● Noorfadzillah | Taman Bukit Telaga Kematian tunang Hazami secara misteri mendapat tamparan hebat bagi seluruh ahli keluarga. Laporan forensik juga menunjukkan tidak ada sebarang tanda penyakit serius. Hazami nekad untuk menyiasat sendiri punca kematian tunangnya. Dengan bantuan kawan baiknya iaitu seorang anggota polis, mereka menjejak sehingga ke sebuah taman perumahan. Penduduk di taman itu banyak menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh dunia luar. Mereka mengamalkan amalan paganisme, berpunca daripada telaga tua di tengah hutan. Tanpa disangka, ada rahsia besar dan bahaya sedang menanti Hazami.
Syaitan disembah, manusia terjerat. Sekali terjebak, selamanya terikat. | TAMAN BUKIT TELAGA
● S. Kausari | 7 Permintaan Azhan bertemu seorang lelaki misteri di sebuah warung berdekatan dengan telaga itu. Lelaki itu bercerita tentang telaga yang boleh memperkenankan hajat. Pada mulanya, dia skeptik dengan keajaiban telaga itu, tapi akhirnya dia percaya selepas melihat satu demi satu impiannya tercapai. Apabila kegilaan menguasai, dia ingin menghidupkan kembali keluarganya yan sudah mati. Peristiwa ngeri berlaku setelah keluarganya muncul kembali.
"Hajat kau akan ditunaikan... dengan harga yang perlu kau bayar!" | 7 PERMINTAAN
● Rizal Ramli | Misteri Pekan Telaga Hitam Kehadiran sekumpulan remaja di Pekan Telaga Hitam untuk melakukan aktiviti paranormal mengundang rasa kurang senang ‘penduduk asal’ di pekan itu. Keterujaan mereka untuk merungkai misteri di banglo tinggalan zaman Jepun itu akhirnya membawa padah. Seorang demi seorang menjadi korban!
"Kau akan hidup kekal abadi dengan aku!" | MISTERI PEKAN TELAGA HITAM
1) Taman Bukit Telaga For this story I rasa macam tak seram mana pun, but still ada rasa suspence sebab cara pembunuhan tu memang menyeramkan sikit and the plot twist memang tak dijangka. 4/5⭐
2) Tujuh Permintaan This one memang best !! Like seriously you takkan expect langsung ending dia macamtu 😳 Plot twist pun boleh tahan jugak and cara pembunuh dalam cerita ni memang kinda brutal sikit. 4/5⭐
3) Misteri Pekan Telaga Hitam SOO GOODD !! Out of 3 stories yang ada dalam buku ni, cerita ni paling best! I would say cerita ni yang paling seram and the plot twist memang *chefkiss. Ending dia buat I ternganga ye sebab shocking sangat. 1000/5⭐
Apa yang jadi dekat kisah Taman Bukit Telaga, Tujuh Permintaan dan Misteri Pekan Telaga Hitam ? You must read to find out
Projek Seram kembali lagi dengan tema utama Telaga, buku ini mengandungi tiga cerita dari penulis yang berbeza.
Taman Bukit Telaga
Mengisahkan tentang Hazami yang kematian tunang, apabila kawan-kawan arwah tunangnya menceritakan perkara yang sebenar, Hazami tidak teragak-agak untuk mencari punca dengan menyamar menjadi pekerja di Taman Bukit Telaga untuk menuntut bela kematian tunangnya. Apa yang aku suka dengan kisah ini adalah cerita ini berlaku di Sabah dengan tempat-tempat yang tidak asing bagi aku, justeru penceritaan terasa lebih dekat dengan komuniti di sini. Syabas kerana berjaya menyelitkan tradisi Sabah di sebalik penulisan.
Namun bagi aku TBT ini ditulis dengan sekali terpa, aku rasa terlalu banyak fakta dihambur dalam satu masa menjadikan plot kurang elemen suspen. Selain itu, karakter baru juga muncul secara tiba-tiba (seperti watak Mahsuri & anak-anaknya - apa signifikasi mereka di dalam cerita ini?), perwatakan setiap karakter tidak dibawa dengan baik kerana wataknya terlalu berpusing 360 darjah di akhir cerita. Watak-watak di dalam karya ini kurang meninggalkan kesan kerana tidak konsisten sepanjang pembacaan.
Apa yang aku boleh katakan adalah baik sekiranya fakta tentang cerita diberikan secara berperingkat, satu per satu biar ia terurai sendiri.
7 Permintaan
Terdesak dengan keadaan hidup yang kian merosot disebabkan kehilangan isteri dan anak-anak, Azhan tanpa sedar dikuasai sisi hitam yang membuatkan dia melakukan kerja syirik dengan meminta hajat di sebuah telaga untuk mengeluarkan dia dari keperitan hidup. Sedar tidak sedar, tujuh permintaan telah dibuat, apakah yang akan berlaku seterusnya?
Kisah ini bagi aku agak 'comical' dan berulang. Apa yang berlaku di bab sebelumnya diulang sekali lagi di dalam bab seterusnya, walhal bagi aku tidak perlu begitu kerana ingatan kami (pembaca) masih segar dengan apa yang berlaku di bab-bab sebelumnya. Mungkin lebih baik dipendekkan sahaja perbincangan dua sahabat itu dan fokus kepada solusi, kerana yang memenuhi ruang muka surat hanyalah summary dari bab sebelumnya. Namun begitu, harus diakui, kadar seram cerita ini boleh tahan buat meremang bulu, banyak adegan darah. Aku juga bersimpati dengan nasib lelaki itu di akhir cerita ini.
Misteri Pekan Telaga Hitam
Empat sekawan mengikuti seorang kenalan baru mereka untuk merakam aktiviti paranormal. Apabila membaca kegiatan mereka sebagai ahli kaji paranormal membuatkan aku teringat siri horror kegemaran aku iaitu Ghost Hunters. Apa yang mereka buat, sebijik macam GH dan sebagai seorang peminat, karya ini senang sahaja menjadi kegemaranku. Namun begitu, ini bukan kisah seram biasa, lapisan plot twist yang kemas telah disajikan di dalam karya ini.
Membaca karya ini juga ibarat menonton kisah Seram ala Netflix sampaikan aku berimaginasi kejadian yang berlaku di dalam kisah ini dengan tona warna seperti Stranger Things. Idea yang disampaikan melalui penulisan ini diluar jangkaan minda, susah tercapai dek akal tapi penulis berjaya meyakinkan bahawa di setiap helaian ada kejutan dan debaran yang menanti. Karakter dalam buku ini tidak banyak tapi semuanya bagi aku sangat functional dan aku boleh katakan ini antara karya seram sejati yang pernah aku baca. Inspirasi dari teori HP Lovercraft telah diadun dengan baik malah meninggalkan kesan yang membuatkan aku tidak ingin membaca karya lain selagi pembacaan ku yang ini belum habis. Penuh debaran dan aku sangat suka akannya!
Terima kasih Buku Prima dan Karangkraf kerana telah memberikan karya ini dengan pertukaran ulasan jujur.
Projek Seram: Telaga mengandungi tiga cerita yang berkaitan dengan telaga.
Cerita 1: Taman Bukit Telaga Mengisahkan tentang satu taman perumahan yang mana penduduknya mengamalkan ritual memuja telaga tua. Seorang lelaki bernama Hazami pergi ke taman perumahan tersebut untuk menyiasat punca kematian misteri tunangnya. Kisah ni takdelah seram sangat tapi ada banyak scenes yang geli seperti orang dipaksa telan katak hidup-hidup.
Cerita 2: 7 Permintaan. Mengisahkan tentang satu telaga yang boleh menunaikan permintaan. Tapi cara permintaan itu ditunaikan agak twisted. Cerita ni banyak unsur ngeri dan gore. Boleh bayangkan macam scenes dalam Final Destination movies. Trigger warning pada yang lemah semangat.
Cerita 3: Misteri Pekan Telaga Hitam Berkenaan sekumpulan remaja yang pergi ke satu pekan lama untuk membuat vlog seram. Cerita ni memang seram gila. Meremang bulu roma baca. Jalan cerita dengan plot kemas seronok baca. Kalau jadi full novel pun menarik ni.
Secara overall, aku recommend buku ni. Penulisan yang bagus dan descriptive dari setiap penulis. Boleh dapat bayangkan suasana yang cuba disampaikan.
Hazami kehilangan tunang kesayangannya. Namun kematiannya sangat misteri. Kulitnya menggerutu umpama katak puru. Setelah berbual dengan bekas teman serumah tunangnya itu, Hazami membuat keputusan menyusup masuk bekerja di Taman Bukit Telaga untuk mencari maklumat. Taman itu ternyata menyimpan seribu satu rahsia berkaitan dengan sebuah telaga tua.
Biasanya kalau kulit menggerutu macam katak ni, perkara pertama yang melintas adalah busung katak ni. Tapi ternyata lain sama sekali. Langsung tiada kaitan dengan buatan orang.
Untuk cerita ini memang terasa keseramannya. Rasa geli geleman pun ada bila baca cerita ni. Kembang tekak dibuatnya. Ngeri pun ada bila kenangkan korban-korban mereka.
Manusia yang tamakkan harta dan kuasa sanggup melakukan apa sahaja walaupun berteman dengan syaitan. Puja memuja dan penyediaan korban antara ritual yang sanggup mereka lakukan.
Plot twist dalam cerita ni memang tak disangka. Rasa macam tak percaya. Tapi tulah kena percaya jugak.
Tujuh Permintaan S Kausari 3⭐
Azhan yang kehilangan keluarganya dalam sebuah kemalangan ngeri berasa hampa dengan hidup. Hidup tanpa semangat seolah-olah mayat hidup. Suatu hari Azhan berjumpa dengan lelaki misteri yang memceritakan tentang telaga hikmat yang memperkenankan hajat. Bermula dengan cuba-cuba akhirnya dia terjebak untuk terus berhajat di telaga tersebut. Akhir kegilaannya adalah menghidupkan keluarganya kembali. Namun perkara ngeri mula berlaku.
Kalau di barat kita selalu dengar wishing well yang menunaikan hajat dengan duit syiling. Namun di sini hajat boleh tertunai dengan gambar atau barangan berkenaan hajat.
SH merasakan kasihan melihat Azhan yang seolah patah harapan setelah kehilangan keluarganya. Mujur ada Zain yang banyak membantu. Sekarang ni susah nak jumpa kawan yang ikhlas membantu semasa kita terjatuh. Ikatan persahabatan beginilah yang diidamkan setiap insan..
Gara-gara terdesak dan mengikut kata hati seseorang mampu bertindak di luar akal waras. Seperti Azhan yang sanggup berhajat di telaga walaupun tahu itu salah. Tapi yang SH geram dan tak boleh terima tu adalahh Azhan melihat kepada akibat dari perbuatannya tanpa rasa bersalah.
Penamat cerita ini agak tergantung. Mengundang banyak persoalan. Dan disebabkan SH malas nak berfikir SH rasa agak kecewa dengan penamat cerita ini.
Misteri Pekan Telaga Hitam by Rizal Ramli 4⭐
Sekumpulan remaja membuat keputusan untuk ke Pekan Telaga Hitam untuk aktiviti paranormal mereka. Namun keputusan itu ternyata mengundang musibah. Satu per satu dari mereka menjadi mangsa.
Unsur pemujaan juga menjadi sebahagian daripada cerita ini. Dan yang dipuja turut meminta korban sebagai gantinya.
Sekali lagi kerakusan manusia kepada kekayaan membawa kemusnahan kepada diri mereka sendiri. Sesat beramai-ramai mengikut bisikan syaitan yang dilaknat. Sesat akibat ketamakan diri sendiri.
Ending dia agak menyakitkan. Tapi itulah realiti kehidupan. Tak semua akan berakhir dengan indah. Adakalanya perit dan derita mengiringi pengakhiran kita.
Projek seram kembali dengan tema Telaga.. Memang tak dijangkalah persembahan setiap penulis.. 2 penulis memang Sha ikuti perkembangannya manakala 1 lagi baru Sha baca hasilnya..
Taman Bukit Telaga - Cerita yang mendebarkan dan membawa tema tentang ajaran sesat yang cuba bertapak dengan menjadikan telaga sebagai tempat pemujaan.. Watak hero yang terlalu berani menyiasat kematiaan tunangnya dan dibantu dengan penduduk tetap yang sentiasa memantau kegiatan penduduk.. Paling Sha tak sangka bila penjahat yang dicari sebenarnya cantik je berada di depan mata.. Garapan penulis berjaya membuatkan Sha terpedaya..
7 Permintaan - Macam baca cerita jin yang menunaikan permintaan manusia tapi dengan plot twist seram dan kejam.. Ngeri okay baca sebba penulis memberikan jalan cerita yang terperinci mengenai mangsa.. Penulis juga berjaya buat Sha tergamam semasa tahu penamat dia sesuatu yang tak dijangka.. Memang betul-betul luar jangkaan..
Misteri Pekan Telaga Hitam - Memang lain macam garapan penulis yang baru pertama kali Sha baca karyanya ini.. Terasa aura seram dan pelik dalam penceritaan beliau.. Sebuah telaga yang dibina untuk pemujaan dan juga agama baru menyebabkan sumpahan pelik pada penduduknya.. Kemunculan Sarah membawakan cerita tentang sebuah tasik hitam dan banglo lama menyebabkan mereka ke situ.. Namun tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya telah termasuk ke perangkap bahaya.. Awal-awal lagi dha boleh agak Sarah tu sesuatu tapi tak pasti apa.. Bila baca sampai habis baru boleh agak apa dia..
Fuh... kali ni kita disajikan dengan 3 kisah seram bertemakan telaga, hasil karya 3 penulis berbeza. Walaupun berbeza jalan cerita, ketiga-tiganya berkongsi tema besar: syirik dan korban nyawa.
Persamaan kisah:
Manusia yang terdesak sanggup melakukan perkara syirik
Korban nyawa menjadi ‘bayaran’
Perbezaan kisah:
1. Kisah 1 – Misteri kematian tunang yang membawa kepada misi mencari bukti. Musuhnya? Tak disangka langsung! Seram 30% | Thriller 70%
2. Kisah 2 – 7 permintaan kepada telaga... setiap satu membawa maut. Ending dia… geli dan memeranjatkan! Seram 60% | Thriller 70%
3. Kisah 3 – Kumpulan pemburu paranormal buat content YouTube, tapi akhirnya diri sendiri jadi ‘content’ terakhir. Seram 30% | Thriller 80%
Yang menarik, setiap kisah menyelitkan sindiran halus dan petikan ayat al-Quran dengan cara yang bijak dan menyentuh hati—mengingatkan kita agar tidak lalai dan sentiasa kembali kepada Allah.
Kesimpulannya: Naskhah kali ini kurang elemen seram dari segi kehadiran makhluk ghaib, tetapi lebih menekan aspek dosa dan perosak akidah manusia sendiri. Menarik untuk dijadikan bacaan renungan, terutama bila kita leka dalam hidup dan lupa batas antara usaha, tawakal... dan syirik.
Cerita 1: sangat mendebarkan dan banyak aksi ganas dan meloyakan. Bila baca kena berhenti-berhenti kejap sebab terlalu jelas saya bayangkan babak-babak dalam cerita ni. Plot twist pun tak dijangka. Gambaran tempat dalam cerita ni jelas dan terperinci. Boleh rasa watak utama yang sentiasa berada dalam bahaya di tempat tersebut sampaikan setiap kali dia membuat keputusan boleh rasa berdebar-debar.
Cerita 2: sadis, tidak berperikemanusiaan dan mengerikan. Nasib orang-orang yang tidak bersalah dikorbankan untuk menunaikan hajat dari telaga tersebut cukup tragis. Seperti membaca filem final destination dalam bentuk novel melayu. Gambaran makhluk-makhluk yang dilahirkan dari telaga tersebut juga sangat mengerikan.
Cerita 3: tak boleh review cerita saya tulis sendiri. Pembaca boleh nilaikan sendiri hehehe.
Kali ni baca pasal telaga pulak. Ada 3 cerita dan aku paling suka cerita ketiga, Misteri Pekan Telaga Hitam. 5 bintang untuk keseluruhan Projek Seram Telaga.
1. Taman Bukit Telaga Misteri kematian Suhana menjadi titik tolak tunangnya, Hazami, untuk menyiasat pekan tersebut. Pekan misteri yang banyak pantang larang. Aku dah la taksuka katak. Imagine kulit jadi macam katak puru 😭 Masalah aku dengan author ni 1 je, prose hurts my eyes, sentence structures are all over the place, but I stay for the plot!
2. 7 Permintaan Based on tajuk je dah boleh tahu kot kisah ni pasal apa. Aku suka juga plot twistnya hehe. Kisah Azhan yang ditimpa tragedi, mujurlah rakannya Zain sangat membantu dalam semua hal. Tapi sebenarnya, kita hanya dapat membantu orang yang mahu dibantu.
3. Misteri Pekan Telaga Hitam Kisah ni berkisar kepercayaan 1 pekan terhadap sesuatu yang tidak tidak. Angeline, Dinesh, Arsyad dan Farhan nak buat liputan aktiviti paranormal di tempat tersebut. Mereka dibawa oleh Sarah, yang mengetahui kisah pekan tersebut berdasarkan cerita atoknya. Penduduk kawasan tu juga agak aneh. Sedih baca pasal Pak Budi. Takde keje betul la group paranormal ni 😭 aku pernah juga sekali terjebak ikut group paranormal pergi Balai Polis Gombak tu tp alhamdulillah tak nampak apa apa. Never again 😭
Tiga jalan cerita yang berbeza mengenai telaga lama.
Taman Bukit Telaga Misteri kematian tunangnya membuatkan Hazami ingin menyiasat punca kematiannya tanpa menyedari bahaya yang bakal dihadapi olehnya. Paganisme, itu lah amalan yang diamalkan oleh penduduk perumahan tersebut. Hasil siasatan membawa Hazami ke telaga lama yang dipuja oleh mereka. Tanpa disedari nyawa Hazami dalam bahaya.
7 Permintaan Azhan yang terlibat dalam kemalangan ngeri telah menyebabkan isteri dan 2 orang anaknya meninggal. Sejak itu Azhan terpaksa berhenti kerja dan mengiring diri di dalam rumah sewanya. Kawan baiknya sentiasa menasihati dan membantunya akhirnya telah membuatkan Azhan bangkit. Di satu masa, Azhan terjumpa seorang lelaki misteri di warung dan membawa Azhan ke telaga misteri di mana 7 permintaan boleh dibuat. Kerana kesunyian yang dihadapi oleh nya, dia telah mula membuat hajat dan satu persatu impiannya tercapai termasuk menghidupkan kembali keluarganya yg telah meninggal. Bermula daripada hajat yang dia lakukan akhirnya membawa kebinasaan pada dirinya.
Misteri Pekan Telaga Hitam Sekumpulan remaja yang ingin melakukan aktiviti paranormal telah menemukan mereka dengan perkampungan tersorok yang mempunyai penduduk pelik, jari jemari yang saling melekat seperti tangan katak, kulit yang licin kebasahan, bau seperti ikan basah, insang di belakang telinga. Kegiatan mereka telah menyebabkan seorang demi seorang menjadi korban telaga lama itu.
Novel cerita misteri telaga ni memang best. Seram tapi kurang menakutkan bagi saya.
Apapun penulis-penulis novel ni berjaya mengolah jalan cerita yang misteri 👍
Cerita tentang telaga misteri dan penuh dengan keseraman ini nampaknya berhasil menciptakan suasana seram yang memikat. Penulis memiliki kemampuan untuk mencipta rasa ingin tahu pembaca dengan membangun latar yang penuh misteri dan elemen-elemen cerita yang tidak terduga. Tema seram yang digarap di luar jangkauan pemikiran biasa menunjukkan kreativiti tinggi dan keberanian dalam eksplorasi ideal. Hal ini membuat cerita menjadi lebih menarik dan meninggalkan kesan mendalam pada pembaca. Kisah seperti ini sangat sesuai untuk pencinta genre seram yang menginginkan pengalaman membaca yang segar dan tidak klise.
Setelah sekian lama saya menunggu Projek Seram mengeluarkan tema , akhirnya tercapai jua hajat saya dan biarpun agak terlambat namun saya berjaya membeli dan baru menghabiskan membacanya semalam.
Pada pengamatan saya, ketiga-tiga cerita dalam kesemuanya menarik dan tidak mengecewakan untuk dibaca. Biarpun cuma kedua-dua cerita penamatnya dikira tidak ada penamat dan akan ada mangsa seterusnya, namun saya tidak berapa kisah kerana banyak novel/filem membiarkan penamat tergantung macam itu.
Saya mengesyorkan peminat Seram membaca jika anda peminat kisah seram dan misteri, tidaklah berapa menyeramkan cuma adalah mendebarkan dan kemisterian itu.
Lagipun nama penulis dan sudah dikenali saya, kerana mereka berdua banyak menulis di Buku Prima dan kebetulan saya mempunyai hampir kesemua novel penulisan mereka berdua.
Misteri Pekan Telaga Hitam☆☆☆☆ Tema menggunakan kegiatan paranormal bukannya perkara baharu, sudah banyak kali saya membaca di novel dan seperti kebiasaannya penamat sudah dijangkakan. Sama seperti cerita , penduduk tempat itu memuja telaga dan mengorbankan manusia.
Pengajaran daripada cerita ini adalah jangan sibuk mengejar populariti dan tontonan terbanyak di saluran. Akhirnya nyawa menjadi taruhan, saya lebih suka membaca novel bertemakan seram ataupun menonton filem/animasi seram berbanding menonton saluran kegiatan paranormal.
7 Permintaan☆☆☆☆ Cerita menggunakan telaga yang boleh menunaikan segala permintaan/hajat agak menarik dibaca, mengingatkan saya kepada kolam menunaikan hajat di luar negara.
Pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, janganlah kamu meminta selain dariNya kerana hanya DIA yang boleh menunaikan permintaan kamu dan andai meminta selain dariNya maka ianya dianggap syirik.
Jikalau watak utama boleh menerima Qada dan Qadar di atas kehilangan isteri dan anak-anaknya sejak dari awal dan mendengar nasihat dari sahabat baiknya, maka tidaklah dia melakukan perbuatan syirik sehingga meminta selain dari ALLAH. Setiap permintaan dibuatnya adalah kepentingan peribadi peribadinya dan harga setiap permintaan ada harga bayaran yang sangat tinggi, segala yang diminta ditunaikan tetapi semuanya berakhir dengan kejam dan sadis.
Taman Bukit Telaga☆☆☆☆ Kisah memuja telaga bukannya perkara baharu kerana semenjak dari zaman dahulukala, manusia sememangnya ada yang menyembah pokok, matahari dan macam-macam.
Kerana ianya boleh menunaikan hajat dan permintaan mereka dengan memberikan kekayaan yang melimpah ruah, namun bayarannya sangatlah kejam.Saya menyukai penamatnya berakhir dengan kegembiraan, tidak seperti mana kedua-dua cerita dalam novel yang sama.
Watak utama demi menyiasat kematian tunangnya, sanggup menyamar masuk dalam Taman Perumahan tersebut cuma kesilapan beliau tidak sepatutnya mudah mempercayai orang di tempat itu biarpun rakan serumah(sebenarnya saya memang sudah mencurigai rakan serumahnya dari awal)Apapun Alhamdulillah penamatnya perbuatan kejahatan berjaya ditumpaskan.
Tiga cerita seram bertemakan telaga..Ketiga-tiga cerita ada keistimewaan yang tersendiri yang membuatkan saya teruja untuk baca halaman demi halaman..
Kisah pertama iaitu Taman Bukit Telaga mempunyai unsur saspen yang buatkan saya terfikir apa akan jadi kepada watak Hazami yang sanggup mencari penyebab kematian tunangnya. Selamatkah dia? Atau dia bakal terkorban seperti watak lain? Dalam beberapa situasi yang mendebarkan tetap dapat dilihat perwatakan watak utama agak berani dan panjang akal berdepan dengan kemelut.
Kisah kedua iaitu 7 permintaan. Awal permulaan cerita agak slow dan meleret. Selepas Azhan terjumpa Pak cik tua di warung yang memberitahu pasal telaga dengan 7 permintaan tu barulah ada rasa sedikit debaran. Simpati dengan watak Azhan yang menghadapi dugaan besar sehingga hidupnya terumbang ambing.
Kisah ketiga iaitu Misteri Pekan Telaga Hitam. Cerita menarik. Bermula daripada prolog membuatkan hati terusik simpati dan juga gerun. Ada tarikan untuk pembaca ingin tahu apa sebenarnya rahsia di sebalik pekan Telaga Hitam yang rata-rata penduduknya mempunyai perwatakan yang pelik. Jari-jari berselaput, muka pucat serta gaya senyuman yang menakutkan.Ada beberapa ayat bombastik namun diterangkan dengan cara yang difahami.
Tunang Hazami mati atas sebab yang misteri. So, Hazami pun berusaha menyiasat dengan masuk dalam komuniti penduduk Taman Bukit Telaga. Dahlah penduduk kat situ pelik-pelik je perangai masing-masing. .
Cerita ni tak seram sangat. Lebih kepada geli loya sebab ada scene yang berkaitan dengan ritual. .
2. 7 Permintaan. .
Azhan yang terdesak mula mengunjungi telaga untuk membuat permintaan. Dan semua permintaannya dipenuhi dengan cara yang twisted oleh syaitan la kan. Dan tanpa sedar, setelah 7 permintaan, nyawanya dituntut oleh si setan. .
Tak seram sangat kot. Tapi menarik la plot twist tu. .
3. Misteri Pekan Telaga Hitam. .
Ni kisah 4 sekawan yang nak buat kisah ala-ala paranormal gitu. Kiranya, ada yang kenalkan dorang dengan tempat yang misteri tu la. Lepas tu, memang mengundang musibah. Seorang demi seorang menjadi korban. .
Cerita ni paling seram. dan paling best. Memang aku duk meratib 'kenapalah korang cari pasal nak buat benda paranormal ni' sepanjang baca cerita ni. Memang meremang la bulu roma aku yang penakut ni. hahhaha. Dan ending nya pun buat aku ternganga jap hahaha. .
Banyak unsur saspens dan misteri yang amat menarik. Memang seram sampai tidur malam pun bukak lampu! Ketiga-tiga karya mempunyai elemen seram yang sangat kuat. Gabungan seram mistik, thriller, ngeri dan tradisional membuatkan kita terasa seperti berada dalam situasi itu terutamanya karya novelis S.Kausari menyebabkan teringat-ingat dan sentiasa berjaga-jaga.