Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cintaku yang telah lama hilang. Aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. Aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. Jangan tinggalkan aku dalam rindu yang tidak bertepian ini. Benarkan aku hilang di dalam keabadian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya. Jika kau pergi, maka aku tidak akan dapat bernafas di dalam dunia yang kejam ini. Aku tidak akan mampu mengharungi hari demi hari yang menyakitkan ini. Hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. Hanya engkau yang membuat mentariku berputar di atas paksinya. Hanya engkau...
"Mia anakku�kau tidak boleh selamanya merindui sesuatu yang dah tiada. Kau harus melangkah ke depan, melihat ke depan kerana di depan saja kau boleh mencari dan mendapatkan kebahagiaan. Tak ada kebahagiaan pada kenangan. Yang ada cuma kepedihan!"
Novel kedua JN aku baca selepas Sempadan Tanpa Seri. Jalan cerita yang bagus. Membaca kisah cinta Lara Mia dan Edri mengingatkan aku akan kisah Uda dan Dara, Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet. Aku kagum dengan kesetiaan cinta Lara Mia terhadap Edri. Hatinya lansung tidak terbuka untuk Victor Adam, walau pun telah berkali-kali lelaki itu bersumpah dan berjanji yang dia sanggup berbuat apa saja asalkan Lara Mia bahagia.
"...Kadang-kadang apa yang kita sangka cinta adalah air mata yang berkilau dengan keindahan. Tapi tak lebih daripada kepedihan hakiki..."
Bernaung di bawah payung Mercy Manchester, Lara Mia menjejaki bumi Pakistan bersama rakan-rakan termasuk Victor dan terselit harapan yang dia akan bertemu arjuna hatinya di sana.
"...hidup adalah kesengsaraan yang harus kita tempuh, walau suka atau tak. Walaupun kadang-kadang kita menafikan dengan mengatakan bahawa kita bahagia... kita masih lagi tidak punya kebahagiaan yang sempurna."
Tinggalan jejak dan bayangan Edri dapat dirasai... tapi ke mana hilangnya si dia? Mengenali Salimullah dan Fatimah membuatkan Lara Mia semakin hampir kepada kekasih hati. Tetapi mengapa masih belum ditemui lelaki itu? Pertemuannya dengan Babar Yusofzai menambahkan lagi sengsara di hati. Satu-persatu pengorbanan perlu dilakukan demi si arjuna... dengan Ona perasaannya dikongsi bersama.
Kehadiran Zubeidah telah membongkar segala rahsia yang tersimpan... Walaupun begitu, Pelabuhan Dover masih setia di situ... menjadi saksi dan menjawab semua persoalan si Cinderella Cinta....
Hhmmm... aku suka jalan ceritanya. Seronok juga baca hasil karya penulis lelaki ni, ada kelainan. Payah sebenarnya bagi mereka untuk menyelami dan menghayati perasaan wanita, melainkan mereka telah membuat 'research' dan 'homework' yang mencukupi sebelum ianya diungkap kepada perkataan-perkataan. Kalau boleh aku pun nak jadi macam Lara Mia tu... tabah dan cekal demi cinta (boleh ke aku ni?) Syabas JN! Sudah semestinya novel ini menjadi salah satu koleksiku. Tak sabar nak tunggu kelahiran Garis-Garis Deja Vu pula tapi sebelum tu kena cari masa pula nak baca Tunjukkan Aku Satu Bintang (tahun lepas novel tu dibeli tapi belum lagi sampai 'queue' untuk membaca novel tersebut... hehehe...)
Best, semua koleksi John Norafizan sudah berjaya dikumpulkan. Dari novel pertama beliau hinggalah novel ketiga beliau (sempadan tanpa seri, tunjukkan aku satu bintang, cinderella cinta) adalah saling berkait. Tetapi, walaupun pembaca hanya membaca salah satu di antara buku tersebut, pembaca masih boleh memahami jalan ceritanya. Seperti biasa, membaca penulisan John Norafizan memerlukan fokus yang lebih bagi saya.
Jalan ceritanya adalah agak rumit dan suasana dalam penceritaannya juga bukanlah melambangkan keindahan dan kebahagiaan, hanya kehancuran dan kesengsaraan. Walaupun begitu kerana penulisan John adalah semestinya unik, saya akan terus dan tetap membacanya. Saya akan meletakkan novel ini dalam kelompok novel yang agak berat dan kalau kamu tidak ada niat untuk membacanya, kamu akan bosan.
Seperti buku John Norafizan yg pernah saya baca,penuh dengan babak2 yang mendebarkan...membuatkan saya tak mahu berhenti membaca buku ini sehingga habis....