkan penderitaan. Selain menempa nama, ianya prospek karier yang memberi pulangan yang lumayan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (17%)
4 stars
8 (34%)
3 stars
7 (30%)
2 stars
4 (17%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
February 12, 2014
Maaf Cik Puan Penulis, novelnya agak berserabut & tak kemas...jalan ceritanya longgar & goyah...bayangkan watak penjenayah yg kena tikam oleh mangsa hanya di dedahkan pada penamat cerita...sedangkan ia merupakan satu bukti penting disebabkan luka tersebut, sedangkan penjenayah masih berlegar2 antara mereka...jiwa aku meronta2 bila pelajar2 ini lupa akan bukti penting tersebut...

Kisah dimulakan dengan 10 watak pelajar universiti yang membuat projek akhir mereka di sebuah Villa di hujung kampung...Villa tersebut yang di miliki oleh penyelia mereka Dr. Khanef mengundang suatu misteri di kalangan penduduk kampung tersebut...kehadiran 10 pelajar itu akan mendedahkan misteri kehilangan pemilik asal Villa tersebut, iaitu Sarah Watson..Malahan kewujudan mereka juga akan menyelamatkan Mafuzah yang di kurung di Villa itu oleh Tuk Wei...menarik bukan jalan ceritanya...
Jika kalian menyangka pelajar2 itu akan di bunuh seorang demi seorang...jangkaan kalian silap...

Menariknya, penulis banyak mengetengahkan bahasa yang jarang kita guna...dialognya di selang seli dengan bahasa inggeris dan boleh di fahami walaupun penulis ada menyelitkan info mengenai penanaman belimbing...pengenalan 10 watak yang di perkenalkan oleh penulis agak merenyahkan untuk di ingati, apatah muncul beberapa watak pembantu...
Hanya watak Farizan yang unik berjaya meninggalkan kesan pada aku...

Walaubagaimanapun, penulis berjaya dari segi ideanya...
Profile Image for Szawanah S.
16 reviews1 follower
December 2, 2013
sebagai penggemar triller novel (sbb penangan Ramlee Awang Murshid) aku rasa buku ni ok. menarik. beli di mph aplha angle ketika jln2 ngn abg, dan abg baik ati membelikan. owh, belikan la lagik sayang!
olahan yang menarik tentang misteri rumah villa tu sendrik. sentuhan menarik mengenai fauzan @ zana. seorang lelaki lembut yang lebih gemar berkawan dgn perempuan. watak yang menarik. penceritaan watak yang menarik. mmg menarik minat untuk terus menghabiskan dalam masa separuh hari.

cuma, dlm pertengahan cerita, aku rasa, seolah-olah plot makin longgar. emosi pembaca diusik dgn sedarnya fauzan tentang kekhilafan dirinya dan yang mana fauzan dapat menghidu rahsia sebenar vila tersebut. tiba-tiba fauzan hilang. hilang yang mana kawan2nya langsung tak heran. kemana perginya fauzan. seolah2 persahabatan selama ini tiada nilai. dan setelah menjumpai mayat fauzan (yg kemudiannya ilang balik), mereka still sanggup lepak kat villa tu? i mean, come on, who in the right mind would wanted to stay there knowing tat member mereka di bunuh di situ. killer is still loose. bagi aku, disitu agak shaky sedikit. dan penceritaan di akhir2 cerita tidak menepati jankauan aku. sbb tergantung. menutup buku ini dan berkata dlm hati, cess, ini je ending die? sia-sia aku baca. duh.

blogwalking tadi, terjumpa blog penulis sendiri. difahamkan ada sambungan cerita ini. owh. maybe sbb tu pembaca digantungkan begitu sahaja. tapi pelik, kenapa tidak diwar-warkan yang ianya akan bersambung. at least, tak de la pembaca mcm aku rasa sia-sia membaca.

nway. kite tunggu sambungan cite ni. nnti review lain.
Profile Image for Kaki Novel.
18 reviews45 followers
December 1, 2009
Penulis : HAIZA NAJWA
RM Semenanjung : RM 20
RM Sabah Dan Serawak : RM 23
TERATAK KILAU… segah namanya. Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka, duka, misteri malah pembunuhanan paling kejam yang masih tersimpan rapi bersama perginya mereka yang menghuni satu per satu. Ia bagaikan satu sumpahan kepada mereka yang menyebutnya dan satu kematian bagi mereka yang cuba menyelongkar rahsianya.
Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM ‘berkampung’ di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!
Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Jati, Kelam, Fauzan (yang ‘ayu), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.
Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu….
Profile Image for Sha Mohamed.
2,565 reviews1 follower
March 29, 2016
Berkisar mengenai Teratak Kilau yang dikatakan menjdi tempat tinggal makhluk halus.. Kedatangan rombongan pelajar UPM berkampung di Vila mula merungkai misteri. Kematian yang dikatakan berpunca daripada Teratak Kilau menjadi punca misteri.. Perempuan yang disangka gila dan dikurung dalam stor dan tanpa sedar telah menjadi mangsa rogol..Siapa dan Mengapa telah mula menyebabkan pelajar-pelajar tu menyiasat.. Kisah cinta dan Misteri yang menyelubungi Vila Teratak Kilau mula terungkai.. (Pesanan saya bacalah dengan teliti, kalau x memang xkan faham cerita dalam novel ini. Penghujung novel ini akan menemukan anda dengan satu penemuan yang menggeramkan anda.)
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
October 16, 2020
Habis baca awal tahun ni, tapi baru create akaun GR😂😅 Okey, here we go. Ni salah seorang author yang saya minati. Bagi saya KVC memang best, cumanya dekat bahagian tengah tu, saya agak pening sikit. Maybe sebab tak sabar nak tahu ending, jadi speed bacaan jadi cepat😆😆
Displaying 1 - 5 of 5 reviews