Novel yang berlatarbelakangkan Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Betapa tergugatnya kehidupan sosial, ekonomi dan kepercayaan orang Melayu oleh dasar penjajahan memaksa peluasan penanaman getah dan industri perlombongan bijih secara besar-besaran selepas Perang Dunia Pertama dan betapa bencana alam membantu dasar Inggeris ini mempengaruhi dan menghancurkan ketenteraman cara hidup orang Melayu hingga lari meneroka hidup baru ke hutan-hutan. Janda Baik diteroka dan dibuka dengan kegigihan dan penderitaan orang Melayu. Semuanya membuka mata dan fikiran tentang tafsiran sejarah yang penting yang mengubah cara berfikir dan sikap orang Melayu.
Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaluddin Muhamad adalah Sasterawan Negara Malaysia 1981. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik. Juga dikenali dengan nama samaran seperti Pejuang Sastera Negara, Aku, KM, Kamal Kamludin M dan Mister X.
Dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang.
PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Bentong, Pahang, 1929 – 1933. (2). Tawalib School, Sumatera, Indonesia. (3). Kolej Kulliahtul Muallimin al-Islamiah, Sumatera, dan lulus dalam bidang Ilmu Umum, 1940. (4). Pitman College, Singapura. (5). Mengikuti kursus matrikulasi di Unversity of London di Singapura. Tidak tamat akibat terhalang oleh Perang Dunia Kedua.
KERJAYA: (1). Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PKMM). (2). Anggota Sidang Pengarang akhbar Utusan Melayu, Singapura, 1947. (3). Wartawan, Melayu Raya, Singapura, 1953. (4). Wartaawan Warta Negara, Pulau Pinang, 1954 – 1955. (5). Pengarang Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Johor Bahru, 1956. (6). Ketua Pengarang DBP, 1962 – 1971. (7). Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, DBP, 1971 – 1977.
ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah Pejuang Sastera yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, 1976. (2) Anugerah Sastera Negara oleh Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Sasterawan Negara, 1981. (3) Anugerah bintang kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, 1968. (4). Anugerah bintang kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, 1982. (5). Anugerah SEA Write Award oleh Raja Thailand diBangkok, 1987. (6). Anugerah Kehormat ijazah tertinggi Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau PInang, 1989.
KEGIATAN/PERLANTIKAN: Antaranya: (1). Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera, 1971 – 1976. (2). Anggota panel Anugerah Sastera Negara, 1979. (3). Penulis Tamu, DBP, 1977 – 1978. (4). Karyawan Seni, Universiti Malaya, 1979. (5). Pengasas ASAS ’50 di Singapura berkonsepkan “Seni Untuk Masyarakat”. (6) Salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional (PENA).
Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 9 Mac 1992 kerana sakit jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Saya sering tertanya-tanya, mengapa tidak sasterawan negara pertama jatuh pada Pak Sako ataupun A.Samad Ismail sebaliknya kepada Keris Mas? Barangkali kerana sumbangannya kepada sastera dan terlebih dulu berkhidmat dengan Dbp.
Rimba Harapan menceritakan kegetiran hidup orang Melayu pada tahun 20an ke 30an. Tentang sawah, kebun getah dan bencana alam. Pak Kia yang degil dan adiknya Zaidi yang tenang dan pandai merancang, bolehlah dikira sebagai tunjang novel ini. Diikuti Karim, Salim, Rahimah, Pendekar Atan dan lain2.
Cabaran2 di hutan sewaktu membuka tanah seperti gangguan binatang dan penyakit digambar dengan baik. Begitu juga dengan tipu helah mereka2 yang tamak. Saya turut temukan kosakata2 yang biasa di mulut orang Pahang tapi jarang ditemukan dalam karya2 kontemporari.
Saya lebih suka novel Saudagar Besar Dari KL berbanding novel ini. Kadangkala rasa betapa terpisahnya saya dengan dunia cerita ini yang mujurlah diselamatkan dengan penceritaannya yang lancar. Apapun tahniah DBP kerana menerbitkan semula novel ini dengan kaver dan saiz baru.
Buku yang mencampakkan diri saya ke zaman hampir seratus sudah. Bagi orang yang ada nostalgia-emotion-drive, ia mengesankan perasaan dan kesedaran bahawa nenek moyang saya pernah berada di bumi yang hampir sama.
No...just no. I wouldn't have even read it, if not for my course in university. Finally understood the meaning of the title and find the story somewhat meaningful but this novel is just not my cup of tea.
Pak Kia dan Zaidi, antara mereka tiada betul atau salah. Kenapa harus memilih antara kemajuan dan warisan? Tatkala keduanya saling perlu dalam dunia yang sentiasa berubah.
Rimba Harapan membawa saya mengenal fikir, dilema dan impian nenek moyang kita. Bacaan yang buat saya kerap termenung. Siang, malam belum tentu dapat hilang dari kotak fikiran.
Tanah yang lapang, terang, subur itu hasil jerih orang tua yang pernah dianggap miskin.
Keris Mas membuka rahsia tentang cara orang dahulu membuka kampung. Siapa yang tiada datuk nenek, novel ini boleh dijadikan sebagai pengganti. Lengkap segala macam kisah hutan, kampung dan penderitaan demi masa depan yang belum pasti. _____________________ Pak Kia lari jauh kedalam hutan sebagai bantahan menolak kemajuan. Manakala adiknya, Zaidi seorang Melayu kaya tidak pernah kalah memujuk abangnya. Watak Zaidi membawa contoh manusia progresif. Bukan mudah menjadi 'moden' pada era 20-an begitu.
Biarpun Pak Kia dicela membenci kebun getah dan lombong bijih. Keputusan untuk berpindah ialah demi menjaga warisannya secara mutlak. Mulanya, saya marah Pak Kia kerana membawa Karim naik ke Janda Baik.
Namun ia hilang kerana sisi emosional Pak Kia terlihat. Kasihnya pada Karim ialah dengan mencurah ilmu tradisi kerana takut anaknya alami krisis identiti seperti orang muda yang lain. _____________________ Timbul juga beberapa persoalan;
Apakah Zaidi yang moden progresif tidak terfikir Tanah Melayu boleh ditadbir bangsa sendiri? Iyalah tanpa sedar nasib mereka dimanipulasi oleh penjajah.
Jahatkah Pak Kia kerana 'mengurung' Karim dan Rahimah di Janda Baik? Ah....selagi diberi pintu harapan baru tidak salah agaknya.
Novel yang berlatarbelakangkan Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Pak Kia sebagai watak utama yang memainkan peranan sebagai seorang petani yang tidak mahu menerima arus perubahan dalam kehidupan bertaninya. Orang kini sudah berubah menanam getah, tetapi dia masih lagi bersawah dan berkebun. Katanya bersawah dan berkebun itu syurganya. Bukan kehidupan taninya sahaja yang sukar untuk diubah, malahan pemikiran kolotnya tentang pendidikan anak-anaknya juga turut menerima tempias kekolotannya. Puas dipujuk oleh adiknya, Zaidi agar anak-anak Pak Kia itu tidak diberhentikan sekolah agar mereka mempunyai masa hadapan yang cerah ditolak mentah-mentah oleh Pak Kia. Rahimah yang merupakan anak Perempuan Pak Kia tidak pernah diberikan langsung bersekolah kerana baginya hidup orang perempuan ini harus di dalam rumah dan di dapur sahaja. Sungguhpun Pak Kia ini seorang yang rajin dan kuat bekerja namun jika sukar untuk menerima perubahan zaman akan menyebabkan kemunduran dirinya.
Ini karya keris Mas yang pertama aku baca dan sejujurnya aku amat berpuas hati.
Isu pertembungan antara kaum muda dan kaum tua, dasar penanaman getah dan perlombongan biji timah yang memberi kesan terhadap sosioekonomi dan cara hidup masyarakat diolah dengan begitu baik .
Sangat teruja untuk terus membaca karya Keris Mas yang lain
Tidak akan menyesal membaca 'Rimba Harapan'. Ianya adalah kisah perjuangan untuk hidup yang jarang sekali diceritakan orang. Membacanya seolah-olah menoleh ke belakang untuk melihat pergorbanan dan perjuangan orang-orang tua kita demi kelangsungan kehidupan ketika zaman mula berubah pantas.
Watak adik-beradik yang berlainan pemikiran; yang moden dan yang ingin mengekalkan adat. Kedua-duanya ada pro dan kontra. Penulis bijak membezakannya melalui watak-watak yang ada.
saya sangat suka dengan buku ni, penceritaannya lancar dan membuatkan saya terus tertarik untuk menghabiskannya. banyak isu yang diceritakan dalam buku ni. antara isu utamanya ialah penceritaan mengenai proses pembukaan tanah hutan yang begitu payah dan memakan banyak tenaga. perbezaan kaum muda dan kaum tua jelas kelihatan dalam buku ini. ada juga digambarkan kesusahan penduduk kampung (Melayu) yang terpaksa lari masuk ke hutan rimba dan membuka penempatan baru akibat desakan ekonomi. hal ini pada akhirnya mendorong kepada dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British (mungkin)
saya sangat suka dengan watak-watak dalam buku ni, Pak Kia dan Zaidi, adik beradik yang walaupun berbeza pandangan hidup tapi masih mampu tolong-menolong menunjukkan keakraban dan kehangatan.
pada pandangan saya, jalan cerita buku ni ringkas sahaja, bermain dalam hutan dan rimba di Ketari, Janda Baik, Bentong tp ia ditulis dengan sangat baik, timbul kehairanan dalam diri saya😂 itulah kenapa penulis digelar sebagai Sasterawan Negara, karyanya malar segar, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Buku ini lebih jelas mengangkat pandangan "Melayu malas". Malah, novel ini menggambarkan isu yang timbul akibat migrasi kaum Cina & India ke Tanah Melayu dengan tepat. Best lah gak tapi fokus buku ni lebih tertumpu pada interaksi dalam kalangan Melayu je, takde sangat interaksi dgn kaum lain. It takes place between 1920s and 1930s (post-WWI & pre-WWII). Industri getah & perlombngan bijih getah baru nak rancak tapi masyarakat Melayu di Bentong, Pahang semuanya pesawah. Apa salahnya tauke Cina beli tanah Melayu (pada harga 3x lebih tinggi) untuk perlombongan. Akibatnya, ramai org kampung pindah ke hutan sbb tergadainya tanah. Apa gunanya kemajuan negeri jika penduduk terpaksa pindah ke hutan. Cerita tentang kehidupan peneroka Melayu membuka kampung baru di hutan. Cerita tentang kedegilan kaum Melayu menolak perubahan zaman & lena dengan taraf hidup yang sama. Cerita tentang kejahilan ilmu pengetahuan (dari segi agama, ekonomi & nilai pegangan hidup) dalam masyarakat Melayu. I'm really amazed how the author accurately illustrated the deep-rooted racial issue in Malaya back in the days and how the British manipulated the people's desperation for their profit, hence worsening the racial divide. Clearly everyone was desperate for survival, except the colonists.
"when you've grown up, remember how hard it is to build a village. Don't ever do what our people did; letting the rich, the clever, drive us away using money and trickery. Don't lose your head when offered money. When you grow as old as i am, remind your children and grandchildren not to sell their village, ever. Don't ever be exiled agai."
Review from whenever it was I first added this: This was supposed to be my compulsory reading when I was in form 5 but was replaced with another shorter book, John Steinbeck’s The Pearl I think. I was thankful for that. I could hardly enjoy any book if I were forced to remember every page of it so I could spill out a coherent answer during the one-and-a-half hour spent in an examination hell hall. As it was, this was a very enjoyable read.
I could not remember the names of the characters anymore but the plot was still quite fresh in my mind. This book was about the struggle of a Malay community who was forced to open a new area in the jungle for plantation after their paddy fields were submerged during a heavy flood (thus the title, Jungle of Hope). A businessman with unconventional approaches tried to convince his brother, a farmer with orthodox thinking, into adapting different views to the problems they were facing. This book gave an insight into the mentality and tradition of Malays at that time, some of which still applicable now. This was our very own good olde days.
I had never read Keris Mas’s other works in Malay so I could not say how much I like or dislike them, but I think Adibah Amin made a satisfying job in translating Jungle of Hope.