Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Ada Dusta

Rate this book
Sinopsis : JANGAN ADA DUSTA
Sharifah Ezreen menyintai Adi Putera, tetapi lelaki itu tidak boleh digantungkan harapan untuk dijadikan suami. Wajarkah dia mengendong dosa semata-mata hendak menjadikan cinta itu suatu realiti? Rasa cinta yang subur itu mesti dimatikan tiba-tiba. Segala denyut kasih dan sayang itu mesti dibunuh segera. Mesti!

Melissa Laila pula menyintai abang tirinya sendiri, Adi Fitri. Tetapi di masa yang sama dia juga menyintai Budi Djauhari. Bagi Budi Djauhari pula, di mana akan dia letakkan perasaan cinta Lydia Susanti Hartomo terhadapnya? Mestikah dia menjadi petualang dalam episod cinta tiga segi itu?

Datin Saerah yang dulunya `si kucing Parsi’ sudah bertahun-tahun menjadi wanita yang sedar diri, tahu maruah, tahu dosa dan pahala. Namun dugaan yang datang dalam hidupnya bagaikan tidak mahu surut. Narimah adalah duri yang mencucuk-cucuk dagingnya. Dia tidak mahu kalah! Dan Datuk Syed Syamim masih lagi mampu tersenyum!

Harga : RM 19.90
Halaman :512
ISBN : 983-124-149-5

512 pages

First published January 1, 2004

1 person is currently reading
19 people want to read

About the author

Sri Diah

26 books15 followers
Nama sebenar Radhiah bte. Shaharuddin. Tinggal di Kuala Lumpur. Nama Suami: Ahmad bin Saabun. Jumlah Anak: 3 Orang (Anis Khalilah bte. Ahmad – 13 tahun; Anas Iqbal bin Ahmad - 10 tahun; Anas Suhaimi bin Ahmad - 7 tahun). Jawatan: Senior Editor di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Alamat: Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Akademik: Sekolah Rendah Jalan Pasar 2 (Pudu); Sekolah Menengah Putrijaya (Pudu) – SRP; Sekolah Menengah Aminuddin Baki – SPM; Universiti Sains M’sia - Pengajian Seni Kreatif. Pengalaman Bekerja: 1982 – 1983 Pembantu Farmasi; 1983 – 1984 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS); 1985 Editor Buku di Karya Bistari KKSB; 1985 - 1987 Penyunting di akhbar Bacaria; 1987 - 1990 Editor di akhbar Bacaria; 1990 - 1977 Editor di majalah Nona; 1997 – 2000 Managing Editor di majalah Mingguan Wanita; 2000 - Editor Kanan. Kerjaya di Kump. Karangkraf Sdn. Bhd: Memulakan kerjaya di KKSB sejak 1984; Kini bertugas sebagai Managing Editor dan sekali gus menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Penerbitan KKSB bagi merangka, mengkaji dan melaksanakan kepentingan serta aspirasi syarikat. Kini mengendalikan 30 majalah terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (5%)
4 stars
9 (23%)
3 stars
14 (36%)
2 stars
8 (21%)
1 star
5 (13%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
March 25, 2009
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Jangan Ada Dusta by Sri Diah

kali pertama ni baca buku Sri Diah. terlalu byk watak ditampilkan di
awal cerita sampai tak sure who is who. I have to flip back utk
mencari sapa la ain nabila yang di akhir cerita. ada jugak kesilapan
ejaan dan juga confuse dengan watak Adi Putera dan Adi Fitri. seolah
olahnya sedang melibatkan watak adi putera tapi tertaip watak adi fitri.

tapi kisah keluarga dan cinta ni memang konflik la. Abg kandung dan
adik kandung bercinta, biler tau kebenaran diorang cuba menukarkan
rasa cinta kpd kasih adik beradik. yg abg tiri pulak bercinta ngan
adik tiri. yg bapaknya pulak membuang jauh isterinya kerana isteri
baru. tak ada klimaks cerita rasanya, endingnya ok dan memuaskan hati.

sure fine whatever
rinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.