Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara

Rate this book
DUA WAJAH ialah catitan pengalaman Syed Husin yang ditahan hamper enam tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan berikutan demonstrasi pelajar yang menyokong petani-petani Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang pada tahun 1974.

Selepas ditahan hampir dua tahun di Kamunting, beliau dikurung secara berseorangan selama enam bulan ditempat yang tidak diketahui di Kuala Lumpur. Semasa itu, beliau disoal-siasat dan dikenakan berbagai-bagai penyeksaan serta deraan.

Beliau cuba dibabitkan dengan beberapa orang tokoh politik serta wartawan yang telah ditahan atas tuduhan terlibat dengan apa yang didakwa sebagai "konspirasi komunis" di Singapura dan Malaysia. Yang menarik perhatian ialah percubaan untuk membabitkan juga beberapa orang pemimpin kanan UMNO ketika itu, termasuk Dr. Mahathir.

DUA WAJAH menarik kerana pengalaman peribadi dikaitkan dengan beberapa latar belakang social dan politik pada masa itu.

176 pages, softcover

First published January 1, 1996

Loading...
Loading...

About the author

Syed Husin Ali

18 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (46%)
4 stars
26 (40%)
3 stars
7 (10%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews8 followers
October 6, 2022
A book about the life Syed Hussein Ali during his detention period in ISA. Eventhough he was only a lecturer in UM, he was accused of conspiring with the communist in toppling the current government at that time and many other accusations.

There were many interesting stories in the book. There were many senior politicians now that have been put into the ISA jail in the same time as him such as Anwar Ibrahim, the late Kassim Ahmad, Abdullah Samad and many others. It was also interesting to know that during Tun Hussein Onn's administration, there were some political rivalries within UMNO. Some of the top leadership of UMNO's stated that Dr. Mahathir and other UMNO faction were actually leftist in their political ideology and some even accused them of being a communist that wanted to infiltrated UMNO from inside. It is also shocking to know how Ghazalie Shafie, the then Home Minister were using his power to captured and detained his political rivals even there were from the same party.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books284 followers
August 4, 2010
DUA Wajah: Tahanan Tanpa Bicara adalah autobiografi tahanan ISA terbaik yang saya baca setakat ini. Apatah lagi saya membacanya ketika menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang latarnya sangat hampir dengan dunia aktivis mahasiswa yang ketika itu berpusat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya dan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Syed Husin Ali sangat teliti dalam mencatatkan peristiwa itu bermula daripada percikan awal yang membawa kepada penahanannya sehinggalah sesi soal siasat dan seterusnya hari-hari di balik tabir besi.

Autobiografi ini juga memperkenalkan saya terhadap pembabitan Sasterawan Negara (SN) Usman Awang apabila namanya disebut sekali imbas, tetapi cukup bermakna menyedarkan saya kekirian tokoh itu.

Sukar sekali untuk sesiapa yang membaca autobiografi ini untuk menerima kewujudan akta itu secara total, tanpa ada sebarang percikan keraguan terhadap keabsahan kewujudannya.

Apatah lagi Syed Husin tidak hanya menulisnya sebagai tahanan politik, bahkan sebagai suami yang terpisah daripada isterinya dan bapa yang terasing daripada zaman kanak-kanak anak-anaknya.

Di sinilah peranan buku kreatif dan non-kreatif seperti autobiografi dan memoir ini, dalam memberikan makna kemanusiaan terhadap sebarang perbincangan kita, sekali gus memercikkan rasa empati yang mendalam terhadap nasib tahanan.

Ya, kita boleh berbeza pandangan terhadap sebarang penggubalan dan pelaksanaan akta, tetapi pada akhirnya, kita wajib mempertanyakan sisi kemanusiaan dalam isu ini.
Profile Image for Ezdwan.
17 reviews
September 8, 2009
Terdapat beberapa typo-error yang saya tidak pasti mengapa ia hadir. Namun saya mengakui terperanjat dengan cerita Syed Husin Ali tentang penahanannya. Betapa melalui tulisannya saya mendapati betapa berkuasanya Menteri KDN. Kuasa yang dipunyai oleh menteri berkenan menyamai polis rahsia jerman Nazi atau Gestapo.

Sesiapa yang disyaki, diulangi DISYAKI sahaja sudah mampu ditahan tanpa bukti yang kukuh. Hanya berpegang kepada pengakuan dan kaitan yang dangkal boleh menyebabkan anda ditahan.

Saya mengakui juga merasa sedih, kerana Syed Husin ditahan bukan kerana jenayah atau menjadi penggerak revolusi atau gerakan bawah tahan tapi hanya kerana menyatakan KEBENARAN. Bukan kebenaran yang dicipta akan tetapi bersumberkan data daripada Agensi Kerajaan sendiri. Bukan bukti yang dicipta.

Sekarang saya faham apa itu yang dikatakan pejuang sebenar. Bukan berani mendepani peluru dan musuh akan tetapi tetap teguh berdiri di atas prinsip hidup.
Profile Image for Izzat Isa.
423 reviews52 followers
July 14, 2018
Disyaki 'penghasut' utama sehingga tercetusnya tunjuk perasaan oleh golongan pelajar universiti terhadap tindakbalas kemiskinan petani di Baling pada tahun 1974. Kesannya, Syed Husin Ali telah ditahan di beberapa lokasi selama 6 tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengalaman sepanjang berada dalam tahanan ini dikongsikan termasuklah penderaan mental yang dilaksanakan terhadap beliau. Perpisahan dengan ahli keluarga, persekitaran yang membeku dan fikiran menginginkan kebebasan membuatkan pengarang mengisi masa dengan membaca, menulis dan beribadat, selain turut beriadah di waktu petang.
Pengalaman ini diterima oleh pengarang kerana pemikirannya boleh menjadi ancaman kepada kestabilan, keamanan dan negara secara amnya. Utamanya, pengarang telah disyaki terpengaruh dengan ideologi komunis. Perbezaan pendapat telah dijadikan hujah sebagai suatu ancaman dan hukumannya, pelaku perlu diasingkan daripada 'berdunia' dengan masyarakat.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,593 reviews42 followers
February 21, 2021
Sebelum baca buku Dua Wajah Tahanan Tanpa Bicara, saya baca buku bertajuk Lidah Api karya Atan Long dan selepasnya buku Zaharah Nawawi bertajuk Panglima Salleh Selempang Merah. Tidak ada kena mengena antara tiga buku ini namun persamaan nya jelas - kita hidup ni, mesti berlandaskan prinsip. Allah kurniakan aqal untuk berfikir sebelum bercakap atau membuat sesuatu, apalagi jika apa yang kita cakap atau buat, memberi kesan kepada orang lain. Semangat memperjuangkan keadilan, melawan ketidakadilan, menggempur kezaliman.

Penulis Syed Husin Ali begitu tetap pendirian dan kuat kesabaran nya. Memilih untuk tidak kuat melatah, tahan nafsu amarah walau dizalimi dan dibohongi, nekad untuk tidak buat keputusan atau tindakan flip flop, demi prinsip. Saya yang membaca pula rasa geram. Keadaan fasiliti dan petugas-petugas di lokasi-lokasi penahanan tanpa bicara tu, betul ke begitu teruk? Dalam banyak-banyak nama yang disebut, satu nama membangkitkan minat saya mencari lebih maklumat. GS. Yang saya dapat tangkap dari tulisan Syed Husin Ali, orang besar bernama GS tu, sebenarnya penjahat besar, penzalim utama yang berselindung di sebalik jawatan. Main kotor. Politik corrupt. Berkawan dengan puak yang bercita-cita mematikan semangat juang Bangsa Melayu. Kalau orang macam ini hidup di zaman Panglima Salleh Selempang Merah, agaknya dia akan masuk dalam senarai sasaran gempuran tentera parang panjang. Terjumpa pula info berbaur gossip, dia baru balik beraktiviti di Genting Highlands, waktu tragedi helicopter terhempas yang mengorbankan orang lain. Iya ke? Allah yang Maha Tahu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
March 27, 2023
Buku ini mengisahkan Syed Husin Ali ditahan penjara selama 5 tahun atas pendakwaan ISA. ISA merupakan sebuah senjata ampuh untuk menyekat apa apa pergerakanan politik. Konsepnya bagus kalau digunakan sebaiknya tapi disalah guna oleh pemerintah ketika itu. Penulis merupakan seorang pensyarah dan juga terlibat dalam beberapa demonstrasi menuntut keadilan. Akhirnya tewas apabila beliau ditahan bawah ISA, peranan SB mengunakan pelbagai cara untuk mendapatkan jawapan yang dipinta tapi bagi Syed beliau mengatakan pergerakan dia tidak ada apa diselindung.
Keadaan dalam penjara agak teruk dan kotor sehingga
Burhanuddin menahan kencing akibat ing in menjaga suci penjara semata mata sembahnya, apa dialami Burhanudin mengalami komplikasi akibat itu. Tuduhan jahat ole pegawai mengatakan isterinya ingin bercerai amat mematah hati, it cara mereka | menrendahkan semangat tahanan. Apa menarik, Anwar Ibrahim juga ditahan bawah aka sama tapi dibebebaskan awal kerana bersetuju atas beberapa syarat. Akhirnya dibebaskan selepas 5 tahun. Kredit diberikan kepada isterinya yang teguh berjuang demi suaminya.
Profile Image for noraini dmn.
18 reviews22 followers
March 11, 2017
Daripada buku ini kita dapat melihat bagaimana penahanan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) lebih banyak buruknya daripada manfaatnya. Tetapi masih lagi diguna pakai sehinggalah pemansuhannya, setelah 50 tahun lebih negara kita merdeka.

Saya bukan naif. Akta ini mungkin berguna kepada setengah-setengah kes. Namun, pelaksanaan seksaan dan sesi soal siasat tanpa henti yang menekan tahanan sememangnya dilakukan dengan melampau oleh mereka yang melaksanakan tugas di bawah akta ini. Sekiranya ditanya, mereka akan menjawab, hanya menurut perintah. Siapa orang atas yang menurunkan perintah tidak pula dinyatakan dengan jelas, namun penulis telah membayangkan satu dua individu yang bertanggungjawab.

Saya memang menyukai buku ini. Banyak yang dapat dipelajari - tentang kehidupan dalam penjara dan lokap, serta sebahagian tokoh-tokoh politik dan kewartawanan yang menjadi mangsa akta ini pada tahun 70-an dahulu. Apa yang menyebabkan buku ini terkurang satu bintang ialah terdapat banyak kesilapan ejaan dan kekurangan penyuntingan. Sekiranya diperbaiki, mungkin boleh mencapai 5 bintang.
Profile Image for Mohd Ismail.
11 reviews19 followers
May 24, 2017
Momentum: 4/5.
Tingkat Bahasa: Bahasa standard. Sesuai untuk pembaca matang
Ulasan: Terasa ngeri dan jiwa terhimpit mengenangkan penderitaan jiwa dan fizikal dialami oleh penulis. Ditangkap kerana memperjuangkan kebenaran adalah risiko biasa yang pasti akan ditempuhi oleh mana2 pejuang kebenaran. ISA benar2 diibarat kandang penyeksaan dalam segala segi, jiwa dan fizikal, asalkan tidak mati. Saya kira penderaan mental di ISA jauh lebih hebat dan menakutkan berbanding penjara. Setidak2nya dipenjara, banduan tidak perlu disiasat dan mereka tahu akan kesudahan nasib mereka dipenjara. Tetapi ISA tidak, ianya terbalik. Bermodalkan kata2 keramat “saya hanya menjalankan tugas”, petugas2 ISA sangatlah tegas dan menakutkan, dalam erti kata lain sangat kejam. Pesalah2 dibawah akta tahanan ISA memang ‘diberi’ cukup2 demi merencatkan perjuangan mereka ataupun apa jua rencana yg dianggap menentang kerajaan/menggugat ketenteraman masyarakat umum. Penulis menceritakan secara terperinci apa yang beliau alami semasa di bawah tahanan ISA, bertambah sedih apabila terpaksa meninggalkan isteri bersama 2 anak kecil yang masih tidak mengerti dalam jangka waktu yang tidak pasti kesudahannya. Buku karya SHA ini ibarat suara hati kepada tahanan2 ISA yang lain secara ‘indirect’. Mungkin bahagian masing2 berbeza, tapi kesan derita yg terpahat pasti sama.
Ulang Baca: Ya.
Difilemkan: Tidak. Suasana politik yang tidak mengizinkan.
Disclaimer: Saya hanya membuat ulasan berdasarkan ilmu saya yang masih sempit dan terbatas. Lebih kepada pandangan peribadi dan bukan untuk umum. Background pendidikan bukan dalam bidang sastera, jadi sesuatu bacaan yang terlalu berat sasteranya sehingga terlalu payah untuk difahami akan saya nilai sekadarnya, tepat menurut hati dan akal saya. Setiap pandangan saya yang menampakkan sisi negatif atau kelemahan terhadap sesuatu tidak melambangkan lalu menjejaskan kredibiliti sebenar penulis ataupun yang berkaitan dengannya.
Profile Image for Nisa.
32 reviews2 followers
June 2, 2015
Jarang juga mencari buku buku berkait sejarah dsb macam yang ini. Tertarik dengan tajuk nya. 'Tahanan Tanpa Bicara', terus gapai masuk dalam bakul.

Banyak pelajaran daripada nukilan ini. Kisah sebenar yang berlaku sepanjang tahanan SHA bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dari 7 Disember 1974 dan dibebaskan pada 25 Disember 1980. Tuduhan. Dera/pelakuan yang seperti tiada nilai kemanusiaan. Terpaksa buat pengakuan (yang kadangkala palsu).

Menamatkan buku ini pun cukup beremosi.
Bangga dan respek kepada yang sentiasa berani kerana kebenaran. Bersuara untuk hak hak yang ditindas dan dilupakan.

Seperti kata katanya di perenggan akhir,
'kutujukan buku ini supaya mereka memahami pengorbanan ibu mereka dan apa yang telah dilalui oleh bapa mereka. Aku ingin mereka tahu bahawa kehidupan dan dunia ini tidak sentiasanya sebagaiamana kita lihat.

Begitu juga dengan manusia. Sepanjang tahanan, aku telah menemui ramai yang menyeksa dan mendera; mereka mempunyai dua wajah'.
Profile Image for imran.
3 reviews
March 4, 2009
Boleh memberi impak yg mndalam kpd pembaca, dngn kisah bagaimana beliau menjalani hidup sebagai tahanan ISA. Mndedahkan keburukan politik Malaysia dngn adanya rasuah dan skandal didalam kerajaan. Serta bagaimana seorng pejuang bangsa menyedarkan bangsanya untuk bngun dr mimpi.
Profile Image for Peminat Buku.
20 reviews6 followers
January 12, 2010
Perlu baca untuk memahami dengan lebih lanjut tentang penderitaan mangsa ISA
Profile Image for Man Kodi.
29 reviews
August 1, 2012
Cerita Tahanan Tanpa Bicara. Soal prinsip dan kekuatan mental dalam menentang kezaliman.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews