Jump to ratings and reviews
Rate this book

Merentas Sungai Sejarah

Rate this book
Novel Merentas Sungai Sejarah ini mengungkapkan tema tentang pembinaan teknologi maklumat, yang mencakup persoalan-persoalan perisian komputer, bahasa pengatucaraan, sistem pengendalian menerusi usaha gigih sekumpulan anak muda menubuhkan Syarikat OS Kahfi Version OT. Menggapai idealisme dan cita-cita besa bukan suatu hal yang mudah; malah pelbagai gejala episodik yang terpaksa ditempuh dan rempuh oleh watak-wataknya, menjadikan novel ini cukup menarik untuk dihayati.

371 pages, Paperback

First published January 1, 2003

19 people want to read

About the author

Nazmi Yaakub

10 books282 followers
A novelist, short story writer and Literature Editor at daily newspaper Berita Harian (BH).

Novelis dan cerpenis, Nazmi Yaakub atau nama sebenarnya Mohd Nazmi Yaakub juga ialah Pengarang Berita (Rencana & Agama) di akhbar harian, Berita Harian (BH), selain pernah menjadi Pengarang Sastera BH.

Berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah (SR) Sultan Ismail I; Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian I; Sekolah Menengah Ugama (SMU) Ma’ahad Muhammadi Lilbanin (MML) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Muda Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar as-Syarif, Mesir (Damanhur) hingga tamat pengajian pada tahun 2003.

Kerjaya di BH bermula sebagai Wartawan Sentral, Jenayah dan Sastera, sebelum diberikan tanggungjawab mengendalikan Sastera & Agama BH pada Januari 2014 dan Rencana bermula 2020.

Karya awal dalam bentuk cerpen dan puisi disiarkan di majalah Muslimah, selain majalah edaran dalaman di persatuan mahasiswa negeri ketika menuntut di Universiti al-Azhar yang dikenali Suara Kampus (SK),

Novel ‘Lambaian Huda’ terbitan Creative Enterprise asalnya diterbitkan secara bersiri di SK dengan judul ‘Harga Setatah Keinsafan’, manakala novel ‘Merentas Sungai Sejarah’ pula memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Novel Alaf Baru 2001 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah menggunakan nama pena Mohnas, Hj Mohnas dan Adib MN Damanhuri.

Pernah menyertai Bengkel Program Penulisan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA): Cerpen di Bogor, Indonesia, bermula 28 Julai hingga 1 Ogos 2007.

Memenangi Hadiah Sastera Penulis Muda Negeri Kelantan 2001-2002, manakala pada Julai 2010, meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobile (HSKU) 2009 lewat ‘Embus-embus Iman di Indus’ yang meraih Hadiah Utama Kategori Cerpen Dewasa. Pada tahun 2014, memenangi Hadiah Utama HSKU 2013 Kategori Cerpen melalui cerpen ‘Pada Suatu Nama’. Cerpen yang sama turut memenangi Anugerah Sastera Kelantan 2015.

Turut menghasilkan kumpulan cerpen, Suria Baghdad Berwarna Biru terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (27%)
4 stars
3 (27%)
3 stars
4 (36%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (9%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,558 reviews41 followers
December 3, 2018
Seperti biasa, apabila sudah tetapkan hati untuk membaca, saya hanya baca tajuk dan terus mulakan pembacaan, skip sinopsis atau blurb di kulit belakang buku atau di mana-mana pun. Saya suka kekalkan elemen surprise. Buku ini, berdasarkan tajuk dan ilistrasi kulit, saya fikir membawa kisah orang lama, latar belakang berunsur sejarah, mungkin zaman dua tiga puluh tahun dulu. Saya sangat silap. Tema novel ini rupanya agak modern, era IT waktu Java mula berkembang, walaupun kalau ikut rentak IT, zaman Java sudah tak glamor lagi. Apa saja yang saya merapu, sedangkan saya bukan dalam golongan orang mahir IT.

Kisah Izwan mengembeleng tekad dan semangat anak-anak dara sahabat baik adiknya termasuk adiknya sekali, dan anak-anak muda yang bijak, supaya bangun membuktikan bahawa di Malaysia juga, mekar mewangi khalayak saintis, pencipta dan pencetus, bukan hanya heboh sekampung bangga sebagai bangsa peminjam dan peniru. Cabaran tersurat, tersirat, psikologi banyak sungguh merentang di depan Izwan. Dengan sabar dan ada kalanya dengan baran, sungai pancaroba dikayuh juga hingga termaktub makmal Nadhah dan Syarikat OS Kahfi.

Sebagai lelaki dan suami, bagi saya Izwan bukanlah dalam kategori hebat. Dari usia kurang 10 tahun hingga hampir 40 tahun, dia masih dihantui sejarah kehilangan ibu ayah di sungai Kelantan benar boleh menggugat kematangan seorang lelaki. Dendamnya terhadap makcik Subhiyah, sebenarnya sampai sudah saya tak faham letak sebenarnya. Kenapa Izwan dipisahkan dengan Iffah, adakah disebabkan kemiskinan? Sampai sudah Subhiyah tidak berterus terang dan Izwan membiarkan keadaan itu berlarutan dan lebih senang terus memasang prasangka buruk.

Dalam cerita ini, hampir kesemua nama nama watak wanitanya sangat unik; Norainmah, Ruszainora, Suzienaria... Saya juga berhajat nak komen mengenai kesesuaian tajuk 'sejarah' untuk sebuah kisah yang berlaku 30tahun dulu, tapi tak cukup ilmu lagi nampaknya untuk dizahirkan, hanya mampu dibiar berlegar dalam kepala. Yang pasti, novel ini sangat kekar dengan alunan bahasa Melayu tahap tinggi. Banyak sungguh perkataan yangvtidak pernah saya tahu malah tidak pernah terjumpa di mana-mana. Macam mana lah caranya untuk dapatkan perkataan tu semua? Kelas bahasa? Kelas sastera? Pembacaan?
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.