Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya...
Hubungan antara Rina Azia (Rina) dan Hazry Izhar (Hazry) memang rapat umpama belangkas. Cuma mereka bukanlah pasangan bercinta. Mereka hanya teman rapat kerana mengambil kursus yang sama di UTM. Keserasian hubungan mereka berdua selalu disalah tafsir sebagai pasangan bercinta sehingga hubungan baik yang sedia terjalin itu dicemburui oleh Elisha, teman wanita Hazry. Sering kali mereka bertengkar kerana Rina. Tak faham kenapa si Hazry ni boleh setia bukan main lagi dengan Elisha walaupun dia tau perangai sebenar Elisha yang suka berfoya-foya tu.
Tidak lama kemudian, hubungan mereka terputus kerana Elisha mahu ke luar negara untuk mengejar impiannya bergelar model terkenal. Heh. Hubungan yang berakhir itu membawa impak besar kepada Hazry. Ingin mengadu kepada Rina seperti lazimnya, Rina pula semakin menjauh selepas berkenalan dengan teman mayanya, Wan Azfarel (Arel). Sudahnya, Hazry pulang ke rumah keluarganya dan diberitakan tentang pemergian ayahanda tersayang. Pemergian mengejut itu membuat Hazry hilang arah dan kelam kerana hilang tempat bergantung.
Sebagai seorang sahabat yang memahami, Rina ingin berkongsi kepahitan yang dihadapi oleh Hazry. Namun, pengertian yang diberi dibalas dengan tuba bila Hazry yang dibawah pengaruh pil ecstasy telah bertindak menodai Rina. Kesian Rina. Yang hampehnya Hazry cuma memohon maaf atas tindakan ‘luar sengajanya’ itu dan menyambung pengajiannya ke luar negara. Dia fikir hanya dengan perkataan maaf itu boleh mengubah keadaan kembali kepada asal agaknya?
Mujurlah ada Arel. Dialah yang sanggup menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Hazry . Perkahwinan mereka dilangsungkan dengan restu kedua-dua buah keluarga . Sayangnya aib yang cuba disembunyikan terbongkar juga bila Rina disahkan mengandung dua bulan selepas sebulan tempoh perkahwinannya. Akibatnya, Rina dibuang keluarga kerana dianggap telah memalukan keluarga mereka.
Beberapa tahun kemudian, Rina bertemu kembali dengan Hazry atas urusan kerja. Kemunculan Hazry yang merindukan teman lamanya itu turut menggugat kepercayaan Arel. Rina bingung. Bertambah risau sekiranya Hazry mengetahui kewujudan Ikhzal (Ayik) yang selama ini disembunyikanya. Tapi bila menyedari yang air dicincang takkan putus, Arel berterus terang dan memperkenalkan Hazry dengan Ayik tanpa menyedari yang dia turut mempertaruhkan rumahtangganya disebabkan keputusan itu. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka bila satu demi satu individu dari masa silam mereka muncul kembali?
Komen saya: Kisah ni agak dramatik. Kalau divisualkan harus ada yang cair dengan Wan Azfarel ni. Haha. Shush! Bagi saya penekanan dalam naskhah ini adalah tentang pergaulan. Sebaik mana atau serapat mana hubungan kita dengan kawan berlainan jantina tu, batas tetap ada. Jangan sesuka hati nak bertepuk-tampar dengan anak dara / teruna orang sembarangan. Macam mana percaya pun, mereka tetap manusia biasa yang tak sempurna. Satu kesilapan mungkin bawa penyesalan seumur hidup. Dan bukan semua orang sebertuah Rina. Jadi beringatlah ya, adik/kakak/abang/ sekelian? Haish, entah kenapa terlebih emosi pula. Tahniah Kak Rose. Moga terus berkarya. :)
Kerana Tuhan lebih tahu dan kepada Allah mereka serahkan segalanya.
Aku puas hati sangat pengakhiran dia Rina tetap dengan Azfarel. Dari awal aku memang dah tak suka Hazry. Lagi menyakitkan bila dia tinggalkan Rina macam tu je bila dia dah perkosa Rina walaupun dia di bawah pengaruh pil E. Mana rasa tanggungjawab dia? Bukan sekadar maaf yg perlu diucap tapi rasa tanggungjawab yg perlu kau galas sbb dah rosakkan maruah orang.
Pengajaran yang boleh nampak jelas kat sini adalah walau baik mana pun kita antara laki dan perempuan kena ada batas. Jangan sentuh, bertepuk-tampar dan selalu keluar dgn bukan mahram. Seeloknya kena berteman dan di tempat yang terbuka dan tak menimbulkan fitnah. Sekali gus utk elakkan benda2 yang tak baik berlaku.
Rina dikira manusia yang bertuah sangat sbb Azfarel terima dia walaupun dah tak suci dan keluarga Azfarel pun tak pertikaikan keputusan Arel utk kahwin dengan Rina. Sanggup pulak membesarkan Ikhzal walau tahu dia anak Rina dgn Hazry. Laki mcm ni memang satu dlm sejuta kot. Lelaki ni ada ego dan maruah dia. Kalau dia dah betul-betul sayang kau dan sanggup terima kurang kau, jangan sesekali kecewakan laki macam tu.
Nasib Rina tak beri muka dekat Hazry walaupun Hazry jenis yang tak reti bahasa asyik duk mengendeng je dengan Rina bila dah tahu hal sebenarnya. Nasib baik lama-lama dia boleh terima kenyataan yang cinta tu tak semestinya memiliki.
Suka bangat cerita ni. Nasiblah jumpa orang yang jual preloved. Dapat jugak baca walaupun terlambat sikit. 😁
Tak faham betul dengan perangai Hazry..Sudah la menodai Rina di bawah pengaruh pil khayal, lepas tu mintak maaf je dan terus blah ke luar negara tinggalkan Rina terkontang-kanting..Siap bagi tau ex-girlfriend dia lagi yang dia dah rosakkan Rina..What?? Aib kot.. Tapi bila dia sendiri dapat isteri yang tak suci tak boleh terima pulak..
Nasib baik Rina kahwin dengan Azfarel yang menerima Rina seadanya. Sebagaimana Azfarel menerima Rina tanpa syarat, begitu juga Rina tetap bersama Azfarel yang disahkan lumpuh selepas kemalangan.
Akhirnya,, bahagia setelah berlalunya badai. Badai juga bukan sebarang badai. Hanya semangat yang kuat, kasih seluas lautan tanpa syarat, cinta tulus Rina-Farel, dapat melepasi. Biar begitu kerap dilambung dugaan, difitnah, diherdik dibenci ibu sendiri, disakiti hatinya oleh wanita-wanita yang iri, Rina teguh melayari hidup sebagai isteri setia. Farel lelaki Budiman, sejak menyedari jatuh hati pandan pertama dengan Rina, tiada lagi wanita lain dapat mencuri kasihnya. Hazry, memang kasih an lelaki manja ini. Hatinya terlalu rapuh setelah menyedari, bahawa Rina rupanya srikandi cintanya. Sayang, wanita yang didambakan telah menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sang suami budiman. Nampaknya seperti bekas teman bertepuk tamparnya Rina, Hazry juga perlu mencari Cinta wanita yang beza 7 tahun dari dia. Elisya, dendam mengiringi pemergian.
wow lega dapat menamatkan kisah yang sangat dekat di jiwa...bahasa yg sangat bermakna...storyline yang sangat kena dengan jiwa....Tahniah buat penulis Nora Ismail..sayangkan karya yang sebegitu indah tidak diulang cetak kan?huhuhu....ini pun ku baca pinjam dari kawan...terima kasih beb kerana meminjamkan kisah yang sangat dekat dengan masyarakat dan penuh pengajaran...Sesungguhnya Tuhan lebih tahu ...setiap yang berlaku dalam perancanganNya...4.4* ..Tahniah Nora Ismail/ Rose Harissa...
Rina: "Dia yang menerima aku tanpa syarat. Ketika aku memerlukan bahu untuk menangis, ketika aku memerlukan tangan untuk memimpin, dia datang kepadaku. Bukan saja dia memandu aku, tapi menyayangi aku dengan segenap jiwa raganya. Dia segalanya bagi aku."
Kerana Tuhan lebih tahu dan kepada Allah mereka serahkan segalanya..
Novel Tuhan Lebih Tahu oleh Nora Ismail terbitan NB Kara ini adalah cetakan pertama pada tahun 2009. Kemudian pada tahun 2016, penulis guna nama pena Rose Harissa untuk beri nafas baru berserta cover baru untuk diterbitkan oleh Idea Kreatif tapi tajuk yang sama. Pada saya, 90% isi cerita dan jalan ceritanya sama cuma ada sedikit olahan untuk terbitan IKP termasuk epilog yang berbeza yang saya tidak suka. Sebuah kisah bertemakan kekeluargaan dan pengorbanan ini sangat menyentuh perasaan saya. Terutama sekali jalinan dalam keluarga Wan Azfarel yang semua orang tinggal di bawah satu bumbung tapi dalam empat rumah yang berlainan. Saya paling suka watak Wan Azfarel. Cintanya pada Rina Azia yang selalu utamakan kebahagiaan Rina buat saya terharu. Watak jahat Elisha yang penuh dendam sampai sanggup melibatkan Rina, Azfarel dan Hazry amat terserlah. Begitu juga dengan Nafisa yang gedik sampai paksa Hazry kahwin dengannya sangat menjengkelkan. Saya lebih suka dengan edisi pertama terbitan NB Kara ini dan epilog pun best sangat.
TLT membawa kisah dua orang sahabat yang berlainan jantina. Mungkinkah antara lelaki dan perempuan tidak boleh berteman rapat? Atau hubungan persahabatan itu nanti akan timbul cinta platonik?
Rina Azia [Rina:] dan Hazry Izhar [Hazry:] bagaikan belangkas. Sejak kali pertama bersua mereka sudah serasi. Hubungan yang erat itu sering saja disalah erti sedangkan di hati mereka sayang itu cuma sekadar sahabat. Tidak lebih daripada itu.
Rapatnya Rina dan Hazry memang tak disukai oleh Elisha, teman wanitanya yang mengada-ngada tu. Sering saja bertengkar kerana perkara-perkara kecil. Sudahnya hubungan kasih mereka terputus. Elisha terbang ke luar negara mengejar impiannya menjadi model terkenal.
Perpisahan dengan Elisha membuatkan Hazry tak senang duduk. Ingin mengadu pada Rina; gadis itu pula dirasakan semakin menjauh bila dia berkenalan dengan Wan Azfarel [Arel:]. Suramnya Hazry tidak berkesudahan apabila ayah tersayang dijemput Ilahi. Dia umpama hilang arah. Hilang sudah tempat bergantung.
Rina yang mengetahui khabar itu segera mencari Hazry. Dia ingin menjadi sahabat yang mengerti. Tetapi entah di mana silapnya. Pengertian yang ingin diberi dibalas dengan penuh luka. Hazry yang di bawah pengaruh pil Ectasy telah meragut kesucian Rina.
Kecewanya Rina bukannya sedikit. Hazry pula memang lelaki dayus. Pergi ke luar negara begitu saja. Cukupkah dengan nota kemaafan? Gila lah! Hazry memang tak selayaknya digelar teman. Maaf sahaja tak akan mampu mengembalikan keadaan seperti dulu kala. Maaf juga tak akan pernah cukup untuk seorang wanita yang sudah ternoda.
Mujur saja ada Arel. Dia yang sememangnya amat menyayangi Rina sudi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Hazry. Dengan restu keluarganya, dia menyunting Rina sebagai isteri. Sayangnya kebahagiaan Rina tidak berpanjangan. Dia disahkan mengandung dua bulan sedangkan perkahwinan mereka baru saja mencecah sebulan. Rina dibuang keluarga kerana dianggap anak yang menconteng arang. Baik Rina mahupun Arel, masing-masing dah tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke rumah keluarga Rina.
Bertahun-tahun cuba melupakan bayangan hitam tetapi kemunculan Hazry menggugat kembali ketenangan Rina. Kehadiran Hazry yang mula merindui temannya itu membuatkan Arel dilanda cemburu. Apatah lagi Ikhzal [Ayik:] saling tak tumpah seperti Hazry. Mahu lari ke mana andainya rahsia lama terbongkar. Baik Rina mahupun Arel tidak sanggup kehilangan Ayik.
Namun air yang dicincang memang tak akan pernah putus. Arel sendiri yang menceritakan hal yang sebenar. Dia mahu Ayik merasai kasih sayang ayah kandungnya. Baiknyalah si Arel ni! Tetapi sayangnya Arel silap percaturan. Kehadiran Hazry di antara mereka menyebabkan rumah tangga mereka kini dalam kekacauan.