Inang Sari terperangkap dalam kemelut noda dan dosa akibat dendamnya terhadap lelaki. Dia hidup sebagai sampah sosial yang dilimpahi kemewahan. Namun keinsafan mula mengetuk pintu hatinya sejurus dia menyedari dirinya menjadi bahan santapan nafsu buas dua lelaki yang berkaitan darah. Dia mula bertaubat tetapi segalanya sudah terlewat.
Novel lama, penulis lama... Tapi yg best lenggok bahasa yang digunakan... Rindu penulisan sebegini.
Inang Sari, Seindah nama tetapi tidak seindah perjalanan hidupnya sekeluarga. Dia seorang yang bijak dlm pelajaran, tetapi atas sebab kemiskinan cabaran utk berjaya terpaksa di hentikan seketika dan atas sebab manusia yang kejam + berhati Syaitan dia menyerah segala yg berlaku sebagai takdir hidupnya sebagai perempuan simpanan.
Kerana fitnah org kampung kpd keluarganya, keluarganya bersabar menghadapinya. Kerana kedaifannya sekeluarga, keluarganya di pulau oleh orang kampung yg lebih mempercayai kurafat dari hukum Allah SWT.