Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ibu Yang Kusayang

Rate this book

128 pages, Paperback

First published January 1, 1989

2 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Sharifah Hasnah Abdullah

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (61%)
4 stars
5 (27%)
3 stars
2 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Alfa  Syamimi.
14 reviews9 followers
November 17, 2013
cerita ni, aku baca berzaman dulu. masa aku darjah 1 @ 2. terjumpa dalam almari lama. sekarang, tak tau dah lesap ke mana buku tu.

masa tu pun, seingat aku buku ni dah lunyai semacam. kalau sekarang masih wujud dalam simpanan aku pun, tak tahu mcm mana keadaan dah. huahaha.

nak review panjang berjela memang tak ah, jalan cerita memang hampir zero dalam kepala otak.

cuma satu yang pasti, aku sangat yakin masa rate buku ni 5 stars. aku tak tipu bila aku kata aku nangis masa baca buku ni. cuma untung aje, kakak abang adik aku tido semua masa tu. haha.

sangat sangat sangat best.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
92 reviews1 follower
April 24, 2025
buku ini banyak pengajaran daripada penceritaan ini. Mudah konsepnya, namun mendalam untuk dikaji dengan persekitaran yang sedang berlaku untuk anak-anak remaja pada masa kini. Terlebih manja ? terlebih mendengar kata anak membuatkan anak-anak sekarang amat manja dan lemah jika dibandingkan cara pembesaran anak ketika tahun 70an hingga lewat 90an. Jika dibandingkan dengan dahulu, hisap rokok, hisap dadah, vandalisme adalah tunjang utama permasalahan sosial ketika itu.

Namun, sekarang, terlalu masalah yang rumit menjadi tunjang permasalahan dan sekarang di sekolah juga, amalan seperti rotan atau segalanya jika tidak siap kerja sekolah tidak dilakukan oleh kerana campur tangan ibu bapa mereka. lihatlah sekarang pelbagai isu yang sering melanda belia remaja di negara ketika ini. Cerita ini mudah tetapi jika difahamkan dengan lebih mendalam, amat besar impaknya kepada pembaca.
Profile Image for Ahmad Nizamuddin.
55 reviews2 followers
January 14, 2013
tulisan ini dah ada dalam benak, namun aku zahirkannya semasa membaca buku ni...

Aku tahu Ma pernah kecewa dengan aku sebab berhenti sekolah agama masa darjah enam dengan alasan nak tumpu pada UPSR. Aku menyesal buat Ma sedih.

Aku tahu Ma pernah kecewa denganku bila tahu aku bersubahat mencuri tiang gol bola jaring dari sekolah untuk diubahsuai jadi rail untuk main skateboard. Aku menyesal.

Aku tahu Ma pernah kecewa denganku bila tangkap aku cuba hisap rokok masa zaman sekolah menengah. Dua kali! Ma nangis terduduk. Berjurai-jurai air matanya.

Pernah juga aku tinggikan suara sebab tak suka dikongkong. Ya lah, masa remaja. Darah tengah panas dan memberontak.

Sebab tu kini aku ceritakan segalanya pada Ma. Aku dah berubah. Aku tahu semua ni terjadi berkat doa siang malam Ma juga yang hendak anak-anaknya menjadi orang-orang yang baik dan beriman pada Allah.

Ampunkan aku Ma.
Profile Image for Siti Sal.
1 review
January 10, 2016
Buku pertama yang saya baca semasa sekolah rendah. lebih kurang 9 tahun berlalu dan Saya lupa jalan ceritanya tapi kesannya masih dalam ingatan saya sampai ke hari ini. Bahasanya ringkas dan tepat. kasih sayang 'ibu' juga dapat saya rasakan. :)
Profile Image for Eila Hussin.
1 review
April 21, 2019
Nostalgia sangat. Baca buku abang masa sekolah rendah. Baca berulang kali mgkn lebih dari 10 kali. Sampai terbayang berada kat Tmn TAS.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.