Memang sudah ada beberapa buku yang ditulis mengenai P. Ramlee, tetapi inilah pertama kalinya kisah P. Ramlee ditulis sendiri oleh anak kandungnya Nasir. Secara bersahaja Nasir mengimbas kembali kehidupan sehariannya bersama bapanya. Melalui penceritaan Nasir, kita dapat melihat P. Ramlee, bukan saja sebagai seorang insan seni yang agung, tetapi dia juga seorang bapa yang bertanggungjawab ke atas semua anak-anaknya (P. Ramlee mempunyai ramai anak angkat).
Sebagai anak tunggal P. Ramlee, Nasir sangat-sangat menghargai bapanya kerana telah memelihara dan membesarkannya tanpa kehadiran seorang ibu. Buku ini mempamerkan bagaimana dia dibesarkan oleh seorang bapa tunggal sehinggalah dia melalui kehidupan bersama dua ibu tirinya, Noorizan dan Saloma.
Nasir juga berjaya menyentuh hati kita dengan cerita-ceritanya mengenai kehidupan P. Ramlee semasa berada di puncak kejayaan di Singapura sehinggalah saat-saat terakhir kehidupan Allahyarham di Kuala Lumpur.
Quite short read, but this book could’ve done with better editing & fact-checking. Nonetheless provided some gem of insight into P Ramlee’s domestic life.
Buku yang tidaklah tebal mana ini terasa keistimewaannya kerana kita dapat melihat perihal diri Allahyarham Seniman Agung Tan Sri Tun Datuk Amar Dr. P Ramlee dari sudut yang berbeza. Dan kali ini, ia berdasarkan sisi pandangan anakanda Allahyarham Nasir P. Ramlee. Kisahnya mungkin bukanlah yang paling lengkap mengenai P Ramlee sendiri kerana kisahnya banyak berputar sejak zaman Nasir P Ramlee kecil sehinggalah beberapa tahun setelah P Ramlee meninggal dunia. Namun, apa yang buat ia begitu istimewa kerana ia adalah koleksi memori peribadi anaknya bersama P Ramlee. Semoga arwah-arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Membaca buku ini membuatkan kita memandang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dari sisi yang lain.
Mungkin selama ini kita hanya bernostalgia tentang karya-karya beliau sahaja tetapi selepas membaca buku ini baru kita dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang seniman agung yang kita sayangi ini.
Kehidupan realitinya penuh dengan dugaan, suka dan duka telah disampaikan oleh anak tunggalnya, Allahyarham Nasir dengan baik sekali.
Buku ini bagus jika dibaca sekali dengan buku "P. Ramlee Yang Saya Kenal" oleh Yusnor Ef.
Melalui buku ini kita dapat mengenali P.Ramlee dari kaca mata seorang anak. Dimana secara bersahaja Nasir P.Ramlee membawa kita mengembara ke masa untuk mengimbau perjalanan P.Ramlee sebagai pelakon, sahabat, suami dan bapa.