Pengarang memadatkan novel Keris Mas yang penting ini untuk bacaan pembaca peringkat remaja supaya meminati seni kreatif yang terbaik. Kisahnya berlatarkan dunia korporat di mana watak-wataknya bertentangan antara pendukung idealisma dan nilai moral yang suci dengan mendukung unsur-unsur alam dunia niaga yang canggih, mencabar dan penuh dengan unsur-unsur yang tidak diduga. Rupa-rupanya kedua-dua pertentangan ini boleh diselesaikan dengan kompromi yang serasi.
Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaluddin Muhamad adalah Sasterawan Negara Malaysia 1981. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik. Juga dikenali dengan nama samaran seperti Pejuang Sastera Negara, Aku, KM, Kamal Kamludin M dan Mister X.
Dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang.
PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Bentong, Pahang, 1929 – 1933. (2). Tawalib School, Sumatera, Indonesia. (3). Kolej Kulliahtul Muallimin al-Islamiah, Sumatera, dan lulus dalam bidang Ilmu Umum, 1940. (4). Pitman College, Singapura. (5). Mengikuti kursus matrikulasi di Unversity of London di Singapura. Tidak tamat akibat terhalang oleh Perang Dunia Kedua.
KERJAYA: (1). Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PKMM). (2). Anggota Sidang Pengarang akhbar Utusan Melayu, Singapura, 1947. (3). Wartawan, Melayu Raya, Singapura, 1953. (4). Wartaawan Warta Negara, Pulau Pinang, 1954 – 1955. (5). Pengarang Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Johor Bahru, 1956. (6). Ketua Pengarang DBP, 1962 – 1971. (7). Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, DBP, 1971 – 1977.
ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah Pejuang Sastera yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, 1976. (2) Anugerah Sastera Negara oleh Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Sasterawan Negara, 1981. (3) Anugerah bintang kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, 1968. (4). Anugerah bintang kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, 1982. (5). Anugerah SEA Write Award oleh Raja Thailand diBangkok, 1987. (6). Anugerah Kehormat ijazah tertinggi Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau PInang, 1989.
KEGIATAN/PERLANTIKAN: Antaranya: (1). Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera, 1971 – 1976. (2). Anggota panel Anugerah Sastera Negara, 1979. (3). Penulis Tamu, DBP, 1977 – 1978. (4). Karyawan Seni, Universiti Malaya, 1979. (5). Pengasas ASAS ’50 di Singapura berkonsepkan “Seni Untuk Masyarakat”. (6) Salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional (PENA).
Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 9 Mac 1992 kerana sakit jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Jujurnya, saya langsung tidak menyangka bahawa novel ini begitu baik sekali. Sangkaan awal saya, ia hanya cerita yang meleret-leret—diterbitkan pada tahun 1983, kebanyakan novel tiada begitu menggugah pemikiran. Sebenarnya, masihlah ada bahagian meleret... tapi kelemahan ini terbenam dengan perkembangan cerita.
Daripada awal, saya tidak boleh menyangka bahawa ada banyak hal yang cuba disuntik oleh pengarang. Bermula daripada falsafah perdagangan, falsafah politik, perbezaan status sosial dalam masyarakat, kerencaman pemikiran, golongan elit Melayu baharu, pembangunan, nilai keberagamaan, kekeluargaan, networking, dan bermacam-macam lagilah!
Yang paling saya gemar adalah bagaimana Keris Mas membongkar peribadi setiap watak perlahan-lahan, sementara watak utama dikebelakangkan dan watak pinggiran dikehadapankan secara bersahaja. Aih, begitu baik sekali! Sungguh! Jika diukur dengan tahun penerbitan novel, benar-benar ia mampu 'merakam' zaman, dan bahkan, pada satu sisi yang lain, novel ini telah pun melampaui zaman.
Karya-karya sastera Melayu sebeginilah yang wajar dibaca dan dibincangkan secara meluas, bukannya karya yang mengangkat watak jijik tanpa pengajaran atau watak lemah yang bodoh. Saya berharap agar novel ini menjadi drama di televisyen suatu hari ini. Sekurang-kurangnya babak atau adegan "anak Tan Sri" dan "kerja office" dalam karya ini lebih berasas dan menggendong pemikiran, bukan sebatas cerita hampas makna.
Jika ada yang bertanya, karya Sasterawan Negara apakah yang wajar dibaca? Selain daripada Masuk ke Dalam Cahaya dan Tulang-Tulang Berserakan, karya ini adalah yang ketiga. Selain itu? Tiada.
Kelicikan ahli perniagaan terserlah dalam melaksanakan cita-citanya memenangi hati masyarakat untuk mengambil alih tanah di kampungnya untuk dibangunkan. Menjalankan misi 'murninya' bersama YB Muhd Yusuf, Encik Muhammad begitu licik mengambil beberapa orang anak kampung sebagai tenaga kerja utamanya dalam memastikan semua penduduk kampung terpengaruh untuk menjual tanah.
Dalam masa yang sama, terdapat penentangan jarak jauh dari anaknya, Rahim yang sedang menuntut di London. Rahim yang disebut-sebut menjadi peneraju perniagaannya sudah menunjukkan nada kurang selesa dengan tindakan ayahnya. Tetapi Encik Muhammad tetap dengan tujuannya lalu mengatur beberapa rancangan lain termasuklah mengikat pertunangan antara Rahim dengan Mahani yang sudah memang dirancang sejak kecil.
Pelbagai konflik berlaku dan penyelesaiannya dapat dibuat dengan teratur. Penamatnya begitu mengesankan kerana debaran yang kita rasakan ketika pertentangan memuncak antara syarikat dan Encik Muhammad menjadi satu penyelesaian yang menyenangkan kedua-dua pihak. Saya senang sekali dengan penamat seperti ini sekaligus memberi keadilan kepada kedua-dua pihak tanpa meminggirkan matlamat kapitalis Encik Muhammad dan Sudin yang dalam diam mengatur bidaknya dengan rapi diatas papan caur.
Dengan langgam bahasa yang sangat terkehadapan berbanding zamannya, Sasterawan Negara Keris Mas menghuraikan asam garam dunia perniagaan, ekonomi, dan perhubungan sesama bangsa. Dengan strategi sahaja, segala-galanya dapat diterjemahkan.
Kalau mahu hidup kita mesti berani. Memang perjuangan hidup ini macam itu. Kalau tidak terbilang, hilang. Kalau tidak timbul, tenggelam”.>i
Membaca Keris Mas seolah menyorot kita untuk hidup dalam satu latar sosial yang asli dan segar. Hakikatnya, seorang sasterawan akan selalu menulis dengan pena pengalamannya, lalu kita sebagai pembaca lekas-lekas menekurkan diri- menginsafi barangkali ceteknya hidup yang kita sedang hadapi.
Hampir dua kali juga saya tak nak habiskan novel ini. Pertamanya, bahagian awal agak membosankan, kerana banyak pengulangan pada setiap bab. Kedua, cetakan tulisan yang kecil dan rapat. Tapi kerana paksaan dari suami, saya berjaya juga menyudahkan bacaan dan saya agak mind-blowing dengan plot cerita.
Siapa tahu, bahagian yang bosan itu rupanya sangat penting. Tentang pengulangan pula saya boleh faham sekarang kerana novel ini diterbitkan dari cerita bersiri yang disiarkan secara mingguan dalam Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman. _____________________ Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memberi perhatian aturan kepada gaya perniagaan En. Muhammad. Peluang, keistimewaan dan wayang lakonan menjadi asas utama beliau untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Gerun rasa bila Keris Mas perlahan-lahan memunculkan sisi penindasan yang dilakukan En. Muhammad terhadap penduduk kampung.
Sebenarnya watak yang lebih menarik untuk saya dalam novel ini ialah Sudin. Lelaki muda ini telah menjadi perantis En. Muhammad tapi ada sedikit perbezaan. Dia bijak memanipulasi Mat Akil, Mahani dan Rahim untuk kepentingan dirinya. Namun begitu, dia masih ada rasa belas kasihan dan ragu-ragu. Mungkin kerana atas pengalaman hidup yang sederhana.
Tak tahulah saya, watak Sudin wajar dicungkil lagi rasanya. _____________________ Walaupun pengakhiran novel ini tergantung, bagi saya ia amat memuaskan. Biarlah ia tidak dipanjangkan lagi supaya lebih banyak persoalan timbul selepas membaca. Dan menyedarkan saya untuk melihat sekeliling tentang asas sistem perubahan ekonomi dan pembangunan yang berlaku.
Adakah ia atas tuntutan keperluan sejagat atau kemahuan individu?
Membaca karya Sasterawan Negara yang pertama memberi satu kepuasan. Laras bahasa dan penceritaan yang berunsur alam menjadikan karya ini indah. Kisah hubungan Encik Muhammad dengan orang sekelilingnya, Datuk Tan, Mahani bakal menantunya, Rahim anaknya, Cik Tipah, isterinya, Penghulu Mahmud, abangnya dan kakum keluarga di kampung dan masyarakat sekitar kawasan lombong bijih di Perak. Kisah usahawan berjaya yang ingin membangunkan kampungnya lalu diingatkan tentang maksud niatnya oleh anaknya yang berada di luar negeri. Banyak cara untuk mencapai matlamat namun kita perlu ingat bahawa maslahat umum perlu diutamakan.
Teks Sastera Moden Tingkatan 6. Dalam keterpaksaan saya telusuri apa yang ingin disampaikan oleh Keris Mas. Syukur. Daripadanya..saya dapat sesuatu yang berharga. Ilmu yang tiada tolok bandingnya.
Kisah karangan Kamaluddin Muhamad-lebih dikenal dengan nama Keris Mas, seorang sastrawan dari Malaysia, berkisah tentang seorang saudagar Melayu bernama Encik Muhammad bin Idris. Encik Muhammad bisa dikatakan bukan orang lama dalam urusan berniaga. Keluarga merupakan pengusaha sukses. Dengan demikian keinginan untuk mengembangkan usahanya seperti membuka ladang lada hitam di Johor, bukanlah hal yang aneh. Istrinya juga seorang pengusaha sukses.
Untuk memudahkan upaya mengembangkan usaha, ia bekerjasama dengan Sudin. Sosok yang akan menghalalkan segala cara demi tercapainya tujuan. Termasuk bersikap seolah-olah akan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan memindahkan mereka ke rancangan FELDA. Serta mengalah dan bersikap baik dengan musuh bebuyutan yang dianggap dapat memperlancar taktiknya.
Upaya Encik Muhammad tersebut mendapat halangan dari banyak pihak. Antara lain Imam Saad, Lebai Maarup, Muhammad Alif, bahkan anaknya sendiri, Rahim serta calon menantunya. Akhir kisah sosok Encik Muhammad menjadi sadar dan membantu mendirikan kompleks bangunan yang dapat menampung keperluan sosial dan agama masyarakat Islam.
Seluruh isi buku mempergunakan bahasa Melayu. Meski demikian, pembaca tak akan mengalami kesulitan berarti ketika menikmati kisah ini.
Not my first serious fiction but all the topics discussed, the persoalan in this book was so interesting for me. Pada awalnya, rasa bosan jugaklah sebab cerita ni bertemakan ekonomi, dunia bisnes dan itu bukan genre buku yang kebiasaannya saya suka. Tapi lama-kelamaan, persoalan-persoalan dari buku ni buat saya giat berfikir dan saya suka buku ni atas sebab tu. Buku ni menunjukkan tiada apa-apa yang hanya hitam dan hanya putih dalam dunia ni.
Buku ni hampir dapat 4 bintang tapi sebab pengakhirannya seolah-olah masih tergantung bagi saya dan saya tidak puas, jadi hanya 3 bintang yang akan saya berikan.
Saya membaca Saudara Besar dari Kuala Lumpur, edisi ringkas oleh Nur Zahirdi. Terus terang saya rasanya ianya tidak seperti novel Keris Mas. Mungkin kerana ringkasan yang telah merosakkan keaslian lenggok bahasa Keris Mas. Mungkin saya silap. Mungkin saya terlalu terpesona dengan 'Rimba Harapan' sehingga meletakkan harapan yang terlalu tinggi dengan novel ini. Tapi tidak boleh dinafikan, cerita yang diangkat amat menarik. Insyallah saya akn cuba membaca versi asal. Untuk kepastian.
Suka cara SN Keris Mas susun dan mainkan plot. Penceritaan yang baik tentang strategi dunia perniagaan dan korporat, ada unsur politik, guaman, isu kemasyarakatan dan soal budaya Melayu Islam. Setting masyarakat Melayu pada latar masa dalam novel ini (mungkin tahun 70an-80an) tak lari jauh dengan keadaan orang Melayu tahun 2022.
Novel ini adalah cerminan kapitalis Bumiputera yang berjaya, licik dan hanya memikirkan wang. Ending agak mengecewakan namun pujian harus diberi kerana ia membawa cerita yang realisme.
Buku yang kedua tahun ini yang Bagus selepas buku bermula dan berakhir dari naguib mahfouz. First time baca keris mas. Memang layak diberi gelaran sasterawan negara.
"Sir, based on my experience, partnering with a tiger, regardless of whether the tiger is Chinese, Indian or Malay, brings plenty of danger, there are many tricks. The moral code of the business world is firmly in place, but it is a bed of thorns. The terms "cheating", "being deceived", "lies", "pretention" and many other terms can be interpreted very loosely, up to a point where it doesn't make sense, but there are limits when one has gone beyond the moral code. So if we are partnering a powerful tiger, then we have to become a sly fox. Don't become another tiger or even a bull or a crocodile." The Honourable Gentleman smiled and appeared truly glad. "My thoughts exactly, Mr Mat, can I call you just Mr Mat?" He looked straight at Mr Muhammad's face, appealing for friendship. Mr Muhammad smiled willingly. The Honourable Gentleman continued: "You are a brilliant man, Mr Mat. I remember the fables from when I was young. The tiger certainly is the enemy of the fox." "That's wrong, sir. The fact is that the tiger and the fox are not enemies but contenders. Those who compete are not necessarily enemies. The tiger truly knows about the deviousness of the fox, and the fox on the other hand, knows exactly the strength and courage of the tiger. They fight each other hard to continuously remind their opponent of their abilities and also to remind themselves about the abilities of their opponent. - The Big Businessman from Kuala Lumpur by Keris Mas . . Greed, Capitalism and class differences is the 3 themes that was discussed the most throughout the novel. Mr. Muhammad has planned a strategy to overtake Datuk Tan’s monopoly on Mining industry. That strategy requires him to be cunning and bold specifically in pushing villagers to sell their land. While this is the major plot for almost 500 pages, Keris Mas also inserted other social commentary in some of the scenes that happened in the story. The clash of ideologies between Rahim (Mr. Muhammad’s son) with him managed to portray how distinctive the older and younger Malay psyche at that time. One saw the land takeover as manipulation and the other saw it as development - for it will help improve the Malays economic wellbeing. There’s also love story that happened between Mahani with Rahim and also Sudin with Gayah though it was underlined with purpose to highlight whatever works back then which is matchmaking and arranged marriage done by parents is considered outdated already. Hence, when they are already like each other - marriage is the next step without any delays. The sentiment of Malays should help another Malays is strongly expressed whenever Mr. Muhammad talked about how the future will looks like once the area is developed. That sentiment also hinted an undertone of ‘it is the same Malays that exploited the other Malays’. Family connection also seemed to be emphasised in the story as back then, during the 80s and 90s - if you made it in KL, all your relatives will be relying on any kind of assistance you can offer - either job opportunities/ connections, money / allowances and even guidance on how to make it in a big city as well. This is the first novel of Keris Mas that i have read and while i did enjoy it, i felt it was too long for my liking. Too many storylines within one major plot and some characters did not even get to develop properly. I was waiting for Mahani character to shine but it was reduced to meek girl that used to nod and agree with everyone despite being highly educated. Keris Mas has a problem writing a strong minded women characters that are consistent throughout the story which is also my observation with some of the female characters in ‘Blood and Tears’ short stories that i have read last year. Overall, this was an insightful read despite some issues i have mentioned above. Intentionally, i felt he wanted to show that the end doesn't justify the means. Just for profit making, Mr Muhammad decided to push the idea of selling the land and relocating to Felda is better for the ‘development’ and their ‘economic prosperity’ of his own race.
Edisi saya, cetakan yang ke-14. Oleh itu, laras bahasanya saya kira tidak jauh berbeza dengan bahasa melayu lama. Keris Mas selalu menepati jangkaan saya, meletakkan benar-benar kisah masyarakat yang nyata dan menggarapnya sangat terkehadapan dari zaman terbitnya buku ini.
I think the end of the story is little bit hanged. It's like something unfinished between Rahim, Mahani dan En.Muhammad. What things that made Rahim changed his mind towards his dad's plan. And I couldn't even decide wheather En Muhammad took advantages from vilagers or not or is that just a bussiness trick? I've no idea. Hmm or maybe it just me that don't understand their storyline.
Bab-bab pada buku ini pendek-pendek sahaja (antara 3 atau 5 halaman). Mudah membaca jalan ceritanya. Penulis (salah seorang sasterawan negera) tidak menggunakan istilah/kosa kata yang pelik-pelik. Pembacaan yang memuaskan.