Sewaktu aku membaca novel ini ketika aku anak remaja, aku membacanya dengan memahami bahawa ini sekadar cerita semata-mata. Apabila membacanya semula ketika sudah dewasa, baru aku menyedari bahawa novel ini mendidik pembaca untuk hidup bersederhana.
Bukan setakat itu sahaja, malah novel ini ada memberi pengajaran mengenai sikap merendah diri. Tidak kiralah kita memiliki bakat besar menggunung sekalipun, usah terus membangga diri menyatakan bakat itu. Budiman sangat teguh memegang prinsip bahawa semua di dunia adalah milik Allah.
Sikap yang paling dipuji adalah apabila Budiman dan Pak Man Tukang Jahit menolak tawaran duit yang dihulurkan oleh Pak Mat Tukang Masak. Kedua-duanya berhati mulia, jadi mereka berdua dapat mengesan duit tersebut bersumberkan apa.
Bacaan paksaan sewaktu tingkatan satu. Berjaya menghargai isinya walaupun hampir termuntah menghafal nota-nota tentangnya untuk peperiksaan. Entah di mana buku ini saya campakkan, harus digali untuk bacaan di hari tua.
Best... Bacaan masa kecil.. Dibelikan oleh abang.. Byk misteri kisah hidup watak utama.. tp akhirnya dapat dirungkaikan.. Keluarga, pendidikan, ketabahan dan kejayaan mengiringi liku hidup watak utama bersama org2 yg berkait rapat dgnnya... Bila teirngat balik terasa mahu kembali ke alam masa kecil dgn buku2 cerita yg pernah dibaca.
Buku ni PeQa baca masa tingkatan satu.. Cerita dia pasal anak pemilik biola 'bayu senja' (kalau tak salah aku) yang sememangnya pandai main biola dan bertungkus lumus nak dapatkan semula biola itu... Banyak pengajaran ni.
Baca novel ADB ketika aku masih pelajar sekolah menengah dan aku sangat sukakannya. Novel ini besar pengaruhnya kepada aku sebab sampai sekarang aku minat biola. Ya, aku minat biola sejak baca novel ini. Menarik!